Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Cinta

Dari Abi Hamzah Anas Bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak beriman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencitai dirinya sendiri” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta merupakan satu elemen lahiriah yang x dpt kita nk pisahkan dr kehidupan kita seharian. Tanpa cinta kita xkn menjadi seorang insan yang sempurna imannya berdasarkan kpd sabda Nabi di atas. Ini menampakkan kepada kita bagaimana Islam tdk langsung memandang enteng nilai dan pengertian cinta dlm kehidupan umatnya. Sebagaimana pentingnya cinta itu kepada seseorang, begitu jugalah cinta di kaca mata Islam.

Apabila kita berbicara soal cinta, apa yang bermain di minda kebanyakan dari kita adalah amalan ‘bercouple’. Kita sebenarnya tlh menyempitkan pemikiran kita dengan meletakkan had atau batas dalam membicarakan hal ini. Imam Nawawi ketika mensyarahkan ttg hadith ini, beliau menjelaskan bahawa perkataan ‘saudara’ dalam hadith tersebut perlulah digunakan dgn seluas-luasnya, sehingga meliputi orang yang kafir dan yang Islam. Beliau menambah, mencintai saudara seIslam bermaksud sentiasa mendoakan saudaranya agar terus kekal dlm Islam dan mencintai saudara yang kafir dgn sentiasa mendoakan dia mendpt hidayah utk kembali ke jln yang benar.

Berkenaan cinta, masalah yang perlu diatasi oleh umat Islam sekarang ialah cuba untuk keluar dari kepompong definisi cinta yang jumud dan x msk akal. Apa yang dpt kita lihat sekarang ialah, pengertian cinta di kalangan umat Islam masa kini semakin terabai tetapi apa yg lebih diutamakan ialah manifestasi cinta tersebut. Selagi mana erti cinta x dapat dihayati oleh insan, sukar untuk kita membina satu jalinan ataupun ukhwah yang mantap di antara muslim itu sendiri. Apabila jalinan yg kukuh x dpt kita bina, mana mungkin Islam dpt bersinar sekali lagi di atas muka bumi Allah ini.

Jgn slh faham maksud pernyataan di atas. Saya x bermaksud nak mengatakan bahawa Islam hanya akan tertegak dan menyinar atas dasar cinta semata-mata. Banyak aspek2 lain yang turut memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan tujuan ini. Banyak isu2 umat Islam yang harus diselesaikan dan dilengkapkan terlebih dahulu spt soal aqidah, penghayatan al-Quran dan hadith, ekonomi yang mantap dan juga akhlak yg smkn hari smkn hancur terutamanya di klgn anak muda.

Lantas, insan harus mencari erti cinta yg sbnr dlm kehidupan agar x terbabas dlm menjalani kehidupan sbg seorang hamba di muka bumi ini. Dalam hal ini kita perlu meneliti dan mengkaji bgmn cinta pd zmn Nabi dan para sahabat. Cinta bkn hanya antara lelaki dan wanita. Cinta bkn hanya pada waktu2 tertentu. Cinta bkn hanya pada harta. Cinta bkn hanya utk insan yg masih hidup. Cinta bukan mudah.

Bersambung....

2 komentar:

Cinta juga bukan sebuah jenama mi segera. Itu Cintan, sepupu dia

 

cintan tak sedap; cinta pon tak sedap.