Sudah semakin dekat dengan peperiksaan profesional terakhir. Peperiksaan yang bakal menentukan boleh atau tidak aku melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup ini, fasa kerjaya. Penat lelah belajar selama hampir tujuh tahun, hanya akan diuji dalam masa beberapa jam, dan dalam beberapa jam itu sahajalah masa depan aku ditentukan. Agak tidak adil bunyinya. Usaha selama bertahun-tahun, hasilnya hanya ditentukan dalam beberapa jam itu. Itulah lumrah alam yang ditadbir manusia. Tidak akan mungkin memberikan keadilan. Tetapi berlainan pula dengan Allah. Allah menilai insan itu ketikamana dia ditaklifkan untuk bertanggungjawab ke atas setiap perbuatannya sendiri, baligh dalam erti kata lain. Tapi entri kali ini bukan nak bercakap pasal keadilan Allah yang telah sekian lama terbukti kebenarannya.
Apa yang membuatkan seseorang itu berusaha dan bertungkus-lumus untuk mencapai sebuah impian? Apa yang menyebabkan seseorang itu mampu fokus dan disiplin dalam merealisasikan sebuah idea yang difikirkan? Apa yang membuatkan seorang insan itu berubah dari seorang yang jahat menjadi seorang yang baik?
Matlamat. Orang yang mempunyai matlamat yang jelas akan mampu untuk melakukan semua perkara di atas. Matlamat membuatkan seseorang itu tahu akan tindakan yang perlu diambil. Matlamat menjadikan seseorang itu fokus dan berusaha untuk merealisasikan apa yang dicitakan.
Ramai dari kita mempunyai matlamat. Sayangnya, ramai juga dari kita yang tidak faham dan jelas akan matlamat yang telah dicipta dan dibina.
Untuk faham akan matlamat yang kita inginkan, kita perlu bertanya mengapa kita perlukan matlamat ini. Pemahaman yang mantap tentang matlamat ini akan membuatkan kita lebih menghayati dan menghargai segala usaha dan penat lelah yang dilakukan. Bila kita menghargai apa yang kita lakukan, kita akan sentiasa gembira dan redha dgn segala halangan dan ujian yang datang.
Kalau untuk faham kita tanya mengapa, untuk jelas pula kita tanya bagaimana untuk mencapai matlamat yang kita idamkan itu. Orang yang jelas tentang matlamatnya mempunyai pandangan yang jelas tentang proses dan fasa yang perlu dilalui. Ramai dari kita tak jelas tentang matlamat yang ingin kita capai. Sebab itu kita tengok begitu ramai yang kecundang di tengah jalan dan akhirnya memusnahkan diri sendiri.
Ada orang kerja siang dan malam, berkorban masa setiap hari sebab nak cari rezeki untuk keluarga. Ada yang kerja kuar untuk nak jadi kaya. Ada yang kerja tak ingat dunia sebab nak beli kereta impian, seperti Bugatti Veyron ini.
Mungkin ada yang nak kata semua ini matlamat duniawi, tak ukhrawi la. Tak kisah la. Yang penting ialah kita jelas dan faham dengan matlamat yang kita nak capai. Bila kita ada matlamat, kita akan bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan.
Jadi, dah dekat nak periksa ni lagi la perlukan usaha yang banyak. Kena study rerajin. Takleh main futsal selalu sangat. Kena dok kat spital selalu. Kena kurangkan tidur. Kena dapatkan rehat yang cukup. Aarrghhh...sungguh tidak bermotivasi untuk buat semua ini. Kalau dah memang malas tu takleh nak buat apa dah.
Kalau dulu masa SPM, aku memang malas gila kot nak belajar. Tiap-tiap malam minggu mesti keluar dengan kawan-kawan, pi lepaking. Tapi bila dah dekat sangat nak periksa, baru la datang kesedaran sikit. Kesedaran je, belum semangat lagi tu. Sebab ada kesedaran tu la aku cipta matlamat sendiri. Cipta tau, bukan fikir. Hehe. Alhamdulillah lepas jugak SPM. Aku rasa sekarang ni pun masa yang kritikal untuk aku cipta matlamat lagi. Aku perlukan matlamat yang boleh aku nampak supaya lebih cepat aku bermotivasi. Aku rasa pembaca semua dah boleh agak apa matlamat aku untuk peperiksaan kali ni. Takkan tak tau lagi kot. Dah terang lagi bersuluh. Memang trang tang tang kata orang utara. Moga aku bermotivasi untuk rajin dan fokus belajar selepas ini.
Ini matlamat aku. =)
2 komentar:
nice car.
gud luck! may all ur wishes come true:)
thank you...may ur dreams come true also =)
Post a Comment