Umat islam pernah mencapai zaman kegemilangan yang tdk pernah dicapai oleh mana2 kaum dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Ini dapat dibuktikan dengan menyingkap kembali sejarah umat Islam apabila pada suatu masa dahulu, Barat diselubungi kegelapan ilmu dan juga sahsiah –juga dikenali sbg zaman kegelapan- namun kota2 umat Islam pada waktu tersebut diterangi dengan cahaya ilmu dan iman lantas menjadikan empayar Islam menguasai hampir 2/3 dunia.
Islam menekankan kepentingan menuntut ilmu ke atas umatnya. Bahkan seperti yg semua maklumi, ayat pertama yang diturunkan ialah berkenaan dengan menuntut ilmu. Selain dari itu, ajaran yang dibawa oleh Muhammad saw ni juga telah menampakkan dan membuktikan hasil didikan dan tarbiyah menuntut ilmu ini dengan terhasilnya ramai cendekiawan2 Islam; tdk kira di bidang agama, sains mahupun sastera, yang telah member inspirasi dan juga pengaruh yg cukup besar dalam membentuk dan mencorakkan dunia kita pada hari ini.
Mantan CEO syarikat Hewlet-Packard, Mrs. Carley Fiorina pada tanggal 23 September 2001; pd bulan yg sama berlakunya tragedi 11 September, beliau berkata dalam satu majlis di Minneapolis, Minnesota bahawa jika tidaklah kerana cendekiawan2 Islam pada masa dahulu, tdk mungkin kita boleh mencipta komputer pada hari ini.
Ini merupakan kata2 seorang bukan Islam yang memperakui sumbangan umat Islam dalam bidang ilmu kepada dunia.
Kita lihat dunia pada hari ini di manakah kedudukan seorang Islam di pandangan masyarakat antarabangsa. Kita ditohmah dan dicaci setiap hari dan tidak kurang ada yang diseksa dan dibunuh di merata tempat. Hal ini terjadi bknlah kerana Islam menjadikan umatnya menjadi hina, tdk mgkn sama sekali. Ini terjadi kerana umat Islam menjadi hina akibat dari perbuatan umat Islam sendiri. Apabila Islam hanya tinggal pada nama dan keturunan, inilah yang melemahkan umat Islam. Umat Islam tdk lagi mahu mengamalkan perintah2 Allah berdasarkan sumber yang sahih dan suci –Al-Quran dan As-sunnah. Umat Islam sudah tdk pandang Al-Quran sebagai panduan hidup tetapi hanya mengambilnya di saat nazak, ingin menghantar orang pergi haji, di saat anak nak menduduki peperiksaan dan sbgnya, walhal sepatutnya diletakkan Al-Quran dlm segala segi aspek kehidupan
Aku pun bknlah seorang yang baik dr segi agama mahupun akhlak, namun aku menginginkan kehidupan yg aman dan damai berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kerana aku iginkan pengakhiran yang baik di sana. Sama2lah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.
0 komentar:
Post a Comment