Bismillahi wal hamdulillah
Syukur kerana masih lagi bernyawa atas muka bumi ini. Syukur kerana masih lagi thabit atas jalanNya yang suci. Syukur kerana masih berkesempatan mencoret kata-kata dalam mangkuk yang tak seberapa ini. Harapnya mangkuk ini telah, masih dan senantiasa akan diisi dengan 'bijirin' yang dapat membantu memberikan 'khasiat' dalam meneruskan kehidupan sehari-hari di dunia menuju ke akhirat sana. Semuanya dipanjatkan kesyukuran padaNya.
Tahun baru Hijrah telah menjelang, namun kehangatan muqaddimahnya masih lagi terasa. Ditambah dengan kedatangan tahun baru 'syamsiah', bakal memberikan warna yang lebih pelbagai untuk beberapa hari ini. Ironinya jarak antara tahun baru Hijrah dan tahun baru 'syamsiah' yang agak dekat, bakal menampakkan yang mana yang lebih menjadi sambutan dan kebanggaan umat kini. Tahun Hijrah atau Tahun Masihi. Bukanlah menjadi suatu pertikaian atau isu yang besar sehingga menggugat aqidah, namun ia mencerminkan siapa dan apa kita sebenarnya. Semuanya terpulang kepada hati dan iman masing-masing.
Penghujung dan permulaan tahun baru ini membuatkan aku berfikir panjang. Apakah sebenarnya 'tema' hidupku pada sepanjang tahun ini? Ada yang memulakan tahun baru dengan meletakkan azam dan 'target' yang hendak dicapai dalam tahun tersebut. Ada juga yang tidak ambil kisah, tahun baru atau tidak, semuanya sama. Namun kadangkala (selalunya) perancangan kita itu tidak selari dengan perancangan Ilahi. Kita mungkin mendambakan tahun yang bahagia dan gembira, tetapi Allah lebih mengetahui dan Maha Berkuasa. Sebaliknya mungkin berlaku. Kita mungkin mengharapkan tahun yang sederhana. Namun Allah lebih mengetahui dan Maha Berkuasa. Kita mungkin diuji dengan kesenangan dunia. Allah berhak ke atas hidup kita, kerana Dialah Rabb.
Aku merasakan 'tema' hidupku tahun ini banyak berkisar tentang sedih dan duka. Banyak ujian yang Allah sampaikan kepadaku. Mungkin kerana kelalaianku, dan mungkin juga sebagai peringatan untuk tidak leka dan alpa. Aku kira ujianNya pada tahun ini lebih mencabar dan lebih berat dari tahun-tahun sebelumnya. Kadangkala bingung memikirkan sebab mengapa diuji sedemikian rupa. Namun, setiap kali bingung pasti datang yang menenangkan. Seringkali diingatkan tentang ujian yang pasti ditimpakan ke atas mukmin, bagi menguji keimanan. Namun ia tidak terhenti di situ. Bingung pula memikirkan apakah aku layak digelar mukmin hakiki? Apakah aku dipandang oleh Allah sebagai seorang mukmin, atau sekadar insan biasa yang bagaikan debu-debu di padang pasir.
Kemudian diingatkan pula akan ujian yang ditimpakanNya adalah berkadaran dengan kudrat hambaNya. Sekali lagi bingung. Terasa sangat berat dan tak terdaya ingin memikul bebanan yang terlampau ini. Sehinggakan kadangkala tersungkur ke dalam lumuran putus asa dan prasangka buruk. Berdosa aku padaMu Ya Allah.
Terus diingatkan pula dengan kedatangan kesenangan selepas kesusahan. Bingung melanda lagi. Terasa terlampau lama tempoh waktu kesusahan ini. Seolah-olahnya takkan muncul mentari kesenangan yang dijanjikan. Aku terus berada dalam kegelapan.
Memulakan tahun ini dengan pemergian dua insan tersayang, mengkahiri dengan berita pemergian ayahanda sahabat yang kuhormati. Di tengah-tengahnya terisi dengan seribu satu kekecewaan dan kedukaan. Tak dinafikan ada kegembiraan yang mengiringi. Namun kesannya kurang dan lemah. Lebih tertumpu dan terfokus pada yang sebaliknya.
Semua itu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah. Mengajar aku untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan hal kehidupanku. Mengajar aku untuk lebih menyayangi insan sekelilingku. Mengajar aku untuk lebih empati dan prihatin dengan hal saudaraku. Mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab dengan amanahku. Mengajar aku untuk lebih setia dengan Yang Satu.
Aku doakan agar tahun baru ini memberikan sinar harapan dan kebahagian kepadaku. Aku masih terus mahu diuji agar tidak leka dan alpa. Namun doaku agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menongkah arus yang pastinya datang bertalu-talu. Moga dikurniakan ketenangan dan kedamaian dalam pangkuan rahmat dan kasih sayang Tuhan timur dan barat.
Selamat tinggal tahun dukacita.

4 komentar:
sesungguhnya hidup ini tidak akan sunyi dengan segala bentuk mehnah ujian..tepat skali dgn apa yg anta ungkapkan pd posting itu.. kadang kala rasanya hati begitu sukar utk redha malahan kdg kala rsanya x berdaya utk menghadapinya..tp bila direnung dalam2 bahawasanya sgalanya tribulasi yg melanda itu mengajar kita sesuatu yg slalunya x akan kita temui didlm buku atau dpt dibeli. ianya hadir berkat kesabaran dan keyakinan yg tinggi kpd Allah.. maka ayuhlah bngkit dr kesedihan dan kuatkn hati n terus melangkah ke anak tangga yg satu lagi di dalam tahun yg baru. mdh- mdhan tahun yg baru nie mberi sinar baru kpd diri kita sbgai hambaNya ..iAllah
trima kasih anis
tahun hijrah = tahun bulan/lunar. tahun masihi = tahun gregori/matahari.
betul, perbezaan sambutan tahun baru hijrah dgn tahun baru masihi menunjukkan prioriti umat Islam zaman skrg terpesong sikit..
thanx sop.x prasan tulis lunar utk tahun masihi
Post a Comment