Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Zahirkan Cinta Allah

Bismillahi wal hamdulillah

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Dah lama tak mengisi teratak blog nih. Bukan kesibukan yang menjadi penghalang menulis, tapi lebih kepada jauh dari menuntut ilmu baru. Alhamdulillah baru-baru ini sempat beli beberapa buah buku. Walaupun tak berapa semangat nak baca, tetap gagahi setiap langkah.

Kali ini nak berkongsi nasihat Imam Ibnu Qayyim dalam kita nak menzahirkan cinta kepada Allah s.w.t

1. Pertamanya ialah dengan membaca dan memahami Al-Quran. Sejak dua menjak ini memang susah sangat nak baca, apatah lagi nak memahami. Jadi kita semua kena usaha lagi untuk dekatkan diri dengan kalam Allah itu.

2. Memperbanyak amalan sunat. Allahuakbar, banyak amalan sunat yang kita boleh buat dalam sehari-hari kita bermu'amalah. Senyum pun sunat. Tapi jangan 'senyum ada makna' sudah la. Yang itu bukan sunnah, tapi punah. Hehe.

3. Berzikir di mana saja dan ketika mana pun. Setiap kali masuk dapur atau pantri nak pi minum air, ucap Alhamdulillah lepas minum. Tu pun kira ingat kat Allah.

4. Mengutamakan cinta Allah berbanding cinta kepada benda lain. Ini yang selalu kita tewas. Kita dah dengar azan, tapi kita leka lagi main komputer la, tengok movie la. Astaghfirullah, cepat-cepat istighfar. Sama la dengan orang yang tulis ni pun. Jom kita berubah jadi lebih baik.

5. Menghidupkan hati bagi memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Kita dok hafal asma' Allahul husna tu dah berapa lama dah. Betul ke kita faham maksud setiap nama yang Maha Mulia itu? Jom kita telaah lepas ini.

6. Mengahayati dan mengakui kebaikan Allah s.w.t kepada kita dengan setulus hati. Tak dapat nafi, banyak Allah dah bagi dekat kita. Kalau orang buat baik dekat kita, kita bukan main lagi dok puji, apatah lagi dengan Allah. Lebih-lebih-lebih lagi kena akui dan puji.

7. Menjaga hati dari segala perasaan cinta selain Allah serta mendidik hati agar tunduk dan patuh di bawah perintah Allah. Allahuakbar, mencabar juga yang ini, tapi tak mustahil untuk kita buat.

8. Mengasingkan diri untuk munajat kepada Allah. Yang ni memang kena buat. Rekemen dekat semua orang. Memang rasa ketenangan selepasnya.

9. Bergaul dan bersahabat dengan pencinta kebenaran. InshaAllah, kita belum ketandusan orang sebegini.

10. Menjauhkan hati dari segala yang memati dan menjauhkan kita dari Allah. Maksiat la dalam kata mudahnya.

Sebenarnya Allah sangat sayang dekat kita. Kita ja asyik lupa Dia. Saya nak ajak semua, jom jadi baik. Jahat macam mana pun kita, Allah itu Maha Penerima Taubat. Allah itu Maha Lembut. InshaAllah Dia akan terima taubat kita dan berlembut dengan kita. Tetapkan matlamat hidup kita, cinta Allah nombor 1.

Jangan Menyerah

Bismillahi wal hamdulillah

Manusia itu perlu diingatkan dari masa ke semasa. Sesuai dengan kata asal insan itu sendiri yang bermaksud lupa, semestinya peringatan perlu disampaikan saban hari. Oleh kerana sifat manusia yang pelupa, Allah s.w.t telah melantik para rasul sebagai nazir atau pemberi peringatan kepada umat manusia. Namun, ramai yang mengingkari peringatan yang disampaikan yang akhirnya melayakkan mereka tercampak ke dalam neraka, wal'iyazubillah.

Di zaman kita sekarang tidak ada lagi nabi mahupun rasul. Yang tinggal hanyalah mukjizat dari Rasul terakhir, iaitu Quran dan tidak dilupakan sunnah Nabi s.a.w. Mereka yang dekat dengan majlis-majlis ilmu akan sentiasa diperingatkan tentang isi kandungan Quran. Malang bagi mereka yang jauh dari majlis seperti ini kerana mereka tidak mendapat pengisian dari sumber Islam nombor satu ini.

Kadangkala Allah s.w.t memberikan peringatan dalam bentuk ujian dan masalah. Sengaja Allah memberikan kita halangan untuk melihat sejauh mana kita ingat padaNya dan betapa sabarkah kita ini. Ada yang diuji dengan kematian orang terdekat, ada yang dibuang kerja, ada yang mengalami kerosakan kereta di tengah jalan dan sebagainya. Ujian yang ditimpakan bukanlah suatu kebencian Allah kepada hambaNya, tetapi lebih kepada suatu tanda yang Allah masih sayang dan memberi peluang kepada kita untuk kembali kepadaNya, insyaALlah.

Kerap menitis air mata atas sejadah 3-4 hari belakangan ini. Terasa agak berat ujian yang diberikan. Tapi aku yakin dan optimis, semuanya akan membuahkan jannah, suatu ganjaran yang bukan semua orang boleh menikmatinya.

" Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membukakan jalan keluar kepadanya bagi setiap masalah dan memberikannya rezeki dari pintu yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya" At-Talaq 2-3



Ujian Itu Bersebab

Bismillahi wal hamdulillah

Rasa letih post call masih berbaki. Terasa mahu tidur sahaja sehinggalah hari bekerja seterusnya. Hanya tidur mampu menenggelamkan fikiran tentang hospital. Tapi tahu semua itu tidak boleh dibuat, kerana masih ada tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi.

Banyak yang berlaku dalam hidup sejak mula bekerja. Terlalu banyak hingga tak tahu apa yang perlu dicerita. Perasaan bercampur-baur. Bahagian terbesar ialah tak gembira.

Ingat lagi waktu belajar dulu, aku selalu diperingatkan untuk ikhlas dalam hidup dan kerja. Masa tu senang sangat nak menerima dan menghayati. Hakikatnya bila dah masuk alam bekerja, terlampau susah untuk menghayati. Semuanya kerana tak ada perasaan suka dan cinta. Bila tak ada suka, semuanya akan jadi terpaksa. Bila itu berlaku, tak ada lagi ikhlas dalam bekerja.

Hairan bagaimana seorang manusia terlupa yang dia ialah manusia, dan dia juga berurusan dengan manusia lain, yang penuh dengan keterbatasan dalam serba-serbi. Dia mengharapkan setiap permintaannya dilunas dengan sepenuhnya, dalam keadaan sedar yang dirinya juga tidak mampu untuk berbuat demikian.

Aku semakin banyak menyumpah sejak akhir-akhir ini. Panas baran juga makin hari makin menjadi-jadi. Semua sibuk, semua ada kerja yang perlu dilakukan. Bila ada yang bertindak bodoh meminta sesuatu dengan kadar segera, sedang aku tengah sibuk dengan kerja yang lebih penting, mulalah suara ditinggikan. Cuma belum keluar cacian dan makian. Masih ada sekelumit sabar dalam diri.

Kenapa begitu sukar mengharungi profesion yang mulia ini? Mungkin kerana ia terlampau mulia, hingga semua yang ingin mengejarnya perlu diuji sehingga dia patah dan trauma.

Rasulullah seorang yang mulia. Mulia baginda bukan saja di sisi manusia, bahkan yang lebih penting di sisi Allah s.w.t. Ujian yang dihadapi oleh baginda bukan calang-calang ujian. Baginda dihina dan diherdik secara terang-terangan. Baginda pernah dibaling batu dan najis. Baginda juga menerima ugutan bunuh setiap masa.

Baginda diuji dengan ujian yang sangat berat setiap masa. Para sahabat yang berada di sisi baginda juga terasa bahang ujian itu. Akhirnya baginda berjaya mendidik dan membentuk sekumpulan manusia yang mampu menakluki 2/3 dunia, berkat dari kesabaran, ketabahan, keikhlasan dan bantuan dari Allah s.w.t.

Setiap kali aku berasa lemah, aku ingatkan diri aku tentang fakta ini. Setiap kali aku ingat pasti akan menangis menginsafi kelemahan diri.

Kita lemah, tak berdaya. Hanya Allah yang mampu mengangkat segala ketidakupayaan kita dan melancarkan segala gerak kerja kita. Ada seorang kawan aku bukan beragama Islam. Secara terang dia berkata betapa baru dia sedar impak berada dekat dengan tuhan kepada hidupnya.

Kita umat Islam paling kurang 5 kali sehari bersolat. Acara rasmi kita berhubung dengan Allah. Ditambah dengan di luar solat bila kita berzikir kepada Allah. Begitu dekat kita dengan Allah. Terlebih pasti Allah akan menolong kita. Tapi kita harus tahu dan sedar yang kita perlu menolong diri kita terlebih dahulu. Kerana Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri melakukan perubahan kepada diri mereka dulu.

Damailah hati. Sedarilah satu hari nanti kau akan tenang dan aman di bawah naungan Ilahi. Dan di saat itu tidak akan terlintas ingatan dan memori susah payahmu ketika di sini.

Teruskan berdoa wahai diri, dekatkan dirimu pada penciptamu. Jika ditakdirkan kamu gugur dan rebah hari ini, ketahuilah bahawa gugur dan rebahnya dirimu itu dalam dakapan Ilahi.

Wallahu musta'an.

Jom jadi lebih baik

Bismillahi wal hamdulillah

Sejak dua menjak nih, hujan selalu turun dengan lebatnya kat KL. Mesti satu pakej dengan ribut sekali. Pastu mula la air menitik-nitik masuk kot celah-celah tingkap. Pastu biar je air tu kering dengan sendirinya. Hehe. Tapi sangat bes untuk tidur bagi mereka yang penat seharian berada di wad menelaah semua pesakit yang ada kat dalam wad (buekkkk).

Tadi masa nak pegi jumpa ikhwah (kawan2 laki), hujan masih turun renyai2. Kilat tak henti-henti. Berdentum sana, berdentum sini, menghiasi suasana petang sabtu. Ada sekali tu, rasanya kilat tu dekat la jugak. Meletup je, "Omak kau" jerit sis Karen (Karim nama sebenar) seiring dengan dentuman kilat tersebut. Masa tu aku tengah atas motor. Alhamdulillah, boleh kontrol macho lagi, walaupun dah terlanggar lubang. Cis, sape plak tak kambus lubang tetengah jalan nih. Boleh nahas kalau tak hati-hati.

Masa tu jugak terlintas kat hati, "Ya Allah, aku masih banyak dosa. Jangan ambil aku lagi".

Masa sentiasa akan berdetik. Tik tok tik tok. Tak pernah dia nak tunggu kita. Dia tak pernah peduli pasal kita. Dia akan sentiasa bergerak dan berlalu, samada kita suka atau tidak. Apa dah kita buat dengan umur kita selama ni? Banyak dah amal? Banyak dah infaq? Banyak dah zikir dan fikir? Banyak dah kegiatan dakwah dan tarbiah? Banyak dah pahala?

Memang kita ada banyak. Dah buat banyak. Banyak apa? Banyak buang masa. Banyak buang harta. Banyak cakap benda tak berfaedah. Banyak mencarut. Banyak mengumpat. Banyak memfitnah. Banyak tidur. Banyak makan. Dan yang paling kompem banyak ialah banyak dosa.

Nak masuk syurga dengan tu? Please, nak lepas titian sirat pun belum tentu boleh sampai habis. Astaghfirullah.

Kita tahu dan sedar semua pasal benda ni, tapi kenape kita tak nak buat? Senang saja jawapan dia. NAFSU la macha. As simple as that.

Kita tahu kita belum bersedia nak berdepan dengan Allah dengan amalan yang kita ada sekarang. Tapi dalam kesedaran tu kita tak juga nak usaha kumpul pahala. Nak gak buat benda tak berfaedah. Ada saja alasan dan dolak-dalih tak nak buat baik. Astaghfirullah. Nafsu semua tu bro n sis.

Nafsu la yang nak menjahanamkan diri kita ke dalam jahannam, wal'iyazhubillah. Kita kena kawal nafsu kita. Kalau kita suka tidur, kita kena lawan rasa nak tidur tu walaupun kena letak batang mancis kat mata. Kalau tak jalan dengan batang mancis, boh jarum peniti. Kompem tak berani nak pejam mata. Kalau korang jenis yang suka beli-belah, apa kata bagi duit korang tu kat aku so that aku boleh simpan untuk beli kereta idaman aku. Hehe. Ok2, infaq la duit tu kat jalan dakwah. Kalau tatau kat mana, bagi je kat masjid berdekatan kerusi anda duduk depan laptop anda sekarang. As simple as that.

Kalau kita mampu kawal nafsu kita, memang TERBAIK la. Sebab Rasulullah kata antara jihad yang terbesar ialah melawan hawa nafsu.

Bila kita nak buat benda-benda baik tu pastikan kita IKHLAS. Masa jumpa ikhwah dia ada ingatkan tentang ikhlas dalam beramal. Perghh, memang terasa. Pedih macam kena tusuk ngan ekor ikan pari. Korang takkan tahu betapa pedihnya kena tusuk ngan ekor ikan pari. Kalau nak tahu camne rasenye, tanya aku. Pedih siot. Itu je komen yang aku boleh bagi.

Tapi memang betul. Ikhlas ni cukup susah nak diamalkan. Cuba la kenang balik zaman silam berapa banyak solat yang kita buat kerana Allah semata-mata. Bukan sebab terpaksa, sebab rasa segan kat orang, sebab bakal pak mentua tengah tengok etc. Cuba kenang balik setiap kali kita hulurkan tangan untuk bagi derma kat masjid, ada tak rasa riak nak menunjuk kata kita infaq kat masjid. Astaghfirullah, hinanya aku.

Kadang-kadang bila kita fikirkan balik semua benda-benda ni, rasa macam pelik lak kalau Allah masih nak dengar doa kita. Dah la amal sikit, pastu tak penahnye nak ikhlas. Astaghfirullah. Kita kena sangka baik dengan Allah. Allah tu Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Mengasihani dan Maha Lembut dengan hamba-hambaNya.

Jom kita jadi lebih baik! =)


ABJZ

Bismillahi wal hamdulillah

“Mereka yang membawa keluar anak dara orang sampai ke tengah malam, dan kadangkala tidak balik sehinggalah keesokan harinya, bukanlah 'jantan' di sisi syariat.”-pulasan007

Alhamdulillah, ambang tahun baru masihi yang lalu sempat untuk menyertai program 'Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati' anjuran Raudhatus Sakinah dan beberapa NGO seperti JIM dan IKRAM di Masjid Negara Kuala Lumpur. Bersyukur sangat dapat berada dalam lingkungan manusia yang mengambil berat akan dakwah dan tarbiah.

Kadang-kadang dalam melakukan aktiviti seharian membuat kita lupa kepada perkara mendasar hidup ini iaitu tujuan kita dicipta. Semua tahu kita merupakan khalifah muka bumi. Tapi tak ramai yang sedar dan buat antara tugas seorang khalifah, iaitu menggerakkan dakwah dan tarbiah. Sebab itu jika ada peluang, terus capai dan gapai peluang itu untuk kita menjalankan tugas ini. Kalau kita bukan di kalangan penggerak utama pun, sekurang-kurangnya kita menjadi penyokong dan pendukung kepada aktiviti sebegini.

Program himpunan ini adalah rentetetan daripada beberapa siri program sebelum ini yang bertemakan “Anda Bijak Jauhi Zina”, singkatannya ABJZ. Fokus utama program kali ini adalah untuk mengumpulkan peserta ABJZ sebelum ini dalam satu program untuk mengingatkan tentang perkara ini, di samping untuk menyediakan satu platform alternatif untuk sambutan tahun baru masihi.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Tak sangka boleh kumpulkan seribu remaja untuk program sebegini. Walaupun tak semua datang dengan hati yang terbuka, tapi ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Semestinya perempuan lebih ramai. 1/3 je lelaki kot. Mungkin sebab lelaki kena hantar wakil untuk dakwah dan tarbiah mat-mat rempit, jadi derang tak sempat nak join program. Hehe.

Yang paling penting dalam program ini ialah isi kandungan daripada aktiviti yang dirancang. Sangat bermanfaat. Selalu kita rasa kita dah tahu, tapi berapa selalukah kita bertindak berdasarkan apa yang kita tahu itu? Ayat apakah ini? Haha. Tak kisah. Janji u allz get the point.

Ayat yang paling atas sekali tu ialah kongklusi aku buat sendiri setelah mendengar semua pengisian yang ada dalam program ini.

Zina, sangat berleluasa sekarang. Bermula dengan pandangan dan jelingan manja. Kemudian beralih ke senyuman (leave out 'senyum Miki' from this ok). Kemudian berputik (so-called) cinta. Kalau dah bercinta takkan tak berpegang tangan? Lepas tu takkan nak pegang tangan je? Berpelukan, berciuman dan akhirnya terjebak ke kancah penzinaan. Macam tu la kronologi yang kita selalu dengar.

Prof Har (Dr. Harlina Siraj) ade cakap pasal statistik yang selalunya orang lelaki yang akan mulakan. Sebabnya, orang lelaki yang macam ni tak rasa kejijikan benda ini sebab derang tak akan tanggung apa-apa risiko selepas berzina. Orang perempuan berisiko untuk mengandung selepas itu, jadi mereka lebih berhati-hati. Maksudnya kat sini ialah, mereka yang berzina tu untuk suka-suka saja. Mereka tak pilih jalan yang Islam berikan iaitu melalui pernikahan kerana dengan pernikahan mereka juga tertakluk untuk bertanggungjawab. Mereka adalah penakut dan pengecut. Sebab tu aku kata mereka tidak 'jantan' di sisi syariat. Kalau benar-benar berani, nikahi wanita itu dan pikul tanggungjawab dan amanah. Itu baru 'jantan' sejati.

Ok, itu baru sedikit rumusan dari program itu secara keseluruhan. Alhamdulillah malam tahun baru tu ada qiyam beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Muda Azhar. Sedap dia baca Quran. Dapat juga peluang untuk bersemuka dengan Maher Zain. Dia singgah kejap je, tak menyanyi pun. Datang tu pun tak dirancang. Tapi ok la dapat jumpa dia. Tinggi gak dia sebenarnya.

Ni ada gambar skek je diambil dengan cam cabukku. Hehe


ni antara peserta yang hadir...belum penuh lagi ni =)

ni bergambar untuk media nih...masok paper la nanti



ni Prof Har ngn Dato Che Mat (Pengarah JAWI) masa sidang media

ni gambar salah seorang petugas ABJZ yang dah sepet matanya...haha

Teorinya mudah, praktikalnya susah

Bismillahi wal hamdulillah

Sudah berserawang nampaknya blog ni. Namun harapnya serawang itu bukan serawang kosong, tetapi serawang yang mempunyai seribu satu hikmah sepertimana yang terjadi di gua Thur, inshaAllah.

Semua orang nak masuk syurga. Syurga telah menjadi satu destinasi impian bagi sekelian umat manusia. Hebatnya syurga itu sehinggakan manusia menjadikan ia sebagai satu perumpamaan atau contoh bagi menceritakan kehebatan atau kecantikan sesuatu benda di muka bumi ini.

Namun hakikatnya manusia tidak mampu untuk membayangkan kehebatan syurga dek kerana terbatasnya pemikiran manusia. Sebab itu kehebatan syurga masih menjadi tanda tanya bagi mereka yang selalu memikirkannya. Namun Allah s.w.t memberikan gambaran-gambaran keadaan di syurga melalui kitabNya dan al-hadith. Namun yang diceritakan itu hanyalah sedikit daripada yang sebenarnya. Itu pun dah buat kita terliur dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki di sana, inshaAllah =) .

Nak masuk syurga kena tahu adab dan tatasusilanya, cara-caranya. Macam nak masuk rumah orang pun kena ada cara dan gayanya. Tak boleh main serbu tak pakai helmet. Silap haribulan kita kena serbu dengan JAIS...hehe

Allah banyak ceritakan dekat kita macam mana cara nak masuk syurga. Belambak je dalam Quran tu, kalau kita faham. Contohnya dalam surah At-Taghabun ayat 9, Allah berfirman, maksudnya:

"(Ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) dinampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar."

Mesti kita pernah dengar ayat ini. Ada banyak lagi ayat-ayat yang membawa maksud yang sama. Beriman dengan Allah, melakukan amal saleh, syarat paling mendasar untuk masuk ke syurga. Senang saja. Tapi kenapa masih ramai yang masuk neraka? Sedangkan syarat untuk masuk ke syurga bukan main senang?

Secara teorinya cukup mudah untuk masuk syurga. Bahkan kalau kita fikir dalam-dalam, hanya perlu buat apa Allah suruh dan tinggal apa Allah larang. Dah boleh masuk syurga, inshaAllah. Namun realitinya tidak begitu.

Ada satu komponen yang sangat berpengaruh dalam diri manusia, iaitu hati. Begitu kuat pengaruh hati ini ke atas hidup manusia sehinggakan Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya, jika baik hati seseorang itu maka baiklah keseluruhan jasad orang itu, jika jahat maka jahatlah ia.

Bila berbicara tentang hati, ia ada perkaitan dengan hawa nafsu. Hati yang baik tidak akan menjadikan hawa nafsu sebagai tunggangan dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tetapi hati itu akan menjadikan hawa nafsu itu sebagai medium atau perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Seringkali manusia tewas kepada hawa nafsu. Ini kerana hawa nafsu itu hanya menampakkan apa yang seronok dan menggembirakan. Sebab itu ramai dari kita yang hanyut dan terbabas.

Manusia bertindak berdasarkan apa yang dia lihat. Syurga, pahala dan dosa tidak mampu dilihat oleh manusia. Kita hanya nampak apa yang ada di atas dunia. Sebab itu kita seringkali tewas dan tunduk kepada hasutan hawa nafsu.

Untuk mendidik dan menundukkan hawa nafsu bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau ia mudah, Rasulullah takkan kata jihad yang sebenar ialah jihad melawan hawa nafsu. Ianya suatu perkara yang besar.

Secara teorinya cukup mudah untuk masuk syurga. Tetapi praktikalnya amat payah. Namun itu bukan hujah untuk kita menyerah kalah dalam perjuangan ini. Dalam kehidupan ini pasti ada naik turunnya. Dan setiap kali kita jatuh, jangan mudah berputus-asa. Setiap kali kita tewas, jangan mudah meletakkan senjata. Bangun dan teruskan langkah. Kerana akhirnya, kita pasti akan sampai jua ke destinasi yang dituju. Walaupun ia mengambil masa yang lama. Walaupun kita parah cedera, inshaAllah. =)

Salahkah takdir?

Bismillahi wal hamdulillah

"Kenape la aku ni sial sangat? Asyik kena maki je tiap-tiap hari".

"Aku dah tak tahu mana silapnye. Aku ni memang keturunan jahanam kot".

"Aku ni memang pembawa sial. Semua cakap macam tu".

"Aku rase sesape yang lahir tahun ni memang malang".

Mungkin kita pernah dengar monolog begini. Mungkin orang yang kita kenal pernah mengucapkannya. Mungkin kadangkala ahli keluarga kita, mungkin juga diri kita.

Merasakan seolah-olah takdir tidak menyebelahi diri bukanlah sesuatu yang asing dalam diri manusia. Seringkali kita merasa terpukul dengan ujian yang dihadapkan. Mungkin itu merupakan ujian terberat yang pernah kita hadapi, atau mungkin akibat ujian yang tidak pernah henti dihadapkan kepada kita. Akibatnya kita stress dan tertekan. Tenggelam punca di mana silapnya. Gelap di depan seolah-olah tiada jalan keluar kepada masalah yang kita hadapi. Maka terbitlah bibit putus asa dan kecewa. Putus asa untuk berusaha menghadapi ujian, kecewa dengan kehidupan dan takdir yang senantiasa membawa kemudharatan pada diri.

Itulah sebahagian daripada fitrah insani yang Allah tanamkan dalam diri kita. Perasaan inferiority dan lemah, sinonim dengan jiwa kita. Dan bagi yang melihat lebih jauh, inilah antara kekuatan dan benteng jiwa.

Merasa inferior atau lemah merupakan satu anugerah. Dengan perasaan ini kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Kita hanyalah insan, makhluk Allah yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini dengan menegakkan kalimah Allah s.w.t. Setiap detik dan ketika, kita memikul tugas yang tidak mahu dan mampu dipikul oleh makhluk-makhluk lain, hatta gunung-ganang. Tugas yang pada mulanya nampak begitu mustahil untuk dipikul oleh manusia, sehinggakan para malaikat pelik dengan keputusan Allah azza wa jall, seperti yang dinukilkan dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

Mengapa jadi begitu? Adakah manusia tidak mampu untuk menjadi 'duta' Allah di muka bumi? Apakah tugas menjadi khalifah merupakan suatu tugas yang amat berat?

Jawapnnya ya. Sebab itulah tak ada makhluk lain yang mahu untuk memikulnya. Jadi mengapa kita dilantik untuk pegang amanah ini jika ianya terlampau berat? Apakah kita telah teraniaya? Apakah Allah telah menetapkan takdir kita itu untuk memusnahkan diri sendiri? Jawapannya semestinya tidak. Allah itu Maha Bijaksana dalam merancang, dan Dialah sebaik-baik perancang. Sudah tentu segala hikmah kita dilantik memegang amanah ini adalah dalam ilmu Allah yang maha luas.

Mengapa takdir hidup kita begini bukan lagi menjadi titik persoalan utama. Persoalan yang harus diutarakan dalam benak hati kita ialah, bagaimana kita harus dan perlu bertindak dengan takdir ini. Kita yang menentukan samada takdir ini akan membawa kita ke gerbang syurga yang sangat 'best', atau menjerumuskan diri kita ke lembah neraka, wal'iyazu billahi min zalik.

Jika kita mampu untuk mengawal minda dan pemikiran kita untuk menjawab persoalan ini, insyaAllah, kita sudah separuh jalan menuju kepadaNya.

Begitu juga halnya dengan persoalan di awal penulisan ini. Apakah salah takdir kita hidup begini?

Allah s.w.t tidak pernah menciptakan hambaNya untuk dianiayai, tetapi Allah s.w.t menciptakan setiap makhluk untuk dilimpahkan rahmat dan kasih-sayangNya. Bahkan, Allah s.w.t telah menyediakan syurga yang berlipat kali ganda nikmatnya untuk hamba-hambaNya yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya.

Kita diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56. Sekiranya kita melakukan segala tuntutan dan perintah Allah, insyaAllah kita bakal dikurniakan syurga di akhirat.

Namun, kadangkala Allah s.w.t mahu melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Sebab itu Allah memberikan ujian kepada kita untuk menilai keutuhan jiwa kita dalam mengabdikan diri padaNya. Dan ujian Allah ini pelbagai, bergantung kepada individu tersebut. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kekayaan. Ada yang diuji dengan masalah yang tidak putus-putus, ada juga yang diuji dengan kesenangan yang berpanjangan. Ujian ini dihadapkan kepada kita untuk menilai diri kita. Jika kita sabar dan teguh menghadapinya, alhamdulillah, kita berada di atas jalan yang selamat.

Dan seringkali bila kita dihadapkan dengan ujian-ujian ini, yang menyelamatkan diri kita ialah rasa inferior dan lemah. Bila ada sifat ini dalam diri kita, dengan segera kita akan ingat pada Allah, pencipta dan penyelesai segala masalah yang kita hadapi. Tetapi sekiranya tidak ada sifat inferior dan lemah ini dalam jiwa, kita takut akan terbabas dalam mengendalikan masalah dan ujian tersebut.

Seperti yang terjadi kepada Firaun. Firaun seorang pemerintah yang tidak pernah berasa inferior dan lemah. Setiap hari dia merasakan dialah yang terhebat. Akhirnya dia dilaknat oleh Allah dan seluruh makhluk akibat dari keangkuhan dan bongkaknya. Ujian yang Allah berikan padanya ialah tidak pernah merasa sakit dan susah. Dan dia tersilap langkah dalam bertindak sesuai dengan takdirnya.

Oleh sebab itu, janganlah kita menyalahkan takdir yang telah ditulis atas diri kita. Jika kita menyalahkan takdir, seolah-olahnya kita menyalahkan Allah 'azza wa jall. Mengadu kepada Allah tentang takdir kita adalah perkara yang berbeza. Kita dibolehkan untuk mengadu tentang nasib kita kepada Allah. Kerana hanya kepada Dialah tempat kita memohon pertolongan.

Bila kita ditimpa sesuatu yang menggusarkan, kembalilah ke atas sejadah. Ruku' dan sujud padaNya dengan penuh sifat kehambaan dan lemah. Ceritakan segala yang terbuku di benak hati. Pilihlah perkataan yang syahdu dan lembut, moga dengannya Allah 'berlembut' dengan kita. Moga kita senantiasa berasa lemah dan tunduk di hadapanNya. Amin ~

Jadilah Baik

Bismillahi wal hamdulillah

Entah kenapa sungguh sukar hendak menjadi baik. Setiap kali ingin menuju kebaikan, setiap kali itu jugalah aku terjatuh dan tersembam. Seolah-olahnya sudah tertutup pintu kebaikan untuk aku. Atau sebenarnya, kelemahan dan kedhaifan diri yang menutupkan pintu itu. Kadangkala terfikir, sampai bila akan terus begini? Jawapan yang sudah ada di tangan, namun masih berdolak-dalih hendak mencari jawapan lain.

Kita bertanggungjawab atas tindakan kita sendiri. Sejak akil baligh kita dilepaskan dari tanggungan ibu dan ayah kita. Dosa dan pahala, salah dan benar semuanya terletak atas kepala kita. Sebab itu semasa kecil ibu dan ayah menitik beratkan pendidikan agama untuk kita agar kita dapat menjalani kehidupan yang selari dengan syarat Islam.

Namun selalunya kita bertindak bersimpangan dengan apa yang Islam ajarkan. Setiap kali itulah kita cuba untuk mencari alasan selain dari diri kita untuk dipersalahkan. Kita cuba untuk merasionalkan tindakan kita yang salah itu, sedangkan kita tahu bahawa kita yang memilih untuk bertindak sedemikian. Apa nak jadi dengan kita ni?

Dalam surah Ar-Raad ayat 11, Allah s.w.t berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali mereka sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”. Bila kita nak ubah diri kita? Nak tunggu nazak?

Peringatan yang sangat keras buat diri yang selalu leka. Sahabatku, ingatan ini untuk diriku. Bantulah aku untuk menjadi baik. Tegur aku jika aku leka dan lalai dalam mengingatiNya. Sedarkan aku jika aku sudah mula menyimpang dari jalanNya.

Ambillah iktibar dari kekhilafan diriku. Moga kamu tidak menjadi seperti diriku.

Ampunkan kami Ya Allah.

Tazkirah Ramadhan 21/8/2010

Bismillahi wal hamdulillah

Saidina Umar Al-Khattab radhiyallahu'anhu merupakan seorang sahabat yang tidak asing bagi kita umat Islam pada hari ini. Sumbangan beliau kepada Islam amat tidak ternilai harganya. Beliau juga merupakan antara penyumbang kepada penyebaran Islam di seluruh dunia pada hari ini.

Jika kita menyelak lembaran sejarah para sahabat, Saidina Umar Al-Khatab dikenali sebagai seorang yang sangat berani di medan perang. Beliau juga merupakan seorang yang sangat takut akan Allah s.w.t. Beliau juga merupakan seorang yang tawaddhu', zuhud terutama dalam hal duniawi. Beliau juga merupakan seorang yang sangat cinta akan Rasulullah s.a.w, sehinggakan ketika kewafatan baginda Ar-Rasul, beliau mengancam untuk membunuh sesiapa yang menyebarkan berita tentang kewafatan Rasul. Begitu kuatnya perasaan kasih dan cinta beliau. Lantaran peribadi dan karakteristik beliau yang unggul ini, beliau tergolong di kalangan mereka yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w.

Ketika perlantikan beliau sebagai khalifah Islam kedua bagi menggantikan khalifah Abu Bakr As-Siddiq, beliau telah memberikan ucapan di hadapan ribuan umat Islam pada masa itu. Dalam ucapan tersebut, beliau berkata, yang bermaksud, "Kita merupakan umat manusia yang Allah telah muliakan dengan Islam. Ketikamana kita memilih kemuliaan melalui jalan selain dari Islam, maka tunggulah azab akan menimpa ke atas kamu".

Jika kita amati pernyataan ini secara lebih mendalam, kita akan sedar akan hakikat bahawa, kita secara asasnya merupakan golongan yang hina, golongan yang kerdil, golongan yang tidak ada apa-apa. Tetapi bilamana kita mengambil Islam sebagai Ad-Din kita, Islam sebagai pegangan hidup kita, Islam sebagai cara hidup kita, secara otomatik kita termasuk ke dalam golongan mereka yang mulia. Secara otomatik kita berada di kalangan mereka yang dipandang di sisi Allah s.w.t. Alangkah bahagia mereka yang mulia di sisi Allah. Mereka dijanjikan syurga dan kenikmatan selama-lamanya di sana.

Saya ingin mengajak para sahabat untuk koreksi diri kita, muhasabah diri kita. Sejauh manakah Islam itu kita amalkan dalam hidup kita seharian. Sejauh manakah Islam itu disemat dan diabadikan dalam jiwa kita. Sejauh manakah Islam itu mempengaruhi setiap amalan, tingkahlaku, perbuatan dan percakapan kita pada stiap hari. Jika ada Islam dalam setiap apa yang kita lakukan, walaupun sedikit, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya. Namun sekiranya tidak ada walaupun sedikit, wal'iyazubillah, moga kita sempat bertaubat sebelum dipanggil untuk menghadapNya.

Alhamdulillah, kita masih lagi mahu untuk menuntut ilmu berkaitan agama. Kita masih lagi mahu untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu. Kita masih lagi berkesempatan untuk mendengar tazkirah agama. Kita merupakan antara golongan yang terpilih. Golongan yang dipilih Allah untuk berterusan dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Moga kita sentiasa berada di atas jalan ini.

Namun cuba kita luaskan sedikit skop pemandangan kita. Jika boleh kita gunakan istilah 'zoom-out'. Kita lihat masyarakat di sekeliling kita. Jangan kita asyik dengan kumpulan kita sahaja. Jangan kita asyik dengan 'geng' kita sahaja. Jangan kita terlampau asyik dengan 'klik' kita sahaja. Ramai sahabat-sahabat kita di luar sana yang masih lagi tak kenal dengan Islam. Ramai lagi yang masih keliru tentang Islam. Ramai lagi yang masih tak tahu Islam itu apa sebenarnya. Kita sebagai orang yang diberikan kesedaran dan ilmu, kita perlu dan wajib laksanakan tanggungjawab kita untuk berdakwah. Kita wajib untuk menyedarkan masyarakat tentang peripentingnya Islam dalam kehidupan kita.

Tetapi sebelum kita hendak keluar memainkan peranan sebagai seorang da'ie, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ilmu yang mencukupi. Ini penting supaya apa yang kita ingin sampaikan itu merupakan sesuatu yang benar dan tepat dengan apa yang Islam katakan.

Oleh sebab itu kita perlu untuk memastikan bahawa sumber yang kita gunakan untuk mempelajari tentang Islam merupakan sumber yang sahih dan berautoritatif. Jika kita ingin mengenali tentang sesuatu kita perlulah merujuk kepada sumber yang asal. Dalam konteks ini kita perlu untuk merujuk kepada Al-Quran dan juga As-Sunnah.

Ramai yang melupakan Al-Quran pada hari ini. Al-Quran hanya diletakkan di suatu sudut di dalam rumah dan hanya dibuka ketika ada saudara-mara yang sakit ataupun meninggal dunia. Jika tidak kerana kedua peristiwa itu, Al-Quran itu akan kekal di kedudukan itu dan berhabuk. Mungkin untuk mereka yang lebih hebat sedikit, Al-Quran diperlukan di musim Ramadhan untuk bertadarus.

Al-Quran diperlukan dalam setiap hari kehidupan kita. Tetapi sistem pembelajaran kita pada hari ini hanya menekankaan untuk mengaji, tetapi melupakan bab mengkaji. Kita hanya akan dapat melihat kehebatan dan keagungan Al-Quran itu setelah kita mengkaji isi kandungannya. Ini kerana dalam Al-Quran itu terdapat pelbagai formula-formula kehidupan yang kita sangat inginkan dalam mengendalikan kehidupan kita pada hari ini.

Dalam surah Al-Isra', ayat 9, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang aqwam". Apa maksud 'aqwam'? Mengikut Imam Qartubi, ketika mentafsirkan maksud 'aqwam' dalam kita beliau al-Jamik li Ahkamil Quran, beliau mengatakan 'aqwam' itu bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat. Lantas, mengapa kita masih lagi hendak mencari akan formula-formula berkenaan kehidupan selain dari Al-Quran. Sedangkan yang ada dalam Al-Quran itu merupakan yang terhebat.

Ramai dari kita pada hari ini belajar tentang Islam melalui sumber selain dari Al-Quran. Kebanyakannya dari majalah, suratkhabar, risalah mahupun mendengar khabaran orang. Bukanlah suatu kesalahan untuk menimba ilmu dari sumber-sumber tersebut, cumanya yang kita takutkan ialah wujudnya penyelewengan ketika memproses bahan tersebut yang bakal mengakibatkan kesalahfahaman dalam agama. Dan ternyata pada hari ini banyak penyelewengan yang berlaku. Oleh sebab itulah kita perlu dan wajib untuk merujuk setiap perkara yang kita dengan berkenaan agama ataupun apa-apa saja kepada Al-Quran, agar ianya tidak bertentangan.

Yang keduanya ialah As-Sunnah. Sekiranya tidak terdapat dalam Al-Quran berkenaan perkara yang kita cari, kita boleh rujuk kepada hadith yang sahih untuk mendapatkan pencerahan. Al-hadith yang kita rujuk itu mestilah hadith yang sahih dan bukannya yang bertaraf dhaif, apatah lagi maudhu' (palsu). Ini kerana hadith itu menjadi pelengkap dan penjelas kepada Al-Quran. Lantas kita perlu untuk merujuk kepada kedua-dua sumber ini dalam mendalami ilmu Islam. Ketika belajar tentang Islam ini, adalah digalakkan untuk kita berguru dengan mereka yang ahli dalam agam supaya mereka dapat menjelaskan perkara yang tidak kita fahami dengan baik. Semoga semua ini dapat memberikan kita kebaikan di dunia dan akhir. Allahumma amin.

Wallahua'lam bishawab wa astaghfirullahal'azim.

Perbezaan Suatu Rahmat

Bismillahi wal hamdulillah

Baru lepas tengok discovery channel pasal cheetah, singa dan binatang-binatang lain. Seronok. Tiba-tiba terfikir pasal ni. Nampak macam remeh, tapi mungkin boleh ambil sikit sebanyak iktibar, inshaAllah :)

Cheetah dan Singa

Cheetah merupakan mamalia yang terpantas di atas muka bumi ni. Dikelaskan di bawah kumpulan kucing, Cheetah menempa nama dengan kelajuannya yang luarbiasa. Dilaporkan kelajuan yang mampu dicapai oleh Cheetah yang pernah direkodkan ialah selaju 70 batu per jam. Hebatnya Cheetah dengan kelajuannya, sehinggakan kita menggunakan Cheetah sebagai perumpamaan untuk orang yang mampu berlari laju. Kekuatan badannya ditumpukan hampir sepenuhnya kepada otot kakinya yang membolehkannya untuk memecut. Disebabkan hampir kesemua kekuatannya ditumpukan untuk berlari, kekuatan rahangnya untuk membaham mangsanya agak lemah jika dibandingkan dengan sepupunya, singa.

Semua maklum tentang perihal singa. Dikatakan sebagai 'Raja Rimba', nama singa begitu gah di persada dunia. Singa dikenali bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana kegarangannya. Sesiapa sahaja yang berhadapan dengan sang singa, pasti berasa gentar dan kecut, kerana tubuhnya yang sasa dan kemampuannya untuk menundukkan mangsanya dengan mudah, walaupun sekali ganda besar dari saiz badannya sendiri. Kegarangannya menyebabkan kita menggunakan singa sebagai perumpamaan kepada mereka yang panas baran dan selalu marah. Garang seperti singa. Jika dibandingkan dengan cheetah, singa tidak begitu pantas. Sentiasa sahaja ketinggalan jauh di belakang jika berlumba lari dengan cheetah. Walaupun tidak pantas, singa dikurniakan dengan kekuatan yang luarbiasa untuk menerkam dan membaham mangsanya. Kekuatan rahang dan otot-otot badannya berfungsi untuk menjatuhkan mangsanya. Itu kelebihan singa.

Jika dilihat kedua-dua binatang ini, secara jelas dapat kita lihat akan kekurangan dan kelebihan antara kedua-duanya. Cheetah cemerlang di penjurunya, singa hebat di penjurunya. masing-masing punya kelebihan yang berbeza, tetapi sangat istimewa. Jika cheetah dan singa bergabung tenaga, membentuk satu organisasi, menubuhkan satu persatuan, menegakkan satu jemaah yang mengumpulkan kesemua saudara-saudara mereka untuk berjuang bersama-sama di bawah satu bumbung, ke arah satu matlamat, iaitu mencari makanan dan tempat perlindungan, pastinya ia akan memberikan hasil yang amat menggembirakan. Cheetah menggunakan kelajuannya untuk mengejar mangsa, dan singa mengunakan kekuatannya untuk menerkam dan membaham mangsa. Suatu hubungan simbiosis, 'win-win situation'.

Aplikasi dalam kehidupan

Kisah singa dan cheetah di atas boleh diaplikasikan oleh kita. Kita dilahirkan dengan kemampuan dan kelebihan yang berbeza, dan pastinya dengan kelemahan yang juga berbeza. Ada yang mampu untuk memimpin dengan baik, ada yang mampu untuk membuat kerja dengan baik, ada yang mempunyai teknik komunikasi yang baik, dan begitulah seterusnya. Walaupun kita mempunyai kelebihan kita yang tersendiri, tidak mungkin kita mampu untuk cemerlang di setiap penjuru itu, walaupun tidak mustahil, namun sedikit sangat bilangannya. Oleh itu, dalam membentuk sebuah jamaah atau persatuan yang baik, kita perlu untuk mempunyai ahli-ahli yang mempunyai kelebihan yang pelbagai ini.

Kalau dalam sesebuah persatuan itu rata-rata ahlinya terdiri dari mereka yang sama kebolehan mereka, bukanlah nak dikatakan tidak baik ataupun tidak boleh berjaya, namun sekiranya kebolehan itu dipelbagaikan, ia mampu untuk melancarkan perjuangan, membuahkan kejayaan dengan lebih berkesan dan membawa persatuan tersebut ke tahap yang lebih baik di persada dunia. Cuba bayangkan jika dalam sebuah persatuan itu terdiri dari mereka yang pandai bercakap sahaja, siapa yang mampu untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih cekap dan efisien? Semua mahu bercakap, tidak mahu membuat kerja pentadbiran. Boleh hancur persatuan itu. Kelebihan yang berbeza mampu menutup kelemahan-kelemahan ahli-ahlinya demi melancarkan perjuangan persatuan.

Begitu juga halnya dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Suami dan isteri pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Suami dan isteri perlu saling bekerjasama bagi memudahkan semua kerja rumahtangga dan seterusnya membina rumahtangga yang aman dan sejahtera. Ramai yang ingin mempunyai rumahtangga yang bahagia. Namun mereka tidak mahu utuk saling melengkapi. Mereka tidak mahu untuk menerima perbezaan pasangan masing dan tidak mahu untuk menutup kelemahan tersebut. Jika tidak ada kerjasama, saling memahami dan melengkapi, tidak mungkin dapat melahirkan rumahtangga yang sejahtera. Sebab itu kita disuruh untuk memilih pasangan kita dengan baik dan meletakkan agama sebagai pilihan utama ketika membuat pilihan. Ini kerana setiap insan perlukan agama dalam hidupnya. Aspek-aspek lain dalam kehidupan boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Dalam proses penambahbaikan itulah perlunya untuk saling memahami dan melengkapi.

Apabila kelebihan dan kebolehan yang dimiliki oleh pasangan suami isteri itu berbeza, ia bakal menambah warna dan corak ke dalam kehidupan mereka. Tidaklah kedua-duanya hanya tertumpu kepada acara yang sama sahaja. Kalau setiap hari makan sotong selama satu bulan berterusan, pastinya akan berasa bosan. Mesti ada keinginan untuk mengubah sotong itu kepada ayam atau seumpamanya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Bukannya tidak bersyukur, tetapi hanya mengikut fitrah manusia yang inginkan kelainan sekali-sekala, tidak ada salahnya.

Lantas kerjasama dan sikap saling memahami dalam kehidupan merupakan elemen yang penting untuk dihayati oleh kita. Sebuah matlamat tidak mungkin dapat dicapai sekiranya hanya dijuangkan oleh seorang individu. Tetapi jika dilakukan secara berjamaah, berkumpulan, peluangnya lebih besar dan cerah untuk mendapat kejayaan. Moga kita dapat renungi perkara ini dengan hati yang terbuka.


Perkongsian Ringkas Tentang Islam dan Rasulullah

Bismillahi wal hamdulillah

Nabi Muhammad s.a.w merupakan rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada manusia. Baginda merupakan pelengkap kepada segala mesej dan ajaran serta arahan yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui para rasul sejak sebelum baginda lagi. Semua ini dijelaskan oleh Allah dalam surah An-Nisa' ayat 163 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma’il, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun, dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud."

Ayat ini membuktikan bahawa wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w membawa mesej yang sama dengan nabi-nabi sebelum baginda. Ini menunjukkan Islam tidak bermula dengan Nabi Muhammad, tetapi ditutup dan dilengkapkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam bermula sejak dari Adam diutuskan ke muka bumi. Hal ini dijelaskan Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku LENGKAPKAN secukupnya nikmatKu atasmu, dan telah Aku redahi Islam itu menjadi agamamu."

Kerasulan dan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w telah disebutkan di dalam kitab-kitab terdahulu. Rasul-rasul sebelum ini telah diberitakan tentang Baginda sebagai rasul terakhir. Lantas ahli-ahli kitab mengenali Nabi Muhammad dan menyedari akan mesej yang bakal dibawa oleh baginda sebagai mesej yang sama dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya. Hal ini dinukilkan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 146 yang bermaksud:

"Orang-orang yang telah Kami beri kita (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri."


Ayat ini menunjukkan kita betapa orang-orang terdahulu begitu mengenali baginda seperti mengenali anak mereka sendiri. Segala perihal tentang baginda telah diceritakan dan diberitakan kepada mereka, namun mereka terlalu ego dan sombong untuk mengakui kerasulan baginda, sehinggakan ramai daripada mereka bermusuh dan berdusta tentang baginda. Walaupun begitu, ada juga di antara mereka yang membenarkan kerasulan baginda, antaranya ialah Waraqah bin Naufal, iaitu sepupu kepada Saidatina Khadijah.

Moga perkongsian yang sedikit ini dapat menambahkan keyakinan kita kepada Islam dan Nabi kita s.a.w. Moga kita beroleh hidayah dan maghfirahNya. Moga bertambah dan meningkat iman dan amal.






Berkawan

Bismillahi wal hamdulillah

Sudah hampir 3 minggu berelektif posting di kampung halaman. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Walapun posting kali ini tidak serancak dan seseronok sesetengah dari sahabat-sahabat yang lain, aku tetap bersyukur atas peluang yang diberikan ini. Moga ianya memberikan manfaat yang terbaik buat bekalan di hari mendatang, inshaAllah.

Tidak ramai dari kalangan sahabat se'batch'ku yang tinggal di Pulau Pinang. Hanya dua orang. Itu pun tak pernah bersua lagi setakat 3 minggu ni. Mereka berelektif di tempat berbeza. Terasa juga kesunyian, sebabnya kalau di kolej pasti sudah riuh rendah tatkala menjelang petang. Ada sahaja yang dibuat untuk menghilangkan lelah di minda. Aku rindukan mereka.

Sahabat, kawan, teman, semuanya membawa maksud yang hampir sama tapi kadangkala tak serupa. Bahkan ia boleh dikatakan sebagai suatu elemen kehidupan yang penting. Salah satu daripada fitrah diri manusia itu adalah bersosial. Dalam erti kata yang lainnya, ia membawa maksud berkawan. Institusi keluarga semata-mata tidak mampu untuk mencorak dan mencambahkan personaliti dan kematangan seseorang itu. Bahkan selalunya, ia hanya menyempitkan pemikiran orang tersebut.

Bukankan Allah menjadikan kita bersuku-suku dan berpuak-puak untuk kita saling mengenal antara satu sama lain? Lantas, berkawan atau bersosial juga menjadi salah satu tuntutan agama yang dicintai, jika kena caranya.

Namun harus diingatkan batas-batas dalam bersosial itu. Semestinya ia tidak boleh melanggar kata-kata Sang Pencipta. Hendak berkawan tidak ada larangan, tetapi harus tahu siapa yang harus dan siapa yang boleh dijadikan sahabat. Aku tidak mahu memberikan ciri-ciri kawan tersebut, cuma ingin memetik kata-kata beberapa tokoh agama yang kita hormati lagi sanjungi dalam membantu menyampaikan mesej sebenar tulisan ini.

Al-Imam As-Syafi'i mengatakan:

Aku menyukai orang-orang saleh,
Sekalipun aku bukan termasuk mereka,
Kerana barangkali aku mendapat syafa't,
Berkat bergaul dengan mereka,

Dan aku benci terhadap orang
yang bisnesnya adalah kedurhakaan,
Sekalipun kita memiliki sarana jualan yang sama.


Ibnul Mubarak mengatakan:

Apabila kamu berteman
bertemanlah dengan orang yang mulia,
mempunyai kehormatan, rasa malu
dan kedermawanan,

Perkataannya terhadap sesuatu
ialah 'tidak' jika kamu katakan tidak,
dan jika kamu mengatakan 'ya'
maka dia juga mengatakan 'ya'.

Ali Bin Abu Talib mengatakan, "Berbekallah kamu dari teman-teman yang saleh, kerana sesungguhnya mereka adalah perbendaharaan simpanan, baik di dunia mahupun di akhirat".


Dakwah lagi....

Bismillahi wal hamdulillah

Moga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah naungan rahmat dan kasih Ilahi. Salah satu daripada tuntutan agama ialah amar ma'ruf nahi mungkar. Berkenaan dengan ini Allah telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud,

"Kamu merupakan sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan Allah untuk umat manusia, kamu melakukan kebaikan (ma'ruf) dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah"

Daripada ayat ini kita dapat mengenal pasti bahawa amar ma'ruf nahi mungkar ini bukan sahaja menjadi tuntutan agama, bahkan menjadi kriteria penting bagi umat yang terbaik. Untuk melaksanakan tuntutan ini, tidak ada pilihan lain dalam melaksanakannya melainkan jalan dakwah. Dakwah seperti kita maklumi bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke jalan Allah dan bersama-sama menyebarkan dan meluaskan kalimah Allah di muka bumi ini.

Ramai yang berpendapat bahawa untuk melaksanakan dakwah, kita perlu mempunyai kebolehan untuk berpidato dan berdebat dengan hebat. Ini kerana ramai di luar sana yang begitu pintar untuk memutar belitkan agama bagi menjusitifikasikan perbuatan mereka yang salah. Ada benar dan ada silapnya pandangan itu.

Jikalau dilihat kaedah Rasulullah s.a.w berdakwah bukan sahaja baginda menggunakan hujah dan perkataan dalam menundukkan kepetahan dan kemegahan kaum kafir Quraisy, baginda juga menggunakan kaedah contoh teladan dalam menyebarkan Islam pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa tidak semestinya seseorang pendakwah itu 'wajib' untuk mempunyai kepetahan dalam berkata-kata, namun ianya menjadi aset yang amat berguna sekiranya mempunyai kebolehan sebegitu.

Dalam buku siyathul qulub karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, beliau menceritakan tentang satu kisah seorang ulama' alim dan seorang penjenayah.

Di dalam sebuah kota, terdapat seorang penjenayah yang amat kejam dan ditakuti oleh penduduk di kota tersebut. Dia adalah seorang pengedar dadah dan menjadi buruan polis setelah sekian lama. Namun pihak polis tidak mampu untuk menangkap penjenayah ini akibat kelicikannya yang selalu berjaya meloloskan diri daripada ditangkap pihak polis.

Di dalam kota yang sama, tinggallah seorang yang alim dalam bidang agama. Pada suatu hari, terlintas di fikiran alim ini untuk berdakwah kepada penjenayah terbabit. Alim ini sedar akan hakikat yang hanya Allah yang mampu memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya. Lantas sebelum beliau bertemu dengan penjenayah terbabit, beliau bangun pada malam hari untuk menyatakan hajatnya kepada Allah dan berpuasa sunat sehari sebelum pergi bertemu dengan penjenayah terbabit.

Pada pertemuan kali yang pertama, alim tersebut membawa hadiah yang sangat hebat untuk diberikan kepada penjenayah tersebut. Ketika bertemu dengannya, alim tersebut mengucapkan salam dan berkata "Aku menyukaimu kerana Allah, dan kulihat ada tanda-tanda kebaikan pada dirimu". Selepas itu alim itu memberikan hadiah dan berlalu pergi.

Selang beberapa hari alim itu datang semula untuk bertemu dengan penjenayah tersebut. Tujuan pertemuan kali ini adalah untuk menjemput penjenayah tersebut bertandang ke rumah alim untuk dijamu. Alim tersebut berkata, "Aku minta kepada anda dengan nama Allah untuk berkunjung ke rumahku kerana aku menyukaimu". Jemputan itu diterima oleh penjenayah tersebut. Sepanjang dua pertemuan tersebut, alim itu tidak pernah langsung menegur dan bercakap mengenai peribadi dan perbuatan yang dilakukan penjenayah tersebut.

Selang beberapa hari selepas itu, alim itu datang semula menemui penjenayah itu. Alim itu berkata, "Aku mempunyai urusan di kampung sebelah. Aku ingin kamu menemaniku ke sana". Dia bersetuju dan menaiki kenderaan alim tersebut. Dalam perjalanan tersebut, barulah alim itu membuka bicara tentang niat beliau yang sebenarnya. Alim itu berkata, "Aku ingin menghindarkanmu dari neraka dan ingin menuntunmu ke jalan syurga". Berlakulah dialog antara kedua mereka yang akhirnya membawa kepada taubat penjenayah tersebut.

Apakah pengajaran yang boleh kita dapati daripada cerita itu? Dakwah bukanlah bercakap dan berhujah semata-mata. Kadangkala kita perlu bijak dan kreatif dalam menyampaikan dakwah. Ada masa dan ketika bukanlah hujah dan kata-kata yang menjadi penarik kepada agama kita, tetapi perlakuan dan peribadi kita menjadi faktor penting dalam mengajak kepada ma'ruf mencegah kemungkaran. Kadangkala perlu juga untuk berdakwah kepada pendakwah.

Oleh yang demikian, tidak ada lagi 'tidak' kepada dakwah. Anda juga mampu melakukannya.

Kebersihan Diri

Kebersihan merupakan satu komponen yang amat penting dalam kehidupan seorang manusia. Kebersihan diri dan sekeliling telah menjadi penanda aras atau indikator tentang peribadi seseorang itu. Orang yang menjaga kebersihan diri dan sekeliling dinilai sebagai seorang yang mempunyai nilai hati dan pemikiran yang murni. Bukan sahaja dinilai oleh manusia sekeliling, malahan ada agama yang begitu menekankan aspek kebersihan kepada penganutnya. Bahkan, kebersihan merupakan salah satu daripada tuntutan fitrah seorang manusia.

Belakangan ini, isu kebersihan menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa, tidak ketinggalan di arena Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Ia telah menjadi suatu agenda penting untuk diperbincang bagi mencari suatu solusi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang peri- pentingnya penjagaan kebersihan. Semuanya disebabkan statistic yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2004 yang menyatakan bahawa 90 % daripada kematian yang dicatatkan di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti HIV/AIDS, cirit-birit, batuk kering (tuberculosis), malaria dan demam cacar. Kebanyakan dari penyakit ini sebenarnya dapat dibendung sekiranya kebersihan menjadi suatu keutamaan masyarakat, bukan sahaja kebersihan diri dan sekeliling, malahan kebersihan makanan dan minuman dan juga memastikan hasil kumbahan dirawat dengan sebetulnya mengikut prosedur yang standard.

