Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Bumi Sarawak Memangkah-mangkah Esok

Bismillahi wal hamdulillah

10 hari lagi. Cuak dan memulas-mulas. Baca buku pun dah mula macam tak masuk kepala. Hari ni memang macam takdak mood langsung nak stdy. Letih kot. Nak kena makan vitamin ke? Tak payah kot. Cuma kena ambil vitamin jiwa dan ruh. Bila kita rasa kurang semangat dan serba tak kena, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah. Mesti ada yang tak kena. Perbaiki dan minta ampun. Mohon yang terbaik dari sisiNya. Dia pasti dengar.

Esok pilihan raya umum Sarawak. Dok panaih dah dalam surathabaq dari hari tu lagi. Yang dok baca ni pun dok wat panaih dah. Rasa macam nak bakaq ja surathabaq tu. Mentang-mentang depa ada duit, depa kongker suma surathabaq. Sebab tu aku baca Malaysiakini. Sejuk sikit tengok. Dua-dua belah ada. Baru la adil dan telus.

Pemilihan pemimpin sangat penting dalam Islam. Sebab apa penting? Sebab pemimpin negaralah yang akan menentukan prinsip dan perlaksanaan dasar negara. Pemimpin yang kita nak ialah pemimpin yang meletakkan syariat Allah sabagai asas dalam membuat segala keputusan. Sebab tu kena pilih betul-betul. Bukan pakai pangkah ja.

Punya la penting pemimpin ni, sehinggakan jenazah Rasulullah dimakamkan hanya selepas pemilihan Saidina Abu Bakr As-Siddiq sebagai khalifah pertama selepas baginda Nabi dilaksanakan. Sebab apa sampai macam tu? Sebab hal pemakaman Nabi merupakan hal ummah. Jadi, memerlukan seorang pemimpin yang layak untuk membuat keputusan tentang perihal pemakaman Nabi. Seorang yang punya ilmu dan kelayakan untuk membuat keputusan.

Kalau silap pilih pemimpin, mungkin kita akan menanggung azab yang dahsyat. Azabnya mungkin di dunia lagi, dengan pemimpin tersebut tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa. Akhirnya kita juga yang tersepit dan terseksa.

Moga orang Sarawak membuat keputusan sebijak-bijaknya. Kita memerlukan perubahan. Yang ada sekarang sudah tamat tempoh. Dah expired kata orang tua-tua. Pangkahlah dengan ilmu dan iman di dada saudaraku. Moga Allah bersama kalian ketika memangkah.

Selamatkan Malaysia kita~

0 komentar: