Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Si Celik dan Si Buta

Di sebuah kampung tinggal dua orang teman baik.
Seorang bernama Muiz manakala seorang lagi bernama
Muaz. Mereka tinggal bersama di sebuah pusat jagaan
anak-anak yatim. Tetapi, Muaz adalah pemuda yang
buta.

Suatu hari Muiz mengajak temannya pergi ke pekan.
Muiz berkata, “Wahai sahabatku, Muaz... mari kita ke
pekan. Saya dengar akan diadakan pesta keramaian di
sana.”

Pada mulanya Muaz enggan kerana ingin
menganyam rotan bagi dijadikan bakul. Muaz pun
menjawab, “Elok kamu sahaja yang pergi. Saya lebih
senang menyiapkan bakul-bakul ini.”
Muiz cuba juga memujuk sahabatnya.
“Mari kita pergi bersama. Tidak sampai
hati saya ingin meninggalkan kamu seorang
diri. Lagipun, kamu tidak pernah lagi ke
pekan sepanjang kita tinggal di sini,”
pujuk Muaz lagi.

Akhirnya Muaz akur dengan desakan teman baiknya
itu. Muaz berkata, “Baiklah, saya akan mengikutimu.
Tetapi kamu mesti berjanji jangan tinggalkan saya
seorang diri di sana.”
Muiz gembira Muaz akan mengikutinya ke pekan.
Kedua sahabat baik itu pun berjalan menuju ke pekan.
Sampai di sana, kelihatan ramai para pengunjung yang
datang menyaksikan pelbagai acara yang diadakan. Muiz
pun berkata kepada sahabatnya, “Banyak acara yang
diadakan. Mari kita cuba salah satu permainan.”
Muaz pun berkata, “Apa yang dapat saya lakukan?
Bukankah kehadiran saya di sini disebabkan pelawaan
kamu. Kita sudah sampai di sini dan saya rasa tidak perlu
bermain apa-apa.”

Muiz merasakan kehadiran Muaz bersamanya
membataskan pergerakannya. Muiz berkata sambil
merungut, “Baik duduk di rumah sahaja! Datang ke sini
pun tidak dapat bermain apa-apa! Nasib... nasib.”
Muaz merasakan kehadirannya seakan-akan
menyekat kemahuan sahabatnya itu. Muaz pun berkata,
“Wahai sahabatku... sekiranya kamu mahu bermain...
tinggalkan sahaja saya di sini.”
Muiz gembira dengan kata-kata sahabatnya itu. Lalu
dia berkata, “Baiklah, kamu duduk di sini ya.”
“Saya akan tunggu kamu di sini. Tetapi... jangan pergi
terlalu lama.” Muaz hanya akur.
Muiz bermain dengan gembira sehingga lupa akansahabatnya yang sedang menanti.
Muaz berkata bersendirian, “Ke mana perginya si
Muiz ini? Perut saya sudah lapar pula.”
Akhirnya Muaz mengambil keputusan hendak
pulang ke rumah. Lalu dia berdoa, “Ya Allah! Semoga
aku terhindar dari segala bahaya.”
Selepas puas bermain maka Muiz baru teringat
kepada Muaz lalu dia pergi ke tempat Muaz namun
sahabatnya itu tidak kelihatan di situ.
Muiz berkata sendirian,
“Ke mana perginya si Muaz
ini?”
Muiz mencari sahabatnya
itu di pesta keramaian itu
namun gagal menemuinya.
Akhirnya dia pulang ke rumah
dan mendapati sahabatnya
itu berada di rumah. Muiz memarahi Muaz. “Bukankah
saya suruh kamu tunggu di bawah pokok! Puas saya
mencari kamu di sana-sini!” tengking Muiz.
Muiz menambah lagi, “Kamu itu buta. Kalau apaapa
terjadi di jalan tadi... bagaimana?”
Muaz pun menjawab dengan tenang, “Saya sudah
terlalu lama menanti di sana. Walaupun saya buta tetapi
hati saya masih celik. Lagipun Allah pasti membantu
hambanya.”

Muiz pun berkata, “Saya cuma ingin menikmati
segala yang ada di pesta keramaian itu! Saya tidak mahu
hanya duduk sahaja. Orang yang buta tidak akan tahu
apa yang dilihat oleh seorang yang celik!”
Muaz hanya tersenyum. Lalu dia berkata, “Saya
bersyukur kerana tidak dikurniakan kelebihan penglihatan.
Mata yang melihat sesuatu yang tidak berfaedah hanya
menambahkan dosa pada diri.”
Muiz tersentak. Dia tertunduk malu dan menyedari
setiap nikmat yang Allah kurniakan pada seseorang
hambanya perlu digunakan pada jalan yang betul. Dia
pun berkata, “Maafkan saya, wahai sahabat. Saya berjanji
akan menjaga kamu sehingga akhir hayat.”

