Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

KLIBF dah xde... :)

Bismillahi wal hamdulillah

KLIBF baru melabuhkan tirainya untuk tahun ini. Syukur sangat dapat berkunjung lagi tahun ni. Setiap tahun memang tak pernah 'miss' lagi. Rasa seronok sangat tengok buku yang berlambakan kat situ. Sama banyak dengan jumlah manusia yang berkunjung juga kot. Tambah-tambah hari-hari terakhir, memang macam semut kalau tengok dari atas. Nak berjalan pun sangkut-sangkut.

Tapi semua tu terubat bila dapat beli apa yang kita nak. Alhamdulillah apa yang aku nak aku jumpa dan aku beli. Sekarang dah ada bahan bacaan baru yang sangat menarik untuk dibaca dan dihayati. Tak pernah jemu membaca.

Pelik juga bila fikir aku suka membaca. Padahal cukup susah sangat-sangat nak membaca waktu sekolah dulu. Buku apa pun tak suka. Komik pun aku tak baca. Tapi sejak 2-3 tahun ni semangat nak membaca sangat tinggi, terutamanya buku motivasi, agama dan psikologi. Eh, mana buku perubatan? Ehehehe. Yela, yela. Buku perubatan gak, nombor 4 la tapi.

Kadang-kadang kita tengok tajuk buku tu macam tak bape nak masuk ngan jiwa kita, tapi isinya sangat berharga. Sebab tu bila aku nak beli buku, aku tengok siapa pengarangnya. Kalau kita dah biasa dengan penulisan penulis tertentu, kita akan tahu apa yang cuba dikupas berdasarkan kepada tajuk buku. Tapi kalau tak biasa, mungkin tajuk buku tu menyebabkan kita skeptik sedikit untuk mula membaca. Sebab tu kena banyak membaca, baru la luas pengalaman. Aku dah jumpa beberapa penulis yang aku suka cara die menulis dan apa yang dia tulis. Sebab tu aku akan cuba dapatkan setiap buku yang mereka tulis.

Alhamdulillah, masa di KLIBF hari tu, sempat bertemu dengan seorang tokoh yang makin naik namanya di persada dakwah. Sempat mendapatkan otograf dan bergambar :)



Apa-apa pun, membaca dan mendalami ilmu ni adalah suatu tuntutan agama. Seharusnya sebagai seorang muslim kita melaksanakan tuntutan ini dengan sepenuh hati. Tak semestinya kita kena membaca buku yang mengandungi ayat Quran atau pun hadith, kita boleh baca apa saja buku yang dapat memberikan kita ilmu yang bermanfaat kerana ilmu yang memberikan manfaat itu juga merupakan ilmu Allah. Oleh sebab itu, tuntutlah ilmu selagi mampu sebanyak mungkin.

2 komentar:

Kak G juga suka membaca, selalu berhabisan duit beli buku. Betul, penulis memainkan peranan penting. Buku yang cara penulisannya tak masuk jiwa selalunya memang tak belilah.

Rindu nak pi pameran buku kat PWTC tu. Sampai terlupa nak balik rumah hehe.

 

Tapi ada gak org kata watpa beli buku banyak2?wat jahanam utan ngn pokok ja.mcm la xdak dlm tenet.

org2 cmni sllnya org yg x baca buku.dia tatau utan byk jahanam sbb org nk wat rumah,bkn sbb nk wat kertas.tak pernah lg masok brita kata org tebang utan sbb bekalan kertas dah nak abes.sedih tol.

jom kita p tahun depan jom.. :)