Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Kala Daun Berguguran, Burung Berkicauan, Awan Berduka Menangisi Keperitan Dunia

Bismillahi wal hamdulillah

Tinggal 15 hari lagi untuk menyiapkan diri bagi mengahadapi peperiksaan akhir. Stress?? Memang agak stress. Kadang-kadang rasa macam nak larikan diri dari semua ini, tapi tahu itu suatu yang tidak mungkin. Perlu jadi 'jantan' dan berhadapan dengan senyuman yang terukir manis di wajah.

Selalunya waktu-waktu stress macam ini akan membangkitkan memori-memori silam. Ada yang manis, gembira dan suka. Tak kurang juga yang sedih, hiba dan duka. Tapi selalunya yang menjadi fokus ialah yang duka.

Tak sentiasa hidup kita gembira kan? Kadangkala apa yang kita rancang tak menjadi kenyataan. Aduh, sedih bangat. Rasa macam dunia dah berpaling dari kita. Lebih-lebih lagi kalau ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Aduh, lagi tenggelam kita dibuatnya.

Ada ketika masanya kita meminta dari manusia. Minta barang, masa, harta dan kadangkala jawapan kepada satu-satunya persoalan yang berlegar di hati sanubari. Namun tak sentiasa kita menerima bertepatan dengan kehendak. Ada yang seperti acuh tak acuh. Mungkin tidak disengajakan. Ini menyebabkan kita tertanya-tanya apa yang pasti. Apa sebenarnya yang dimaksudkan? Akhirnya kita terkapa-kapa mencari dasar yang tidak pernah wujud untuk berpijak. Dan ada juga yang tidak mampu meneruskan langkah seterusnya. Semuanya kerana tidak tahu dengan jelas, apa sebenarnya jawapannya.

Tenanglah hati. Moga satu hari nanti kau akan mendapat apa yang dihajatkan. Moga kau faham akan kehendak yang sebenar-benarnya nanti. Berikan aku kata putus.

Ah.

2 komentar:

Salam. pakjang dulu pun masa nak bernasyid sebelum naik pentas sudah berapa kali masuk tolet. Senak perut. Makna kita serupa le. Dad sini buah durian banyak. Makan sampai terbeliak biji mata ooooo. Habih beli lagi makan dengan pulut durian. habih beli lagi buat kuah durian. he he. selamat menempuh peperiksaan. Doa dari pakjang sekeluarga semoag Dr Dad berjaya dan seterusnya dikurniakan seorang setiausaha peribadi.

 

Salam.

Terima kasih banyak2.memang perlukan sangat doa =)

Tu la,hari tu balik penang sat sempat merasa sket.bes2...x sabaq nak balik.