Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Hakuna Matata

Setiap insan di dunia takkan dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Walau seteliti mana pun kita, kita pasti pernah tersilap dan tersalah. Tidak kira samada kesalahan itu besar atau kecil, major atau minor, serius atau tidak, ia pasti menghantui diri kita sampai ke hari ini.

Kalau difikirkan secara mudah, terdapat dua jenis kesilapan yang kita boleh kategorikan. Yang pertama ialah kesilapan yang mampu diperbaiki atau diperbetulkan dan yang kedua ialah kesilapan yang tidak mungkin untuk kita perbetulkan atau mengubah kondisi selepas untuk menjadi seperti sebelumnya.

Kesilapan kategori pertama mungkin mudah untuk kita fikir dan selesaikan, mungkin hanya memerlukan permohonan maaf dan seumpamanya untuk menyelesaikan. Namun kesilapan kategori kedualah yang selalunya menyebabkan manusia 'terperangkap' dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, lantaran perasaan bersalah yang menghantui diri.

Setiap orang mempunyai pendekatan berbeza dalam melupakan atau 'menyenangkan diri' daripada kesilapan lalu. Seperti yang kita dapat lihat dalam televisyen dan seumpamanya, mereka banyak memilih jalan arak untuk melupakan kesilapan itu untuk sementara waktu. Lantaran dari tindakan mereka yang tidak mendekati penyelesaian sedikitpun, mereka akan terus terjurumus dan merosakkan hidup mereka.

Di sini aku ingin menukilkan kata-kata Timon dan Pumbaa kepada Simba, dalam filem kartun 'Lion King'. Selepas Timon dan Pumbaa menemui dan menyelamatkan Simba daripada menjadi habuan burung Hering, Simba enggan menceritakan tentang kisah yang telah berlaku dalam episod hidupnya kepada mereka berdua. Dengan wajah yang sedih dan kecewa Simba cuba untuk berlalu terus daripada mereka berdua. Namun apa yang berlaku selepas itu aku rasakan mempunyai maksud yang cukup mendalam bagi penonton-penonton yang mahu berfikir.

Timon berkata kepada Simba, "You got to put the past behind you", dan selepas itu Pumbaa mengeluarkan frasa azimat iaitu "Hakuna matata" yang bermaksud no worries. Maksud tersirat yang boleh kita dapat daripada filem kartun yang kebanyakan kita rasakan hanya sesuai untuk budak-budak ialah, walau apa pun kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku, letakkannya di tepi, jangan terlampau memikirkannya sehinggakan terganggu dan merosakkan masa depan kita.

Kebanyakan daripada kita mengakui yang kita merupakan makhluk yang yang cukup sensitif dan penuh dengan unsur kelembutan dan kehalusan yang menyebabkan kita begitu emosional kadangkala. Akibat daripada itu, ada segelintir daripada kita telah terjerumus dan tersungkur daripada kehidupan akibat kisah silam yang tidak mampu untuk diubah. Ini bukan hasil yang kita impikan.

Bukanlah tulisan ini ingin mengajak pembaca untuk terus melupakan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara mutlak. Namun apa yang ingin ditekankan ialah perjalanan hidup yang harus dan wajib diteruskan dan diperbaiki, walaupun telah melakukan kesalahan yang tidak mungkin diolah, di samping muhasabah atas kisah silam tersebut.

Kembali kepada kisah tadi, Simba akhirnya berjaya meneruskan hidup di tempat baru bersama teman baru, namun Simba masih teringatkan kisah sebelumnya yang kadangkala membuatkan dia runsing dan gelisah. Dia sering berseorangan memikirkan hal ni dan dipendekkan cerita, dia bertemu Nala, sahabat baiknya semasa kecil. Nala menceritakan apa yang berlaku di kampung halaman semenjak pemergiannya dan akhirnya Simba sedar yang dia perlu melakukan sesuatu untuk menegakkan kembali kebenaran yang telah sekian lama menjadi beban di jiwanya.

Inilah iktibar ataupun intipati yang ingin kita adaptasikan dalam hidup kita seharian. Ya, kita akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup kita. Tak mungkin kita menjadi insan sempurna tanpa meranapkan walau sedikit reputasi dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Yang membezakan kita dengan insan lain ialah, bagaimana kita menghadapi dan menerima akibat daripada perbuatan kita itu.

Kita ambil sirah sebagai contoh, kisah perang Uhud. Semua maklumi pada ketika awal peperangan tersebut, kaum kafir lari lintang-pukang akibat menerima pukulan yang hebat daripada kaum Muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. Dan sebelum peperangan tersebut, Rasulullah telah berpesan kepada kumpulan pemanah yang berada di atas bukit Uhud agar jangan turun walau apa pun terjadi. Tetapi selepas kaum kafir lari meninggalkan medan perang, mereka meninggalkan di belakang mereka semua senjata-senjata dan harta-harta mereka.

