Aku baru balik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP),Perak. Aku temankan ayah ceramah kat sana. Kami bertolak Isnin malam lagi lebih kurang pukul 10 menuju ke Hotel Impiana Casuarina untuk bermalam di sana. Sampai sana dalam pukul 1215 gitu. Pastu tido bagai nak gila.hehe. Pagi tu bangun awal untuk bersiap ke UTP. Dipendekkan cerita,sampai ke UTP. Memang jauh di pedalaman btol UTP nih. Jangan marah.hehe. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi UTP. Aku pernah terbaca tentang rekabentuk kampus UTP yang unik dan indah. Aku bersetuju dengan keunikan bangunan-bangunan yang ada di sana,tapi keindahannya masih boleh dipertikaikan. Jangan marah.hehe. Kagum aku melihat ke'gah'an bangunan canselori UTP. Amat unik dan menarik. Bangunan tu dibahagikan kepada dua bahagian,kiri dan kanan kot. Sebelah kanannya ialah perpustakaan yang tinggi,dapat lihat betapa banyaknya khazanah buku UTP berdasarkan kepada ketinggian almari buku kat situ. Kalo budak UTP x manfaatkan buku-buku tu tatau la. Sebelah kirinya plak adalah dewan canselori,tempat di mana majlis tilawah Al-Quran peringkat Petronas diadakan. Suasana di dalam dewan tersebut amatlah nyaman. Bes gler ekon die,x sejuk sangat dan x panas sangat. Sedang sedang je kate orang. Seperti biasa aku ditugaskan untuk menjual buku-buku di bahagian belakang dewan.
Tajuk ceramah yang diberikan ialah 'Taqwa Inti Integriti'. Pastu aku terfikir sejenak,nape la xde tajuk khutbah camni.hehe. Aku menjawab sendiri soklan aku. Mungkin sebab isu ataupun tajuk ni x sesuai kepada setiap pelusuk masyarakat. Kalo btol itu masalahnye,boleh je kite gunakan perkataan yang senang difahami oleh sume,tapi isi kandungannye sama. Itulah jawapan dan penyelesaian kepada soklan aku. Sume aku yang wat.hehe.
Antara isi kandungan ceramah tersebut ialah,perkaitan antara integriti dengan taqwa dan sebaliknya. Kalo kita amek para sahabat,sebagai contoh khalifah Umar Al-Khattab,bagaimana beliau pada suatu ketika di tengah malam keluar meronda ke seluruh pelusuk ibu kota untuk melihat keadaan rakyatnya,menampakkan kepada kita bagaimana taqwa dapat membentuk integriti seseorang itu. Kemudian contoh kedua,juga pada zaman Umar Al-khattab,terdapat seorang penjual susu pada ketika itu yang enggan mencampurkan susu ternakan beliau dengan akibat takutkan Allah s.w.t. Yang terakhir ialah kisah di khalifah Umar menguji pengembala kambingnya,bila pengembala tersebut enggan untuk menyembelih salah seekor unta yang digembalanya selepas diminta oleh seorang pengembara akibat takutkan Allah.
Senario yang dapat kita lihat hari ini ialah,integriti telah dijadikan satu agenda besar pihak kerajaan yang harus dipupuk kepada setiap jiwa rakyat. Mengapa ia harus menjadi satu yang besar sedangkan Islam secara dasarnya telah membentuk nilai-nilai integriti di dalam setiap diri umatnya,dan Malaysia yang merupakan negara orang Islam terpaksa melakukan ini. Pada pendapat kerdil aku,yang patut diutamakan ialah pendidikan agama itu sendiri yang amat lemah kat Malaysia yang kucintai ni. Kalo taqwa dapat ditanam dalam diri warga Malaysia,aku yakin kadar rasuah negara akan menurun,kadar pengangguran akan berkurang,gejala sosial dapat dibendung dan kes penyalahgunaan dadah dapat dibanteras.
Caffeinated
-
I have a million other things which need to be addressed, so of course the
natural course of action would be to instead turn to this dusty, cob-webbed
bl...
3 years ago
3 komentar:
hmm... setuju.
tapi kalau batman xnak bunuh joker, adakah integriti itu wujud dari taqwa?
kalo x bunuh tu dikira sbg integriti ke?integriti tu sendiri ape?tau ke?
n taqwa tu ape?
Post a Comment