Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Y Doctor?

Salam...

Pernah suatu ketika aku berada di klinik pesakit luar di sebuah hospital, aku didatangi oleh beberapa orang pelajar bidang kejururawatan utk mendptkn sesuatu. Mereka menghampiriku, salah seorang drpd mereka berkata “Selamat pagi doktor”. Buat seketika aku dilanda oleh perasaan yg bercampur-baur. Gembira, suka, bangga, terkejut dan bersalah. Gelaran doktor merupakan satu gelaran yg sangat diingini oleh mereka yg ingin mempunyai posisi yg baik di kalangan masyarakat. Umum mengetahui bagaimana seorang doktor itu dipandang tinggi oleh masyarakat disbbkn profesionnya yg begitu mulia. Seseorang doktor itu diberikan suatu kepercayaan yg sgt tinggi sehinggakn kadangkala dia mengetahui sebahagian kecil kisah yg menjadi rahsia kpd seseorang pesakit. Begitulah tingginya martabat profesion doktor ini. Disbbkn itu, ramai yg sggp melakukan pelbagai kaedah utk mendptkn gelaran ini.

Seringkali aku berfikir sendirian, apakah benar aku ingin menjadi seorang doktor? Kenapa aku ingin menjadi seorang doktor? Mengapa aku perlu menyusahkan dan menyeksa diriku utk belajar selama hampir 6 tahun semata-mata utk menjadi seorang doktor? Tidak ada pekerjaan lainkah yg aku mampu buat? Aku fikir, soalan2 ini tlh menjadi permainan fikiran asasi bg hampir setiap pelajar perubatan. Dalam entri kali ini, aku cuba utk merungkai satu-persatu pertikaian fikiran yg timbul dlm konteks peribadi dan tanggungjawab.

Islam telah menetapkn bahawa setiap mukallaf mempunyai tggjwb dan peranan mereka masing2 di muka bumi. Tugas sbg seorang khalifah utk memerintah bumi merupakan tugas pertama yg tlh ditaklifkn ke ats manusia. Selain drpd tugas memerintah bumi, insan juga ditugaskan utk saling melengkapi satu sama lain dan ingat mengingatkn. Dari situlah timbulnya hukum fardhu kifayah.

Melihat kpd suasana semasa, aku spt terpanggil utk memilih profesion ini. Aku tdk memandang bidang perubatan ini hya sekadar utk menjadi punca mata pencarian sehari-hari. Ia bagaikn satu platform atau batu loncatan utk aku mendekati msykt agar senang utk aku menyampaikan ilmu semasa. Mgkn yg mengenali diriku sedari kecil mengatakn aku cm ingin mengikuti jejak ayahku. Aku tdk menafikn bhw ayahku adlh contoh ikutanku. Aku mndpt byk ilham dan buah fkrn dr ayahku, namun aku tdk memilih bidg perubatan ini semata-mata krn dia. Aku memahami dan mengerti akn keputusan yg telah aku ambil dan pasrah dengan apa sahaja yang bakal kuhadapi. Namun , permainan minda dialuni bisikan-bisikan halus syaitan durjana kadangkala membuat aku menduga semula keputusan ini. Syukur, perisai keimanan masih mampu menampung dan membendung tusukan-tusukan halus sebegitu.

Jikalau hendak diikutkan hati dan minat, aku lebih menumpu ke arah bidang agama sebenarnya. Entah kenapa tatkala aku membaca buku-buku karangan ulama’-ulama’ masa kini, aku seperti terpukau untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Aku cukup berminat dengan hadith. Quran sentiasa paling atas. Aku mengerti, aku punya tugas yang lebih dari itu. Ilmu agama wajib dicari setiap masa. Aku memerlukan platform yang kukuh jika mahu mengubah dan memperbaiki masyarakat. Lantas kupilih profesion ini. Sambil membina tapak yang kukuh, sambil-sambil itu juga kutingkatkan ilmu agamaku.

Kadangkala aku menghabiskan lebih masa untuk menelaah buku-buku agama dari buku-buku perubatan. Perasaan bersalah menyelubungi segenap pelusuk jiwa jika tidak mencapai standard yang telah ditetapkan untuk pelajar perubatan. Aku cuba untuk memperbanyak bacaan buku teks. Ayah dan ibu selalu memberikan kata perangsang untukku meneruskan perjuangan. Seringkali ketika aku menaiki kenderaan bersama ayahku, dia akan menceritakan tentang tujuan hidup dan mengapa dia begitu berminat untuk mengkaji ilmu sains ini. Tak berniat untuk memuji ayah sendiri, tetapi aku memang bersemangat bila mendengar dia melontarkan hujah. Dia selalu memberikan hujah-hujah yang bernas dan benar. Itulah antara penyebab aku masih berpijak di atas platform ini.

Sebelum aku menjejakkan kaki ke dalam jurusan perubatan ini, aku sentiasa berdoa agar berikan aku yang terbaik. Ketika aku mendapat tawaran daripada kolej matrikulasi, aku berasa agak kecewa tidak diterima ke dalam matrikulasi perubatan UIA. Aku dah mula berputus asa untuk menceburi bidang perubatan kerana persaingan semestinya sengit di matrikulasi. Aku pon bukanlah pandai sangat. Tapi Alhamdulillah aku mendapat tawaran program persediaan KUIM selepas membuat rayuan. Aku seolah-olah tidak percaya pada mulanya, tapi aku pasti ini semua perancangan Yang Esa. Sehingga sekarang, aku masih yakin dan percaya inilah ketentuan hidupku dan aku menginginkan ketentuan ini. Tapi, dalam menyedari tanggungjawab ini, aku punya satu masalah yang amat rumit yang telah membelenggu diriku sejak sekian lama. MALAS. Akan kucuba memperbaiki kelamahan ini.

4 komentar:

i know what u mean..like me,i'm actually more interested in foreign languages..

but think back,why limit our choices? why not hv both? tamak dlm ilmu bknnye salah..i believe a muslim is strong & our capability is more than we expect of ourselves..

 

Hmm..ada ke antara kita yang amek perubatan kerana betul2 minat?

Niat sentiasa berubah. So, kena diperbetulkan dari semasa ke semasa.

p.s. aku dulu tak kesah pun aku amek course apa. asalkan aku dapat gi jepun je hoho

 

Jamil- so,ko amek course ni leh g jepun ke?g egypt leh la.keh3.niat mmg bleh berubah.persoalannye ke arah yang lebih baik atau tak.

Unwitting Self- yup,true anough.can't agree more.mmg x salah tamakkan ilmu2 yang baik.tp still as a human being we have our limitations.mmg kite pye expected capability beyond our imagination.kalo tgk cendekiawan Islam dulu pun,masyaAllah kesungguhan die nak cari ilmu.tapi skang ni kmgknn limitation yg plg besar bkn diri kita,tapi suasana sekeliling yang tak membentuk kita ke arah itu.tapi tu tak bermakna kita tak perlu berusaha ke arahnya kan?

 

miqdad - tak. Amek course ni rupanya takleh gi jepun. Team Medical Dragon....PULANGKAN ZAMAN REMAJA AKUUUUUUUUUUUU.......

(kes kena tipu ngan komik la ni)