Reverand Rowan William merupakan seorang ketua agama bagi 77 juta pengikut mazhab Kristian Anglican. Beliau bukanlah seorang yang dikenali dalam dunia Islam, namun baru-baru ini beliau bagaikan seorang artis popular yang baru mengeluarkan album 'hit' yang berjaya mendapat perhatian seluruh penduduk dunia samada golongan Muslim mahupun Kristian. Beliau telah mengeluarkan kenyataan atau pun cadangan kepada kerajaan Britain untuk mengimplimentasikan beberapa hukum syariah seiring dengan perundangan sivil yang ada sekarang. Lantas memartabatkan Islam secara keseluruhannya.
Ini berita yang amat baik bg Islam dan juga penganutnya. Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat kebangkitan Islam berlaku tanpa mengira tempat dan waktu. Yang peliknya, kebangkitan ataupun 'intifada' ini berlaku bukan di negara Islam ataupun negara orang Islam. Ia berlaku di barat dan juga Eropah. Kita telah menyaksikan ramai golongan elit di UK khususnya yang memeluk Islam. Sebagai contohnya Yvonne Ridley yang merupakan seorang wartawan di Sunday Express dan pernah memenangi beberapa anugerah telah memeluk Islam setelah ditangkap oleh pihak Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan. Selepas dibebaskan beliau telah mengkaji Al-Quran dan akhirnya memeluk Islam. Beliau tidak berhenti setakat itu. Beliau berusaha untuk menyebarkan risalah Islam di peringkat antarabangsa. Itu baru satu nama yang disebut, namun hakikatnya terdapat ramai lagi elit di Barat telah memeluk Islam. Sekadar menyebut nama, Prof. Dr Gary Miller seorang pakar matematik dari Kanada, Prof. Dr Jeffri Lang, bekas paderi Kenneth L. Jenkind dan ramai lagi. Perjuangan yang mereka lakukan selepas peluk Islam kadangkala mengatasi jauh usaha umat Islam 'baka' menyebarkan kalimah Allah. Ini yang memalukan kita terutamanya orang Melayu yang didefinisikan oleh perlembagaan sebagai seorang yang lahir di Tanah Melayu dan beragama Islam.
Kita lihat umat Islam pada hari ini. Kita dipijak, dihina, dicaci, diherdik, dibunuh, dirogol dan diperlakukan seperti binatang oleh pihak kafir dan rejim zionis. Namun apa yang mampu kita lakukan? Kita hanya mampu untuk melihat dan bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin, Afghanista, Iraq dan sebagainya. Kenapa keadaan menjadi sebegini? Persoalan ini boleh kita jawab dengan mengambil sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya umat Islam dijangkiti oleh penyakit 'wahn', iaitu cintakan dunia dan takut mati. Inilah punca utama kejatuhan umat Islam pada masa sekarang. Al-Quran kita pinggirkan, majlis-majlis ilmu kita abaikan, halal haram kita ketepikan dan Islam kita lupakan. Umar Al-Khattab pernah berkata "kita merupakan umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Apabila kita berpaling dari Islam, tunggulah bala akan menimpa". Perkataan dari seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah yang terjadi pada kita pada hari ini.
Lantas, apakah tindakan kita untuk memperbaiki keadaan ini. Ada yang berpendapat bahawa kita dah tak boleh berbuat apa-apa kerana Rasulullah telah meramalkan keadaan akhir zaman akan menjadi begini. Inilah pemikiran jumud yang akan menghancurkan lagi umat Islam. Sepatutnya kita harus berusaha untuk memperjuangkan agama Islam dengan sehabis baik, dan jikalau kita ditakdirkan gugur di medan perjuangan, kita mendoakan kita dikumpulkan bersama para syuhada' yang sudah tentunya satu perkara yang menggembirakan kita di padang mahsyar kelak. Tuntas tindakan yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah, kembali kepada Quran dan juga Sunnah. Kita perlu kembali ke landasan yang benar agar kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kita perlulah memahami agama dari sumber nombor 1. Janganlah kita mendalami Islam dari majalah dan juga surat khabar, kerana ia telah melalui beberapa proses penapisan sebelum dapat disiarkan.
Semoga dengan nukilan yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada semua dan diharapkan di sinilah bermulanya titik tolak perubahan diri kita untuk menjadikan diri kita insan yang 'soleh wal musleh' insyaAllah.
Caffeinated
-
I have a million other things which need to be addressed, so of course the
natural course of action would be to instead turn to this dusty, cob-webbed
bl...
3 years ago
0 komentar:
Post a Comment