Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

???

Sukar untukku melelapkan mata malam ini. Terasa gundah dan tak tenteram jiwa dan perasaan. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Terlalu banyak perkara perlu difikirkan. Hendak fikirkan hal ini, teringat pula hal yang lain. Masalah semakin hari semakin bertambah. Semakin bercelaru. Kadangkala mencari tempat untuk mengadu. Tiada manusia sudi mendengar, hanya Khaliq menjadi teman setia. Tidak pernah jemu dan letih mendengar rintihan dan keluhan hari ke hari. Namun diri berasa malu dan segan untuk mengadu sehari hari. Hari hari menceritakan perihal manusia yang kadangkala menjengkelkan hati. Tidak kurang juga perihal manusia yang menarik hati. Terasa potensi diri ini untuk menjadi khalifatul ard seolah-olah semakin lusuh digasak perilaku diri yang sering tersasar dari landasan ukhrawi. Perlu untuk pulihkan semangat dan keazaman diri. Aku lemah dipaut ajakan dunia yang tidak jemu memanggil dan mengajak. Sayup kedengaran panggilan azan untuk membawaku kembali ke pangkal jalan. Aku lemah tanpaMu Rabb. Jangan tinggalkanku sendirian berhadapan tarikan dunia ciptaanMu. Kerna pasti kutewas tanpa bantuanMu. Aku mendahagakan cinta yang dapat menghilangkan rasa ketandusan dan kesepian. Kupasti takkan menemuinya di kalangan jenisku. Kutahu cintaMu tiada tolok bandingannya. Akan kukejar sehingga bercerai nyawa dan jasadku. Namun aku hanyalah insan lemah yang penuh dengan kecelaan. Sering terlupa akan ikrarku ini. Ampunkanku Tuhan. Aku hambaMu selama-lamanya.

4 komentar:

jgn lupa doakan member2 ko yg berminda tajdid ni.

 

masalah dunia semakin bertambah, tapi cerita dunia tak pernah berubah,
Cerita nabi nabi utusan TUHAN zaman berzaman mengajak kepada TUHAN yang ESA,
Itulah cerita dunia.

Masalah tak pernah berkurang dan tak pernah bertambah,
Kerana dunia ini telah ditetapkan sejak azali lagi,
Tapi yang bertambah ialah UMUR kita,
Menjadikan seolah-olah masalah kita bertambah.

Hati tempat letak pandangan ALLAH,
Baikilah hati untuk menuju ALLAH nescaya ALLAH akan mendekati,
Hati uci bersih adalah hati yang mengagungkan ALLAH dan mencintai Allah,
Insya ALLAH akan terbit akhlak menyayangi manusia.