Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Harga Sepotong Kuih


Di sebuah pekan kecil di bandar Nadwah tinggal
sebuah keluarga yang kaya-raya. Saudagar Muluk adalah
seorang saudagar kain dan mempunyai seorang anak
gadis bernama Mariam yang sangat taat menjalankan
perintah Tuhan.

Suatu hari datang seorang pengemis ke rumah
saudagar itu dan mengetuk pintu rumah Saudagar Muluk.
Lalu, keluarlah anak gadis Saudagar Muluk.
Mariam pun bertanya kepada pengemis itu, “Boleh
saya bantu tuan?”

Pengemis itu menjawab, “Maafkan saya. Bolehkah
puan memberikan saya sedikit makanan? Saya sangat
lapar. Sudah dua hari saya tidak makan.”
Mariam berasa kasihan. Lalu dia berkata, “Tuan
tunggu di sini. Saya akan ambilkan makanan untuk
tuan.”

Namun ketika hendak memberikan kuih itu kepada
si pengemis saudagar Muluk menyiram tangan Mariam
dengan air panas. Dia menengking anaknya. Katanya,
“Terkutuk kamu! Kamu mahu memberikan kuih ini
kepada si pengemis ini?”

Maka Mariam menjerit kerana tangan kanannya
melecur dan kuih yang dipegangnya jatuh ke tanah.
Mariam menangis kesakitan. Saudagar Muluk menghalau
pengemis itu. Katanya dengan bongkak, “Hei! Pergi ke
tempat lain! Menjijikkan!”

Pengemis itu beredar. Saudagar Muluk mendapatkan
anak gadisnya. Dia membawa Mariam ke dalam biliknya.
Semenjak itu, Mariam hanya dikurung di dalam rumah
dan tangan kanannya kini menjadi cacat. D e n g a n
takdir tuhan saudagar Muluk jatuh bankrap dan hidup
dengan mengemis bersama anak gadisnya. Suatu hari
saudagar Muluk dan Mariam sampai di
hadapan sebuah rumah lalu memberi
salam. Kelihatan seorang wanita tua
muncul di depan pintu. Wanita itu pun
bertanya, “Boleh saya membantu
kalian berdua?”
Saudagar Muluk pun
berkata, “Bolehkah kami
diberikan sedikit makanan?”
Wanita itu membawa
sebuku roti. Katanya, “Ambil
roti ini.”
Mariam pun berkata,
“Semoga Allah akan memberikan
ganjaran yang
setimpal kepada puan.”
Wanita tua itu cukup berkenan dengan kelembutan
sifat Mariam dan ingin menjodohkannya dengan anak
lelakinya. “Mahukah kalian berdua tinggal bersama-sama
saya?”

Saudagar Muluk dan Mariam bersetuju. Sementara
itu, wanita itu berbual mengenai jodoh dengan anak
lelakinya maka persetujuan dicapai. Saudagar Muluk
pada mulanya merasa berat hati kerana tangan anak
gadisnya cacat. “Puan... anak saya cacat tangannya.
Semuanya kerana salah saya sendiri.”
Wanita itu berkata, “Apa yang penting adalah hati
yang bersih. Jangan bimbang... saya akan merahsiakan
perkara ini.”

Di majlis makan si
suami melihat isterinya
hanya diam membisu.
Lalu dia membisikkan ke
telinga isterinya. Katanya,
“Mengapa dipandang sahaja
makanan itu. Mari makan
bersama.”
Dengan kekuasaan tuhan
maka ada satu suara yang berbisik ke telinga Mariam.
Suara itu mengatakan, “Wahai hamba tuhan yang taat...
keluarkan tanganmu itu. Allah akan mengembalikan
kesempurnaan tanganmu tanpa keraguan. Ini kerana
kamu ikhlas memberi kuih kepada seorang pengemis
kerana Allah.”

Selepas suara itu hilang, maka Mariam pun
mengeluarkan tangan kanannya dengan yakin akan
kebesaran Allah. Saudagar Muluk serta ibu suaminya
terkejut dengan apa yang dilihatnya namun mereka
memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Itulah balasan
bagi mereka yang taat dengan perintah Allah dan
melakukan sesuatu itu dengan ikhlas.

0 komentar: