Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Menulis Untuk Berkongsi

Bismillahi wal hamdulillah

Lama sangat meninggalkan blog ni, rasanya bukan saja dah menjadi sarang labah-labah, bahkan mungkin tikus juga menumpang teduh. Minta maaf buat para pengunjung laman ini. Mungkin anda mengharapkan input yang boleh dikongsi, namun aku tidak mampu untuk menukilkan sebarang penulisan pun, akibat kelemahan diri ini.

Aku tidak menulis sekadar untuk bersuka-suka dan mengisi masa lapang. Aku menulis kerana aku ingin berkongsi dan menyampaikan. Menulis sekadar mengisi masa lapang bagiku merupakan perbuatan yang sia-sia. Kenapa? Apa masalahnya menulis kerana mengisi masa lapang? Daripada tengok tv lebih baik menulis kalau ada masa lapang. Ya, betul. Jangan salah faham dengan kenyataan itu. Perkataannya mungkin begitu, tapi konotasinya sedikit berlainan.

Menulis sekadar untuk mengisi masa lapang semata-mata aku rasakan tidak begitu cantik dari segi niat dan tujuannya. Bila kita niat macam itu, ia hanya akan menjadi sekadar penulisan, dan tidak lebih dari itu. Kan lebih cantik kalau olah sedikit niat itu kepada "kita menulis pada waktu lapang untuk berkongsi pengetahuan bersama orang lain". Bukan sahaja mengasah bakat penulisan kita, bahkan orang lain boleh mengambil faedah dan pahala pun dapat.

"Ish, tah pape la dia nih. Niat pun nak buat isu ka?"

Haah, niat pun boleh buat isu. Yang membezakan satu perbuatan dengan perbuatan yang lainnya ialah niat. Niat yang menentukan samada perbuatan itu bermanfaat untuk dunia sahaja atau bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Perasaan seronok bila berkongsi ilmu dan pengetahuan merupakan suatu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Cukup seronok dan 'best' sebenarnya bila berkongsi. Kalau tak percaya, cuba kongsikan ilmu anda dengan niat yang ikhlas. Anda akan dapat merasai kenikmatan berkongsi.

Sebab terlampau lama x berkongsi mungkin ada kaitan dengan nikmat ini. Terasa seperti ditarik sekejap nikmat ini, dan sekarang sedang cuba untuk mendapatkan kembali. Moga dikembalikan.

'Ala kulli hal, perjuangan mesti diteruskan. Kalau bukan di medan blog, medan lain masih banyak terbuka untuk disertai. InshaAllah esok akan ke Kuala Lumpur menghadiri walimah sahabat. Doakan agar semua berjalan lancar. :)

4 komentar:

Setiap insan kan tak serupa Dad. Ada yang menulis untuk berkongsi ilmu, pengalaman.

Dan ada juga yang sekadar sebagai hobi, untuk meluahkan perasaan.

Kadang-kadang menulis tak perlu panjang2. Cerita yang seperenggan pun boleh di ambil ikhtibar atau pengajaran kalau itu yang pembaca mahukan :-)

 

btoi3...apa yg tulih tu untuk diri sndiri je...len org len lak tujuan...ade yg wat blog nk tulih cam diari..terpulang :)

 

semua tu pon sbb nk berkongsi gak kan...content x kesah la

 

salam..yup tepat skali semuanya bermula dengan niat.. moga terus istiqamah dalam medan perjuangan dalam mengejar redhaNya.. ape pun medium yg digunakan utk tarbiyah itu moga ia sekurangnya dpt memberi nilai tmbah pd diri dan org lain IALLAH..