Bismillahi wal hamdulillah
"@#$%^$## kau la. Aku x pernah pun cakap camtu."
Terngiang-ngiang lagi ucapan seorang budak lelaki baya adik aku yang masih di sekolah rendah kepada rakannya. Sungguh lancar dan tanpa segan silu mengucapkannya dengan lantang dan fasih. 'Pitching'nya pun boleh tahan, sebab tu boleh dengar walaupun berada agak jauh. Buat aku terfikir seketika.
Kalau kecil macam ini pun dah mampu memaki-hamun orang di khalayak umum tanpa ada walau sehelai kain untuk menyelubung perasaan malu, dah tentu dia mampu untuk melakukan yang lebih dahsyat bila dah besar. Bakar trak polis sebagai contoh? Hehe. Hanya contoh. Tidak ditujukan pada mana-mana pihak yang terasa semacam ada kaitan dengan dirinya. Kalau terasa, padan muka.
Seingat aku, sejahat-jahat aku masa sekolah rendah ialah tak buat kerja rumah. Memang jarang giler la jadi macam tu. Sejahat-jahat aku masa sekolah menengah ialah lepak dan ronggeng kat komtar dan prangin mall lepas habis sekolah. Masa tu pun masih lagi segan-segan. Kalau terserempak budak mashoor pompuan lagi la segan. Ye la, masa tu takut dengan senjata yang derang ade, mulut =) . Sekarang tak takut dah kot? Tapi bukan tu yang aku nak cerita.
Dengan beredarnya masa, sedar atau tak sedar, beredar juga rasa malu di kalangan kita. Mutakhir ini, kita banyak didedahkan dengan berita dan cerita tentang krisis akhlak dan etika di negara kita. Dengan buang anaknya, sumbang mahramnya, seks luar nikah, bunuh, letup, simbah, tonyoh, tenyeh, rasuah dan seribu satu macam lagi permasalahan yang tidak mungkin kita selesaikan dalam sebulan dua.
Nak cakap pasal sebab-musabab jadi macam ni pun rasanya semua dah tahu. Yang aku nak 'highlight'kan kat sini ialah, esok lusa bila dah berkeluarga, dah beranak-pinak, didik anak-anak dengan betul. Utamakan pendidikan dan pengahayatan Islam tanpa meminggirkan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Maksudnya sains , matematik, jogrofi, sejarah bla bla bla kena pentingkan juga. Tapi keutamaan itu memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang insan yang soleh wal musleh. Memang tidak ada jaminan yang anak kita pasti jadi soleh, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha sedaya mungkin. Hasilnya serahkan pada Yang Maha Menentukan.
Sebab itu penting untuk pasangan suami dan isteri mempunyai matlamat dan gambaran yang sama tentang kehidupan. Dari segi pelaksanaan mungkin sedikit berbeza, namun pastinya perbezaan itu tidaklah terlalu ketara kerana matlamatnya sama. Ada betoi ka? =)
Penn...penn.

3 komentar:
jogorofi. hehe
tapi memang betul yang budak2 sekarang kurang benar rasa malu, sampaikan kita yang rasa malu dengan perangai mereka di tempat awam. anak2 belajar dengan melihat dan mendengar, jadi apabila perangai sperti itu dipamerkan pada usia setahun jagung, salah siapa?
xleh blah penn..penn...hahaha
takut betul dgn budak2 skrg ni. tak boleh bygkan depa besaq nanti mcm mana.
Post a Comment