Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Think bout it...

Post-Ramadhan

Salam...

1 Syawal dah berlalu.Teringat aku di zaman budak2 dulu, raya lah ari yg dinanti2. Malam raya diisi dengan melaram ngn baju raya baru. dulu mesti berbaju melayu dan bersampin, tapi sekarang dah x kira. apa ada pakai je. aku rasa dah dekat 4 tahun aku x beli baju melayu baru. baju yg ada pon lawa lg. wat rugi duit beli baru. bek aku pakai duit tu tukar minyak itam moto aku. dah agak semput skek moto kesanyanganku tu, tp sgt berjasa. skang ni raya pon x rasa cam raya. raya dah tgl pd nama. skang sibuk diisi dgn ngemas umah. ziarah2 pon dah kurang sbb mls nk kuar, bkn sbb ade byk cite bes kt tv.

aku msh tingatkan khutbah raya kali ni. khatib menekankan betapa pentingnya meneruskan segala amal ibadah yg dibuat dlm bulan puasa. kbykn dr kita hanya melakukan amalan fardhu mahupun sunat scr istiqamah dlm bulan puasa shj. slps mlgkh masok dlm Syawal, bkn stkt amalan sunat dilupakan, bahkan amalan fardhu juga kdg ditinggalkan. alasan yg sll diberikan adalah tiada masa kerana ramai tetamu bertandang ke rumah. inilah sikap yg perlu kita kikis dr masyarakat kita. khatib juga berpesan agar amalan yg dilakukan perlulah ditingkatkan dari masa ke semasa. sbg contoh amalan mengaji al-Quran merupakan amalan standard di bulan puasa. ttp jgnlah amalan itu hya berterusan sekadar mengaji, kita haruslah mengkaji apakah intipati yg terdapat di dlmnya. ramai dari kita yg hya menekankan ttg bacaan, makhraj, lagu dan seumpamanya semata. kita lupa bhw yg lbh pntg bknlah mengaji, ttp mengkaji. kita lihat hari ini ramai org bkn Islam memeluk agama Islam bkn krn akhlak umat Islam ttp kerana isi al-Quran. mrk tertarik dgn Islam yg dibawa oleh al-Quran dan bkn Islam yg dibawa oleh umat Islam sendiri. mengapa ini boleh terjadi? ini kerana umat Islam sendiri telah meninggalkan al-Quran dr aspek penghayatannya dan hya menekankan ttg perkara yg disebutkan tadi.

lantas sabahat2, marilah kita sm2 meningkatkan kecintaan kita kpd Islam melalui penghayatan al-Quran. ssghnya al-Quran membawa ilmu yg merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, bahkan ia juga merukan penawar bg org2 yg beriman. moga Syawal kali ini menjadikan kita hamba yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
@adil@adil@adil@adil@adil@adil

Salam Eid



Salam...

Aidilfitri dah hampir tiba...Ramadhan pon dah nak habis. jadi camne ngn amalan kita Ramadhan kali ni? kita doakan ia lebih baik dr yg sblm ni dan diterima oleh Allah. Amin :)

p/s: rase-rasenye bile malam Qadr ek?

Muhasabah

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )
Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Taqwa

Sahabat Omar al-Khattab bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, jil. 1, hal 84)

Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.."

Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan "sebenar-benar takwa" sebagai "melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur." Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, "Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib.

Di musim Ramadan ini takwa inilah yang menjadi tujuan dan matlamat kita!

Festive Season is around the corner...

Taqwa is in the air for the whole month. Don't miss it friends. U're gonna regret it for your life if u let it go. Ramadhan Karim!! :)

Btol ke?

Kita tau dari sejarah ada ramai ulama’2 dan cendekiawan Islam yang menguasai lebh dr 2 bidang; sbg contoh dia kuasai ilmu falsafah, sains dan agama. Kadang2 aku terfikir, mcm mana derang leh kuasai sume ilmu2 ni? Ilmu2 tu lak bknnye bidang2 kecik, besau tu. Aku yang nak ngabehkan medic ni pon tersengguk2. Camne nk jadi cam derang? Aku pernah terfikir, dl derang blh kuasai sbg cth bidang perubatan sbb time tu ilmu tu x la banyak sgt mcm arini. Sbb ilmu medic yang ada arini sbnrnya berdasarkan apa yg derang jmp. Jadi maksudnya, ms zmn derang tu x byk mende kn blaja, plg kurang pon x sbyk apa yg kn blaja skang. Bila jadi camtu derang byk wat kajian je dan sbb tu la derang ada masa nak kuasai ilmu2 lain.huhu. Btol ke aku ni? Sampai skang aku x jmp jwpn.