Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Sekapur Sirih

Assalamualaikum….
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin unggul lagi terpilih yang telah membawa risalah yang mulia dan agung, agama Islam, untuk dijadikan panduan semua umat manusia.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kita bertemu di ruangan blog ini. Syukur juga kita panjatkan kerana masih diberikan masa untuk mengumpul seberapa banyak pahala dalam kita mengejar kehidupan bahagia yang abadi di akhirat kelak, InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan blog ini. Blog ini diadakan sekadar untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman, ilmu, dan juga pendapat dengan semua yang berada di luar sana. Selain dari itu, harapan dari blog ini adalah untuk mencari kenalan-kenalan baru yang berada di atas landasan yang sama. Diharapkan dengan kewujudan blog ini mampu memberi seberapa banyak impak yang positif kepada semua agar kita dapat memperbaiki diri kita untuk mencapai hasanah di dunia dan akhirat.
Saya mengharapkan komentar-komentar daripada sahabat-sahabat dalam setiap post yang dibuat agar dapat diperbetulkan mana yang salah, diperbaiki mana yang tersilap dan dipertepatkan mana yang betul.

0 komentar: