Bismillahi wal hamdulillah
Posting elektif sudah pun berlalu. Hampir sebulan aku menghabiskan masa di klinik ENT. Banyak yang dipelajari. Boleh aku simpulkan bahawa posting ini memberikan aku banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh aku bawa ke hadapan ketika bekerja kelak. Walaupun doktor yang bertugas merupakan seorang doktor India, namun dia langsung tidak lokek untuk berkongsi. Kopi pun dia kongsi. Setiap hari aku dapat minum kopi percuma (alhamdulillah, ubat mengantuk..hehe). Pelik juga bila difikirkan, kebanyakan doktor bukan muslim yang aku jumpa selalunya sangat tidak lokek untuk mengajar. Tetapi ramai pula doktor yang mengucap syahadah yang sama seolah-olah begitu sombong sekali.
Teringat 'shout' seorang teman di facebook yang meluahkan perasaan sedih dan kecewa bila jumpa dengan doktor sebegini. Lumrah dunia kita boleh katakan. Tak ada siapa yang sempurna imannya. Biarkan mereka dengan dunia mereka, yang penting kita harus meneruskan perjuangan dan berusaha untuk tidak menjadi seperti mereka.
Hari ini juga hari yang agak menyedihkan bagi aku. Hari ini merupakan hari terakhir aku bersama dengan sebahagian rakan usrahku. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan yang berlainan setelah bersama hampir sebulan demi pengembangan dakwah dan tarbiah yang lebih baik dan berkesan. Tak pernah terfikir boleh rasa macam ni sebab baru sebulan bersama. Masa yang terlalu singkat untuk membentuk ukhuwah yang mantap. Tapi mungkin bila berkumpul atas niat dan matlamat yang mulia, ia menjadi sungguh manis. Benarlah kata-kata Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud sesungguhnya mukmin itu bersaudara.
Secara tabi'i dan psikologinya, bila kita bersama dengan orang yang mempunyai persamaan dengan diri kita, kita akan berasa selesa dan aman. Setiap tindak-tanduk kita sebenarnya bagaikan mengeluarkan aura kepada persekitaran dan persekitaran juga mempengaruhi emosi kita. Sebab itu kita rasa aman dan tenteram bila berada dalam masjid dan ketika melakukan aktiviti yang kita suka bersama mereka yang sama minat.
Sebab itu ketika memilih pasangan hidup kita perlu untuk memilih dengan teliti. Teliti di sini bukanlah bermaksud cerewet dan terlalu 'demanding', tetapi hendaklah memilih mereka yang mempunyai persamaan dengan diri kita. Dan tidak ada persamaan yang lebih penting, suci dan mulia melainkan persamaan dalam mengabdikan diri kepada Allah. Memilih tidak salah dalam Islam, bahkan kita disuruh untuk menilai dan memilih pasangan hidup kita. Dan sebaik-baik persamaan itu adalah yang berdasarkan kepada keteguhan pegangan agama. Jadi pilihlah yang baik agamanya teman-temanku agar aman sentosa rumahtangga sehingga ke syurga.
Buat teman-temanku yang telah dan bakal mendirikan rumahtangga, moga pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang terpimpin dan tepat dan doaku agar berkekalan sehingga ke syurga. Buat yang belum (aku la tu..hehe), teruskan perjuangan.

1 komentar:
Betul, memang betul kata-kata Miqdad itu. Bab perkongsian ilmu tu pun betul, bab perkongsian hidup tu pun betul.
Jiwa takkan tenang kalau bukan keredhaanNya yang kita cari.
Post a Comment