Islam telah lama menekankan aspek kebersihan kepada umatnya. Islam telah datang kepada bangsa arab jahiliyah di masa mereka dalam keadaan yang amat memerlukan suatu sistem kehidupan bagi membentuk suatu tamadun yang mampu membawa mereka keluar dari kepompong kehidupan yang amat sempit dan kotor dengan amalan jahiliyah mereka. Antara yang dibawa oleh Islam ialah penjagaan kebersihan.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 222, Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia menyukai hambaNya yang bersih:

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Ketika mentafsirkan ayat ini, As-syeikh Syed Hawa dalam kitabnya Al-asas fi Al-tafsir, beliau berkata, “(Allah menyukai) mereka yang bertaubat daripada dosa yang berulang kali dan mereka yang membersihkan dirinya daripada kekotoran dan kekejian ataupun membersihkan dirinya dengan menggunakan air kurniaan Allah.

Jika melihat kepada ayat tersebut, terdapat tanda yang menunjukkan bahawa penjagaan kebersihan itu merupakan suatu yang dituntut dan harus di sisi Islam. Ini kerana pernyataan Allah yang secara terangnya menjelaskan yang perbuatan menjaga kebersihan disukai olehNya dan tiada tanda yang menunjukkan ia perbuatan yang haram dan dibenci.

Ianya diperkuatkan dengan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi berkata,

‏الطُّهُورُ ‏ ‏شَطْرُ ‏ ‏الْإِيمَانِ

yang bermaksud, “Kebersihan itu separuh daripada iman”. Hadith ini menampakkan kepada kita betapa pentingnya penjagaan kebersihan di sisi Islam sehinggakan ia menjadi penanda aras kepada tahap keimanan seseorang itu.

Di samping itu, Islam juga mengajar umatnya berkenaan aspek pembuangan najis. Ini kerana pembuangan najis yang tidak betul boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan wabak. Menurut hadith yang dilaporkan oleh Muslim dan Ahmad, Nabi berkata, “Takutlah kamu dengan dua perkara yang terkutuk, iaitu membuang najis di lorong-lorong yang digunakan manusia dan di tempat mereka berteduh”.

Semua ini adalah dalil yang menujukkan bahawa Islam bukan sekadar mementingkan kebersihan, lebih daripada itu ia memperincikan berkenaan bagaimana kebersihan itu perlu dijaga. Semua ini menunjukkan berkenaan betapa relevannya ajaran Islam bagi manusia pada hari ini.

Hidup Dakwah

Bismillahi wal hamdulillah

'Aktivis Dakwah Lapangan', tak pernah tahu kewujudan golongan ini sebelum ini (tahu, cuma tak pernah jumpa). Tapi alhamdulillah, semalam Allah membuka ruang untuk aku menjadi sebahagian daripada mereka, dan ianya merupakan suatu nikmat yang sangat indah dan menarik.

Beberapa NGO Islam, disokong oleh JAWI, semalam telah melancarkan kempen 'Jom Cegah Zina'. Semuanya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah dan menyedarkan remaja, terutamanya 'couple' tentang bahayanya sambutan 'Hari Valentine' dan pada masa yang sama mengeratkan ukhuwah sesama muslim. Sambutan dari ikhwah (brothers) dan akhawat (sisters) alhamdulillah, cukup merangsang semangat untuk bersama-sama sekali lagi untuk berjuang di lapangan ini. Cukup banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang malam tersebut. Harap dapat berjumpa kalian lagi di medan yang diberkati ini.

Yang ingin dikongsikan di sini bukanlah hasil daripada gerakan semalam, cuma ingin berkongsi perasaan 'hidup untuk memberi'. Pastinya ramai yang sudah 'familiar' dengan ungkapan ini. Seringkali diutarakan oleh pelbagai da'i, terutamanya bagi yang memang mengikuti Saifulislam.

Ramai dari kita yang punya ilmu yang hebat. Buku bacaan mencecah puluhan. Pergi mendengar ceramah ke sana ke sini. Usrah kadang-kadang mencecah 3-4. Namun jarang sekali kita berkongsi ilmu yang terbuku di dada.

Ada pula yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan agama. Buku bacaannya baru 1-2. Mendengar ceramah mungkin seminggu sekali (khutbah jumaat). Usrah mungkin 1, itupun konsistensinya boleh dipertikai. Namun jarang sekali berkongsi kita ilmu yang sedikit itu.

Semalam saya dapat merasakan suatu kenikmatan dan kepuasan dalam berkongsi ilmu. Tak banyak ilmu yang dikongsikan, sebab tak banyak ilmu di dada. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan tentang sambutan Valentine, dan satu dua hadith yang berkaitan. Cukup puas bila melihat riak wajah mad'u (yang didakwah) yang sedar akan kekhilafan (kesilapan) diri. Bukan nak menunjukkan kita hebat dan lebih 'superior'. Sekadar mengajak manusia lain meninggalkan mungkar dan menegakkan makruf, di samping mengingatkan diri akan kelemahan dan kekurangan diri.

Ada ramai di kalangan kita yang sebenarnya tercari-cari kaedah dan jalan untuk menyertai program dakwah. Cumanya dalam pencarian itu mereka terserempak dengan golongan yang menjanjikan keseronokan buat mereka dan mereka terleka dan terlupa dengan misi pencarian mereka. Tugas kita yang sedar dan berada di kalangan yang sedarlah untuk mengingatkan mereka akan misi mereka.

Kurangkanlah senda-gurau, lebihkanlah usaha dakwah. Kita dah nak mati, dah nak kiamat. Apakah bekalan kita bila berhadapan dengan Yang Esa nanti? Duit? Komputer? X-box? Handphone? Atau perkataan-perkataan yang mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar.

"Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah dan membuat kerja-kerja kebaikan dan berkata. "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim"". (Fussilat-33)

Niat Baik Niat Buruk

Bismillahi wal hamdulillah

Ibn 'Abbas r.a berkata, "Rasulullah s.a.w meriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman, maksudnya;

Sesungguhnya Allah mencatatkan selutuh kebaikan dan keburukan. Kemudian Allah menjelaskan, " Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan, tapi ia tidak sempat melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia benar-benar melakukannya maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan (pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik. Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi ia tidak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan ia benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)"

Hadith riwayat Bukhari

Betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah s.w.t telah memberikan peluang yang sangat mudah kepada hamba-hambaNya untuk memperoleh kebaikan di dunia bagi dijadikan bekalan di akhirat sana. Ganjaran yang dapat dijadikan bukti akan ketaatan dan ketundukan kita terhadap Rabb yang menguasai dan memiliki segala-galanya, namun ramai di kalangan manusia tidak mengerti dan buta akan kasih sayang Ilahi ini. Mereka terlampau dikaburi dengan keseronokan dan kealpaan dunia yang sementara sehinggakan mereka sanggup memperjudi nasib mereka ketika berhadapan dengan timbangan amalan kelak.

Kalau diikutkan hadith Qudsi di atas, betapa senang manusia untuk masuk ke syurga. Namun hakikatnya ramai yang ke neraka, wal'iyazubillah, dek kerana tidak mempunyai kesedaran yang jelas. Siapakah manusia itu? Aku, kau dan mereka. Kitalah calon-calon yang bakal dihadapkan dengan keadaan yang menggugat kesedaran dan keimanan sehinggakan kita memilih jalan untuk ke neraka.

Ya, kita sering terbabas. Bukan sebarang terbabas, terbabas yang jauh menyimpang dari jalan Ilahi. Namun, selagi roh masih di jasad, masih terbuka pintu taubat insyaAllah. Aku mohon perlindungan untuk diriku dan juga kamu dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa daripada syaitan dan nafsu yang durjana. Moga kita berterusan di atas jalan ini, jalan sehala, menuju syurga, kekal selamanya. Amin ya robbal 'alamin.

Bertemu Kembali

Bismillahi wal hamdulillah...

Dah lama sangat tak menulis di blog ni. Minta maaf kepada pembaca. Sepanjang 4 minggu ni terlampau sibuk dengan hal dunia. Tak sunyi juga dari ujian dan mehnah. Selepas satu, datang pula yang. Benarlah kata Rasulullah, di akhir zaman bala dan ujian akan menimpa bagaikan kepingan malam. Yang menimpa diri hanyalah percikan bala dunia. Tapi itu semua mematangkan diri, walau kadangkala hampir menghancurkan diri. Sabar dan solat, itulah ramuan yang diberikan Ilahi.

Tak banyak input sepanjang 4 minggu ni. Sebab tu output pun kering. Sukar nak menulis tanpa isi yang cantik. Tak ingin nak menulis tanpa memberikan input yang berguna pada pembaca. Apa guna kalau hanya sekadar menulis aktiviti harian untuk menjadi tatapan bacaan umum, sedangkan yang membaca barangkali punyai aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dikongsikan.

Alhamdulillah baru lepasi ujian akhir posting psikiatri. Mendoakan agar mendapat keputusan yang terbaik, walaupun agak meragui kebarangkaliannya. Namun doa tetap dipanjatkan pada Ilahi.

Kita bermasalah untuk hidup, dan bukannya hidup untuk bermasalah. Masalah yang kita hadapi sebenarnya adalah tanda Allah masih ingat dan sayang kepada kita sebenarnya. Walaupun sukar untuk kita menelan hakikat ini, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi. Allah s.w.t mempunyai pelbagai cara yang tidak mungkin dapat kita fahami menggunakan akal fikiran kita yang amat terbatas ini untuk menunjukkan bahawa Dia masih ingat, masih sayang dan masih peduli kepada hamba-hambaNya.