Para sahabat yang berada di atas bukit, yang ditugaskan untuk memantau keadaan di bawah terpukau seketika dengan harta-harta yang ditinggalkan, yang dikenali sebagai harta rampasan perang. Kita beradab dengan mereka. Kita katakan mereka terpukau seketika. Lalu mereka terlupa akan arahan Rasulullah s.a.w dan mereka turun meninggalkan tempat kawalan untuk menuju ke bawah mendapatkan harta-harta tersebut.

Tentera kafir ketika itu dipimpin oleh Khalid al-Walid yang ketika itu belum masuk Islam. Khalid melihat ke belakang dan ternampak keadaan tentera Islam yang rakus dengan harta rampasan perang. Lalu Khalid berkata kepada tenteranya, "Wahai tentera-tentera Quraisy, umat Islam sedang leka dengan harta kita, sekarang mari kita patah balik dan menghancurkan mereka". Ketika itu umat Islam mendapatkan pukulan yang sangat hebat sehinggakan mereka tewas dalam perang tersebut.

Selepas daripada itu, para sahabat berasa sedih dan bersalah atas tindakan mereka yang terleka buat seketika. Pada ketika itu turunlah ayat daripada surah Ali-Imran, ayat 139 yang berbunyi:

ولا تهنوا ولاتحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين
"Janganlah kamu berasa lemah, janganlah kamu berdukacita, kerana sesungguhnya kamu tinggi darjatnya di sisi Allah, jika kamu benar-benar beriman"

Sudah jelas lagi lagi sahih apa yang dibicarakan sebentar tadi. Jadi harapnya kita dapat manfaat daripada entri ini. Secara kongklusi ada beberapa benda yang ingin ditekankan:

1) Ingatlah bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka bagi orang yang mencari keampunan dariNya

2) Kesilapan yang kita lakukan tidak bermakna bahawa itu adalah titik akhir kehidupan kita walaupun kesilapan itu kesilapan yang besar dan tidak dapat dibetulkan.

3) Orang yang bijak bukanlah orang yang tidak melakukan kesilapan tetapi ialah orang yang melakukan kesilapan dan dia tahu cara yang terbaik untuk menanganinya.

4) Jangan hanya tonton filem tanpa membenarkan otak memikirkan intipati di sebalik filem tersebut.

:) always..

7 komentar:

artikel nie mmg best..nie bukan amatur lagi..tp dah pro..truskan usaha anta ye dlm berdakwah mnggunakan penulisan..

 

nice one. enjoyed reading that.

 

boleh guna sebagaii teks khutbah jumaat tak?

 

Thanks miqdad for the very soothing reminder. Like it.

Teringat Shrek 3 pun ada bwak mesej yang sama jugak.


Dan daripada kemenangan di perang badar tu lah, Allah nak tunjukkan, bukan setiap masa kita menang dan berada di atas. Sebabtu lah semasa Uhud, Allah bagi kekalahan.

Tapi kalau tengok balik betul2, semasa Uhud tu sebenarnya kita menang walaupun nampak kalah.

Selepas tentera Islam dikalahkan, keesokan harinya Allah beri kekuatan dalam hati mereka yang tinggal untuk teruskan. Dan dimasukkan ketakutan dan getar ke dalam jiwa org kafir. Maka bangkitlah kembali tentera Islam pastu.

Moga bertambah kuat iman di hati ni.

3:151

 

bagus dad! suka sgt artikel ni. aku setuju dgn anonymous dan sop.

macam tulah hidup dad kan. kita sbg manusia biasa memang tak dapat lari daripada melakukan kesalahan. tapi, ingatlah, keampunan Allah itu teramatlah luas. tak mampu kita bayangkan. sesungguhnya Allah itu maha pengampun.

bila berdosa, segeralah bertaubat nasuha. mohon keampunan Allah. insyaAllah sekiranya kita ikhlas, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebesar mana sekalipun melainkan dosa syirik.

untuk aku terutamanya. dan kawan2 yg disayangi. ;]

 

anonymous- thanx anis.insyaAllah masih terus kukuh dalam arena ni.doakan :)

Sop- thanx

Jamil- boleh kot,kalo ko yg bg.hehe

Miss Ishak- thanx.btol tu.Allah bg kalah sbb nk ingatkan n bg pngjrn kt umat Islam.itu para sahabat Allah uji camtu, kita yg bkn sahabat ni jgn cite la,mst lg susah ujian die.

Pecok- thanx cok.hidup ni cam permukaan bumi gak la.x pernahnye sama stiap masa.ade naik turunnye.tp yg pnting kite kn stay maintain dgn apa yg kita percaya,sbb itu yg akn bezakan kita ngn org lain.

 

It's nice to have a friend that can always inspire you from what they write ^ ^

And it is surprising how most often in life,important lessons come from simplest of things,if only we observe them & learn.