Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Taqwa Inti Integriti

Aku baru balik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP),Perak. Aku temankan ayah ceramah kat sana. Kami bertolak Isnin malam lagi lebih kurang pukul 10 menuju ke Hotel Impiana Casuarina untuk bermalam di sana. Sampai sana dalam pukul 1215 gitu. Pastu tido bagai nak gila.hehe. Pagi tu bangun awal untuk bersiap ke UTP. Dipendekkan cerita,sampai ke UTP. Memang jauh di pedalaman btol UTP nih. Jangan marah.hehe. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi UTP. Aku pernah terbaca tentang rekabentuk kampus UTP yang unik dan indah. Aku bersetuju dengan keunikan bangunan-bangunan yang ada di sana,tapi keindahannya masih boleh dipertikaikan. Jangan marah.hehe. Kagum aku melihat ke'gah'an bangunan canselori UTP. Amat unik dan menarik. Bangunan tu dibahagikan kepada dua bahagian,kiri dan kanan kot. Sebelah kanannya ialah perpustakaan yang tinggi,dapat lihat betapa banyaknya khazanah buku UTP berdasarkan kepada ketinggian almari buku kat situ. Kalo budak UTP x manfaatkan buku-buku tu tatau la. Sebelah kirinya plak adalah dewan canselori,tempat di mana majlis tilawah Al-Quran peringkat Petronas diadakan. Suasana di dalam dewan tersebut amatlah nyaman. Bes gler ekon die,x sejuk sangat dan x panas sangat. Sedang sedang je kate orang. Seperti biasa aku ditugaskan untuk menjual buku-buku di bahagian belakang dewan.

Tajuk ceramah yang diberikan ialah 'Taqwa Inti Integriti'. Pastu aku terfikir sejenak,nape la xde tajuk khutbah camni.hehe. Aku menjawab sendiri soklan aku. Mungkin sebab isu ataupun tajuk ni x sesuai kepada setiap pelusuk masyarakat. Kalo btol itu masalahnye,boleh je kite gunakan perkataan yang senang difahami oleh sume,tapi isi kandungannye sama. Itulah jawapan dan penyelesaian kepada soklan aku. Sume aku yang wat.hehe.

Antara isi kandungan ceramah tersebut ialah,perkaitan antara integriti dengan taqwa dan sebaliknya. Kalo kita amek para sahabat,sebagai contoh khalifah Umar Al-Khattab,bagaimana beliau pada suatu ketika di tengah malam keluar meronda ke seluruh pelusuk ibu kota untuk melihat keadaan rakyatnya,menampakkan kepada kita bagaimana taqwa dapat membentuk integriti seseorang itu. Kemudian contoh kedua,juga pada zaman Umar Al-khattab,terdapat seorang penjual susu pada ketika itu yang enggan mencampurkan susu ternakan beliau dengan akibat takutkan Allah s.w.t. Yang terakhir ialah kisah di khalifah Umar menguji pengembala kambingnya,bila pengembala tersebut enggan untuk menyembelih salah seekor unta yang digembalanya selepas diminta oleh seorang pengembara akibat takutkan Allah.

Senario yang dapat kita lihat hari ini ialah,integriti telah dijadikan satu agenda besar pihak kerajaan yang harus dipupuk kepada setiap jiwa rakyat. Mengapa ia harus menjadi satu yang besar sedangkan Islam secara dasarnya telah membentuk nilai-nilai integriti di dalam setiap diri umatnya,dan Malaysia yang merupakan negara orang Islam terpaksa melakukan ini. Pada pendapat kerdil aku,yang patut diutamakan ialah pendidikan agama itu sendiri yang amat lemah kat Malaysia yang kucintai ni. Kalo taqwa dapat ditanam dalam diri warga Malaysia,aku yakin kadar rasuah negara akan menurun,kadar pengangguran akan berkurang,gejala sosial dapat dibendung dan kes penyalahgunaan dadah dapat dibanteras.

RIntihan

Tuhan bantulah kami,
Hamba-hamba yang dhaif ini,
Mengharapkan limpah kurniaMu,
Allah Rabbul Izzati,

Tuhan permudahkan hati kami,
Memahami akan kehendakMu,
Memahami ilmu-ilmuMu,
Supaya terselamat kami,

Tuhan bantulah kami untuk zikir mengingatiMu,
Jangan Engkau tinggalkan kami,
Dengan kedegilan nafsu kami,
Walaupun hanya sekadar sekerlipan mata,

Tuhan terlalu payah perjalanan ini,
Menuju cinta agungMu,
Menempuh jalanan syaitan,
Menempuh jalanan nafsu,
Kerana itu bantulah kami.

Rindu PadaMu...

Aku sll igt yg idop ni lama lg. aku rs bkn aku sj, ramai lg kt luar sn yg ada pemikiran yg sm mcm aku skang ni. Bila dah fikir camtu,mula la nk wat mende yg x pekdah. Ske je nk buang masa,tgk movie la,p jenjln la,menyembang ngn membe2. Sume tu mmg mende2 yg aku ske sgt2 nk wat. Sbb tu kdg2 aku rs lemah sgt iman ni,rendah sgt maqam taqwa aku,sll sgt klh kt setan. Bl dah rs camtu,mule la rs cam down skek (bkn down syndrome ek!),mls nk wat keje,sdh. Tp bl dtg je ms2 camtu,aku rs cam ada something yg beri aku smgt nk jd lbh baik,aku rs cam dpt inspirasi. Die x dtg ngn cr yg ttp.kdg2 khatib bg khutbah yg mmg kn pd msnya,kdg2 bl melepak kt luar nmpk gelagat2 org yg watkan aku tersedar n kdg2 bl dpt tgk muka sebahagian dr kwn2 aku pon leh wat aku sedar blk (certain je la…bkn sume). Lps tu mula la rs terharu dan syukur yg Allah msh x lupakan aku. Time aku lupa kt Dia, Dia x penah lupakan dan tgglkn aku walau sedetik. Inilah antara sbb utama yg menyebabkn aku msh lg bernyawa di ats muka bumi ni. Aku mencintai Dia Yang Maha Esa. Aku dpt merasakan sifat Ar-RahimNya pd setiap ketika. Lantas xde ruang utk aku katakana yg aku xdak masa utk Dia. Kalo Dia,tuhan sekelian alam,sanggup utk mendengar rintihan hatiku,mana mungkin ptt aku lupakan Dia dlm kegiatan harianku. Kalo Dia,tuhan yg menciptakan segala sesuatu,sanggup menenangkn gelora jiwaku,mana mungkin aku x memujaNya. Kalo Dia,tuhan yang berkuasa atas segala-galanya,membuka pintu rezeki bagiku ketika aku dlm keadaan memerlukan,mana mungkin aku x bersyukur padaNya. Engkaulah Tuhan yg kupuja dan kupuji spnjg hidupku. Aku mohon rahmat dan belasMu Ya Allah. Sinarilah hidupku dgn hidayah dan taufiqMu. Kurniakanlah aku syafaatMu Ya Rahman. Golongkanlah aku di dlm golongan yg soleh Ya Rahim. Aku perlukanMu Ya Allah. Aku rindu padaMu Ya Rabbal ‘alamin.

Cinta

Dari Abi Hamzah Anas Bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak beriman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencitai dirinya sendiri” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta merupakan satu elemen lahiriah yang x dpt kita nk pisahkan dr kehidupan kita seharian. Tanpa cinta kita xkn menjadi seorang insan yang sempurna imannya berdasarkan kpd sabda Nabi di atas. Ini menampakkan kepada kita bagaimana Islam tdk langsung memandang enteng nilai dan pengertian cinta dlm kehidupan umatnya. Sebagaimana pentingnya cinta itu kepada seseorang, begitu jugalah cinta di kaca mata Islam.

Apabila kita berbicara soal cinta, apa yang bermain di minda kebanyakan dari kita adalah amalan ‘bercouple’. Kita sebenarnya tlh menyempitkan pemikiran kita dengan meletakkan had atau batas dalam membicarakan hal ini. Imam Nawawi ketika mensyarahkan ttg hadith ini, beliau menjelaskan bahawa perkataan ‘saudara’ dalam hadith tersebut perlulah digunakan dgn seluas-luasnya, sehingga meliputi orang yang kafir dan yang Islam. Beliau menambah, mencintai saudara seIslam bermaksud sentiasa mendoakan saudaranya agar terus kekal dlm Islam dan mencintai saudara yang kafir dgn sentiasa mendoakan dia mendpt hidayah utk kembali ke jln yang benar.

Berkenaan cinta, masalah yang perlu diatasi oleh umat Islam sekarang ialah cuba untuk keluar dari kepompong definisi cinta yang jumud dan x msk akal. Apa yang dpt kita lihat sekarang ialah, pengertian cinta di kalangan umat Islam masa kini semakin terabai tetapi apa yg lebih diutamakan ialah manifestasi cinta tersebut. Selagi mana erti cinta x dapat dihayati oleh insan, sukar untuk kita membina satu jalinan ataupun ukhwah yang mantap di antara muslim itu sendiri. Apabila jalinan yg kukuh x dpt kita bina, mana mungkin Islam dpt bersinar sekali lagi di atas muka bumi Allah ini.

Jgn slh faham maksud pernyataan di atas. Saya x bermaksud nak mengatakan bahawa Islam hanya akan tertegak dan menyinar atas dasar cinta semata-mata. Banyak aspek2 lain yang turut memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan tujuan ini. Banyak isu2 umat Islam yang harus diselesaikan dan dilengkapkan terlebih dahulu spt soal aqidah, penghayatan al-Quran dan hadith, ekonomi yang mantap dan juga akhlak yg smkn hari smkn hancur terutamanya di klgn anak muda.

Lantas, insan harus mencari erti cinta yg sbnr dlm kehidupan agar x terbabas dlm menjalani kehidupan sbg seorang hamba di muka bumi ini. Dalam hal ini kita perlu meneliti dan mengkaji bgmn cinta pd zmn Nabi dan para sahabat. Cinta bkn hanya antara lelaki dan wanita. Cinta bkn hanya pada waktu2 tertentu. Cinta bkn hanya pada harta. Cinta bkn hanya utk insan yg masih hidup. Cinta bukan mudah.

Bersambung....

tungguuuu

tunggu...tungguu..jap je g...jap je g