Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Ramadhan Kareem :)

Salam...

Alhamdulillah, sempat bertemu lagi dengan Ramadhan kali ni. Syukur doa dimakbulkan. Rasanya tak perlu tulis panjang-panjang sebab rasanya semua dah tahu halnya Ramadhan ni. Nak ajak semua agar kita jadikan Ramadhan kali ni sebagai titik tolak perubahan ke arah kebaikan buat diri kita. Segala dosa yang lepas harap diampunkan samada dalam sedar atau tak. Secara kesimpulannya, ada 3 tiga agenda yang kita kena capai dalam Ramadhan kali ini dan seterusnya. Yang pertama ialah rahmat daripada Allah. Yang kedua ialah keampunan atas segala dosa-dosa kita dari Allah. Yang terakhir ialah pembebasan daripada api neraka. Agenda ini sebenarnya adalah hadiah daripada Allah seperti yang ternukil dalam sebuah hadith buat hambanya yang benar-benar ikhlas dalam mencari keberkatan dan keredhaanNya. Walaupun hadith tersebut bertaraf dhaif, namun kita ambillah iktibar daripada hadith tersebut dan bukannya untuk dijadikan sebagai hujah. Kalau betul ikhlas, kompem dapat insyaAllah. Ini janji Allah, dan janji Allah pasti benar.

Selain daripada tu, saja nak ingatkan malam Qadr. Ada macam-macam riwayat pasal bila sebenarnya malam Qadr ni. Tak kisah la. Apa yang penting, kita kena hidupkan setiap malam kita dengan ibadah dan tilawah Al-Quran. Kalau boleh cuba setiap hari. Kalau kita benar-benar tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kita dalam nak mengejar malam Qadr ni, insyaAllah Allah akan bagi kita jumpa. Ni peringatan untuk saya gak. Tapi takut terlalu sibuk ngan hal akademik lak. Tapi insyaAllah pasti akan cuba sebaik mungkin. Masa ni kena banyakkan doa. Minta la segala macam benda baik yang kita nak. InsyaAllah dengan keberkatan Ramadhan Allah akan tunaikan. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

Wah, kata tadi taknak cakap banyak, tapi dah berjela nampaknya. Rindu nak menulis sebenarnya. Banyak sangat nak kongsi, tapi setakat ni masa tak berapa nak mengizinkan lagi. InsyaAllah kalau ada masa lapang akan diupdate dengan artikel-artikel baru. Harapanya kalau ada artikel baru tu sila la bagi apa-apa pandangan. Boleh la kita berkongsi ilmu. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi la. Kan?

Ok, selamat berpuasa diucapkan kepada semua. Moga Ramadhan kali ni menjadikan kita lebih bertaqwa kelak. Doakan agar berjumpa dengan Ramadhan akan datang. Doakan kejayaan saya sekali ye! Saje nak kongsi lagu Ramadhan kegemaran. Bes!! Hehe :)


1 komentar:

Selamat Berpuasa.

Jom buka posa rumah Tok ramai2....tapi bila ya?