Bismillahi wal hamdulillah
"Miqdad...."
"Miqdad...."
"Hah? Yes doctor. Sorry, didn't hear you."
"I think it's enough for you today. You can go home. See you on Friday."
"Oh, yes. Thank you doctor. See you on Friday."
Khusyuk sungguh aku membaca buku. Setiap kali takde pesakit di klinik, samada aku gunakan masa itu untuk bersembang dengan doktor atau aku ambil peluang untuk baca buku. Tapi tak pernah aku bayangkan yang aku boleh khusyuk membaca sehinggakan tak dengar orang panggil. Lazat sangat ke buku aku baca tu?
Buku yang baik dan bagus ialah buku yang dapat membuat kita berfikir. Buku yang hanya sekadar menyuap kita dengan fakta-fakta bukanlah nak dikatakan sebagai tidak bagus, tetapi sedikit kering dan beku. Untuk menolak semua buku yang hanya menyuap dengan fakta semata-mata adalah perbuatan yang tidak betul. Cumanya buku itu akan akan jadi menarik dan berharga sekiranya sekiranya disisipkan isi-isi yang boleh mengajak pembaca untuk berfikir dan menilai kebenaran hujah yang diutarakan.
Islam mengajak umatnya untuk berfikir tentang tentang pelbagai perkara. Sebagai contoh dalam surah Al-Imran ayat 190-191, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
Allah tidak pernah menyuruh umatnya untuk sentiasa menerima bulat-bulat setiap perkara berkenaan dengan kehidupan di dunia. Selain daripada perkara yang qat'i ataupun perkara yang telah ditetapkan, seperti aqidah dan ibadah wajib, Allah menyuruh setiap dari hambaNya untuk sentiasa berfikir dan tergolong dalam golongan mereka yang berakal atau ulil albab dalam bahasa arabnya. Oleh sebab itu, sentiasalah menggunakan akal yang diberikan untuk berfikir perkara yang dapat memberikan manfaat kepada diri kerana ramai manusia yang menyalahgunakan akal ini untuk melakukan tipu daya. Mereka tidak fikir bahawa satu hari nanti mereka akan dipertanggungjawab atas segala perilaku mereka semasa hidup.
Jadi buku-buku macam ni yang kita kena banyak baca. Selain dari dapat segala fakta, kita juga dapat memberikan hak kepada akal kita untuk berfikir. Kita juga dapat mengasah pemikiran kita supaya dapat berfikir dengan lebih tajam dan kritikal.
Buku yang aku baca tadi memang mengajak untuk berfikir. Fikir tentang matlamat dan apa yang ingin kita capai pada masa depan. Fikir tentang persediaan untuk menghadapi hari yang mendatang. Fikir tentang amalan yang menjadi bekal ketika disoal kelak.

0 komentar:
Post a Comment