Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Salam...:snow31:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Islam itu bermula dalam keadaan asing, dan ia akan berterusan menjadi asing sepertimana mulanya, beruntunglah orang2 yang asing".

Hadith ini menampakkan kepada kita realiti umat Islam pada hari ini. Dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang semakin mentap di dunia secara umumnya, dan di Mesia secara khususnya tdk langsung menampakkan yg Islam dijadikan sbg salah satu agenda penting dlm perkiraan masyarakat. Saban hari kita mendengar dari berita2 di saluran2 prima negara membincangkan tentang kejatuhan dan kenaikan harga saham dunia dan seumpamanya. Namun berapa kalikah kita mendapat peluang untuk mendengar berita tentang usaha2 dakwah dlm membentuk generasi Rabbani yg kita dengar dari medium2 berita prima kita. Melainkan jika hadirnya org2 penting,barulah kita mendapat peluang sedemikian.

Yg sering kita dengar berkenaan Islam ialah kes perceraian, fasakh, rogol, buang anak dan seumpamanya menampakkan kita hanya menumpukan kpd benda2 yg tdk menguntungkan Islam. Inilah yg kita suapkan kpd minda org bukan Islam, dengan menampakkan kpd mereka bahawa Islam merupakan agama pelampau. Pengakhirannya ialah, mereka menuduh Islam scr keseluruhannya sbg pengganas dan menyebabkan umat Islam yg tdk bersalah menjadi mangsa dan seumpanya.

Inilah hakikat dunia kita pd hari ini. Kita tlh menjadikan Islam itu 'lbh' asing kpd semua, dan samada kita sedar ataupun tidak, kita akan disoal pada suatu hari nnt ttg apa yg telah kita lakukan utk mengatasi atau memperbaiki keadaan pada hari ini. Oleh yg demikian, marilah kita sama2 tingkatkan ketaqwaan kita dan tuntutlah ilmu sebanyak mungkin agar kita dpt melakukan islah dan dakwah dgn berkesan.

Something to think about

"Kalaulah ilmu perubatan ni susah, tak akan aku berjaya menguasainya dalam tempoh yang singkat"- Ibn-Sina
@nyerah

Berjaya

Salam....:smoke:

alhamdulillah,dah berjaya deliver seorang bayi ke dunia yang fana ini.hehe.pengalaman yg amat menggelabahkan@sinchan .takut abes memula tu.terketar2 tangan.sib bek doc yg ajo tu bek.but i missed one important thing.i forgot to take the placental blood sample fo G6PD test.huaaaa.xde org gtau pon.nak marah la ni:bm:.huh.tp pape pon alhamdulillah sume berjalan ngn lancar.baru 1,kn wat lg 14.mn sempat.ceit.

Soalan???

Salam...

Aku cukup x suke ngn org yg byk bercakap tapi x penah amek tindakan ngn ape yg die ckp. Sll dok mengadu psl hidup x stabil, negara yg kelam kabut, ilmu yg skek tp langsung x amek inisiatif nk perbaiki keadaan. Nape la wujud manusia camni? Ckp pasal peratusan org bukan Islam kt tempat dia tinggi, pendidikan agama cam x ditekankan, byk gereja la itu ini, tp x penah nmpk pon p tuntut ilmu agama kot2 nk dakwah bl blk tmpt die nt.

pastu ske lak tye mende tah pape. kot la kate ade manfaat ke soklan, nak la gak tlg pk skali. ni soklan xde asas, mcm2 lak tu. u better think about urself first before u think about other stupid unnecessary things. cmon la,kot la bdk kecik leh la layan. ni wat rs cam nak @tendang

scr peribadi aku allergic ngn org camni.ye la,aku phm kite manusia ada kuat lemahnye, tp kalo dah dr dl camni x penah berubah2 ape cite beb?(kate org KL)hehe. kdg2 mmg sstgh mende tu kite xleh nk gapai. tu xpe la. ni xkan la nk tuntut ilmu pon xleh.bknnye xde mjls2 ilmu kt bandaraya .... ni.banyak,persoalannye nak atau x je.

analogi die sng je. kalo ko minat kt sorang pompuan ni n nk jadikan die isteri ko, mst la ko usaha nak tarik ati die, pakai wangi2 cumei2, wat2 tye soklan kt die (cam ade pglmn je...hehe).pokoknye nak mengenali pompuan tu dgn lbh rapat (ini rekaan semata2,kn ikut syara' tau.xleh wat suke2 je). camtu la gak kalo kita nk perbaiki sesuatu, kite kn la tau ape mslh die,pastu kn la nuntut ilmu baru la leh perbaiki mende tu. huih,letih la.x sanggup dah ni.huhu

@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis@nangis

Islam agamaku

Salam...

Islam merupakan sebuah agama yang komprehensif. Komprehensif di sini membawa maksud, ia sesuai dan bertepatan untuk digunakan pada setiap masa dan tempat. Ada ulama' yang mendefinasikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang merangkumi kepimpinan, mu'amalah, perundangan dan sebagainya. Pokoknya ialah Islam merupakan satu cara kehidupan. Islam akan memandu seseorang itu menuju kepada satu tujuan atau matlamat, iaitu 'mardhatillah' atau keredhaan Allah.

Apakah bukti bahawa Islam adalah agama yang diredhai Allah dan bknnya agama2 lain yang ada di dunia pada hari ini. Jika difikirkan secara logik akal, agama Kristian mempunya penganut plg ramai dalam dunia. Selepas itu baru diikuti oleh Islam di kedudukan kedua. Bg saya, sesiapa yang x dpt menjawab persoalan ini secara spontan haruslah menilai kembali iman masing2.

