Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Kejahilan?

Salam...

Aku teringat satu kisah masa aku mengikuti satu simposium yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia tahun lepas. Aku dgn kakakku ditugaskan oleh ayahku untuk menjual beberapa buku seperti biasa. Sepanjang hari tu ada satu slot ceramah yg disampaikan oleh Dr. Asri Zainal Abidin, ketika itu masih lagi Mufti negeri Perlis. Aku menjengah sebentar ke dalam dewan ceramah untuk mendengar sedikit isi2 ceramah beliau. Beliau berjaya menyampaikan dengan baik ttg kepentingan mendalami ilmu agama terutamanya ilmu Fiqh sbb doktor sering berhadapan dgn isu2 berkaitan ibadah. Beliau juga menekankan ttg pentingnya beramal berdasarkan dalil2 yg sahih dan bukan semata-mata taqlid pada mazhab, apatah lagi fanatik mazhab. Beliau menggunakan banyak hujah yg diberikan oleh Dr. Yusof Qardhawi, mujaddid terkenal kurun ini.

Nak dijadikan cerita, waktu makan tengahari ramai keluar makan. Ramai juga la yg datang utk melihat pameran yg ada di sekitar halaman luar dewan, termasuklah gerai buku aku. Ada la sorang hamba Allah perempuan ni datang kat gerai aku. Pakaian dia agak boleh kata mahal la, tengah cakap kat handphone. Die menghala ke arah gerai aku. Pastu die tanye, "erm, adik. Ada tak jual buku ulama' yg tadi tu? Ala, yang uztaz tu sebut tadi tu...". Aku tau ulama' mane yg dirujuk. Tapi aku diam je dulu. "Ulama' mane puan?". "Alaaa,yg tadi tuuu". Dalam hati nak je kate "Dr. Yusof Haslam?". Tapi aku tak sebut sebab nak jaga hati. Pastu baru aku ckp "Dr. Yusof Qardhawi?". "Haaa, yg tu la. Ade ke buku die?". Aku jawab, "Takde la plak puan. Yang ada buku ni je la". "Oooo, takpe la camtu. Tima kasih ye dik".

??? Takkan tak tahu Dr. Yusof Qardhawi? Aku rase sume yg pernah baca buku-buku agama mesti tahu pasal die. Nampak sgt jarang-jarang, kadang-kadang baca buku agama nih. Aku bknnye ape, cuma cam x patut je kita tak tahu tentang ulama' tersohor zaman kita sendiri. Kalo ulama' dulu boleh terima akal lagi la. Cam sedih gak ade org camtu, tapi tu la hakikatnya. Jom kita wat kerja. :snow31:

12 komentar:

rilek la. dlm dunie ni, ade ramai sgt org pd tahap agama yg sgt berbeza. jahil ke x jahil, yg penting die ade tergerak hati nk tgk/beli buku ulama' td.

btw, ulama' tu sape? binbaz?

 

sbb kita rilek sgt la lg ramai manusia bodo agama kt dunia ni?kita yg dok kata rilek la ni pon x paham agama sgt,apatah lg org len.btoi dak.

bro,ko x bc abes entry aku eh.ada nama ulama' tu aku tulih.binbaz tu ape?

 

haha.

btol, sbb ramai org rilek sgt yg menyebabkn kejahilan.

tp, dr entry anta, ana bleh summarize dlm satu ayat je, "apa la org ni, Dr Yusof Qardhawi pn xkenal,"

ana cume nk propose utk melihat mende positif dlm hal ni. Org ni dh melangkah setapak lbih dkt dgn Allah, instead of reprimanding the person, can't we do a bit more to help her understanding of Islam?

ayat last dlm comment ana yg sblm ni berbentuk gurauan je. binbaz tu ulama' super wahhabi.

dan ye, aku mule terpengaruh dgn bdk2 Nilai.

 

true bro..

apa mksd dah terpengaruh ngn bdk2 nilai?story skek

 

sume influence yg bebaik je. bende baik aku ikut. bende yg aku tak nmpk lgsg benefit die mcm penggunaan "ana,enta" aku x ikut. bende kureng baik? hoho, aku rs budak medic llg bnyk buat bende kureng baik.

anyway, bile bdk2 kite kritik bdk nilai especially yg aku kenal, aku terase sikit nk defend diorg. n aku hanye defend bile komen2 tu aku rase x fair sj. klu korg penah jumpe org tu n ade pengalamn buruk dgn die, then be my guest. tp klu xpenah jumpe, give the fella the benefit of the doubt, eh.

 

Salam

sekurang2 nya dia berminat untuk mencari dan membaca buku2 berkenaan ulama' berkenaan,mungkin kita rasa agak terlambat untuk dia,tapi x pernah terlambat untuk dia berubah :),patut hang bagi free jer sebiji buku Dr Danial tu,hehe

 

izat.. tarmizi .. aku setuju dgn hang..

elokmjuga dia nak kenal dgn "ulama" .. dan

miqdad, hang patut bagi sebiji buku..

Infaq sikit2 tak kan tak boleh kot hehe

 

Kejahilan manusia, kita sebagai manusia yang tahu sedikit dari ilmu allah ni tak boleh nak memandang manusia dengan pandangan yang negatif.

Sekiranya kita berhadapan dengann tokoh yang lebih berilmu dan ada sesuatu yang kita tidak ketahui.. adakah kita mengharapkan untuk orang yang mulia tersebut mempunyai perasaan untuk merendah-rendahkan kita.

Sesungguhnya tuhan menurunkan islam dengan kasih sayang. maka sambutlah mereka dengan perasaan yang lapang dan kasih.

Sesungguhnya maha suci allah yang bersifat arrahmanirrahim. Tidak kah kita selalu terkesan semasa solat kita ?

 

btoi3x.aku stuju gak.tapi time tu x terpk nk bg kat dia buku

 

sop just used ana enta and he denied of doing that. hah2. slap ponggong orang adakah influence dari nilai itu juga?

 

Jika semua manusia menginsafi dirinya akan di nilai tuhan kelak, mak sunyilah dunia dari kritikan dan cercaan.

 

malangnya tidak, dan kita terpaksa mengharungi hari demi hari dalam dunia tersebut

FYI,bkn nak mengkritik.lebih kpd mendedahkan dunia sebenar