Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Ini Perjuangan Kita

Bismillahi wal hamdulillah

Ada yang kata ia hanya sebuah perarakan, sebuah perhimpunan. Aku katakan mereka salah. Ia adalah satu perjuangan. Perjuangan untuk mendapatkan hak yang selayaknya diberikan. Hak yang sedari awal tidak patut timbul isu padanya. Hak yang memberikan sebuah keamanan sebagai hasilnya.

Namun tak ramai yang faham perjuangan ini. Mereka merasakan ia sebagai suatu retorik yang diulang-ulangi di media arus perdana. Semuanya hasil dari pengaruh media yang kuat dan pastinya, partisipasi dorman dalam perjuangan ini.

Perjuangan ini bukan sekadar idea. Ia bukan setakat isu bualan di kedai kopi. Ia bukan sekadar pembuka bicara ketika bertemu rakan yang sudah lama tidak bersua. Ia merupakan sebuah usaha untuk mencapai sebuah kehidupan yang lebih baik. Dan sudah pasti, ia bukan sekadar percakapan am. Kami cuba lakukan apa yang kami cakapkan.

Idea tanpa perlakuan adalah umpama sampah-sarap. Ramai yang mempunyai ruang untuk melontarkan idea. Kita mahu itu, kita mahu ini. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Tetapi berapa ramaikah dari kalangan yang ramai ini yang mengerjakan apa yang mereka katakan?

Perjuangan ini bukan perjuangan individu. Ia bukan perjuangan sesuatu bangsa. Ia bukan perjuangan sebuah parti. Ia merupakan sebuah perjuangan kolektif. Ia perjuangan semua. Tak mungkin ada berpuluh ribu manusia yang sanggup mengerahkan keringat dan memberikan waktu berharga mereka untuk suka-suka dan saja-saja berdiri di tengah panas, berjalan berbatu-batu, disepak diterajang, dimaki hamun, dicerca sehingga ke cucu cicit, ditembak secara membabi buta dan dipukul dengan cota melainkan kerana mereka tahu ini perjuangan yang berbaloi. Something that is worth fighting for.

Kerana hak yang pertama sudah diketepikan, semestinya hak-hak yang lain akan ditongsampahkan juga. Akibatnya berlakulah perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh pihak yang menekan. Jangan salahkan kami sekiranya kamu tersepit dalam keadaan ini. Ini bukan lagi masa untuk berdiam diri dan melihat apa yang terjadi. Ini adalah masa untuk kita nyatakan pendirian. Pendirian itu mestilah berdasarkan sumber yang paling mulia, Quran dan Sunnah. Bukan rasa hati, tahap IQ, ilmu pengetahuan am dan selainnya.

Aku mengajak kamu untuk memahami perjuangan ini. Ia perjuangan semua. Ia perjuangan kita. Jika tidak mahu turun ke lapangan sekalipun, hulurkan bantuanmu setakat yang mampu. Biar kami yang berada di barisan hadapan. Kami tak kisah. Manusia boleh berkata apa sahaja. Mereka boleh menampakkan keburukan yang sangat dahsyat. Ya, keburukan itu pasti ada. Sebab itu ia adalah sebuah perjuangan. Jika ia mudah, itu bukan perjuangan namanya.

Jika Nabi dan para sahabat mampu berdepan dengan mereka yang zalim dan mengubah suasana, kami juga yakin untuk melakukannya. Bukan kerana kami sama kemuliaan seperti mereka, tapi kerana kami yakin perjuangan kami selaras dengan Quran dan Sunnah. Ayuh, selakkanlah selimutmu.



Apa Nak Dikato

Bismillahi wal hamdulillah

Kata orang tua-tua, "Jangan takut, kalau benar", atau dalam loghat utaranya, "Toksah takut, kalau betoi". Ramai dari kita menghafal kata-kata ini, tapi berapa ramai yang berani untuk mengamalkannya.

(Disclaimer: Entri ini sangat tidak sesuai dibaca oleh mereka yang belum cukup umur, berhati suci, berjiwa murni, berfikiran sempit, jumud dan lumut, tidak boleh terima pendapat orang, berotak beku dan tertutup dan yang mencintai bahasa baku akibat penggunaan bahasa yang sangat pasar dan kasar di sisi seorang rakyat marhaen)

Aku dulu seorang penakut. Aku bukan seorang yang suka ke depan, bercakap depan orang ramai, tambah-tambah lagi orang yang aku tak kenal dan tak kisah. Aku dulu dekat sekolah selalu kena buli dengan kawan-kawan sampai terkencing dan terberak. Ok, agak 'over-exaggerate'. Tapi memang betul, aku dulu penakut. Tapi adakah sekarang aku seorang yang berani? Ya, semestinya. Tetapi ada tempatnya.

Aku takkan berani kalau member aku cabar aku terjun dari tingkat 10 dengan sua muka dahulu. Itu bukan berani namanya. Itu bodoh lagi bahlul. Aku takkan berani kalau member cabar aku untuk pergi bercakap dengan mana-mana gadis yang aku berkenan, sebab aku pemalu orangnya. (Jangan gelak)

Tapi kalau aku tahu ada yang salah dan tak kena dengan sesuatu, aku akan berani untuk bertindak. Tambah-tambah kalau benda tu ada kena-mengena dengan aku. Contohnya ada taik cicak jatuh dalam kek hari jadi aku. Mesti la aku kena bertindak, walaupun bahagian kek yang ada taik cicak itu dimakan oleh orang yang aku benci gila-gila. Sebab nanti kalau dia perasan mesti dia kata aku 'prank' dia. Tak ke naya camtu.

Berani untuk kata apa yang benar, berapa ramai yang tengah baca entri ni berani buat? Aku pun takde la berani sangat, tapi ok la. Selalunya orang yang selalu dok cakap benar ni, atau dalam bahasa yang lebih marhaen lagi, dok perbetoi orang ni mesti selalu kena label yang tak baik. Cakap banyak la, kaki gebang la, macam-macam lagi. Dan yang terlebih jelas sangat, orang yang jenih macam ni memang ditakuti oleh sekelian alam. Ape ke hei nye?

Kalau kita tau apa yang orang tu kata memang salah, apa yang nak kita takut kalau dia nak bagitau satu dunia pun. Asalkan memang benda tu 'absurd' la. Tak masuk akal langsung. Contoh, ada sorang member aku ni tuduh aku sebenarnya sorang pompuan. Ape ke hei nye? Memang kapla jingga la dia tu kan, sah-sah memang tak betul. Apa nak takutnye kalau dia nak bagitau satu atmosfera pun. Memang dah terbukti secara saintifik yang aku lelaki, sejati plak tu.

Tapi orang akan jadi takut-takut kalau benda tu benar atau dekat-dekat nak betoi. Contoh, ada sorang member aku ni tuduh aku pakai spender terkoyak kat juboq, lebih tepat sebelah kanan atas. Aku pulak tak ingat hari tu aku pakai spender yang mana satu, tapi memang seingat aku ada satu spender tu terkoyak. Jadi member aku ni nak bagitau orang ramai yang aku pakai spender terkoyak aritu.

Aku pun mula la menggelabah, sebab mungkin betoi apa dia kata tu. Walaupun orang lain tak nampak, aku dah mula menggelabah. Orang kata sudah jatuh ditimpa tangga, member aku tu pulak kata dia ada bukti. Baru aku teringat dia ambik gambaq masa aku tunjuk spender aku tu kat dia. (Yang aku pun pi tunjuk tu pasaipa) Sepatutnya aku tak takut sebab orang lain memang tak tau pasal tu.

Tapi naluri manusia tu memang macam tu. Bila dia bersalah, dia menggelabah. Lepas tu, bila member aku ni nak bercakap je aku tutup mulut dia. Aku ugut dia supaya jangan sebarkan berita tu, sebab nanti aku malu.Dia tak makan saman, dia kata dia nak cakap gak. Last-last, aku culik dia bawak masok dalam hutan dan ikat dia. Aku biarkan dia selama beberapa hari kepada alam semulajadi. Dan akhirnya sapa pun tatau.

Haa, ni contoh ja. Jangan ingat betoi cerita ni. Aku nak bagi hampa faham sifat manusia nih, sifat kita la. Bila orang cakap benda betoi pasai keburukan kita mula la kita nak buat benda yang tak masuk dek akal. Orang-orang yang tak boleh kawal sifat ni, kita jangan la bagi dia pegang jawatan besar dalam persatuan kita. Takut nanti dia takmau mengaku apa salah dia. Sepatutnya kita berlapang dada bila ada orang tegur kita. Kalau ada orang tegur aku pakai sepender terkoyak, aku boleh ja jawab balik, "Takpa, yang penting seluar kat bahagian luar, sebab aurat tak nampak pun walaupun spender aku terkoyak. Tapi aku akan berusaha untuk tak pakai dah lain kali kalau ianya mengganggu hang". Gila songsang orang yang tegur aku macam tu.


Temuduga Untuk Biasiswa

Bismillahi wal hamdulillah

Baru lepas baca berita berkenaan cadangan satu parti politik meminta kerajaan membatalkan sesi temuduga untuk calon yang ingin mendapatkan pembiayaan biasiswa JPA. Mereka juga mencadangkan agar semua pelajar yang mendapat A+ bagi kesemua matapelajaran diberikan biasiswa secara automatik. Aku kurang bersetuju dengan cadangan yang diutarakan.

Bila kita bercakap tentang biasiswa yang diberikan oleh kerajaan, ia melibatkan duit rakyat. Seperti yang kita maklumi biasiswa yang diberikan kepada para mahasiswa/i saban tahun bukanlah melibatkan jumlah yang sedikit, bahkan bernilai jutaan ringgit. Bila melibatkan jumlah penggunaan wang berskala besar sebegini, aku rasa kita perlu berhati-hati dan berhemah dalam menguruskannya. Kita bercakap tentang amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk menggunakan wang itu untuk perkara yang sepatutnya.

Untuk meletakkan kriteria pencapaian akademik semata-mata sebagai syarat untuk mendapatkan biasiswa adalah tidak wajar. Ini kerana keputusan peperiksaan tidak menggambarkan secara menyeluruh peribadi dan potensi seseorang itu. Kita telah melihat dan mendengar bagaimana beberapa figura yang mencapai kecemerlangan dalam akademik akhirnya tersungkur di persada kerjaya dan kehidupan dek kerana tidak mampu menghadapi tekanan yang tinggi. Kita ambil Ernest Hemingway sebagai contoh. Beliau merupakan seorang wartawan, penulis dan pemenang anugerah nobel. Beliau merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi beliau akhirnya membunuh diri pada tahun 1961 akibat tidak tahan dengan tekanan hidup yang makin memuncak.

Ada ramai lagi contoh yang boleh kita sebutkan, contoh dari luar negara mahupun dalam negara, tetapi tidak perlu untuk kita hurai lebih lanjut berkenaan contoh-contoh figura di dalam negara kita. Pokoknya, pencapaian akademik semata-mata tidak patut dijadikan sebagai indikator untuk memberikan biasiswa.

Aku kenal ramai yang bijak, cerdik dan pandai di bidang akademik. Aku juga tahu ada sebilangan di kalangan mereka yang tidak mampu untuk bergaul dengan masyarakat dan hidup dalam dunia mereka sendiri. Kita mengharapkan mereka yang mendapat biasiswa ini cemerlang di bidang mereka masing-masing dan akhirnya akan menjadi pemimpin masyarakat, dan kemuncaknya pemimpin negara.

Sebab itu kekuatan IQ (Intelligence Quotient) sahaja tidak cukup untuk mempersiap seseorang itu untuk berjaya dalam kehidupan. Sebabnya insan tidak terbentuk di atas platform kebijaksanaan semata-mata. Perlu ada unsur-unsur lain seperti emosi dan juga spiritual yang bersama-sama memberikan bentuk dan ciri yang baik kepada seseorang itu.

Sebab itu 30-40 tahun yang lepas mendapati bahawa, kebanyakan mereka yang berjaya lebih dari orang lain tidak bahagia dalam kehidupan mereka. Ini kerana mereka kekurangan dari aspek emosi atau EQ (Emotional Quotient) dan seterusnya mereka rohani atau SQ (Spiritual Quotient).

Temuduga tidak dapat memberikan gambaran yang sepenuhnya berkenaan EQ dan SQ calon. Namun, kita dapat menilai dan mendapatkan gambaran sedikit-sebanyak tentang calon tersebut. Dengan mendalami sedikit ilmu psikologi, kita dapat menilai secara kasar peribadi seseorang itu berdasarkan bahasa badan. Bagaimana calon duduk, salam, bercakap, gerakan tangan dan seumpamanya membantu dalam membuat penilaian. Namun, masih tidak sempurna, dan tak akan ada instrumen yang mampu memberikan keputusan 100%.

Tetapi, cara ini adalah yang terbaik setakat ini yang mampu dilakukan dalam membuat penilaian, di samping keputusan akademik. Manusia mampu mendapat 100% dalam ujian bertulis, tetapi manusia tidak mungkin sempurna dalam aspek hubungan sesama manusia. Namun, kita mahukan yang terbaik semampu mungkin.

Apa Akan Anda Lakukan?


Bismillahi wal hamdulillah

Di sebuah kampung yang aman, tinggal sebuah keluarga yang baik dan berakhlak mulia. Keluarga ini terdiri dari ayah, ibu dan 5 orang anak. Mereka bukanlah sebuah keluarga yang kaya mahupun fakir. Rezeki mereka cukup untuk menampung keperluan asas mereka seharian. Tidak pernah lagi mereka hidup tanpa makanan ataupun dalam keadaan kebuluran. Mereka amat bersyukur dengan kehidupan dan kedamaian yang telah Allah kurniakan kepada mereka.

Kehidupan mereka setiap hari dari pagi hingga ke petang adalah sama hampir setiap hari. Setiap pagi ayah dan 2 orang anak lelakinya akan mengusahakan tanah di hadapan rumah mereka dengan menanam sayur-sayuran. Ibu dan seorang anak perempuannya akan ke pasar untuk menjual segala hasil tanaman yang mereka miliki dan seorang anak perempuan lagi akan tinggal di rumah untuk menguruskan hal berkaitan dengan rumah seperti memasak, mengemas rumah dan seumpamanya.

Kehadiran keluarga ini dalam kampung tersebut amat disenangi oleh masyarakat sekitar akibat daripada sikap dan akhlak ahli keluarga tersebut yang baik dan tidak pernah menimbulkan kacau-bilau di dalam kampung tersebut. Bahkan, orang kampung juga suka untuk berjual-beli dengan keluarga terbabit kerana kejujuran dan ketelusan ketika berjual-beli. Setiap kali majlis keramaian diadakan di kampung tersebut, mereka pasti akan dijemput untuk hadir bersama.

Tetapi, dalam keadaan aman dan tenteram itu, ada sebuah keluarga yang lain yang sudah lama mencemburui dan menyimpan hasad terhadap keluarga ini. Mereka sering menuduh keluarga baik ini sebagai pencuri dan keluarga pembawa sial. Mereka memfitnah keluarga baik ini merampas tanah milik keluarga mereka dan tinggal serta bercucuk tanam di atasnya.

Keluarga jahat ini merupakan keluarga yang kaya-raya. Mereka mempunyai pengaruh yang besar di kalangan orang kampung. Mereka juga selalu memberikan sumbangan sekiranya ada majlis keramaian di kampung tersebut. Mereka mengawal hal-ehwal kampung tersebut. Kalau ada yang mengalami kecelakaan, mereka akan membantu. Kalau ada yang hampir muflis, mereka juga sanggup membantu. Mereka dianggap sebagai penyelamat bagi sebahagian penduduk kampung itu.

Pada suatu hari, keluarga jahat ini berhajat untuk mengambil semula tanah yang dikatakan dirampas oleh keluarga baik ini. Keluarga jahat ini memberitahu niat yang terbungkam di hati setelah sekian lama ini kepada ketua kampung. Pada mulanya ketua kampung berasa berat hati untuk membenarkan perkara ini berlaku, namun setelah diugut dan dirasuah secara halus, ketua kampung merelakan niat ini diteruskan.

Pada keesokan harinya, keluarga jahat ini dan konco-konconya secara beramai-ramai bergerak ke tanah milik keluarga baik tersebut. Keluarga baik terkejut melihat begitu ramai orang datang mengelilingi rumah mereka. Mereka berasa takut dan terancam. Keluarga jahat menyuruh keluarga baik keluar dan mengosongkan rumah mereka kerana keluarga jahat ingin mengambil tanah tersebut. Keluarga baik enggan mengosongkan rumah mereka kerana mereka tahu tanah itu adalah hak mereka sejak dari turun-temurun. Keluarga baik merayu kepada ketua kampung untuk membantu mereka, namun tidak diendahkan.

Konco-konco keluarga jahat mula merosakkan tanaman keluarga baik dari pinggiran pagar dan ini menyebabkan ayah keluarga baik marah. Ayah dan ibu keluarga baik keluar untuk mempertahan hak mereka. Mereka dipukul dan dipijak oleh konco-konco keluarga jahat. Bukan setakat itu, ibu keluarga baik dirogol beramai-ramai.

Hal ini disaksikan oleh anak-anak keluarga baik. Mereka berasa sedih dan geram. Mereka berdoa kepada Allah agar memberikan mereka kekuatan untuk berjuang mempertahan hak mereka.

Keluarga jahat memanggil anak-anak keluarga baik untuk keluar dan mengosongkan rumah mereka. Anak-anak keluarga baik enggan dan menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyerahkan tanah itu kepada keluarga jahat. Mereka berkubu di dalam rumah tersebut.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan telah berlalu. Keluarga jahat dan konco-konconya telah mula membina penempatan di sekeliling tanah tersebut, mengelilingi rumah keluarga baik. Bekalan makanan dan minuman keluarga baik hampir kehabisan. Anak sulung keluarga baik memberikan cadangan agar mereka mula merancang strategi untuk mengalahkan keluarga baik dan konco-konconya. Mereka cuba meminta pertolongan penduduk kampung yang lalu lalang di jalan hadapan rumah mereka, namun semuanya enggan kerana takutkan keluarga jahat dan konco-konconya. Mereka cuba pula meminta pertolongan penduduk kampung sebelah, namun mereka telah disogok oleh keluarga jahat untuk tidak membantu keluarga baik.

Kemudian anak bongsu menyatakan kesediaannya untuk keluar dari kubu dan cuba untuk membunuh seramai mungkin konco-konco keluarga sebagai tanda yang mereka masih belum mahu mennyerah kalah. Pada mulanya cadangan ini tidak dipersetujui. Namun apabila memikirkan tidak ada jalan lain yang boleh dilakukan, cadangan ini diterima untuk dilaksanakan. Pada malam sebelum operasi itu, anak-anak keluarga baik ini bermunajat dan berdoa kepada Allah agar membantu mereka.

Pada keesokan paginya, anak bongsu keluar dari rumah dan terus meluru ke pos pondok kawalan konco-konco keluarga jahat sambil menghunuskan pisau ke arah konco-konco terbabit. Dia berjaya membunuh 5 orang konco-konco sebelum dia sendiri terbunuh. Anak-anak keluarga baik berasa sedih dengan pemergian adik bongsu mereka, namun mereka tahu kematiannya bukan suatu yang sia-sia.

Hal ini memberi impak yang mengejutkan kepada keluarga jahat dan konco-konconya. Mereka berasa sedikit terpukul dengan apa yang telah terjadi. Mereka sedar anak-anak keluarga baik bukan calang-calang orangnya. Lantas, mereka membina strategi yang lebih dahsyat untuk mengusir anak-anak keluarga baik itu. Di samping itu mereka juga merancang untuk memutar-belitkan keadaan agar orang ramai melihat keluarga jahat di pihak yang baik, hanya ingin menuntut hak mereka manakala mereka mahu orang ramai melihat keluarga baik sebagai pihak yang jahat, yang merampas harta keluarga jahat. Mereka berjaya dalam putar-belit itu, dan perancangan merekan untuk merampas tanah tersebut semakin hari semakin ganas, sehinggalah ke saat anda membaca ini.
------------------------------------------------

Cerita ini menggambarkan keadaan di Palestin saudara pembacaku. Sungguh sukar sebenarnya untuk menyedarkan masyarakat dunia akan hakikat keadaan di sana. Di Malaysia juga cukup sukar untuk menyedarkan rakyat yang majoritinya mengucap kalimah syahadah yang sama seperti yang diucapkan umat Palestin tentang keadaan ini. Ada yang sudah lali dan dah tak ambil peduli akan hal mereka. Yang lebih menyedihkan, mereka adalah dari kalangan sahabatku sendiri, yang makan semeja, yang main futsal bersama, yang belajar bersama. Aku mengaku kelemahanku dalam berdakwah mungkin menjadi asbab begini, namun apalah yang disusahkan sangat untuk menyedari hakikat ini, menginsafi diri dan menghulurkan bantuan?

Setiap hari kita dilambakkan dengan berita keadaan di Palestin, namun yang lebih kita risaukan ialah biasiswa lambat masuk, makanan tak sedap, nak ambil gambar gadis bermata bulat dan seumpamanya yang menggambarkan kelemahan dan kerendahan iman kita. Ramai juga di kalangan kita yang memperlekeh pihak HAMAS yang sedaya upaya mereka cuba mempertahan kiblat pertama kita. Bagi mereka yang memperlekeh ini, sekurang-kurangnya HAMAS berjuang dan mencuba, tetapi anda umpama debu (x terungkap perkataan terkeji. Debu seringkali digunakan dalam hadith untuk menggambarkan manusia yang tak guna).

Aku tulis ini dalam keadaan sedar akan kelemahan diri. Namun akan cuba diperbaiki. Aku juga mencadangkan begitu kepada sidang pembaca yang dihormati. Di mana sahaja ada kutipan untuk Palestin, hulurkan sebanyak yang mampu. Jangan tunggu sehingga keluarga anda dirosak, dipijak, dihina, difitnah, dirogol, dibunuh baru anda menyedari apa yang dilalui umat Palestin. Mereka tidak perlukan kita untuk berjuang di sana. Mereka hanya perlukan sokongan doa dan semangat. Sokongan semangat ini dimanifestasikan dengan menunjukkan kita sedar dan iktiraf bahawa perjuangan mereka juga merupakan perjuangan kita.

Acheh Lebih Baik

Bismillahi wal hamdulillah

Gembira apabila mendengar berita dari seberang. Acheh bakal menguatkuasakan undang pemakaian terhadap warganya. Ya, Acheh yang dilanda tsunami beberapa tahun lepas, yang hampir 100% musnah dan lumpuh kesemuanya serta mengalami kematian warga yang berjumlah ribuan orang. Mereka kembali memainkan peranan dalam bermasyarakat dan berinstitusi, kembali menegakkan syiar Allah di muka bumi.

Mulai tahun depan, wanita tidak dibenarkan memakai seluar atau jeans ketat di tempat awam dan lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek (pendek yang difahami adalah di atas paras lutut) di tempat awam. Allahuakbar. Undang-undang Allah tentang bab pakaian dijadikan undang-undang negara. Meletakkan undang-undang Allah di tempat yang selayaknya.

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu hukum dan undang-undang itu melainkan padanya ada hikmah ataupun kebaikan yang tersendiri. Setiap yang diturunkan Allah pasti mempunyai sebab yang khusus. Sebagai makhluk ciptaan Allah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Kita wajib sedaya upaya memastikan undang-undang Allah dikuatkuasakan di atas bumi Allah.

Namun menyedihkan apabila ada di antara ciptaan-ciptaan Allah ini yang mula melupakan asal-usul kejadiannya, mula menolak hakikat bahawa dia hanyalah makhluk yang dicipta untuk melaksanakan agenda-agenda tuhannya di atas muka bumi ini. Makhluk ini mula berdelusi mengatakan undang-undang langit sudah tidak relevan untuk dilaksanakan di zaman serba canggih ini, sedangkan itu adalah antara agenda pokok yang perlu dia selesaikan apabila diberikan jasad di atas bumi. Makhluk ini mula berhalusinasi tentang adanya undang-undang lain yang lebih dominan dan relevan untuk dijunjung dan disanjung. Makhluk ini mula berilusi yang dengan undang-undang baru ini mampu membawa kesejahteraan sejagat, seantero dunia. Heh, apa kes dengan makhluk ini.

Malaysia cukup banyak dengan makhluk ini. Makhluk yang tidak kenal erti berterima kasih. Makhluk yang tidak tahu malu menggunakan nikmat tuhannya, tetapi tidak bersyukur. Namun, tak dinafikan masih lagi wujud makhluk yang tahu dan kenal erti terima kasih dan bersyukur kepada tuhan. Namun bilangannya teramat kecil jika dibandingkan dengan bilangan yang kontra.

Sudah lama Malaysia dikurniakan keamanan dan kesejahteraan, namun satu undang-undang langit pun kita tak junjung dan muliakan. Tidak ada usaha yang gigih dan istiqamah ditunjukkan oleh golongan yang lebih besar jumlahnya untuk mengagungkan undang-undang Allah. Adakah kita akan selamat di akhirat sekiranya kita membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan? Lu fikirlah sendiri!

Bila bercakap tentang undang-undang Allah, pasti akan dicop sebagai orang politik. Pasti akan dicop sebagai menyokong parti pembangkang. Pasti akan dicop sebagai orang PAS. Sebab apa? Sebab mereka pernah melaungkan slogan ini dalam perjuangan mereka. Wahai mereka yang suka memberikan label sebegini pada manusia yang lain, sedarkah anda bahawa anda jahil, bodoh dan bangang dalam agama? Undang-undang Allah bukanlah isu politik, bukanlah isu bermusim, dan semestinya bukan isu ranting. Ia merupakan isu besar agama. Ia merupakan isu pokok. Ia merupakan perjuangan agama. Agama apa? Agama ISLAM, kalau kau pernah dengar.

Dalam bab pelaksanaan hukum Allah, Acheh jauh lebih baik dari negara kita. Walaupun baru satu dua undang-undang dilaksanakan, ia sudah cukup baik, namun bukan yang terbaik, jika dibandingkan dengan negara di sekitarnya. Menjadi tanggungjawab kita untuk berjuang meletakkan hukum-hakam Allah di tempat yang selayaknya. Aku sukakan Acheh. Bukan kerana aku sudah berjumpa 'warga Acheh', tapi aku suka akan usaha dan perjuangan yang ditunjukkan. Teruskan perjuanganmu sahabatku. Moga kita ditemukan di jalan yang sama kelak, fisabilillah. Moga kita mengambil iktibar dari Acheh.

Berhati-hati

Aku menerima byk 'sms' yg menyuruh membaca ayat-ayat tertentu dari surah-surah tertentu untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin. Dikatakan bhw ia mempunyai hikmat-hikmat tertentu ketika menghadapi situasi sebegini. Aku ingin menegaskan kpd semua bhw tidak ada dalil yg sahih utk berbuat sedemikian, mahu drpd Al-Quran mahupun As-sunnah. Berasa pelik seketika bila mendapat 'sms' sedemikian memikirkan dr mn dtgnya fatwa sebegitu.

Al-Quran merupakan kalam Allah yg tlh diturunkan kpd Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Jibril. Ia merupakan pegangan umat Islam dlm membentuk sistem kehidupan yg menjurus kpd kebahagiaan dunia dan akhirat. Islam menyuruh umatnya utk bkn sekadar mengaji, bahkan mengkaji dan memahami al-Quran spt yg tertulis dlm surah An-Nisaa' ayat 82. Jelas wajib bg kita utk memahami segala isi kandungan Quran secara keseluruhannya.

Rasulullah s.a.w tdk pernah menyuruh para sahabat utk membaca ayat-ayat tertentu dr surah-surah tertentu ketika mana menghadapi musibah atau peperangan. Baginda mengajar umatnya utk membaca dan memahami Quran scr keseluruhannya seiring dgn perintah Allah. Ketika menghadapi bala bencana, dalil yg plg kuat mengatakan Rasulullah melakukan Qunut Nazilah di setiap waktu solat yg baginda imami. Baginda tdk pernah memberitahu para sahabat utk melakukan perkara-perkara lain. Lantas dr mana dtgnya fatwa utk membaca ayat-ayat tertentu itu.

Perlu diingatkan hadith Rasulullah yg mafhumnya, setiap benda baru yg diada-adakan dlm agama adalah bid'ah, setiap bid'ah itu sesat, dan kesesatan hya layak berada dlm neraka.

Aku mengingatkan diriku dan teman-teman agar berhati-hati ketika mendapat khabar-khabar sebegini. Elok kiranya jika kita selidiki terlebih dahulu akan kesahihan khabar itu agar kita tdk tergolong dlm golongan 'pak turut'. Turutilah kemahuan Al-Quran dan utamakanlah sunnah Rasulullah dlm aktiviti seharian kita agar kita mendapat syafaat di akhirat kelak.

Sejarah

Salam..

Rata-rata blog yg ku lawati memperkatakan ttg isu Gaza yg msh lg hangat. Aku mendoakan agar ia tdk hanya sekadar suatu ulasan yg dibuat untuk meraikan isu yg hangat dan masih belum ketemu penyelesaiannya. Namun aku berbangga kerana begitu ramai umat Islam yg masih prihatin dgn kemelut yg melanda negara kiblat pertama umat Islam, Palestin. Mendasari isu ataupun kemelut yg tdk berkesudahan ini, ingin aku kupas sedikit-sebanyak ttg sejarah terbentuknya Gaza dan tertubuhnya negara Israel.

Pada tahun 1948, dengan sokongan oleh pihak British, telah terbentuk negara Israel menerusi Perjanjian Balfour. Dalam perjanjian tersebut, pihak parlimen British tlh memberikan persetujuan dan sokongan dlm membantu utk mewujud dan menubuhkan sebuah negara baru yg merdeka bg menempatkan kaum Yahudi yg akn dikenali sbg Israel. Ini berlaku kerana kaum Yahudi tlh menjadi kaum pelarian terbesar setelah negara mereka tlh dijajah dan dikuasai oleh kuasa luar. Ini menyebabkan kaum Yahudi bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Dalam melaksanakan misi perjanjian tersebut, sebidang tanah harus disediakan bg menempatkan pelarian Yahudi tersebut. Berdasarkan kpd kajian yg dilakukan olh Robert Fisk, seorang wartawan barat yg terkenal dan dihormati, sebuah kampung kecil yg dikenali sbg Askalan di Palestin telah dipilih oleh British. Penduduk di Askalan telah dihalau keluar dr tempat tinggal mereka dan ditempatkan di satu tempat yg bernama Gaza. Mereka bkn shj dihalau, malahan tdk diberikan bantuan utk memulakan hidup baru di Gaza. Kemudiannya, kaum Yahudi masuk dan menetap di tanah Askalan dan dikenali sbg Israel. Dari situlah bermulanya kemelut di bumi Palestin yg berterusan hingga ke hari ini.

Selepas daripada itu, negara Israel tdk hanya duduk diam menanti bantuan pihak British buat kali kedua. Bahkan, sempadan negara Israel secara terus-menerus berkembang dan meluas seolah-olah ianya hidup dan mengalami proses tumbesaran. Pelbagai cara dan kaedah yg dilakukan oleh Israel dlm memperluas tanah kekuasaannya. Antaranya ialah dgn membeli tanah-tanah drpd bangsa Arab dan yg plg jelas dgn menindas dan menzalimi org Palestin.

Inilah sedikit-sebanyak ttg sejarah pembentukan Gaza dan Israel. Kalo nk dikupaskan scr mendalam ttg setiap perkara yg berlaku dan telah dilakukan oleh Israel, tak cukup untuk diceritakan dlm satu nukilan. Bahkan, mgkn ia akn mengambil ms berbulan lmnya.

Lantas, di mana nama kita selaku umat Islam terukir di sepanjang sejarah tersebut. Nama kita terukir sebaik shj kita menyedari dan menginsafi ttg kesengsaraan yg menimpa saudara-saudara kita dan kita menghulurkan bantuan sebaik mgkn tdk kira dlm apa jua cara dan kaedah sekalipun. Sekali lagi aku mengajak dan menyeru semua agar menyumbang segala yg termampu, plg kurang seungkap doa meringankan beban yg ditanggung mereka.

Khutbah 9/1/09

Khutbah hari ni masih lg menyentuh isu keganasan rejim zionis terhadap saudara kita di bumi Palestin. Walaubagaimanapun ada satu isu yg menarik perhatian aku utk aku kongsikan bersama. Khatib hari ni menukilkan fatwa drpd ulama' tersohor masa kini Dr. Yusoff Qardhawi, yang memfatwakan bahawa hukum menghulurkan bantuan kpd saudara kita di Palestin tlh menjadi fardhu ke atas setiap mukallaf. Salah satu cara yg boleh kita hulurkan ialah dengan memboikot barangan keluaran Israel laknatullah dan juga sekutu2nya spt Amerika dan sebagainya. Ini sume kita maklumi, dan insyaAllah kita akan melakukan sedaya yg mgkn utk memboikot.

Berkaitan dgn ini, khatib tlh memberikan contoh golongan manusia yg menjadi antara penyumbang utama kpd pembangunan ekonomi zionis iaitu PEROKOK. Umum mengetahui yg majoriti rokok di dunia ini dtg dr Israel ataupon sekutunya Amerika. Hasil drpd jualan rokok tersebut akan dan telah pun digunakan oleh zionis dlm menubuhkan dana bg melancarkan perang ke atas Palestin. Peluru2 dibeli menggunakan hasil jualan tersebut, bom dan mortar yg menghancur-leburkan tubuh kanak2 dan wanita Palestin juga dibeli menggunakan duit berkenaan.

Bg perokok, setiap hembusan asap rokok yg dihembus boleh diumpamakan spt satu roh warga Palestin yg melayang akibat drpd ditembak atau pun dibom. PEROKOK ADALAH PEMBUNUH. Mereka bersekongkol dlm keganasan di Palestin. Mereka ibarat sekutu kpd Israel. Islam mengutuk dan melaknat Israel dan sekutunya.

Bg perokok yg beragama Islam, mereka melafazkan ikrar taat setia kpd Allah spt yg dinyatakan dlm nukilan sblm ni. Allah menyuruh kita mengasihi dan menyayangi saudara2 kita spt yg dibawa olh Rasulullah. Apabila perokok bersekongkol dgn Israel dgn membeli rokok buatan zionis, mrk dgn jelas tlh melanggar ikrar taat setia kpd Allah dan mrk tlh berdusta dgn perbuatan mrk. PEROKOK ADALAH PENIPU. Mereka mengucapkan dan melakukan perkara yg bertentangan, dan mereka melakukannya tnp malu di tgh khalayak ramai.

Inilah antara isi kandungan khutbah pd hari ni. Adakah kita nak digolongkan dlm golongan PEMBUNUH dan PENIPU? Merokok itu pun merupakan satu perbuatan dosa, jgnlah kita menambahkan lagi dosa kita yg menggunung tinggi ni. Bg perokok dan yg terfikir utk menjadi perokok, berhentilah. Cukuplah dgn kekejaman yg berlaku terhadap saudara2 kita di sana, jgnlah kita menambah kesengsaraan mereka. x ssh nk berhenti merokok. xde apa yg mustahil jika kena niat dan caranya. Yg penting, doa sll pd Allah agar dpt menjadi insan yg lbh baik dr smlm insyaAllah.



= +

Jom blaja... :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bg Allah tuhan sekelian alam

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Penguasa di hari pembalasan

Kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Yaitu jalan yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat

(Al-Fatihah 1-7)

Inilah bacaan kita hari2 bila solat. Bahkan, solat akan menjadi x sah tnp Al-Fatihah. Kalo kita amati btol2 maksud surah yang mulia ni, kita akan dapati bhw surah ni bkn hya sekadar surah. Ia juga merupakan satu doa yg kita lafazkan setiap kali kita solat, dan tidak juga kita nafikan bhw ia juga merupakan sebahagian drpd mukjizat. Kalo kita perhatikan ayat yang kelima, kita akan dapati bhw kita telah menyatakan kpd Allah bhw kita adalah hambaNya dan hya akn bergantung pd Allah semata2. Namun hakikatnya pd hari ni, berapa ramai umat Islam, terutamanya di negara kita Mesia yg tercinta ini benar2 berpegang teguh dgn kenyataan diri kita sendiri ketika mana kita menunaikan solat fardhu kita. Apabila kita menyatakan yg kita adalah hamba Allah, ia boleh diibaratkan spt sumpah taat setia yg kita lakukan di dunia pd hari ini kpd pemimpin, negara dan seumpamanya. Lantas apabila kita melafazkan sumpah taat setia ini, kita secara automatik tertakluk di bwh perundangan dan kehakiman Allah 'azzawajal. Rata2 umat pd hari ini memandang enteng akan hukum-hakam Allah s.w.t. Ada sesetengah golongan yg sggp mencabar org lain utk melaksanakan hukum Allah. Mengapa perlu dipertikai dan dicabar? Ia merupakan tanggungjawab kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini utk menegakkan kalimah Allah. Orang yg mempertikaikan hukum Allah merupakan orang yg ingkar kpd Allah dan blh menjurus kpd kekufuran sekiranya tidak bertaubat, wal'iyazubillah. Justeru, jika kita bertemu dgn org sebegini jgnlah kita memencilkan dan berbuat tidak tahu. Kemungkinan org yg berkata demikian tdk mempunyai ilmu yg cukup berkenaan Islam, bertepatan dgn keadaan di dunia skarang ini yg lbh mementingkan hiburan semata2. Kita wajib menerangkan kpd dia perkara dan situasi sebenar agar dia kembali ke jalan yg benar.

Ayat ke 6 dan ke 7 menyatakan ttg hasrat kita selepas kita berjanji akan taat setia kpd Allah. Kita mengharapkan agar Allah s.w.t menunjukkan kpd kita jln yg disukai oleh Allah agar kita tdk terpesong drpd tujuan sbnr kita dijadikan di muka bumi ini iaitu mengabdikan diri kpd Allah. Pengakhiran kpd semua yg kita lakukan, kita mengharapkan agar kita diberikan keredhaan drpd Allah dan digolongkan dlm golongan org2 yg soleh, dan moga kita semua mendapat syafaat Allah di akhirat kelak.

Inilah yg kita lafazkan stp hari, namun berapa ramaikan drpd kita yg memahami apa yg dilafazkannya. Kita blh diibaratkan spt burung kakak tua, hanya pandai mengulangi apa yg org katakan, namun x pernah memahami ttg isi kandungan percakapan tersebut. Justeru, nasihatku buat sume teman di luar sana, kalo ada peluang, blajarlah bahasa arab kerana ia merupakan bahasa Quran, bahasa Rasulullah dan bahasa ahlul jannah. Kita sanggup menghabiskan wang dan masa utk memantapkan bahasa Inggeris kita, yg dianggap sbg bahasa global, bahasa teknologi dan sebagainya pada hari ni, xkan kita x mampu utk meluangkan sedikit ms dan usaha utk mempelajari bahasa yg plg mulia ini. x susah teman2ku. Belilah satu Quran terjemahan, yg murah pon xpe. Setiap hari bacalah 10 ayat dr Quran dan lihat translasi ayat di sebelahnya. Mgkn x dpt nk menguasai bahasa arab scr total, ttp alangkah baiknya jika kita memahami apa yg kita lafazkan. Moga insyaAllah dgn usaha kita, akan diganjarkan Allah dgn segala kebaikan.

Al-dha'if ilallah

Saudara2ku

Khutbah Jumaat arini (2/1/09) benar2 menyedarkan aku akan kedhaifan dan kedayusan diri aku. arini genap 7 ari Palestin dihujani oleh bom mortar yg dilepaskan oleh rejim zionis laknatullah. sayu dan sedih apbl memikirkan nasib saudara2ku di bumi Palestin. sedih dan kesal apbl memikirkan sumbangan yg tlh aku sumbangkan dlm membantu saudara2ku. stp ari mrk dibedil dgn bom2, ditembak tnp belas kasihan, dibiarkan kebuluran tnp sebarang mknn, dan apa yg kita kecapi arini x mgkn dpt mrk kecapi dlm ms terdekat. mrk bakal berterusan mengecapi kesengsaraan yg dahsyat utk satu jangka ms yg lm.

Di kala mrk x mempunyai sbrg mknn utk mengalas perut, kita mampu untuk mkn ais-krim, burger dan sbgnya. di kala mrk tdo x beralas, kita mmp utk tdo di atas tilam yg lembut dan berbantalkan bantal yg empuk. bkn bermaksud utk menyuruh kita meninggalkan sgl kemewahan dan kekayaan yg kita ada arini, cm ingin mengajak sume utk berfikir dan bermuhasabah akn nikmat yg kita kecapi pd arini. ya, kemewahan dan kekayaan amat penting dlm hidup dan dlm dakwah. tnp duit, x mgkn kita dpt berbuat sesuatu di dlm dunia materialistik ini. bahkan, kepapaan bleh menjurus kpd kekufuran. lantas, harta merupakan komponen idop yg penting.

Tertarik dengan kenyataan khatib yg menyatakan bhw, jika ada lah golongan manusia kelas pertama, mrk berada di bumi Palestin. mrk lah glgn yg x putus2 mempertahankan kedaulatan negara, maruah dan nyawa mrk sejak dr 1947 shinggalah skang. xde sorang pon insan di Malaysia yg tercinta ni yg layak digelar atau digolongkan dlm glgn kelas pertama ni. xde dr glgn atasan, apatah lg kita yg berada di kelompok bwhn ni. aku stuju ngn kenyataan khatib tu. apa la sgt usaha kita yg membolehkan kita digolongkan dlm glgn elit tersebut? jwpnnya mudah. xde, kalo ade pon terlampau-lampau sedikit. kita lbh menumpu kpd hiburan dan keseronokan spt yg kita blh lihat di media utama kita. kita bagaikan ketandusan hiburan shgga memerlukan rncgn hiburan yg melambak2. kita menghidangkan hiburan dan sampah kpd minda dan pemikiran, lantas secara langsung akn melahirkan glgn minda kelas sampah, sesuai dgn santapan minda kita.

lantas, kita perlu melakukan perubahan kpd sistem kita. utk melakukan perubahan ini kita perlukan kuasa. utk mendapatkan kuasa kita perlukan ilmu yg disuluhi Quran dan sunnah. jom la kita sm2 bermuhasabah dan menetapkan smgt utk melakukan perubahan ke arah kebaikan utk diri kita.
Salam...:look:

dah lm dah x post pape.terpanggil utk menulis,at least sedikit.dl ade sorang doc aku ckp kt ktorang dlm kelas,even if u r good n honest,people around u r corrupted n doing undescent things,what's the point of u doing good.at the end u'll juz turn into one of them.aku terkejut ms tu?biar btol die ni ckp camtu.scr spontan aku x stuju ngn pe yg die kate.tp bl aku pk kan balik suasana dunia skang,inilah pegangan kbnykan drpd kita.

org skang kbnyknnye igt xde pekdahnye wat baik kalo ramai org len wat jahat.pastu bl tye nape derang wat camtu,mst derang jwb "dlm dunia ni mn ada org yg jujur".btol gak bl pk2 balik.tp xkan kita nk membenarkan pe derang kate kan?so,utk menjawab golongan camni,tgu la post aku nt ek.dah sakit pala n ngntuk nih.:sleepy:moga kita selamat dunia n akhirat.

Islam agamaku

Salam...

Islam merupakan sebuah agama yang komprehensif. Komprehensif di sini membawa maksud, ia sesuai dan bertepatan untuk digunakan pada setiap masa dan tempat. Ada ulama' yang mendefinasikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang merangkumi kepimpinan, mu'amalah, perundangan dan sebagainya. Pokoknya ialah Islam merupakan satu cara kehidupan. Islam akan memandu seseorang itu menuju kepada satu tujuan atau matlamat, iaitu 'mardhatillah' atau keredhaan Allah.

Apakah bukti bahawa Islam adalah agama yang diredhai Allah dan bknnya agama2 lain yang ada di dunia pada hari ini. Jika difikirkan secara logik akal, agama Kristian mempunya penganut plg ramai dalam dunia. Selepas itu baru diikuti oleh Islam di kedudukan kedua. Bg saya, sesiapa yang x dpt menjawab persoalan ini secara spontan haruslah menilai kembali iman masing2.

Dalam surah Ali-Imran ayat ke-19, Allah telah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam". Ini jelas menunjukkan bahawa Islamlah agama yang benar.

Selain dari ayat di atas, dalam surah Al-Maidah ayat ke-3, Allah berfirman yang bermaksud "Hari ini telah Aku sempurnakan padamu agamamu, dan telahKu lengkapkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku meredhai Islam sebagai agamamu".

Terdapat pelbagai ayat di dalam Quran yang menjelaskan tentang kebenaran Islam sbg agama Allah. Tapi saya rasa mencukupi bagi setiap umat Islam utk memastikan kedua-dua ayat di atas disemat dalam kalbu agar dpt menguatkan keyakinan bahawa kita berada di atas landasan yang betul. Ramai kawan-kawan di luar sana yang masih lagi meragui akan kesahihan Islam sbg agama yang benar. Lantas, adalah penting bagi setiap drpd kita utk menyampaikan bukti2 yang kukuh dr Quran dan juga Sunnah bagi mengembalikan keyakinan mereka terhadap Islam dan agar mereka tdk terlalu cepat untuk termakan pujuk rayu pendakyah agama yang tujuannya untuk memalingkan umat Islam dari Islam.

Pendakyah2 agama lain sedang berusaha untuk melemahkan aqidah dan pegangan umat Islam dengan perancangan mereka yang amat mantap dan sistematik. Lantas menjadi kewajipan pada kita untuk 'counter back' apa yang mereka cuba lakukan.

"Mereka merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah Allah"

Apa nak jadi?

Baru2 ni kita digemparkan dengan satu lagi isu baru berkenaan dengan tersebarnya klip video lucah yang dilakukan oleh beberapa orang adik kecil kita. Klip video tersebut yang dikatakan telah diambil menggunakan kamera telefon bimbit telah tersebar luas dan telah mendapat perhatian pihak yang berwajib. Ada 2 perkara yang harus kita ambil perhatian yg sgt2 dalam hal ni. Pertamanya ialah kegiatan penyebaran video seks atau lucah di Negara kita sudah x dpt nk dibendung lagi. Kegiatan penyebaran ini rasenye bkn hanya melalui teknologi internet, bahkan telefon bimbit telah menjadi sumber memuat turun video2 berkenaan. Perkara kedua ialah senario anak orang Islam skang yg semakin lama semakin tenat dan nazak. Bagaimana adik2 kecil yg kita rasakan mrk masih lg suci dr segi pemikiran dan juga rohani mampu untuk melakukan perkara terkutuk sebegini? Aku x salahkn budak2 tu, tp yg aku slhkn ialah ibu bapa kpd bdk2 tersebut. Ya, mmg kita xleh nk letakkan kslhn ni bulat2 gedebuk atas bahu ibu dan bapa mereka, ttp scr tabi’inya ibu dan bapalah yang bertanggungjawab ke atas anak2 mereka sehingga mrk baligh.

Bila aku fikirkan balik, camne la agak2nye anak2 aku nnt? Adakah aku akn menjadi seorang ayah yang berjaya membentuk pemikiran anak2 aku mengikut acuan Islam, atau adakah pengakhiran mereka sama seperti apa yang berlaku kt atas, na’uzubillah min zalik. Aku sedar aku bknlah insan terbaik dari segi iman,amal dan taqwa- jauh sekali nak mencapai maqam rabbani. Namun,aku cuba sedaya upaya utk menjadi sebaik umat yg Allah keluarkan bg manusia, walaupun kadangkala dilumur dengan dosa dari pelbagai penjuru. Aku memohon agar diberikan hidayah dan taufiq serta maghfirah dlm mengharungi kehidupanku yg penuh dgn cabaran dan dugaan ni, dan mintak dilindung dari mala bencana dunia dan akhirat.

Apa???5.4 juta???


Ha,ni angka yg sbnrnye.5 poin 4 juta hengget org kita blanja semata-mata nk puaskan nafsu serakah menyokong rancangan realiti.ini pon realiti msykat kita.realiti dlm realiti.cb bygkn kalo det berjuta ni digunakan untuk bayar subsidi bahan komoditi negara.alangkah enaknye.aku rase kerajaan kn wat satu rancangan realiti baru utk suruh rakyat anto bebanyak sms
pastu det tu guna wat beli beras.aku rase bleh je wat cam battle royal.aku setuju kalo wat rancangan tu.aku sendiri akn menyumbang.

aku ske amek keratan akhbar Kosmo.sbb byk berita sensasi dlm tu.kalo nk amek yg blh dipercayai skek aku akn bc Star.x minat bc paper BM sbnrnye.bknnye x bersikap patriotisme,tp pengalaman mengajar utk x bc sgt paper melayu nih sbb leh wat loya.hehe.jgn mareee.

Tp aku still sedih ngn 5 poin 4 uta hengget ni.dah leh p aji dah kalo aku dpt.huhu

Hancur...


Sedih bila terbaca berita ni di akhbar Kosmo tadi.apa nk jadi ngn org Islam kita skang ni.nk kata x ckp didikan ilmu agama,ni pelajar SMA.ada agama kat skolah tu.tapi pelajar ni ckp die kn rogol time bercuti kt KL baru2 ni.pelik jugak.kalo btol dah kn rogol,xkn x repot kt polis.ni wat donno ja.biar betik bdk ni.pape pon itu urusan die ngn Allah.kita x ptt n x layak nk adili die sbb mgkn btol ape yg die ckp.kite x tahu perkara sbnr.

Tapi apa yg nk ditekankan kt sini ialah gejala soSIAL yg melanda negara kita ni mkn menjadi2.org sering menyalahkn sistem pembelajaran di negara kita yg x bape menekankan unsur2 agama.kdg2 kita terpaksa menyokong pernyataan ni sbb ade kebenarannya.tp yg plg pokok sbnrnya ialah peranan institusi rumahtangga itulah yg menjadi tonggak kpd pembentukan umat bersahsiah mulia.hari ni kita melihat ibu bapa sering menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pihak skolah secara bulat2.mmg institusi pendidikan diwujudkan untuk memberikan pendidikan yang terkini dan berguna kpd anak2 kita,ttp dgn sokongan dan pertolongan ibu bapa anak2 tersebut.tanpa sokongan dan dorongan yg diberikan oleh pihak ibu dan bapa tdk mgkn suatu institusi pendidikan itu mampu untuk melahirkan anak murid yang terbaik.ini kerana mereka hanya berada di kwsn skolah lbh kurang 5-6 jam sehari bg yg tdk tggl di asrama.masa yg slbnhnya diluangkan di luar skolah.lantas menunjukkan sbnrnya peranan ibu bapalah yg menjadi faktor utama dlm membentuk sahsiah seorang anak remaja itu.

Namun pada hari ini,ibu bapa lbh byk meluangkan masa untuk bekerja dan melayani tuntutan sosial masing2.anak2 seringkali dipinggirkan bersama pembantu rumah ataupon bersama nenek mereka.kalau anak yg tggl di asrama lbh menyenangkn pergerakan mereka utk ke sana sini.inilah senario yg berlaku di negara kita,malahan di dunia pd hari ni.kita xleh nk berpaling darinya.


Namun kita harus mengakui,ada sebilangan besar ibu bapa di negara kita yg masih lagi mengambil berat akan kebajikan anak2 mereka,ini x boleh disangkal oleh mana2 pihak.adalah tidak adil untuk melabelkan semua ibu bapa zaman moden skang adalah dr klgn mereka yg tdk mengambil peduli ttg anak2 mereka.dalam kita mengambil berat ttg anak2,kdg2 berlaku perkara2 yang kita x jangkakan.ini adalah disbbkn oleh pengaruh media massa yg amat kuat pd zmn skang.utk menghalang mereka drpd terlibat dgn media massa adalah suatu yg mustahil,bahkan ia boleh menjadikan mereka insan yg tdk peka ttg isu2 semasa.tindakan yg lembut dan berhikmah haruslah diambil dlm membendung pengaruh media massa ke atas anak muda kita pd hari ini.

Ini bknlah masalah org2 tertentu,ini adalah msalah msykt kesemuanya.stp individu yg berada dlm sesuatu komuniti harus bertanggungjwb atas stp gejala soSIAL yg berlaku di dlm komuniti tersebut.

Penulis mencadangkan,dan spttnya kita mengambilpakai cdgn ini,berbaliklah kpd Quran dan Sunnah yg tlh lama kita pinggirkan.di sana ada penawar dan ubat bg setiap gelala soSIAL yg melanda dunia.dan yg plg penting,doa ibu dan bapa terhadap anaknya dimakbulkan.

Berita Baik...

Reverand Rowan William merupakan seorang ketua agama bagi 77 juta pengikut mazhab Kristian Anglican. Beliau bukanlah seorang yang dikenali dalam dunia Islam, namun baru-baru ini beliau bagaikan seorang artis popular yang baru mengeluarkan album 'hit' yang berjaya mendapat perhatian seluruh penduduk dunia samada golongan Muslim mahupun Kristian. Beliau telah mengeluarkan kenyataan atau pun cadangan kepada kerajaan Britain untuk mengimplimentasikan beberapa hukum syariah seiring dengan perundangan sivil yang ada sekarang. Lantas memartabatkan Islam secara keseluruhannya.

Ini berita yang amat baik bg Islam dan juga penganutnya. Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat kebangkitan Islam berlaku tanpa mengira tempat dan waktu. Yang peliknya, kebangkitan ataupun 'intifada' ini berlaku bukan di negara Islam ataupun negara orang Islam. Ia berlaku di barat dan juga Eropah. Kita telah menyaksikan ramai golongan elit di UK khususnya yang memeluk Islam. Sebagai contohnya Yvonne Ridley yang merupakan seorang wartawan di Sunday Express dan pernah memenangi beberapa anugerah telah memeluk Islam setelah ditangkap oleh pihak Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan. Selepas dibebaskan beliau telah mengkaji Al-Quran dan akhirnya memeluk Islam. Beliau tidak berhenti setakat itu. Beliau berusaha untuk menyebarkan risalah Islam di peringkat antarabangsa. Itu baru satu nama yang disebut, namun hakikatnya terdapat ramai lagi elit di Barat telah memeluk Islam. Sekadar menyebut nama, Prof. Dr Gary Miller seorang pakar matematik dari Kanada, Prof. Dr Jeffri Lang, bekas paderi Kenneth L. Jenkind dan ramai lagi. Perjuangan yang mereka lakukan selepas peluk Islam kadangkala mengatasi jauh usaha umat Islam 'baka' menyebarkan kalimah Allah. Ini yang memalukan kita terutamanya orang Melayu yang didefinisikan oleh perlembagaan sebagai seorang yang lahir di Tanah Melayu dan beragama Islam.

Kita lihat umat Islam pada hari ini. Kita dipijak, dihina, dicaci, diherdik, dibunuh, dirogol dan diperlakukan seperti binatang oleh pihak kafir dan rejim zionis. Namun apa yang mampu kita lakukan? Kita hanya mampu untuk melihat dan bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin, Afghanista, Iraq dan sebagainya. Kenapa keadaan menjadi sebegini? Persoalan ini boleh kita jawab dengan mengambil sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya umat Islam dijangkiti oleh penyakit 'wahn', iaitu cintakan dunia dan takut mati. Inilah punca utama kejatuhan umat Islam pada masa sekarang. Al-Quran kita pinggirkan, majlis-majlis ilmu kita abaikan, halal haram kita ketepikan dan Islam kita lupakan. Umar Al-Khattab pernah berkata "kita merupakan umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Apabila kita berpaling dari Islam, tunggulah bala akan menimpa". Perkataan dari seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah yang terjadi pada kita pada hari ini.

Lantas, apakah tindakan kita untuk memperbaiki keadaan ini. Ada yang berpendapat bahawa kita dah tak boleh berbuat apa-apa kerana Rasulullah telah meramalkan keadaan akhir zaman akan menjadi begini. Inilah pemikiran jumud yang akan menghancurkan lagi umat Islam. Sepatutnya kita harus berusaha untuk memperjuangkan agama Islam dengan sehabis baik, dan jikalau kita ditakdirkan gugur di medan perjuangan, kita mendoakan kita dikumpulkan bersama para syuhada' yang sudah tentunya satu perkara yang menggembirakan kita di padang mahsyar kelak. Tuntas tindakan yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah, kembali kepada Quran dan juga Sunnah. Kita perlu kembali ke landasan yang benar agar kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kita perlulah memahami agama dari sumber nombor 1. Janganlah kita mendalami Islam dari majalah dan juga surat khabar, kerana ia telah melalui beberapa proses penapisan sebelum dapat disiarkan.

Semoga dengan nukilan yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada semua dan diharapkan di sinilah bermulanya titik tolak perubahan diri kita untuk menjadikan diri kita insan yang 'soleh wal musleh' insyaAllah.

Have you seen her???


Get The Code Here

Ya Allah, berikanlah perlindungan dan keselamatan kepada adik Sharlinie dan keluarganya,

Berikanlah ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarganya dalam menempuh saat-saat yang sukar ini,

Tingkatkanlah ketaqwaan dan keimanan setiap kaum muslimin dan muslimat di dunia ini,

Kurniakanlah keamanan dan kemakmuran kepada negara kami Malaysia yang tercinta ini

Rahmatilah kami dengan kesuburan tanah dan kekayaan petroleum kami Ya Rabbal 'alamin.