Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Dulu Boleh, La Ni Takleh Dah

Bismillahi wal hamdulillah

Baru-baru ini sempat bersembang dengan seorang tukang kayu. Dia datang memasang kabinet dapur di rumah. Banyak yang dia ajar aku pasal ilmu pertukangan. Alhamdulillah, dah pandai la sikit-sikit nak baiki kabinet kalau ada rosak kecil-kecil. Banyak topik yang kami sembangkan. Dari jenis-jenis kayu sampailah ke penjual dan pengedar rokok. Tapi ada satu topik yang aku nak kongsikan dengan semua.

Tukang kayu tersebut menyuarakan kemarahan kepada pemerintah negeri sekarang ini. Dia memang tak puas hati dengan satu parti politik ni, dan dia kata parti ini menghancurkan periuk nasi dan masa depan orang melayu. Agak menarik bila dia kata macam tu. Aku pun terus bertanya lebih dalam untuk tahu apa sebenarnya isu yang timbulkan rasa tak puas hati tukang kayu tersebut. Aku panggil dia pakcik je. Ikuti dialog di bawah.

Aku : Apa yang depa dah buat sampai tak puas hati tu pakcik?
Pakcik : Dulu kawan-kawan pakcik, sama la kerja tukang kayu senang nak cari makan. Sekarang ni dah susah.
Aku : Pasaipa?
Pakcik : Dulu sebelum parti la ni dok perintah, senang nak dapat tender. Senang, semua dah tau. Hulur kat d ia ni sikit, bagi syer kat dia ni sikit. Memang boleh dapat punya la.
Aku : Habis tu, yang la ni jadi lagu mana?
Pakcik : Yang la ni depa takmau ambek duit. Kita nak bagi pon depa tolak. Dah tu susah la nak dapat projek. Nak cari makan lagu mana. Habeh periuk nasi orang melayu depa kacau. Kami ni kerja kecik-kecik ja. Depa takmau ambek duit, jadi yang dapat projek tu kompeni-kompeni besaq la. Yang melayu ni la nanti melingkup.

Aku serba salah nak bagi respon kat pakcik nih. Nak betulkan pun salah, satgi dia tak siapkan kabinet pula. Nak setuju dengan dia lagi la salah. Last-last aku ajak dia minum nescafe. Hehe.

Begitulah budaya rasuah dalam negara kita. Dari atas sampai ke bawah. Bagi yang tak berilmu dia anggap ini sebagai cara nak cari makan. Tetapi hakikatnya ia salah di sisi agama. Kadang-kadang kesian tengok orang kampung kita. Niat mereka baik, dan memang mereka baik. Tapi akibat kurangnya ilmu dan suasana persekitaran semasa membuatkan mereka anggap apa yang haram itu halal. Tugas kita untuk menyedarkan mereka.

Satu lagi yang memang nampak sangat, orang bukan Islam yang mengamalkan 'no bribe' dalam pentadbirannya. Yang Islam pula terhegeh-hegeh dok cari sapa yang boleh dirasuah. Rasa malu juga bila jadi macam ni. Rata-rata orang melayu Islam kita jahil serba-serbi. Bila ada yang buat kerja dengan betul, dikatakan pula nak menjahanamkan periuk nasi orang melayu. Bukanlah nak dia kata dia yang bukan Islam itu terbaik, tapi kadang-kala lebih baik dari kebanyakan muslim. Satu kenyataan yang kita kena terima dan ubah.

Aduhai negaraku!

2 komentar:

Bila seorang manusia duduk dalam kotak sejak kecil bersama seekor lipas, lipas tu akan jadi satu kebiasaan. Apabila jumpa manusia diluar kotak, seperti berjumpa makhluk asing - takut, suspicious, bersangka buruk, dan cuba bunuh.

 

mane yg salah sbnrnye?lipas ke seorang manusia tu?