Jika kita meletakkan diri kita dalam konteks hendak menunjukkan kasih, sayang dan ingatan kita kepada manusia lain, pastinya kita akan menonjolkan sifat tersebut dengan cara yang lembut dan harmoni dengan sifat manusia itu sendiri. Sebagai contoh kita akan memberikan hadiah pada hari-hari yang dianggap istimewa dalam hidup manusia, misalannya hari ulangtahun. Sebagai tanda ingatan kita memberikan buah tangan untuk menjadi simbolik kepada ingatan kita terhadap orang yang kita sayangi. Contoh lain yang mudah adalah dengan menjadi pendengar setia, mendengar segala luahan masalah yang menjadi kebimbangan orang yang kita pentingkan itu. Itu lumrah sebagai seorang manusia.

Namun Allah bukanlah makhluk, bahkan Dialah yang menciptakan makhluk. Lantas semestinya cara Allah untuk menunjukkan ingatan dan kasih sayangNya pada ciptaanNya lebih mendalam dan lebih simbolik. Ya, Allah juga memberikan hadiah kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan yang dikasihi. Hadiah tersebut merupakan dalam bentuk nikmat dan rahmat yang Allah berikan pada kita. Segala rezeki yang kita makan setiap hari merupakan hadiah daripada Allah. Segala pancaindera kita merupakan hadiah daripada Allah. Segala yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini, merupakan hadiah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Justeru kita WAJIB bersyukur kepadaNya setiap masa.

Tetapi adakalanya manusia terbabas dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang kita terlupa akan tanggungjawab untuk bersyukur ini. Wujud segelintir manusia yang menikmati secara keterlaluan akan nikmat yang diberikan sehinggakan timbulnya pembaziran secara melampau. Ketika itulah Allah menunjukkan kasih dan sayangnya dengan cara memberikan sedikit ujian dan dugaan untuk mengingatkan kita bahawa kita telah terbabas, kembali dan bertaubatlah kepada Allah.

Bagi orang yang beriman, dia yakin dan percaya akan ujian adalah suatu bentuk peringatan daripada Allah. Dia yakin bahawa ujian datang sebagai kifarat atas dosa yang telah dilakukan. Atas sebab keyakinan tersebut, dia redha dengan ujian tersebut dan mendoakan agar Allah juga meredhai dirinya. Dan itulah sebaik-baik pengakhiran bagi diri kita, KEREDHAAN ALLAH. Orang yang beriman juga yakin bahawa dengan ujian dan dugaan yang diturunkan merupakan petanda bahawa Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk masuk syurga. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?". Orang yang beriman pasti akan diuji akan keimanannya, ditimpakan masalah dalam kehidupannya, dan sekiranya dia berjaya untuk mengatasi ujian dan masalah tersebut dengan ikhlas dan sabar, maka sudah pasti dia akan dikurniakan syurga di akhirat kelak, insyaAllah.

Seorang teman mengatakan, jika rasa ada Dia, insyaAllah jadi kuat. Terima kasih teman, benar katamu.

Orang yang merasakan kehadiran Khaliq dalam kehidupannya pasti merasakan ketenangan dalam dirinya. Apabila perasaan kehadiranNya itu dalam diri kita, kita akan merasa tenang dan senang walaupun ditimpa masalah. Ini kerana kita yakin bahawa segala ujian yang timbul dan muncul itu adalah daripadaNya untuk menguji kita, dan Dia jugalah yang menunjukkan jalan keluar bagi masalah tersebut. Atas kesedaran itu maka tidak ada masalah yang tidak dapat diatasi dalam kehidupannya. Akibatnya dia berlapang dada dengan ujian yang tiba.

Mungkin sukar untuk dihadam isi tulisan ini, apatah lagi sekiranya sekarang kita sedang diuji oleh Allah. Namun ia merupakan suatu yang perlu kita kuasai, kerana inilah sebahagian dari senjata yang diberikan kepada kita sebagai umat pilihan. Kalau kita tidak menguasai senjata yang diberikan khas untuk kita, maka ia akan menjadi sia-sia. Tidak ada yang lebih berharga selain daripada nikmat iman dan kasih sayang Ilahi. Moga kita semua berada dalam perlindunganNya.

Buat sidang pembaca yang sedang diuji, aku doakan kalian diberikan ketenangan dan ditunjukkan jalan keluar kepada ujian tersebut. Jangan berputus asa. Allah bersama-sama kita.

Insan Agung

Bismillahi wal hamdulillah....

Nabi Muhammad merupakan seorang insan yang agung. Koreksi sirah nabawiyyah baginda menyerlahkan keagungan peribadi yang telah Allah kurniakan kepada baginda. Peribadi yang sangat murni dan mulia sehinggakan mampu untuk menyatukan bangsa dan kabilah-kabilah arab pada masa itu di bawah satu aqidah iaitu mengesakan Allah s.w.t. Jika dilihat pada sejarah individu-individu yang dianggap hebat sekalipun, tiada siapa yang mampu untuk menandingi kehebatan dan keunggulan Rasul kesayangan kita.

Selaku umat Muhammad, semestinya kita sedari kecil telah didedahkan dengan kisah-kisah Nabi hasil daripada pengumpulan riwayat-riwayat sahih daripada ulama' mu'tabar. Kita beriman dengan keunggulan peribadi baginda Rasul. Namun mungkin ada yang tidak sedar bahawa, bukan kita (Muslim) sahaja yang sedar akan hakikat ini. Ramai orang bukan Islam yang sebenarnya mengakui dan mengagumi akan peribadi seorang insan bergelar Muhammad ini. Mereka mengagumi bagaimana seorang manusia biasa, seorang yang tidak punya kedudukan tinggi di kalangan masyarakat pada masa itu, seorang yang tidak tahu membaca dan juga menulis mampu untuk menyatukan kumpulan manusia yang pada ketika itu hanya tahu berperang dan berpecah-belah. Sehinggakan baginda digelar sebagai indidvidu yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Begitu bangganya menjadi umat baginda.

Entri kali ini nak mendedahkan kepada pembaca antara ulasan dan komentar mereka yang bukan Islam tentang Nabi kita. Moga apabila membaca komen-komen tersebut, maka bertambahlah keyakinan dan kasih kepada Nabi kita dan menampakkan bahawa Islam yang dibawa oleh baginda Nabi merupakan agama yang benar.

GEORGE BERNARD SHAW said about him:

"He must be called the Saviour of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems in a way that would bring it much needed peace and happiness." (THE GENUINE ISLAM, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936)


LAMARTINE, the renowned historian speaking on the essentials of human greatness wonders:

"If greatness of purpose, smallness of means and astounding results are the three criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad? The most famous men created arms, laws and empires only. They founded, if anything at all, no more than material powers which often crumbled away before their eyes. This man moved not only armies, legislation, empires, peoples and dynasties, but millions of men in one-third of the then inhabited world; and more than that, he moved the altars, the gods, the religions, the ideas, the beliefs and souls....his forbearance in victory, his ambition, which was entirely devoted to one idea and in no manner striving for an empire; his endless prayers, his mystic conversations with God, his death and his triumph after death; all these attest not to an imposture but to a firm conviction which gave him the power to restore a dogma. This dogma was two-fold, the unity of God and the immateriality of God; the former telling what God is, the latter telling what God is not; the one overthrowing false gods with the sword, the other starting an idea with the words.

"Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images, the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is MUHAMMAD. As regards all the standards by which Human Greatness may be measured, we may well ask, IS THERE ANY MAN GREATER THAN HE?" (Lamartine, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)


MAHATMA GANDHI, speaking on the character of Muhammad, (pbuh) says in YOUNG INDIA:

"I wanted to know the best of one who holds today's undisputed sway over the hearts of millions of mankind....I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to this friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission.

"These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the 2nd volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was not more for me to read of the great life."


THOMAS CALYLE in his HEROES AND HERO WORSHIP, was simply amazed as to:

"how one man single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."

EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM write:

"'I BELIEVE IN ONE GOD, AND MAHOMET, AN APOSTLE OF GOD' is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honor of the Prophet has never transgressed the measure of human virtues; and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion." (HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54)

In the words of PROF. HURGRONJE:

"The league of nations founded by the prophet of Islam put the principle of international unity and human brotherhood on such universal foundations as to show candle to other nations." He continues: "The fact is that no nation of the world can show a parallel to what Islam has done towards the realization of the idea of the League of Nations."

MICHAEL H. HART in his recently published book on ratings of men who contributed towards the benefit and upliftment of mankind writes:

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels." (M.H. Hart, THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978, p. 33)


K. S. RAMAKRISHNA RAO, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, "Muhammad, The Prophet of Islam," calls him the "PERFECT MODEL FOR HUMAN LIFE." Prof. Ramakrishna Rao explains his point by saying:

"The personality of Muhammad, it is most difficult to get into the whole truth of it. Only a glimpse of it I can catch. What a dramatic succession of picturesque scenes! There is Muhammad, the Prophet. There is Muhammad, the Warrior; Muhammad, the Businessman; Muhammad, the Statesman; Muhammad, the Orator; Muhammad, the Reformer; Muhammad, the Refuge of Orphans; Muhammad, the Protector of Slaves; Muhammad, the Emancipator of Women; Muhammad, the Judge; Muhammad, the Saint. All in all these magnificent roles, in all these departments of human activities, he is alike a hero."


Sumber: http://beautifulislam.net/intro/you_must_know_this_man.htm