Dalam surah Ali-Imran ayat ke-19, Allah telah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam". Ini jelas menunjukkan bahawa Islamlah agama yang benar.

Selain dari ayat di atas, dalam surah Al-Maidah ayat ke-3, Allah berfirman yang bermaksud "Hari ini telah Aku sempurnakan padamu agamamu, dan telahKu lengkapkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku meredhai Islam sebagai agamamu".

Terdapat pelbagai ayat di dalam Quran yang menjelaskan tentang kebenaran Islam sbg agama Allah. Tapi saya rasa mencukupi bagi setiap umat Islam utk memastikan kedua-dua ayat di atas disemat dalam kalbu agar dpt menguatkan keyakinan bahawa kita berada di atas landasan yang betul. Ramai kawan-kawan di luar sana yang masih lagi meragui akan kesahihan Islam sbg agama yang benar. Lantas, adalah penting bagi setiap drpd kita utk menyampaikan bukti2 yang kukuh dr Quran dan juga Sunnah bagi mengembalikan keyakinan mereka terhadap Islam dan agar mereka tdk terlalu cepat untuk termakan pujuk rayu pendakyah agama yang tujuannya untuk memalingkan umat Islam dari Islam.

Pendakyah2 agama lain sedang berusaha untuk melemahkan aqidah dan pegangan umat Islam dengan perancangan mereka yang amat mantap dan sistematik. Lantas menjadi kewajipan pada kita untuk 'counter back' apa yang mereka cuba lakukan.

"Mereka merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah Allah"

New Posting

Salam...

Dah stat O&G posting.rs cam cuak gak.kn deliver 15 babies,wohooo.banyak gler.takut gler.cam x nmpk ms dpn g dlm posting ni.tp pape pon akan ku teroskan perjuangan ini demi sebuah impian suci.hehe.kalo ade pape kate smgt bg la,kot2 bg ksn kt jiwa ini.hehe

Ghamid

Salam….

Aku g gunting rambut ritu. Terasa rimas lak rambut lebat sgt. Kn gak g potong walaupun dah mlm. Aku g gunting kt kedai mamak je. X g salon2 nih. Aku pon masok la kedai gunting rambut tu. mata aku tertarik kt sorang pelanggan yg tgh digunting rambut kt kerusi no 2. Ada sorang amoi cina dok kt kerusi tu. Dlm ati aku cakap “eh, biar btol mamak nih. Bl masa lak reti potong rambut pompuan?”. Aku pon sangka baik kt mamak tu, igt dia mmg blh potong rambut pompuan. Aku pon p dok kt kerusi tgu turn aku. Dgn x dirancangnye kerusi yg aku dok tu menghala kt tmpt amoi tu. aku pon tgk diam2, comei gak amoi ni. Hehe. Pastu aku nampak mamak tu amek mesin potong rambut tu, trus menggondolkan kepala amoi tu. huih, boleh ka wat camtu? Aku tgk blk btoi ka ni amoi, atau laki rupa cam amoi. Aku pasti ni amoi. Mmg botak kepala dia. Aku rasa mamak tu pakai pelapik 2. Pas dia abeh potong rambut aku tgk skali lagi, mmg dogol, tp comei lg n still nmpk cam pompuan. X nmpk cam laki.

Tb2 aku terpikir, kalo la dia ni Muslim, boleh ke die wat camtu? Sbb Islam x halalkan pompuan menyerupai lelaki. Scr umumnya kita tau yg botak lbh sesuai dan sepadan ngn laki dan berambut (x kira la pnjg ke pendek) mmg sinonim ngn pompuan. Tp dlm kes ni, walaupun dia potong botak, still nmpk wajah kepompuanan die. So camne? Aku rs hukum yg memulanya dah jelas lg bersuluh dah jadi kabur. Xtau nk kategorikan ni sbg apa hukumnya. Yg pasti aku xleh letak hukum secara membuta-tuli, perlu merujuk yg lbh arif.

Kemudian aku tingat yg rs2nye aku penah tdengar yg ada hadith yg cakap, di era kiamat ada byk mende ghamid (kabur, x jelas…btolkan kalo salah ek ttg kwjdn hadith ni). Benarlah kata2 Rasulullah. Kalo kita tgk dunia skang ni kan, byk sgt mende yg kita x pasti kesahihan die. Tp2 ari kita dihidangkan dgn berita2 yg entah btol entah x, smpkan kita blh hilang pertimbangan kadangkala. Mknn pon pnoh ngn unsur2 syubhah. Kalo la kita btol2 kaji asal-usul mknn kita, tah bape jenis mknn la agaknya kita blh mkn dgn sukarianya. Terlampau byk syubhah dlm dunia arini. Bahkan kadang2 tu bkn stkt syubhah, yg jelas haram pon di’nampakkan’ sbg halal. Cthnye cam system pinjaman wang dkt bank. Mana ada bank yg x mtk ‘bunga’? kalo dia x pakai istilah ‘bunga’, die pakai istilah servis caj. Ok la,tu boleh trime lg. scr dasarnya camtu la derang cari mkn. Kalo x bungkus la bank tu.

Ni la zaman kita skang ni. Zaman yg pnoh kesyubhahan (kalo ade la perkataan ni). Nak xnk, kite kn gak menghadapinya hari ke hari. Tp yg menjadi persoalan, bagaimana kita menghadapi mende ni. Adakah kita menghadapinya dgn pnoh redha? Atau kita mengambilnya dgn kdar keperluan semata2. Tepuk dada tanya Iman. Tp rata2 dr kita mmg x dpt lari drpd kehidupan camni. Kita hya mmp pohon keampunan dr Allah dan berusaha mencari yg terbaik bg diri kita. wallahua'lam