Tensen...

tensen laaa nk peksa.....apsal hah?

Berita Baik...

Reverand Rowan William merupakan seorang ketua agama bagi 77 juta pengikut mazhab Kristian Anglican. Beliau bukanlah seorang yang dikenali dalam dunia Islam, namun baru-baru ini beliau bagaikan seorang artis popular yang baru mengeluarkan album 'hit' yang berjaya mendapat perhatian seluruh penduduk dunia samada golongan Muslim mahupun Kristian. Beliau telah mengeluarkan kenyataan atau pun cadangan kepada kerajaan Britain untuk mengimplimentasikan beberapa hukum syariah seiring dengan perundangan sivil yang ada sekarang. Lantas memartabatkan Islam secara keseluruhannya.

Ini berita yang amat baik bg Islam dan juga penganutnya. Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat kebangkitan Islam berlaku tanpa mengira tempat dan waktu. Yang peliknya, kebangkitan ataupun 'intifada' ini berlaku bukan di negara Islam ataupun negara orang Islam. Ia berlaku di barat dan juga Eropah. Kita telah menyaksikan ramai golongan elit di UK khususnya yang memeluk Islam. Sebagai contohnya Yvonne Ridley yang merupakan seorang wartawan di Sunday Express dan pernah memenangi beberapa anugerah telah memeluk Islam setelah ditangkap oleh pihak Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan. Selepas dibebaskan beliau telah mengkaji Al-Quran dan akhirnya memeluk Islam. Beliau tidak berhenti setakat itu. Beliau berusaha untuk menyebarkan risalah Islam di peringkat antarabangsa. Itu baru satu nama yang disebut, namun hakikatnya terdapat ramai lagi elit di Barat telah memeluk Islam. Sekadar menyebut nama, Prof. Dr Gary Miller seorang pakar matematik dari Kanada, Prof. Dr Jeffri Lang, bekas paderi Kenneth L. Jenkind dan ramai lagi. Perjuangan yang mereka lakukan selepas peluk Islam kadangkala mengatasi jauh usaha umat Islam 'baka' menyebarkan kalimah Allah. Ini yang memalukan kita terutamanya orang Melayu yang didefinisikan oleh perlembagaan sebagai seorang yang lahir di Tanah Melayu dan beragama Islam.

Kita lihat umat Islam pada hari ini. Kita dipijak, dihina, dicaci, diherdik, dibunuh, dirogol dan diperlakukan seperti binatang oleh pihak kafir dan rejim zionis. Namun apa yang mampu kita lakukan? Kita hanya mampu untuk melihat dan bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin, Afghanista, Iraq dan sebagainya. Kenapa keadaan menjadi sebegini? Persoalan ini boleh kita jawab dengan mengambil sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya umat Islam dijangkiti oleh penyakit 'wahn', iaitu cintakan dunia dan takut mati. Inilah punca utama kejatuhan umat Islam pada masa sekarang. Al-Quran kita pinggirkan, majlis-majlis ilmu kita abaikan, halal haram kita ketepikan dan Islam kita lupakan. Umar Al-Khattab pernah berkata "kita merupakan umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Apabila kita berpaling dari Islam, tunggulah bala akan menimpa". Perkataan dari seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah yang terjadi pada kita pada hari ini.

Lantas, apakah tindakan kita untuk memperbaiki keadaan ini. Ada yang berpendapat bahawa kita dah tak boleh berbuat apa-apa kerana Rasulullah telah meramalkan keadaan akhir zaman akan menjadi begini. Inilah pemikiran jumud yang akan menghancurkan lagi umat Islam. Sepatutnya kita harus berusaha untuk memperjuangkan agama Islam dengan sehabis baik, dan jikalau kita ditakdirkan gugur di medan perjuangan, kita mendoakan kita dikumpulkan bersama para syuhada' yang sudah tentunya satu perkara yang menggembirakan kita di padang mahsyar kelak. Tuntas tindakan yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah, kembali kepada Quran dan juga Sunnah. Kita perlu kembali ke landasan yang benar agar kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kita perlulah memahami agama dari sumber nombor 1. Janganlah kita mendalami Islam dari majalah dan juga surat khabar, kerana ia telah melalui beberapa proses penapisan sebelum dapat disiarkan.

Semoga dengan nukilan yang kerdil ini mampu memberi manfaat kepada semua dan diharapkan di sinilah bermulanya titik tolak perubahan diri kita untuk menjadikan diri kita insan yang 'soleh wal musleh' insyaAllah.