Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Eid Mubarak

Bismillahi walhamdulillah...

Sudah tiba kita ke penghujung Ramadhan. Yang penghujungnya hanyalah bulan, namun semangat yang telah kita tegakkan di dalamnya kita doakan agar sentiasa bersama-sama dengan kita insyaAllah.

Bercampur-baur perasaan sekarang ini. Terasa sedih kerana suasana bakal berubah. Sangat suka sebenarnya pergi masjid berteraweh. Dengan laungan selawatnya, dengan bacaan imam yang merdu dan syahdu, dengan jumlah kehadiran manusia yang berterusan memenuhi ruang masjid. Gembira berada dalam suasana begitu. Kalau sunat berteraweh untuk setahun pun insyaAllah aku sanggup. Selepas ini insyaAllah sedaya mungkin berjemaah setiap waktu di masjid. Paling tidak pun berjemaah di rumah.

Rasa risau pun ada. Risau sekiranya tidak mendapat pengampunan dari Allah. Celakalah bagi mereka yang keluar dari institusi Ramadhan namun tidak mendapat pengampunan dari Allah. Banyak sangat dosa yang dah dilakukan. Selaku manusia, pastinya akan melakukan dosa lagi pada masa depan. Kalau dosa yang lepas pun tak diampunkan, agak-agaknya berapa banyak pula dosa yang kita nak tambah dalam 'akaun' kita. Tapi seharusnya kita sentiasa memohon pengampunan dariNya. Jangan berhenti, sentiasa berusaha dan lipat gandakan usaha tersebut.

Rasa takut pun ada. Takut sekiranya segala permintaan dan hajat tak dimakbulkan. Memang itu semua hak Allah untuk memakbulkan atau tak, tapi still sebagai manusia biasa, aku mengharapkan yang terbaik. Banyak sangat minta kat Allah, kadang-kadang rasa segan. Minta banyak, amal sikit. Moga dikurniakan yang terbaik.

Rasa gembira pun ada. Gembira kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Yang jauh, balik. Yang susah sangat nak jumpa, boleh berjumpa. Walaupun masanya singkat, namun dah cukup untuk mengubat rindu. Dulu masa duduk rumah tak pula rasa macam ini. Tapi sekarang bila susah nak balik rumah, terasa sangat nikmatnya.

Nak ucapkan Eid Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Sekiranya ada entri yang mengguris perasaan, mohon dimaafkan. Mohon doa agar terus tabah di atas 'jalan' ini dan dikurniakan yang terbaik di dunia dan akhirat.



0 komentar: