Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Nikmat

Setiap orang mengimpikan nikmat yang berterusan dari Allah swt. Tanpa nikmat, kita akan merasakan diri kita seolah-olah tidak dipedulikan dan dipinggir. Walaupun perlu diingatkan bahawa, kadangkala nikmat yang kita kecapi boleh membawa kita kepada kekufuran, na'uzubillah. Sejarah telah membuktikan bagaimana Qarun telah mengecapi kemewahan yang tidak mungkin untuk orang lain mengecapi kemewahan sehebat Qarun yang akhirnya membuatkan dia ditelan oleh bumi bersama harta-hartanya. Begitu juga sebaliknya, apabila nikmat seseorang itu diangkat dan ditarik balik, dia mungkin akan menyalahkan Allah swt dan menyebabkan dia dimurkai oleh Allah Tuhan sekelian alam. Aku ingin menceritakan tentang satu nikmat yang telah diangkat dariku. Mungkin bagi orang lain, nikmat yang telah diangkat ini tidak menjadi satu masalah yang besar, namun bagiku ia agak menyusahkan diriku dan beberapa orang rakanku. Cuba lihat gambar di bawah untuk memahami apa yang aku katakan.







Beginilah rupa tandasku. Sekarang dah ada di luar tempatnya. Aku dah tak boleh pakai tandas ni selama hampir 2 bulan. 2 bulan xde tandas, amcam?boleh idop? jamban ade sebelah katil je. senang nak membuat 'makar' di situ. Bath tub aku kt balkoni. Membe aku cakap senang nak buat 'free show'. Ha, memang senang sangat2 la tu. Sesiapa yang nak meringankan beban aku ni boleh la menderma sedikit-sebanyak. hehe.

2 komentar:

wah...dah siap dah ek...bgs2 hehe
datok mana?

 

cb cari kt dlm jamban aku...kahkahkah