Salam...
Pabila mata bertentang mata, lutut bertemu lutut, perut bertemu perut (uish...sensitip), bontot bertemu bontot, perasaan panas dan sesak menggelojak, jiwa tak tahan menanggung berat,maka jika digabungkan semua unsur-unsur ini akan terhasillah Kuala Lumpur International Book Fair 2009.
Wah, memang seronok Book Fair. Aku rase hampir setiap tahun aku pegi, walaupun kdg2 tak beli buku ape pun. Hehe. Aku pegi ari Sabtu lepas, ari kedua dia mula. Pukul 10.30 pagi lebih kurang, aku dah tercangak kt depan PWTC. Tercangak bukan sebarang cangak, tercangak yang penuh makna. Aku ada target aku kali ni nak beli buku ape. Aku mmg nak cari buku ni dulu sebelum aku nk tgk buku len.
Memula pagi tu ok lagi. Suasana ceria, angin sepoi2 bahasa, air-cond pon sejuk, orang pun tak sesak. Mungkin warga KL masih belum bangun untuk menunaikan solat Subuh. Hehe. Dengan selamba kodok (pinjam jap ye Afdlin) dan nafsu yang menggoncang jiwa, aku merempuh segala halangan yang menjadi benteng antara aku dan buku yang aku nak tu. Hampir satu jam aku berjalan, tak jumpa2 gak. Hampirku berputus-asa. Namun berbekalkan keazaman dan kerajinan tahap gaban, aku teruskan jua mencari. Dan akhirnya ia membuahkan hasil, aku jumpa. Bila aku nampak buku tu drpd jauh, ia seolah-olah memanggil2 namaku dgn penuh manja dan kemesraan. Aku cuba untuk berpaling, namun akhirnya tewas. Aku beli gak buku tu. Keh3.
Menjelang tengahari, aku rasa makin panas dan dada terasa bagaikan ditindih, susah bernafas. Aku melihat sekeliling, begitu ramai manusia datang mendemonstrasikan perasaan cinta dan kasih mereka terhadap buku. Mereka datang terhuyung-hayang berbekalkan duit yang entah seberapa, mencari mutiara permata kata yang bakal menyinari hidup mereka utk 2-3 bulan ni. Pelbagai ragam mereka pamerkan utk menarik perhatian buku2 yang mereka dambakan. Ada yang memakai baju skolah, ada yang pakai baju rumah sukan (ampeh), ada yang mempunyai gaya rambut spt Federico Macheda, ada yang tidak berambut langsung, ada yang yg menangis, ada yg ketawa, dan tidak kurang ramai juga yang menepati citarasaku. Hehe.
Tapi selain daripada buku, aku juga sempat jumpa artis. Mmg syok ah jumpa artis, walaupun aku sendiri pun boleh dikira sbg artis. Kah3. Perasan
Jadi, secara kesimpulan yg mampu aku buat ttg Book Fair 2009, akan ku nantimu tahun depan. Yeah!
Caffeinated
-
I have a million other things which need to be addressed, so of course the
natural course of action would be to instead turn to this dusty, cob-webbed
bl...
3 years ago
12 komentar:
john gray terkenal dgn siri buku2 men are from mars, women are from venus. jd aku teka salah satu buku dr siri ni. die pn ade tulih bnyk psl self-help. tp aku lg suka pikir hg beli buku relationship. nape - ada pape mslh?
aku tau tajuk buku ni:
Miqdad is from Penang, ......is from Kuala Lumpur.
Buku self help paling bagus untuk ko, aku setuju
Sop- selen dari tu die byk gak tulih buku to boost up communication skill n motivation.so mgkn salah satu dari buku tu gak.
Jamil- "....." tu sape?tlg perjelaskan.hehe.korang yg dok kl x g ke bukfer?
jelesnye~~ nak g gak bookfair....x aci sunggoh....
miqdad beli buku relationship? that's not a newsflash anymore. *wink* hehe
kite sume sbnrnye dah ade satu buku relationship yg sgt agung.tp kite sndr xtau kite ade buku tu. :)
sokong dad! :]
btw, bookfair sampai bile? murah ke?
bookfair smp ahad ni kot.murah gak la.byk less die bg.plg kurang pon 10%.ok la tu
pegi masa hari sekolah, best gile x ramai org. hujung minggu orang 2 kali ganda.
ye eh?beli buku pe?
hmm ada la beberapa..saya pegi 2 kali, bajet dah jadi 150%
hoho..besa ah tu.ritu p pon kalo ikutkan ati nk je borong buku dr stiap booth.tp sib bek xde duwet.diselamatkan oleh kemiskinan.hehe
huhu nasib baik masih sedar diri..kalau x, hehe x tau la camne
Post a Comment