Di sebuah kampung tinggal dua orang teman baik.
Seorang bernama Muiz manakala seorang lagi bernama
Muaz. Mereka tinggal bersama di sebuah pusat jagaan
anak-anak yatim. Tetapi, Muaz adalah pemuda yang
buta.
Suatu hari Muiz mengajak temannya pergi ke pekan.
Muiz berkata, “Wahai sahabatku, Muaz... mari kita ke
pekan. Saya dengar akan diadakan pesta keramaian di
sana.”
Pada mulanya Muaz enggan kerana ingin
menganyam rotan bagi dijadikan bakul. Muaz pun
menjawab, “Elok kamu sahaja yang pergi. Saya lebih
senang menyiapkan bakul-bakul ini.”
Muiz cuba juga memujuk sahabatnya.
“Mari kita pergi bersama. Tidak sampai
hati saya ingin meninggalkan kamu seorang
diri. Lagipun, kamu tidak pernah lagi ke
pekan sepanjang kita tinggal di sini,”
pujuk Muaz lagi.
Akhirnya Muaz akur dengan desakan teman baiknya
itu. Muaz berkata, “Baiklah, saya akan mengikutimu.
Tetapi kamu mesti berjanji jangan tinggalkan saya
seorang diri di sana.”
Muiz gembira Muaz akan mengikutinya ke pekan.
Kedua sahabat baik itu pun berjalan menuju ke pekan.
Sampai di sana, kelihatan ramai para pengunjung yang
datang menyaksikan pelbagai acara yang diadakan. Muiz
pun berkata kepada sahabatnya, “Banyak acara yang
diadakan. Mari kita cuba salah satu permainan.”
Muaz pun berkata, “Apa yang dapat saya lakukan?
Bukankah kehadiran saya di sini disebabkan pelawaan
kamu. Kita sudah sampai di sini dan saya rasa tidak perlu
bermain apa-apa.”
Muiz merasakan kehadiran Muaz bersamanya
membataskan pergerakannya. Muiz berkata sambil
merungut, “Baik duduk di rumah sahaja! Datang ke sini
pun tidak dapat bermain apa-apa! Nasib... nasib.”
Muaz merasakan kehadirannya seakan-akan
menyekat kemahuan sahabatnya itu. Muaz pun berkata,
“Wahai sahabatku... sekiranya kamu mahu bermain...
tinggalkan sahaja saya di sini.”
Muiz gembira dengan kata-kata sahabatnya itu. Lalu
dia berkata, “Baiklah, kamu duduk di sini ya.”
“Saya akan tunggu kamu di sini. Tetapi... jangan pergi
terlalu lama.” Muaz hanya akur.
Muiz bermain dengan gembira sehingga lupa akansahabatnya yang sedang menanti.
Muaz berkata bersendirian, “Ke mana perginya si
Muiz ini? Perut saya sudah lapar pula.”
Akhirnya Muaz mengambil keputusan hendak
pulang ke rumah. Lalu dia berdoa, “Ya Allah! Semoga
aku terhindar dari segala bahaya.”
Selepas puas bermain maka Muiz baru teringat
kepada Muaz lalu dia pergi ke tempat Muaz namun
sahabatnya itu tidak kelihatan di situ.
Muiz berkata sendirian,
“Ke mana perginya si Muaz
ini?”
Muiz mencari sahabatnya
itu di pesta keramaian itu
namun gagal menemuinya.
Akhirnya dia pulang ke rumah
dan mendapati sahabatnya
itu berada di rumah. Muiz memarahi Muaz. “Bukankah
saya suruh kamu tunggu di bawah pokok! Puas saya
mencari kamu di sana-sini!” tengking Muiz.
Muiz menambah lagi, “Kamu itu buta. Kalau apaapa
terjadi di jalan tadi... bagaimana?”
Muaz pun menjawab dengan tenang, “Saya sudah
terlalu lama menanti di sana. Walaupun saya buta tetapi
hati saya masih celik. Lagipun Allah pasti membantu
hambanya.”
Muiz pun berkata, “Saya cuma ingin menikmati
segala yang ada di pesta keramaian itu! Saya tidak mahu
hanya duduk sahaja. Orang yang buta tidak akan tahu
apa yang dilihat oleh seorang yang celik!”
Muaz hanya tersenyum. Lalu dia berkata, “Saya
bersyukur kerana tidak dikurniakan kelebihan penglihatan.
Mata yang melihat sesuatu yang tidak berfaedah hanya
menambahkan dosa pada diri.”
Muiz tersentak. Dia tertunduk malu dan menyedari
setiap nikmat yang Allah kurniakan pada seseorang
hambanya perlu digunakan pada jalan yang betul. Dia
pun berkata, “Maafkan saya, wahai sahabat. Saya berjanji
akan menjaga kamu sehingga akhir hayat.”
Caffeinated
-
I have a million other things which need to be addressed, so of course the
natural course of action would be to instead turn to this dusty, cob-webbed
bl...
3 years ago
7 komentar:
mslh kt fpsk walaupon xbuta tp lumpuh lidah n tangan. nmpk bende2 xelok tp mencela dlm hati je.
"selemah2 iman"
em.btol.
sgt perlu ada kekuatan nk tgur.
rasenye kena ada suasana yg mnyokong..
kalo kita nk tgu suasana yg menyokong kan,rasenye smp ke sudah x tego2.tol x.we ourselves have to develop the environment,starting from ourselves of course.amek contoh Imam Hassan Al-Banna.die x tgu suasana sesuai.time die 2 mmg maksiat mcm tgk org meniaga nasi lemak.belambak kat tepi2 jln.tp dia wat tanggungjawab die.camtu la kita nak.insyaALlah.
asyh tak kata kite kna tgu keadaan yg mnyokong.bukan ke kte 1 entiti dr keadaan tu..maka utk mwujudkan keaddan myokong tu ptutnye yg ada kesedaran mcm kite insyaAllah yg mulakan..
em..
asyh tak kata kite kna tgu keadaan yg mnyokong.bukan ke kte 1 entiti dr keadaan tu..maka utk mwujudkan keaddan myokong tu ptutnye yg ada kesedaran mcm kite insyaAllah yg mulakan..
em..
hang stat dulu, aku ikut.
besides sapa nk dgr ckp org tadak siqoh, muka dilabel sbg 'gatal' mcm aku?
Ko tau kan ada asasnya ko dilabel macam tu , usop?
Post a Comment