Bismillahi walhamdulillah
Ramai yang mengatakan bahawa angan-angan hanya membuang masa. Manusia yang suka berangan-angan hanyalah manusia yang tidak mampu untuk berjaya dan melaksanakan apa yang difikirkan. Kita juga kadangkala sering memandang rendah mereka yang suka berangan-angan. Bahkan kita sering meng'stereo-type'kan manusia sebegini sebagai tidak bisa dijadikan sebagai pemimpin. Lihat sahaja Pak Kaduk yang begitu sinonim dengan cerita nasihat masyrakat kita. Jelas manusia yang suka berangan-angan tidakkan mampu untuk melonjakkan dirinya ke tahap yang lebih baik, jika kita mengambil Pak Kaduk sebagai contoh.
Ya, aku juga setuju, tapi pada masa yang sama aku juga tidak setuju.
Sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita tidak harus menuduh seseorang sebegitu melainkan jika kita punya bukti dan 'dalil' yang kukuh. Aku merasakan angan-angan itu perlu dalam kehidupan kita, cuma perlu untuk diperhalusi tentang kandungan angan-angan tersebut.
Angan-angan bagaikan satu gambaran tentang misi dan visi yang ingin dicapai oleh setiap insan. Setiap daripada kita sepatutnya dan seharusnya telah meletakkan cita-cita dan 'target' yang ingin dicapai dalam kehidupan di dunia, seterusnya di akhirat. Sesiapa yang gagal mensasarkan cita-citanya sejak dari awal merupakan seorang yang telah gagal dalam membentuk kehidupannya. Seperti pepatah bahasa Inggeris, "If you fail to plan, you plan to fail". Ya, merancang untuk gagal. Walaupun ia boleh dikatakan sebagai suatu sasaran, namun ianya tidak berharga dan hanya menempah kerugian bagi orang tesebut.
Pak Kaduk juga mempunyai matlamat yang ingin dicapainya. Apa yang diangankan merupakan suatu gambaran tentang suatu pencapaian yang ingin dicapai oleh Pak Kaduk dalam kehidupannya. Yang menjadi penghalang dan masalahnya ialah, Pak Kaduk hanya mempunyai gambaran tentang hasil atau 'end product' kepada cita-citanya, sedangkan proses untuk mencapainya dilupakan. Belum apa-apa lagi Pak Kaduk telah berangan-angan tentang kenikmatan yang akan beliau kecapi setelah berjaya. Itu kesilapan terbesar yang dilakukannya.
Angan-angan berfungsi sebagai pemangkin kepada usaha yang kita lakukan untuk mencapai matlamat kita. Tanpa perancangan yang mantap, kita tidak mungkin mengecapi 'end product' cita-cita yang kita impikan. Ramai manusia pada hari ini suka berangan-angan kosong. Anganannya hanya berlegar-legar di awangan tanpa berpijak pada dasar yang nyata.
Islam mengajar kita untuk mementingkan hasil tanpa melupakan kaedah untuk mencapainya. Jika kita lihat sejarah peperangan yang melibatkan umat Islam, terutamanya di zaman Rasulullah, Baginda dan para sahabat menginginkan kemenangan dalam setiap peperangan, dan ianya diselarikan dengan strategi yang mantap dan berkesan. Hasilnya, Islam berjaya disebarkan dengan lebih jauh dan luas.
Maha Suci Allah yang telah melengkapkan Islam dengan segala-galanya. Siapa sangka angan-angan juga boleh menjadi suatu tuntutan agama, jika ianya diletakkan pada tempat dan perspektifnya yang betul. Angan-angan boleh bertukar menjadi suatu ibadah.
Seruanku kepada sahabat-sahabatku dan sidang pembaca, ayuh kita letakkan matlamat untuk bertemu dengan Dia Yang Maha Mencipta dalam keadaan meredhai dan diredhai. Angan-angankan tentang kenikmatan syurga yang bakal dikecapi bagi orang yang beriman. Seiring dengan itu, tingkatkan kualiti ibadah kita, teguhkan iman kita, mantapkan taqwa kita, dalamkan ilmu kita. Semoga dengan angan-angan dan strategi yang diatur bakal membuahkan suatu kenikmatan dan kesejahteraan yang kekal berpanjangan, SYURGA.
Aku yang lemah dan tak berdaya.

2 komentar:
assalamualaikum saudara
buah fikiran yang dilontarkan amat bernas
berdasarkan pengalaman hidup saya yang saya yg sedikit, terdmapat 1 kes pelajar saya yang sering manyatakan azamnya untk membuka bengkel motor setelah dia tamatkan SPMnya nanti walaupun dia terabai dan yatim ,syukurlah ketika usianya 23 tahun impiannya tercapai
wslm ummu...angan-angan ni boleh dikatakan mcm subconscious mind jugak la.bl kita sll fikirkan mende tu,scr tak langsung diri kita akan cuiba untuk berusaha mencapai cita-cita tu.bagus jugak angan-angan ni.cuma kena pastikan angan-angan yang baik la.kalo tak baik mungkin jatuh haram hukumnya. terima kasih untuk perkongsian :)
Post a Comment