New Posting
Dah stat O&G posting.rs cam cuak gak.kn deliver 15 babies,wohooo.banyak gler.takut gler.cam x nmpk ms dpn g dlm posting ni.tp pape pon akan ku teroskan perjuangan ini demi sebuah impian suci.hehe.kalo ade pape kate smgt bg la,kot2 bg ksn kt jiwa ini.hehe
Ghamid
Aku g gunting rambut ritu. Terasa rimas lak rambut lebat sgt. Kn gak g potong walaupun dah mlm. Aku g gunting kt kedai mamak je. X g salon2 nih. Aku pon masok la kedai gunting rambut tu. mata aku tertarik kt sorang pelanggan yg tgh digunting rambut kt kerusi no 2. Ada sorang amoi cina dok kt kerusi tu. Dlm ati aku cakap “eh, biar btol mamak nih. Bl masa lak reti potong rambut pompuan?”. Aku pon sangka baik kt mamak tu, igt dia mmg blh potong rambut pompuan. Aku pon p dok kt kerusi tgu turn aku. Dgn x dirancangnye kerusi yg aku dok tu menghala kt tmpt amoi tu. aku pon tgk diam2, comei gak amoi ni. Hehe. Pastu aku nampak mamak tu amek mesin potong rambut tu, trus menggondolkan kepala amoi tu. huih, boleh ka wat camtu? Aku tgk blk btoi ka ni amoi, atau laki rupa cam amoi. Aku pasti ni amoi. Mmg botak kepala dia. Aku rasa mamak tu pakai pelapik 2. Pas dia abeh potong rambut aku tgk skali lagi, mmg dogol, tp comei lg n still nmpk cam pompuan. X nmpk cam laki.
Tb2 aku terpikir, kalo la dia ni Muslim, boleh ke die wat camtu? Sbb Islam x halalkan pompuan menyerupai lelaki. Scr umumnya kita tau yg botak lbh sesuai dan sepadan ngn laki dan berambut (x kira la pnjg ke pendek) mmg sinonim ngn pompuan. Tp dlm kes ni, walaupun dia potong botak, still nmpk wajah kepompuanan die. So camne? Aku rs hukum yg memulanya dah jelas lg bersuluh dah jadi kabur. Xtau nk kategorikan ni sbg apa hukumnya. Yg pasti aku xleh letak hukum secara membuta-tuli, perlu merujuk yg lbh arif.
Kemudian aku tingat yg rs2nye aku penah tdengar yg ada hadith yg cakap, di era kiamat ada byk mende ghamid (kabur, x jelas…btolkan kalo salah ek ttg kwjdn hadith ni). Benarlah kata2 Rasulullah. Kalo kita tgk dunia skang ni kan, byk sgt mende yg kita x pasti kesahihan die. Tp2 ari kita dihidangkan dgn berita2 yg entah btol entah x, smpkan kita blh hilang pertimbangan kadangkala. Mknn pon pnoh ngn unsur2 syubhah. Kalo la kita btol2 kaji asal-usul mknn kita, tah bape jenis mknn la agaknya kita blh mkn dgn sukarianya. Terlampau byk syubhah dlm dunia arini. Bahkan kadang2 tu bkn stkt syubhah, yg jelas haram pon di’nampakkan’ sbg halal. Cthnye cam system pinjaman wang dkt bank. Mana ada bank yg x mtk ‘bunga’? kalo dia x pakai istilah ‘bunga’, die pakai istilah servis caj. Ok la,tu boleh trime lg. scr dasarnya camtu la derang cari mkn. Kalo x bungkus la bank tu.
Ni la zaman kita skang ni. Zaman yg pnoh kesyubhahan (kalo ade la perkataan ni). Nak xnk, kite kn gak menghadapinya hari ke hari. Tp yg menjadi persoalan, bagaimana kita menghadapi mende ni. Adakah kita menghadapinya dgn pnoh redha? Atau kita mengambilnya dgn kdar keperluan semata2. Tepuk dada tanya Iman. Tp rata2 dr kita mmg x dpt lari drpd kehidupan camni. Kita hya mmp pohon keampunan dr Allah dan berusaha mencari yg terbaik bg diri kita. wallahua'lam
Post-Ramadhan
1 Syawal dah berlalu.Teringat aku di zaman budak2 dulu, raya lah ari yg dinanti2. Malam raya diisi dengan melaram ngn baju raya baru. dulu mesti berbaju melayu dan bersampin, tapi sekarang dah x kira. apa ada pakai je. aku rasa dah dekat 4 tahun aku x beli baju melayu baru. baju yg ada pon lawa lg. wat rugi duit beli baru. bek aku pakai duit tu tukar minyak itam moto aku. dah agak semput skek moto kesanyanganku tu, tp sgt berjasa. skang ni raya pon x rasa cam raya. raya dah tgl pd nama. skang sibuk diisi dgn ngemas umah. ziarah2 pon dah kurang sbb mls nk kuar, bkn sbb ade byk cite bes kt tv.
aku msh tingatkan khutbah raya kali ni. khatib menekankan betapa pentingnya meneruskan segala amal ibadah yg dibuat dlm bulan puasa. kbykn dr kita hanya melakukan amalan fardhu mahupun sunat scr istiqamah dlm bulan puasa shj. slps mlgkh masok dlm Syawal, bkn stkt amalan sunat dilupakan, bahkan amalan fardhu juga kdg ditinggalkan. alasan yg sll diberikan adalah tiada masa kerana ramai tetamu bertandang ke rumah. inilah sikap yg perlu kita kikis dr masyarakat kita. khatib juga berpesan agar amalan yg dilakukan perlulah ditingkatkan dari masa ke semasa. sbg contoh amalan mengaji al-Quran merupakan amalan standard di bulan puasa. ttp jgnlah amalan itu hya berterusan sekadar mengaji, kita haruslah mengkaji apakah intipati yg terdapat di dlmnya. ramai dari kita yg hya menekankan ttg bacaan, makhraj, lagu dan seumpamanya semata. kita lupa bhw yg lbh pntg bknlah mengaji, ttp mengkaji. kita lihat hari ini ramai org bkn Islam memeluk agama Islam bkn krn akhlak umat Islam ttp kerana isi al-Quran. mrk tertarik dgn Islam yg dibawa oleh al-Quran dan bkn Islam yg dibawa oleh umat Islam sendiri. mengapa ini boleh terjadi? ini kerana umat Islam sendiri telah meninggalkan al-Quran dr aspek penghayatannya dan hya menekankan ttg perkara yg disebutkan tadi.
lantas sabahat2, marilah kita sm2 meningkatkan kecintaan kita kpd Islam melalui penghayatan al-Quran. ssghnya al-Quran membawa ilmu yg merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, bahkan ia juga merukan penawar bg org2 yg beriman. moga Syawal kali ini menjadikan kita hamba yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Salam Eid
Muhasabah
Taqwa
Sahabat Omar al-Khattab bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, jil. 1, hal 84)
Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.
Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.."
Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan "sebenar-benar takwa" sebagai "melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur." Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, "Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib.
Di musim Ramadan ini takwa inilah yang menjadi tujuan dan matlamat kita!