Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

TAMU 8

Bismillahi wal hamdulillah

Baru selesai berTAMU di Perlis. Selama 4 hari dan 3 malam berkampung di Denai Larian Kangar, bersama-sama adik-adik sekolah rendah dari merata tempat. Terasa puas. Apa TAMU tu? Ce cite, ce cite. Meh nak cite.

TAMU adalah singkatan untuk tamrin dan mukhayyam. Bila 'ta' di depan tamrin dan 'mu' di depan mukhayyam digabungkan, maka ia akan menghasilkan perkataan baru iaitu TAMU. Hehe. TAMU yang baru selesai ini adalah edisi yang kelapan. Maksudnya dah 8 tahun TAMU ni diadakan tanpa gagal setiap tahun, Alhamdulillah. Moga ianya terus-menerus diadakan.

Tema TAMU edisi kelapan ini ialah 'Under The Shade Of Al-Quran'. Satu tema yang sangat besar dan agung. Adik-adik peserta kem didedahkan dengan kehebatan Al-Quran dan pemahaman berkenaan ayat-ayat dalam Al-Quran. InshaAllah, pengisian yang diberikan amat baik walaupun ada yang aku rasa sedikit berat untuk adik-adik tu hadam, tapi kita doakan yang terbaik buat semua.

Aku dijemput untuk menjadi 'Doctor On-Call'. Hah? Ape kejadahkah benda itu? Maksudnya aku menjadi 'medical personel' sepanjang program tersebut berjalan. Macam seronok kan? Betul, memang seronok. Tapi ada ibrah yang sangat besar aku dapat sepanjang menjadi 'Doctor On-Call'. Yang tu aku cerita dalam entri lepas ni. Ni nak cerita pasal TAMU je.

Sepanjang 4 hari tu memang banyak aktiviti yang dibuat. Tapi paling seronok semestinya program luar pintu atau 'outdoor'. Kami pi panjat bukit apa tah nama dia, tak ingat. Pendakian melibatkan tangga hampir 98%. Untuk pengetahuan, mendaki tangga lebih penat dari mendaki bukit berlantaikan tanah biasa. Tapi memang puas. Baju memang pasti akan basah dengan peluh. Lepas tu kami masuk Gua Kelawar. Disebabkan para peserta program terdiri dari kalangan budak sekolah rendah dan ada yang hanya mencapai ketinggian 'bumper' bas atau 'coaster', laluan gua yang dipilih adalah yang termudah dan terpendek. Walaupun laluannya pendek, kami memerlukan 2 hari dan 1 malam untuk keluar dari gua tersebut. Memang mengotorkan baju sebab kena merangkak.

Selain dari program luar pintu dan pengisian yang diberikan, aku juga dapat pengalaman baru tidur dalam ribut. Aku dan beberapa orang fasilitator tidur di pelantar tepi sungai. Memang buka udara (open air). Malam terakhir kami tidur dekat situ, dengan tidak semena-mena, tepat pukul 1 pagi, angin bertiup dengan dahsyatnya. Habis tikar sume terbang. Aku dan beberapa orang fasilitator yang terkejut dengan bunyi angin yang sangat menggerunkan itu bingkas bangun dan terus menyelamatkan tikar-tikar terbang itu, tak sempat nak takbir.

Tak cukup dengan angin ribut, tidak berapa lama selepas itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Air menitik-nitik dari bumbung yang bocor. Air hujan melimpah dekat dengan plag-plag elektrik. Sekali lagi kami bingkas bangun untuk menyelamatkan barangan elektrik, tak sempat nak takbir sekali lagi. Kami selamatkan hampir semua barang, tapi kami tak mampu menyelamatkan diri kami dari tidur dalam kebasahan. Tapi itulah pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Semua itu sangat meletihkan sebenarnya. Bila aku sampai dekat rumah, aku terus tidur. Ayah aku tanya pasal program tu pun aku hanya mampu tunjuk best je. Tak cakap apa. Tapi bila kita buat semua tu kerana Allah, ikhlas nak membantu masyarakat, kita akan rasa letih itu sebagai satu yang manis, satu yang indah dan berbaloi. InshaAllah semuanya tak akan jadi sia-sia. Semua itu akan jadi saksi di depan Allah, inshaAllah.

Terima kasih kepada semua ikhwah, akhawat, makcik serta pakcik yang telah menjadikan program tersebut suatu kejayaan. Nak sangat pi lagi nanti =)

0 komentar: