Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Tahun Baru = Ujian Baru

Bismillahi wal hamdulillah

Syukur kerana masih lagi bernyawa atas muka bumi ini. Syukur kerana masih lagi thabit atas jalanNya yang suci. Syukur kerana masih berkesempatan mencoret kata-kata dalam mangkuk yang tak seberapa ini. Harapnya mangkuk ini telah, masih dan senantiasa akan diisi dengan 'bijirin' yang dapat membantu memberikan 'khasiat' dalam meneruskan kehidupan sehari-hari di dunia menuju ke akhirat sana. Semuanya dipanjatkan kesyukuran padaNya.

Tahun baru Hijrah telah menjelang, namun kehangatan muqaddimahnya masih lagi terasa. Ditambah dengan kedatangan tahun baru 'syamsiah', bakal memberikan warna yang lebih pelbagai untuk beberapa hari ini. Ironinya jarak antara tahun baru Hijrah dan tahun baru 'syamsiah' yang agak dekat, bakal menampakkan yang mana yang lebih menjadi sambutan dan kebanggaan umat kini. Tahun Hijrah atau Tahun Masihi. Bukanlah menjadi suatu pertikaian atau isu yang besar sehingga menggugat aqidah, namun ia mencerminkan siapa dan apa kita sebenarnya. Semuanya terpulang kepada hati dan iman masing-masing.

Penghujung dan permulaan tahun baru ini membuatkan aku berfikir panjang. Apakah sebenarnya 'tema' hidupku pada sepanjang tahun ini? Ada yang memulakan tahun baru dengan meletakkan azam dan 'target' yang hendak dicapai dalam tahun tersebut. Ada juga yang tidak ambil kisah, tahun baru atau tidak, semuanya sama. Namun kadangkala (selalunya) perancangan kita itu tidak selari dengan perancangan Ilahi. Kita mungkin mendambakan tahun yang bahagia dan gembira, tetapi Allah lebih mengetahui dan Maha Berkuasa. Sebaliknya mungkin berlaku. Kita mungkin mengharapkan tahun yang sederhana. Namun Allah lebih mengetahui dan Maha Berkuasa. Kita mungkin diuji dengan kesenangan dunia. Allah berhak ke atas hidup kita, kerana Dialah Rabb.

Aku merasakan 'tema' hidupku tahun ini banyak berkisar tentang sedih dan duka. Banyak ujian yang Allah sampaikan kepadaku. Mungkin kerana kelalaianku, dan mungkin juga sebagai peringatan untuk tidak leka dan alpa. Aku kira ujianNya pada tahun ini lebih mencabar dan lebih berat dari tahun-tahun sebelumnya. Kadangkala bingung memikirkan sebab mengapa diuji sedemikian rupa. Namun, setiap kali bingung pasti datang yang menenangkan. Seringkali diingatkan tentang ujian yang pasti ditimpakan ke atas mukmin, bagi menguji keimanan. Namun ia tidak terhenti di situ. Bingung pula memikirkan apakah aku layak digelar mukmin hakiki? Apakah aku dipandang oleh Allah sebagai seorang mukmin, atau sekadar insan biasa yang bagaikan debu-debu di padang pasir.

Kemudian diingatkan pula akan ujian yang ditimpakanNya adalah berkadaran dengan kudrat hambaNya. Sekali lagi bingung. Terasa sangat berat dan tak terdaya ingin memikul bebanan yang terlampau ini. Sehinggakan kadangkala tersungkur ke dalam lumuran putus asa dan prasangka buruk. Berdosa aku padaMu Ya Allah.

Terus diingatkan pula dengan kedatangan kesenangan selepas kesusahan. Bingung melanda lagi. Terasa terlampau lama tempoh waktu kesusahan ini. Seolah-olahnya takkan muncul mentari kesenangan yang dijanjikan. Aku terus berada dalam kegelapan.

Memulakan tahun ini dengan pemergian dua insan tersayang, mengkahiri dengan berita pemergian ayahanda sahabat yang kuhormati. Di tengah-tengahnya terisi dengan seribu satu kekecewaan dan kedukaan. Tak dinafikan ada kegembiraan yang mengiringi. Namun kesannya kurang dan lemah. Lebih tertumpu dan terfokus pada yang sebaliknya.

Semua itu mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah. Mengajar aku untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan hal kehidupanku. Mengajar aku untuk lebih menyayangi insan sekelilingku. Mengajar aku untuk lebih empati dan prihatin dengan hal saudaraku. Mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab dengan amanahku. Mengajar aku untuk lebih setia dengan Yang Satu.

Aku doakan agar tahun baru ini memberikan sinar harapan dan kebahagian kepadaku. Aku masih terus mahu diuji agar tidak leka dan alpa. Namun doaku agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menongkah arus yang pastinya datang bertalu-talu. Moga dikurniakan ketenangan dan kedamaian dalam pangkuan rahmat dan kasih sayang Tuhan timur dan barat.

Selamat tinggal tahun dukacita.


Nur


Ramai yang ingin mencari cahaya
Tanpa disedari cahaya berada di sekeliling mereka
Hanya perlu menyerap sebanyak mungkin
Moga thabit dalam pencarian
Saru hari nanti pasti akan ketemu 'punca' segala cahaya

Langkawi

Salam 'alaikum...

Baru balik dari bercuti bersama keluarga ke Langkawi. Alhamdulillah semua lancar. Ni antara gambar2 yang diambil. Sekadar perkongsian...


Baru sampai di terminal feri Langkawi


ni plak tengah menunggu nak naik kereta kabel

ni sudah semestinya dalam kereta kabel

siapakah jejaka kacak di ketinggian 700m ini?ahaha

tempat sama seperti di atas

ni kat waterfall telaga tujuh...x sejuk sangat air die..cam robin hood x?

3 jejaka x laku...kah3

Kalau berkesempatan pi la Langkwi. Bes gak. especially kalau x guna duit sendiri. keh3.

Tukang Cerita Tukang Karut

Bismillahi wal hamdulillah

Setiap insan diciptakan Allah berbeza setiap satu dari yang lainnya. Tidak kira dari segi fizikal mahupun personaliti, setiap satu yang diciptakan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Keunikan yang tersendiri inilah yang membentuk setiap insan itu menjadi apa yang dinilai oleh manusia di sekelilingnya. Ada yang mampu untuk melakukan aktiviti atau perkara yang tidak mampu dilakukan oleh yang lain kerana kemampuannya untuk memanipulasi dan mengoptimumkan setiap inci tubuh badannya bagi. Ada yang mampu untuk mencipta benda baru bagi memudahkan kehidupan manusia kerana kemampuan mereka untuk memahami ilmu yang pelbagai dan mengaplikasikannya bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Ada yang mampu untuk berhujah dan berpidato kerana kemampuan mereka untuk mengasimilasikan pelbagai fakta dan melontarkannya dalam bentuk hujah atau cerita. Terdapat pelbagai keunikan dan keistimewaan insan yang dapat kita lihat pada hari ini, dan semua itu kita yakin hanya akan berlaku dengan keizinan Allah s.w.t.

Bagi seorang pelajar perubatan yang sedang menjalani tahun praktikal atau amali, kemampuan dan kebolehan untuk bercerita merupakan antara komponen yang amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan pembelajarannya. Seorang pelajar praktikal perubatan adalah diharapkan untuk mempunyai kebolehan yang baik dalam penyampaian atau pembentangan. Ini kerana dia perlu mendapatkan maklumat peribadi dan kesihatan pesakit dan kemudiannya menceritakan atau membentangkannya di hadapan doktor pakar dan pelajar yang lain. Apabila menceritakan perihal riwayat pesakit yang panjang lebar, dia perlu pandai meyusun dan menjadikan perihal riwayat tersebut semenarik mungkin agar tidak membosankan dan yang paling tidak diingini, menjadikan pendengar bingung akan diagnosis penyakit yang ingin dibuat.

Kalau kita lihat kepada sebuah cerita, di permulaan cerita tersebut semestinya ada pengenalan kepada watak utama cerita tersebut. Adakah seorang ibu, anak ataupun seekor arnab yang bakal menjadi pemegang watak utama. Begitu juga dengan perihal riwayat pesakit. Perlu untuk memperkenal siapa diri pesakit terlebih dahulu sebelum menceritakan tentang yang lainnya.

Kemudian di permulaan cerita juga diperkenalkan tentang tema cerita itu. Ia cerita tentang apa? Seekor semut? Sebuah pelayaran? Atau tentang seorang ibu yang sayangkan anaknya? Begitu juga dengan perihal riwayat pesakit. Ianya berkisar tentang mengapa pesakit itu datang ke hospital sehinggakan perlu dimasukkan ke dalam wad. Selalunya adalah disebabkan oleh rasa sakit dan mungkin juga sebab yang lain. Kadangkala pesakit akan memberikan sebab yang pelbagai mengapa dia datang ke hospital, namun seorang pelajar perubatan haruslah pandai dalam menentukan apakah sebab paling utama atas kedatangan pesakit itu.

Dalam setiap cerita pasti ada watak-watak sampingan yang berkaitan bagi menambah seri cerita itu. Ada cerita yang mempunyai ramai watak tambahan, ada juga yang cukup dengan beberapa watak sokongan, tanpa memberi kesan negatif kepada jalan cerita dan watak utama cerita tersebut. Begitu juga dengan perihal riwayat pesakit. Kita perlu bertanya dengan lebih dalam tentang simptom-simptom berkaitan dengan penyakit yang dialami oleh pesakit. Kadangkala 'watak sampingan' ini memberikan klu yang sangat jelas dalam membentuk diagnosis. Seringkali pelajar perubatan terlupa akan 'watak sampingan' ini kerana ada penyakit mempunyai sebab yang pelbagai. Lantas pembacaan yang mendalam perlu dilakukan oleh pelajar perubatan.

Watak utama pasti akan dikelilingi oleh orang yang memberikan kesan yang lebih hebat dan menarik kepada jalan cerita. Orang rapat yang dimaksudkan selalunya ialah ahli keluarga dan rakan-rakan. Dalam mendapatkan perihal riwayat pesakit, pelajar perubatan perlu bertanyakan tentang sejarah keluarga samada wujud penyakit warisan seperti ketumbuhan dan seumpamanya untuk membantu dalam membentuk diagnosis. Namun tidak semestinya sejarah keluarga dapat membantu memberikan diagnosis yang tepat. Sejarah sosial pesakit juga harus diselidiki bagi menentukan faktor-faktor risiko (sekiranya ada) terhadap pesakit. Ini mungkin akan mempengaruhi rawatan yang akan diberikan kepada pesakit.

Cerita yang berkualiti pasti menggunakan 'props' yang cantik dan menarik untuk menawan hati penonton. Sebab itu filem-filem 'box-office' kadangkala memerlukan pelaburan jutaan ringgit untuk membikinnya. Semuanya untuk menjadi tatapan penonton. Begitu juga ketika mendapatkan perihal riwayat pesakit. Pelajar perubatan harus membuat pemeriksaan fizikal terhadap pesakit tersebut untuk mendapatkan data-data sokongan bagi membentuk diagnosis. Pemeriksaan fizikal yang baik selalunya dapat menceritakan dengan lebih jelas tentang penyakit yang dialami oleh pesakit tersebut. Kadangkala pelajar perubatan nampak kekok ketika melakukan pemeriksaan fizikal. Haruslah selalu mempraktikkan agar senang dan lancar melakukannya ketika peperiksaan dan masa hadapan. Inilah satu-satunya bahagian di mana praktis lebih utama daripada pembacaan. Sekadar mempunyai teori di kepala takkan membantu ketika amali kelak.

Setiap cerita pasti mempunyai klimaks atau kemuncak kepada jalan cerita tersebut. Kalau cerita itu tidak ada kemuncaknya, maka ia bukanlah cerita yang bagus. Patut dibuang saja ke dalam tong sampah. Dalam perihal riwayat pesakit, kemuncaknya ialah diagnosis yang dibuat berdasarkan kepada semua yang diselidiki sebelum ini. Diagnosis dibuat berdasarkan kepada sejarah dan pemeriksaan fizikal. Selalunya bagi menyokonga diagnosis yang dibuat, penyiasatan tambahan perlu dilakukan seperti ujian darah dan seumpanya, bergantug kepada penyakit yang dihidapi.

Semua ini harus dibentangkan atau diceritakan oleh seorang pelajar perubatan kepada doktor pakar. Lantas keboleh untuk bercerita dan menyampaikan dengan baik adalah sangat perlu kepada pelajar perubatan. Namun kadangkala ketika cemas dan stress pelajar perubatan yang mempunyai kebolehan ini pun mampu untuk kandas dan tidak dapat menyampaikan dengan baik. Ini biasa kerana pelajar perubatan pun manusia biasa. Manusia tidakkan sunyi dari kesilapan. Ini suatu yang pasti. Namun seharusnya pelajar perubatan itu selalu mempraktis menyampaikan agar ianya menjadi suatu yang biasa dan insyaAllah dapat membantu ketika stress, terutamanya ketika peperiksaan.

Aku berdoa kepada Allah agar golongan yang berkenaan di atas dibantu dan dipermudah oleh Allah dalam pekerjaan seharian mereka. Terutamanya buat diriku dan juga rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan minggu depan. Aku doakan agar semuanya berjaya menjadi seorang pencerita yang baik. Moga sukses selalu.

Dr. Danial di Halaqah


Salam. Geologi dalam al-Quran - Bumi dicipta dahulu atau langit? - Bumi sakit DLL.....
Insya-Allah Dr Danial akan membincangkan isu-isu ini dalam HALAQAH TV9, Ahad, 20 Disember 2009 ini, jam 9.30 malam.
TAJUK: BUMI

Niat Baik Niat Buruk

Bismillahi wal hamdulillah

Ibn 'Abbas r.a berkata, "Rasulullah s.a.w meriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman, maksudnya;

Sesungguhnya Allah mencatatkan selutuh kebaikan dan keburukan. Kemudian Allah menjelaskan, " Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan, tapi ia tidak sempat melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia benar-benar melakukannya maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan (pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik. Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi ia tidak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya. Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan ia benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)"

Hadith riwayat Bukhari

Betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah s.w.t telah memberikan peluang yang sangat mudah kepada hamba-hambaNya untuk memperoleh kebaikan di dunia bagi dijadikan bekalan di akhirat sana. Ganjaran yang dapat dijadikan bukti akan ketaatan dan ketundukan kita terhadap Rabb yang menguasai dan memiliki segala-galanya, namun ramai di kalangan manusia tidak mengerti dan buta akan kasih sayang Ilahi ini. Mereka terlampau dikaburi dengan keseronokan dan kealpaan dunia yang sementara sehinggakan mereka sanggup memperjudi nasib mereka ketika berhadapan dengan timbangan amalan kelak.

Kalau diikutkan hadith Qudsi di atas, betapa senang manusia untuk masuk ke syurga. Namun hakikatnya ramai yang ke neraka, wal'iyazubillah, dek kerana tidak mempunyai kesedaran yang jelas. Siapakah manusia itu? Aku, kau dan mereka. Kitalah calon-calon yang bakal dihadapkan dengan keadaan yang menggugat kesedaran dan keimanan sehinggakan kita memilih jalan untuk ke neraka.

Ya, kita sering terbabas. Bukan sebarang terbabas, terbabas yang jauh menyimpang dari jalan Ilahi. Namun, selagi roh masih di jasad, masih terbuka pintu taubat insyaAllah. Aku mohon perlindungan untuk diriku dan juga kamu dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa daripada syaitan dan nafsu yang durjana. Moga kita berterusan di atas jalan ini, jalan sehala, menuju syurga, kekal selamanya. Amin ya robbal 'alamin.

Layang-layang

Orang kata hidup bagaikan layang-layang,
Megah berterbangan di persada dunia,
Menerjah awan mencapai angkasa raya,
Semakin tinggi semakin bernilai harganya.

Orang kata hidup bagaikan layang-layang,
Kadangkala perlu ditarik,
Kadangkala perlu dilepaskan,
Bergantung kepada angin dunia.

Aku katakan hidup tak semudah layang-layang,
Dilepas sedikit tinggi layangnya,
Ditarik terlebih bakal putus talinya,
Bergantung kepada peribadi pemainnya.

Aku katakan hidup tak semudah layang-layang,
Kerna tak selalu angin kan ada,
Kerna tak selalu anginnya manja,
Bergantung kepada takdir Tuhannya.

Aku katakan hidup tak semudah layang-layang,
Badai dan taufan sukar diduga,
Kiri kanan atas dan bawah menjadi halanya,
Bakal memeningkan jarum kompasnya.


Leka

Sudah lama tak mendongak ke langit.
Hampir terlupa betapa indahnya alam ciptaan Ilahi.
Betapa luasnya jangkauan kehebatan Ilahi.
Tidak tercapai untuk diduga dek kerana daya keupayaan yang terbatas.

Kekadang lalai dalam mengingati kekuasaan dan kebesaran Dia.
Lupa dan leka dihembus enaknya dunia.
Diulit kelambu mimpi indah yang semakin terbakar menyala.
Bakal menjadi azab dan seksaan manusia yang alpa.


Renungan Bersama

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”- Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Aku Cinta Allah

Acheh Lebih Baik

Bismillahi wal hamdulillah

Gembira apabila mendengar berita dari seberang. Acheh bakal menguatkuasakan undang pemakaian terhadap warganya. Ya, Acheh yang dilanda tsunami beberapa tahun lepas, yang hampir 100% musnah dan lumpuh kesemuanya serta mengalami kematian warga yang berjumlah ribuan orang. Mereka kembali memainkan peranan dalam bermasyarakat dan berinstitusi, kembali menegakkan syiar Allah di muka bumi.

Mulai tahun depan, wanita tidak dibenarkan memakai seluar atau jeans ketat di tempat awam dan lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek (pendek yang difahami adalah di atas paras lutut) di tempat awam. Allahuakbar. Undang-undang Allah tentang bab pakaian dijadikan undang-undang negara. Meletakkan undang-undang Allah di tempat yang selayaknya.

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu hukum dan undang-undang itu melainkan padanya ada hikmah ataupun kebaikan yang tersendiri. Setiap yang diturunkan Allah pasti mempunyai sebab yang khusus. Sebagai makhluk ciptaan Allah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Kita wajib sedaya upaya memastikan undang-undang Allah dikuatkuasakan di atas bumi Allah.

Namun menyedihkan apabila ada di antara ciptaan-ciptaan Allah ini yang mula melupakan asal-usul kejadiannya, mula menolak hakikat bahawa dia hanyalah makhluk yang dicipta untuk melaksanakan agenda-agenda tuhannya di atas muka bumi ini. Makhluk ini mula berdelusi mengatakan undang-undang langit sudah tidak relevan untuk dilaksanakan di zaman serba canggih ini, sedangkan itu adalah antara agenda pokok yang perlu dia selesaikan apabila diberikan jasad di atas bumi. Makhluk ini mula berhalusinasi tentang adanya undang-undang lain yang lebih dominan dan relevan untuk dijunjung dan disanjung. Makhluk ini mula berilusi yang dengan undang-undang baru ini mampu membawa kesejahteraan sejagat, seantero dunia. Heh, apa kes dengan makhluk ini.

Malaysia cukup banyak dengan makhluk ini. Makhluk yang tidak kenal erti berterima kasih. Makhluk yang tidak tahu malu menggunakan nikmat tuhannya, tetapi tidak bersyukur. Namun, tak dinafikan masih lagi wujud makhluk yang tahu dan kenal erti terima kasih dan bersyukur kepada tuhan. Namun bilangannya teramat kecil jika dibandingkan dengan bilangan yang kontra.

Sudah lama Malaysia dikurniakan keamanan dan kesejahteraan, namun satu undang-undang langit pun kita tak junjung dan muliakan. Tidak ada usaha yang gigih dan istiqamah ditunjukkan oleh golongan yang lebih besar jumlahnya untuk mengagungkan undang-undang Allah. Adakah kita akan selamat di akhirat sekiranya kita membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan? Lu fikirlah sendiri!

Bila bercakap tentang undang-undang Allah, pasti akan dicop sebagai orang politik. Pasti akan dicop sebagai menyokong parti pembangkang. Pasti akan dicop sebagai orang PAS. Sebab apa? Sebab mereka pernah melaungkan slogan ini dalam perjuangan mereka. Wahai mereka yang suka memberikan label sebegini pada manusia yang lain, sedarkah anda bahawa anda jahil, bodoh dan bangang dalam agama? Undang-undang Allah bukanlah isu politik, bukanlah isu bermusim, dan semestinya bukan isu ranting. Ia merupakan isu besar agama. Ia merupakan isu pokok. Ia merupakan perjuangan agama. Agama apa? Agama ISLAM, kalau kau pernah dengar.

Dalam bab pelaksanaan hukum Allah, Acheh jauh lebih baik dari negara kita. Walaupun baru satu dua undang-undang dilaksanakan, ia sudah cukup baik, namun bukan yang terbaik, jika dibandingkan dengan negara di sekitarnya. Menjadi tanggungjawab kita untuk berjuang meletakkan hukum-hakam Allah di tempat yang selayaknya. Aku sukakan Acheh. Bukan kerana aku sudah berjumpa 'warga Acheh', tapi aku suka akan usaha dan perjuangan yang ditunjukkan. Teruskan perjuanganmu sahabatku. Moga kita ditemukan di jalan yang sama kelak, fisabilillah. Moga kita mengambil iktibar dari Acheh.

Memasak

Bismillahi wal hamdulillah

Hari pertama cuti...apakah hasilnya?

Tadaa...


ni ayam masak kalio...apekah kalio itu?jangan tanya


ni daging masak sos tiram kot...pe tah nama die

Nampak macam sedap kan? Ye, memang sedap. Hehe. Ok, sebagai perkongian bersama, meh aku aja camne nak masak ayam masak kalio atau dalam bahasa saintifiknya, Kalio Ayam.

Bahan-bahan:
  1. ayam (bape ketul? pandai2 la)
  2. garam
  3. serbuk kunyit dibancuh ngn air
  4. santan (pandai2 la bajet)
  5. 1 keping asam keping
  6. 1 helai daun kunyit (1st time tau kunyit ade daun)
  7. ubi kentang (kupas dulu kulitnye)
  8. bunga kobis
  9. 8 ulas bawang merah (blend)
  10. 3 biji cili merah menyala (blend)
  11. 5 biji cili padi (blend)
  12. serai (tumbuk ngn lesung...bkn tangan)
  13. lengkuas (sama gak macam serai tu)
Senang je kan, bahan-bahan die..kat pasar tu belambak ade. xyaah g jauh2.

Cara masak:
  1. mulakan dengan bismillah dan berdoa agar menjadi masakan ni
  2. tumiskan bahan yg diblend tadi itu agar naik baunya sehinnga ke tingkat 13
  3. campurkan ayam, ubi kentang, bahan yg ditumbuk dan air kunyit dalam satu periuk agar wujud semangat muhibbah antara mereka. Campur la air skek, tapi jgn byk sgt.
  4. masak sehingga mendidih. blub...blub...blub
  5. masukkan bunga kobis, asam keping daun kunyit dan garam.
  6. pastu masukkan santan.
  7. adjust sesedap rasa
  8. tadaaa....
Herm... adik aku kata rasa die macam masak pendang. tapi yg pasti die tibai dengan gembiranya. So, kepada sesape yg nk kongsi resipi masakan, sila buat blog anda sendiri. Hehe.

p/s: paknjang, bila nak ajaq masak sambal?


Bertemu Kembali

Bismillahi wal hamdulillah...

Dah lama sangat tak menulis di blog ni. Minta maaf kepada pembaca. Sepanjang 4 minggu ni terlampau sibuk dengan hal dunia. Tak sunyi juga dari ujian dan mehnah. Selepas satu, datang pula yang. Benarlah kata Rasulullah, di akhir zaman bala dan ujian akan menimpa bagaikan kepingan malam. Yang menimpa diri hanyalah percikan bala dunia. Tapi itu semua mematangkan diri, walau kadangkala hampir menghancurkan diri. Sabar dan solat, itulah ramuan yang diberikan Ilahi.

Tak banyak input sepanjang 4 minggu ni. Sebab tu output pun kering. Sukar nak menulis tanpa isi yang cantik. Tak ingin nak menulis tanpa memberikan input yang berguna pada pembaca. Apa guna kalau hanya sekadar menulis aktiviti harian untuk menjadi tatapan bacaan umum, sedangkan yang membaca barangkali punyai aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dikongsikan.

Alhamdulillah baru lepasi ujian akhir posting psikiatri. Mendoakan agar mendapat keputusan yang terbaik, walaupun agak meragui kebarangkaliannya. Namun doa tetap dipanjatkan pada Ilahi.

Kita bermasalah untuk hidup, dan bukannya hidup untuk bermasalah. Masalah yang kita hadapi sebenarnya adalah tanda Allah masih ingat dan sayang kepada kita sebenarnya. Walaupun sukar untuk kita menelan hakikat ini, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi. Allah s.w.t mempunyai pelbagai cara yang tidak mungkin dapat kita fahami menggunakan akal fikiran kita yang amat terbatas ini untuk menunjukkan bahawa Dia masih ingat, masih sayang dan masih peduli kepada hamba-hambaNya.

Jika kita meletakkan diri kita dalam konteks hendak menunjukkan kasih, sayang dan ingatan kita kepada manusia lain, pastinya kita akan menonjolkan sifat tersebut dengan cara yang lembut dan harmoni dengan sifat manusia itu sendiri. Sebagai contoh kita akan memberikan hadiah pada hari-hari yang dianggap istimewa dalam hidup manusia, misalannya hari ulangtahun. Sebagai tanda ingatan kita memberikan buah tangan untuk menjadi simbolik kepada ingatan kita terhadap orang yang kita sayangi. Contoh lain yang mudah adalah dengan menjadi pendengar setia, mendengar segala luahan masalah yang menjadi kebimbangan orang yang kita pentingkan itu. Itu lumrah sebagai seorang manusia.

Namun Allah bukanlah makhluk, bahkan Dialah yang menciptakan makhluk. Lantas semestinya cara Allah untuk menunjukkan ingatan dan kasih sayangNya pada ciptaanNya lebih mendalam dan lebih simbolik. Ya, Allah juga memberikan hadiah kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan yang dikasihi. Hadiah tersebut merupakan dalam bentuk nikmat dan rahmat yang Allah berikan pada kita. Segala rezeki yang kita makan setiap hari merupakan hadiah daripada Allah. Segala pancaindera kita merupakan hadiah daripada Allah. Segala yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini, merupakan hadiah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Justeru kita WAJIB bersyukur kepadaNya setiap masa.

Tetapi adakalanya manusia terbabas dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang kita terlupa akan tanggungjawab untuk bersyukur ini. Wujud segelintir manusia yang menikmati secara keterlaluan akan nikmat yang diberikan sehinggakan timbulnya pembaziran secara melampau. Ketika itulah Allah menunjukkan kasih dan sayangnya dengan cara memberikan sedikit ujian dan dugaan untuk mengingatkan kita bahawa kita telah terbabas, kembali dan bertaubatlah kepada Allah.

Bagi orang yang beriman, dia yakin dan percaya akan ujian adalah suatu bentuk peringatan daripada Allah. Dia yakin bahawa ujian datang sebagai kifarat atas dosa yang telah dilakukan. Atas sebab keyakinan tersebut, dia redha dengan ujian tersebut dan mendoakan agar Allah juga meredhai dirinya. Dan itulah sebaik-baik pengakhiran bagi diri kita, KEREDHAAN ALLAH. Orang yang beriman juga yakin bahawa dengan ujian dan dugaan yang diturunkan merupakan petanda bahawa Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk masuk syurga. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?". Orang yang beriman pasti akan diuji akan keimanannya, ditimpakan masalah dalam kehidupannya, dan sekiranya dia berjaya untuk mengatasi ujian dan masalah tersebut dengan ikhlas dan sabar, maka sudah pasti dia akan dikurniakan syurga di akhirat kelak, insyaAllah.

Seorang teman mengatakan, jika rasa ada Dia, insyaAllah jadi kuat. Terima kasih teman, benar katamu.

Orang yang merasakan kehadiran Khaliq dalam kehidupannya pasti merasakan ketenangan dalam dirinya. Apabila perasaan kehadiranNya itu dalam diri kita, kita akan merasa tenang dan senang walaupun ditimpa masalah. Ini kerana kita yakin bahawa segala ujian yang timbul dan muncul itu adalah daripadaNya untuk menguji kita, dan Dia jugalah yang menunjukkan jalan keluar bagi masalah tersebut. Atas kesedaran itu maka tidak ada masalah yang tidak dapat diatasi dalam kehidupannya. Akibatnya dia berlapang dada dengan ujian yang tiba.

Mungkin sukar untuk dihadam isi tulisan ini, apatah lagi sekiranya sekarang kita sedang diuji oleh Allah. Namun ia merupakan suatu yang perlu kita kuasai, kerana inilah sebahagian dari senjata yang diberikan kepada kita sebagai umat pilihan. Kalau kita tidak menguasai senjata yang diberikan khas untuk kita, maka ia akan menjadi sia-sia. Tidak ada yang lebih berharga selain daripada nikmat iman dan kasih sayang Ilahi. Moga kita semua berada dalam perlindunganNya.

Buat sidang pembaca yang sedang diuji, aku doakan kalian diberikan ketenangan dan ditunjukkan jalan keluar kepada ujian tersebut. Jangan berputus asa. Allah bersama-sama kita.
Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi,
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi.

Insan Agung

Bismillahi wal hamdulillah....

Nabi Muhammad merupakan seorang insan yang agung. Koreksi sirah nabawiyyah baginda menyerlahkan keagungan peribadi yang telah Allah kurniakan kepada baginda. Peribadi yang sangat murni dan mulia sehinggakan mampu untuk menyatukan bangsa dan kabilah-kabilah arab pada masa itu di bawah satu aqidah iaitu mengesakan Allah s.w.t. Jika dilihat pada sejarah individu-individu yang dianggap hebat sekalipun, tiada siapa yang mampu untuk menandingi kehebatan dan keunggulan Rasul kesayangan kita.

Selaku umat Muhammad, semestinya kita sedari kecil telah didedahkan dengan kisah-kisah Nabi hasil daripada pengumpulan riwayat-riwayat sahih daripada ulama' mu'tabar. Kita beriman dengan keunggulan peribadi baginda Rasul. Namun mungkin ada yang tidak sedar bahawa, bukan kita (Muslim) sahaja yang sedar akan hakikat ini. Ramai orang bukan Islam yang sebenarnya mengakui dan mengagumi akan peribadi seorang insan bergelar Muhammad ini. Mereka mengagumi bagaimana seorang manusia biasa, seorang yang tidak punya kedudukan tinggi di kalangan masyarakat pada masa itu, seorang yang tidak tahu membaca dan juga menulis mampu untuk menyatukan kumpulan manusia yang pada ketika itu hanya tahu berperang dan berpecah-belah. Sehinggakan baginda digelar sebagai indidvidu yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Begitu bangganya menjadi umat baginda.

Entri kali ini nak mendedahkan kepada pembaca antara ulasan dan komentar mereka yang bukan Islam tentang Nabi kita. Moga apabila membaca komen-komen tersebut, maka bertambahlah keyakinan dan kasih kepada Nabi kita dan menampakkan bahawa Islam yang dibawa oleh baginda Nabi merupakan agama yang benar.

GEORGE BERNARD SHAW said about him:

"He must be called the Saviour of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems in a way that would bring it much needed peace and happiness." (THE GENUINE ISLAM, Singapore, Vol. 1, No. 8, 1936)


LAMARTINE, the renowned historian speaking on the essentials of human greatness wonders:

"If greatness of purpose, smallness of means and astounding results are the three criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad? The most famous men created arms, laws and empires only. They founded, if anything at all, no more than material powers which often crumbled away before their eyes. This man moved not only armies, legislation, empires, peoples and dynasties, but millions of men in one-third of the then inhabited world; and more than that, he moved the altars, the gods, the religions, the ideas, the beliefs and souls....his forbearance in victory, his ambition, which was entirely devoted to one idea and in no manner striving for an empire; his endless prayers, his mystic conversations with God, his death and his triumph after death; all these attest not to an imposture but to a firm conviction which gave him the power to restore a dogma. This dogma was two-fold, the unity of God and the immateriality of God; the former telling what God is, the latter telling what God is not; the one overthrowing false gods with the sword, the other starting an idea with the words.

"Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images, the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is MUHAMMAD. As regards all the standards by which Human Greatness may be measured, we may well ask, IS THERE ANY MAN GREATER THAN HE?" (Lamartine, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)


MAHATMA GANDHI, speaking on the character of Muhammad, (pbuh) says in YOUNG INDIA:

"I wanted to know the best of one who holds today's undisputed sway over the hearts of millions of mankind....I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to this friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission.

"These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the 2nd volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was not more for me to read of the great life."


THOMAS CALYLE in his HEROES AND HERO WORSHIP, was simply amazed as to:

"how one man single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."

EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM write:

"'I BELIEVE IN ONE GOD, AND MAHOMET, AN APOSTLE OF GOD' is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honor of the Prophet has never transgressed the measure of human virtues; and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion." (HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54)

In the words of PROF. HURGRONJE:

"The league of nations founded by the prophet of Islam put the principle of international unity and human brotherhood on such universal foundations as to show candle to other nations." He continues: "The fact is that no nation of the world can show a parallel to what Islam has done towards the realization of the idea of the League of Nations."

MICHAEL H. HART in his recently published book on ratings of men who contributed towards the benefit and upliftment of mankind writes:

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels." (M.H. Hart, THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978, p. 33)


K. S. RAMAKRISHNA RAO, an Indian Professor of Philosophy in his booklet, "Muhammad, The Prophet of Islam," calls him the "PERFECT MODEL FOR HUMAN LIFE." Prof. Ramakrishna Rao explains his point by saying:

"The personality of Muhammad, it is most difficult to get into the whole truth of it. Only a glimpse of it I can catch. What a dramatic succession of picturesque scenes! There is Muhammad, the Prophet. There is Muhammad, the Warrior; Muhammad, the Businessman; Muhammad, the Statesman; Muhammad, the Orator; Muhammad, the Reformer; Muhammad, the Refuge of Orphans; Muhammad, the Protector of Slaves; Muhammad, the Emancipator of Women; Muhammad, the Judge; Muhammad, the Saint. All in all these magnificent roles, in all these departments of human activities, he is alike a hero."


Sumber: http://beautifulislam.net/intro/you_must_know_this_man.htm

Eid Mubarak

Bismillahi walhamdulillah...

Sudah tiba kita ke penghujung Ramadhan. Yang penghujungnya hanyalah bulan, namun semangat yang telah kita tegakkan di dalamnya kita doakan agar sentiasa bersama-sama dengan kita insyaAllah.

Bercampur-baur perasaan sekarang ini. Terasa sedih kerana suasana bakal berubah. Sangat suka sebenarnya pergi masjid berteraweh. Dengan laungan selawatnya, dengan bacaan imam yang merdu dan syahdu, dengan jumlah kehadiran manusia yang berterusan memenuhi ruang masjid. Gembira berada dalam suasana begitu. Kalau sunat berteraweh untuk setahun pun insyaAllah aku sanggup. Selepas ini insyaAllah sedaya mungkin berjemaah setiap waktu di masjid. Paling tidak pun berjemaah di rumah.

Rasa risau pun ada. Risau sekiranya tidak mendapat pengampunan dari Allah. Celakalah bagi mereka yang keluar dari institusi Ramadhan namun tidak mendapat pengampunan dari Allah. Banyak sangat dosa yang dah dilakukan. Selaku manusia, pastinya akan melakukan dosa lagi pada masa depan. Kalau dosa yang lepas pun tak diampunkan, agak-agaknya berapa banyak pula dosa yang kita nak tambah dalam 'akaun' kita. Tapi seharusnya kita sentiasa memohon pengampunan dariNya. Jangan berhenti, sentiasa berusaha dan lipat gandakan usaha tersebut.

Rasa takut pun ada. Takut sekiranya segala permintaan dan hajat tak dimakbulkan. Memang itu semua hak Allah untuk memakbulkan atau tak, tapi still sebagai manusia biasa, aku mengharapkan yang terbaik. Banyak sangat minta kat Allah, kadang-kadang rasa segan. Minta banyak, amal sikit. Moga dikurniakan yang terbaik.

Rasa gembira pun ada. Gembira kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Yang jauh, balik. Yang susah sangat nak jumpa, boleh berjumpa. Walaupun masanya singkat, namun dah cukup untuk mengubat rindu. Dulu masa duduk rumah tak pula rasa macam ini. Tapi sekarang bila susah nak balik rumah, terasa sangat nikmatnya.

Nak ucapkan Eid Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Sekiranya ada entri yang mengguris perasaan, mohon dimaafkan. Mohon doa agar terus tabah di atas 'jalan' ini dan dikurniakan yang terbaik di dunia dan akhirat.



Jatuh

"Selalu su'uz zon kat orang. Macam la diri ni baik sangat.", rintih teman kepadaku.

Pernah tak terasa seolah-olahnya kita semakin hari semakin jahat, semakin gelap hati, semakin jauh dari Rabb, semakin terasing dari kasih dan rahmat Allah, semakin terpinggir, semakin dilupakan dan semakin kurang iman? Tahniah dan syabas sekiranya anda pernah punyai perasaan sebegini. Ini menjadi bukti bahawa masih ada bibit-bibit iman di dalam hati anda.

Mukmin merupakan merupakan insan biasa sama seperti insan-insan lain. Ini bermakna mukmin juga kadangkala tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Yang membezakan mukmin dengan insan lainnya ialah kewujudan iman dalam hati mukmin tersebut yang menjadi peneman dan pembimbing di kala melakukan kegiatan harian.

Walaupun mempunyai peneman dan pembimbing itu, mukmin juga terdedah untuk melakukan kesilapan kadangkala. Ini terjadi kerana, selain daripadan iman, wujud nafsu yang kadangkala boleh menjadi elemen kontra terhadap iman.

Secara asasnya, ulama' membahagikan nafsu ini kepada 3 jenis. Nafsu yang pertama ialah nafsu ammarah. Nafsu ammarah merupakan nafsu kelas terbawah dan ia merupakan nafsu jahat. Manusia yang mempunyai nafsu ammarah cenderung untuk melakukan dosa-dosa besar dan mereka tidak rasa bersalah dengan perbuatan mereka.

Nafsu yang kedua ialah nafsu lawwamah. Nafsu jenis ini merupakan nafsu kelas kedua di antara tiga nafsu tersebut. Mereka yang mempunyai nafsu jenis ini merupakan mereka yang masih lagi terdorong untuk melakukan dosa-dosan kecil, namun mereka mengkritik diri sendiri atas perbuatan yang salah itu dan bertaubat kepada Allah dengan serta merta. Rata-rata mukmin tergolong di kelas ini.

Nafsu yang ketiga ialah yang tertinggi di kalangan dua tadi, iaitu nafsu mutmainnah. Mereka yang mempunyai nafsu jenis ini merupakan mereka yang rapat diri mereka dengan Allah, yang merasa ketenangan sentiasa dan sentiasa terbimbing perlakuan mereka. Selalunya golongan ulama' dan ahli sufi mempunyai nafsu jenis ini.

Nafsu tidak semestinya membawa kita ke arah mungkar. Nafsu yang terpimpin mampu membantu menjejakkan kaki kita ke syurga.

Kadang-kadang jika kita secara tidak sengaja melakukan dosa, kita terasa bagaikan iman kita hampir tercabut dari jiwa akibat perbuatan itu. Kita merasakan sebagai seorang mukmin, tak sepatutnya kita melakukan dosa. Ya, memang itu yang sepatutnya berlaku. Namun kita harus ingat dan sedar akan hakikat kita sebagai seorang insan yang diciptakan penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Kadangkala secara tidak sengaja ataupun sengaja kita melakukan perkara yang dibenci oleh Allah. Itulah hikmah di sebalik salah satu nama Allah iaitu Al-Ghafur. Al-Ghafur bermaksud Dia yang Maha Pengampun.

Allah amat kasih dan suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan dariNya. Ini kerana apabila kita memohon keampunan dari Allah, kita mengakui bahawa Dialah Rabb kepada diri kita. Tidak ada yang layak untuk dipohon keampunan melainkan kepada Dia.

Tapi kadangkala timbul perasaan seperti meragui samada Allah akan mengampuni dosa kita atau tidak. Timbulnya perasaan ini mungkin kerana kita selalu sangat melakukan dosa dan perkara yang dilarang oleh Allah. Keraguan ini merupakan suatu prasangka buruk terhadap Allah, dan kita tidak boleh mempunyai perasaan sedemikian terhadap Allah. Kita sepatutnya berprasangka baik dengan Allah. Allah ialah Al-Ghafur. Dia kaya dengan pengampunan. Walaubagaimanapun, samada Dia mengampunkan dosa kita atau pun tidak, itu adalah hak Allah. Kita milikNya. Dia mempunyai hak mutlak terhadap diri kita.

Namun jangan jadikan itu sebagai pelemah semangat untuk berterusan memohon kemaafan dan keampunan dariNya. Bahkan, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus menerus memohon keampunan kerana kita yakin bahawa Allah pasti akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya.


Mengasuh Diri Menjadi Pemimpin Unggul

Salam...

Alhamdulillah, baru balik dari sebuah program pengisian Ramadhan. Program tersebut berkisar tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka kota Constantinople. Benar-benar membuka mata tentang bagaimana seharusnya kita melihat setiap sejarah itu berlaku. Kita bukan hanya patut melihatnya dari sudut apa, bila dan siapa yang terlibat, tetapi harus juga mendalami dari sudut mengapa dan bagaimana.

Suatu kejayaan dan kebanggaan yang bukan mudah untuk dicapai pada ketika itu. Tambahan pula Sultan Al-Fateh merupakan seorang pemuda yang hanya berumur sekitar 20-an. Namun, pendidikan dan pembentukan pemikiran beliau adalah berlandaskan acuan kejayaan. Acuan tersebut bernama Islam, dan telah terbukti dengan sistem pendidikan yang betul dan authentik, kita mampu untuk melahirkan insan yang mengukir sejarah yang positif di buku teks dunia.

Sesekali pemikiran terbabas sedikit daripada program tadi. Terasa telah merugikan masa sekolah dahulu dengan perkara yang sangat tidak berfaedah. Terasa tersangat rugi kerana tak mula menghafal Quran sejak dari kecil. Terasa tersangat rendah dan kerdil peribadi jika nak dibandingkan dengan pemuda bergelar Sultan Muhammad Al-Fateh di kala umur yang hampir sama dengan beliau ketika beliau dilantik menjadi Gabenor dan pemimpin. Apatah lagi apabila mendengar beliau sudah menjadi pemerintah 20 buah negara ketika umur mencecah 22 tahun. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah dalam merencanakan hidup hambanya.

Namun ianya tak menggoyahkan semangat untuk lebih rajin menuntut ilmu, bahkan ia menjadi pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih tekun dan gigih dalam menempuh mehnah duniawi pada hari ini. Apabila kita membaca kisah-kisah sebegini, seharusnya ia menjadi pencucuh dan pemangkin kepada kebangkitan diri dalam menyerlahkan kesungguhan untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Segala ilmu yang kita perolehi haruslah dikongsikan bersama. Jika tiada medium arus perdana yang boleh digunakan, aku mencadangkan agar menggunakan medium blog ini. Menggunakan teknologi terkini dalam berdakwah juga merupakan salah satu daripada strategi yang harus digunakan.

Kalau kita lihat dan kaji sejarah ulama, cendekiawan dan pemimpin Islam terkemuka pada zaman dahulu, kita akan mendapati bahawa mereka bukan sahaja mahir dalam bab kepimpinan semata-mata. Bahkan ada antara mereka yang menguasai 4-5 bidang secara keseluruhannya. Kalau nak disamakan dengan zaman sekarang, mereka boleh dikatakan telah mempunyai 4-5 PhD, bahkan mungkin lebih hebat dari itu. Dengan ilmu yang pelbagai itulah mereka gunakan untuk menjadikan pemerintahan mereka sebagai pemerintahan yang sangat berkesan. Bagaimana mereka boleh menguasai pelbagai bidang ilmu ini? Ini mungkin menjadi persoalan di setiap pemikiran kita. Rasanya pernah dikupas tentang isu ini dalam tulisan sebelum ini.

Sekadar ulangan, ulama dan cendekiawan dahulu diasuh dan diberikan pendidikan tentang asas-asas Islam terlebih dahulu sebelum diajar tentang ilmu-ilmu lain. Kalau kita cungkil sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh ini, beliau mempunyai guru khas untuk menghafaz Al-Quran dan diberikan pendidikan tentang agama Islam. Pendidikan Islam didahulukan dan diutamakan terlebih dahulu dan selepas itu baru dimasukkan ilmu-ilmu peperangan dan sebagainya. Mengapa pendidikan Islam dahulu?

Ini kerana Islam mengajar kita tentang prinsip hidup kita. Islam mengajar kita tentang matlamat hidup kita. Islam mengajar kita tentang potensi diri kita. Apabila kita telah mendapat gambaran dan penjelasan serta pemahaman yang jelas tentang semua ini, barulah kita mempunyai keinginan dan keupayaan untuk mengejar cita-cita kita yang semestinya selari dengan Islam.

"Ish, bosan la kalo asyik sume mende nak kena Islam. Aku nak gak dunia".

Agak pelik sebenarnya kalau ada yang mengeluh sebegini. Entah di mana silapnya pemikiran orang macam ini. Mungkin ada yang tidak kena pada 'pendidikan Islamnya'. Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada mengecapi kenikmatan dan kemewahan duniawi. Jikalau begitu masakan mungkin terpapar pada kisah sejarah tentang para sahabat yang tergolong dalam golongan kaya-raya. Mana mungkin pada zaman pemerintah Umar bin Abdul Aziz tidak ada langsung penerima zakat. Semua ini menampakkan bagaimana Islam itu sendiri mengiktiraf nilai keinginan insani dalam mengecapi kemewahan. Cuma, ada batas-batas yang harus dipatuhi dalam mengejar dan mengecapi kenikmatan dan kemewahan tersebut. Mestilah ianya bersumberkan sumber yang halal dan baik. Entah kenapa Islam itu ditonjolkan dalam maksud yang cukup negatif oleh umat sekarang, terutamanya di negara kita ini.

Cukup jelas betapa pentingnya Islam dan pendidikan Islam dalam kehidupan manusia. Janganlah ada di antara kita yang cuba meremeh-remehkan perkara, kerana sesungguhnya orang yang melakukan sedemikian adalah tergolong di kalangan mereka yang JAHIL ISLAM. Namun jangan diperangi golongan sebegini. Mereka memerlukan bimbingan agar mereka tidak terus terbabas. Kita harus bersabar dalam meneruskan dakwah kepada mereka. Namun sabar juga ada batasnya kan? :)

Ambivalent

Salam...

Psikiatrik posting banyak mengajar aku tentang pentingnya bersyukur atas nikmat akal yang Allah kurniakan kepada kita. Tanpa akal, seseorang itu tidak akan dapat berfungsi dan memainkan peranan di atas muka bumi ini, dan mungkin juga tidak dapat merasai dan menilai akan nikmat-nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita. Sungguh berharga sebenarnya akal ini, tapi kadang-kadang manusia sendiri yang mencuba untuk merosakkannya dengan melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah. Tidak mungkin Allah akan menyukai sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akal fikiran manusia.

Apabila akal sudah tidak dapat memainkan peranannya dengan betul dan sempurna, maka akan terserlahlah perwatakan yang tidak mengikut norma orang yang normal. Di situlah bermulanya pandangan serong seorang manusia kepada manusia yang lain akibat perbuatan dan perwatakannya tidak bertepatan dengan ciri-ciri seorang manusia normal. Itu bukanlah kehendak mereka, itu bukanlah keinginan mereka. Allah telah menarik satu nikmat yang ada pada rata-rata manusia, namun Allah tidak membiarkan mereka begitu sahaja kerana Allah itu Maha Adil. Mereka yang telah ditarik nikmat akal telah dijanjikan syurga oleh Allah. Mereka telah mendapat syurga, kita yang berakal ini belum tentu...

Tetapi manusia sering terlepas pandang. Kadangkala dalam kehidupan manusia, mereka juga menampakkan akan perwatakan-perwatakan yang seakan-akan menyerupai mereka yang kehilangan nikmat akal ini. Tetapi tidak mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga boleh menggelarkan diri mereka sebaris dengan mereka yang kehilangan nikmat tersebut. Sebab itu kita tidak boleh mencerca golongan yang ditarik nikmat akal ini kerana mereka sebenarnya lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t.

Antara perwatakan yang selalu ada pada orang normal ialah tidak dapat membuat keputusan dalam sesuatu hal. Dalam istilah medikal yang digunakan ialah 'ambivalent'.

Kehidupan merupakan satu peringkat di mana manusia perlu membuat pilihan dalam menentukan corak dan pola perjalanan hidup manusia. Ini kerana dalam setiap perbuatan yang manusia lakukan hari-hari, manusia mempunyai pilihan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut. Untuk melakukan ataupun tidak sesuatu perkara itu haruslah dilandaskan kepada akal dan pemikiran yang dibentuk beracukan acuan Quran dan Sunnah.

Namun, ada juga masa dan ketikanya di mana manusia tidak mampu untuk membuat keputusan. Manusia teragak-agak dan ragu-ragu untuk memilih dan memutuskan. Samada ya atau tidak, buat atau tidak buat, sokong atau tidak sokong dan ada juga ini atau itu. Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kepada timbulnya perlakuan ini, dan selalunya ia berlaku apabila wujudnya campur tangan perasaan manusia itu sendiri. Jika sesuatu keputusan itu boleh dibuat berdasarkan kepada logik akal, maka ianya mudah untuk dilakukan. Jika keputusan boleh dilakukan berdasarkan kepada fakta, maka ianya mudah untuk dilakukan. Namun jika ia digauli dengan perasaan dan emosi manusia, maka ianya akan menjadi sesuatu yang amat sukar buat manusia. Kerana perasaan merupakan suatu yang amat istimewa buat manusia. Tanpa perasaan, manusia itu tidak akan dapat menghargai perkara sekelilingnya.

Akal tanpa perasaan adalah bagaikan sebuah kapal layar di tengah lautan tanpa angin. Kapal tersebut tidak dapat berlayar tanpa bantuan angin, namun ia masih mampu untuk menentukan matlamat destinasinya, masih mampu menetapkan haluannya. Apabila datangnya angin, dengan perlahan-lahan ia menuju ke destinasinya. Namun kadangkala angin yang datang bukanlah angin yang diharapkan. Angin ribut dan puting beliung boleh menyusahkan perlayaran kapal tersebut untuk menuju ke destinasinya, dan kadangkala boleh membawa kapal tersebut ke arah yang sebaliknya atau sesat.

Begitulah umpamanya akal dan perasaan. Akal ialah kapal layar tersebut. Ia boleh menentukan hala-tuju hidup manusia. Ia boleh menentukan matlamat hidup manusia. Perasaan ialah angin. Perasaan yang harmoni boleh membantu kita untuk mencapai apa yang telah ditetapkan oleh akal. Kadangkala apabila perasaan itu melebihi kadar yang sepatutnya, ia mampu membawa kita ke arah kehancuran. Sebab itu perasaan merupakan satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Tanpa perasaan yang harmoni, kita tidak mungkin dilabelkan sebagai seorang manusia yang normal.

Apabila kita mempunyai dua pilihan yang sama baiknya, sama bagusnya, perlulah kita kembalikan kepada Pencipta keputusan tersebut. Kerana Dialah yang paling mengetahui keputusan manakah yang terbaik untuk diri kita. Sebab itu digalakkan ketika kita hendak membuat suatu keputusan yang besar dalam hidup, kita disunatkan untuk bersolat sunat meminta petunjuk daripada Allah agar Dia membantu dan memandu kita dalam membuat sesuatu keputusan yang terbaik untuk diri kita.


Sampai ke?

Salam...

Tiba-tiba rasa teringin melihat post2 lama yang sudah berserawang di blog ni. Alhamdulillah byk juga perkongsian yang dapat ditukar-tukar. Macam tak percaya dah lebih dari seratus post berjaya ditulis. Walaupun ada yang merapu, tapi rasa bangga juga sebab mampu untuk menulis. Tapi antara semua, satu post je yg plg mendapat perhatian ramai; Orang Kemboja. :) Sampaikan kawan mak pun tanya pasal tu. Hehe.

Terfikir jugak, sampai ke apa yang nak disampaikan sebenarnya?? :)

Ramadhan Kareem :)

Salam...

Alhamdulillah, sempat bertemu lagi dengan Ramadhan kali ni. Syukur doa dimakbulkan. Rasanya tak perlu tulis panjang-panjang sebab rasanya semua dah tahu halnya Ramadhan ni. Nak ajak semua agar kita jadikan Ramadhan kali ni sebagai titik tolak perubahan ke arah kebaikan buat diri kita. Segala dosa yang lepas harap diampunkan samada dalam sedar atau tak. Secara kesimpulannya, ada 3 tiga agenda yang kita kena capai dalam Ramadhan kali ini dan seterusnya. Yang pertama ialah rahmat daripada Allah. Yang kedua ialah keampunan atas segala dosa-dosa kita dari Allah. Yang terakhir ialah pembebasan daripada api neraka. Agenda ini sebenarnya adalah hadiah daripada Allah seperti yang ternukil dalam sebuah hadith buat hambanya yang benar-benar ikhlas dalam mencari keberkatan dan keredhaanNya. Walaupun hadith tersebut bertaraf dhaif, namun kita ambillah iktibar daripada hadith tersebut dan bukannya untuk dijadikan sebagai hujah. Kalau betul ikhlas, kompem dapat insyaAllah. Ini janji Allah, dan janji Allah pasti benar.

Selain daripada tu, saja nak ingatkan malam Qadr. Ada macam-macam riwayat pasal bila sebenarnya malam Qadr ni. Tak kisah la. Apa yang penting, kita kena hidupkan setiap malam kita dengan ibadah dan tilawah Al-Quran. Kalau boleh cuba setiap hari. Kalau kita benar-benar tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kita dalam nak mengejar malam Qadr ni, insyaAllah Allah akan bagi kita jumpa. Ni peringatan untuk saya gak. Tapi takut terlalu sibuk ngan hal akademik lak. Tapi insyaAllah pasti akan cuba sebaik mungkin. Masa ni kena banyakkan doa. Minta la segala macam benda baik yang kita nak. InsyaAllah dengan keberkatan Ramadhan Allah akan tunaikan. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

Wah, kata tadi taknak cakap banyak, tapi dah berjela nampaknya. Rindu nak menulis sebenarnya. Banyak sangat nak kongsi, tapi setakat ni masa tak berapa nak mengizinkan lagi. InsyaAllah kalau ada masa lapang akan diupdate dengan artikel-artikel baru. Harapanya kalau ada artikel baru tu sila la bagi apa-apa pandangan. Boleh la kita berkongsi ilmu. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi la. Kan?

Ok, selamat berpuasa diucapkan kepada semua. Moga Ramadhan kali ni menjadikan kita lebih bertaqwa kelak. Doakan agar berjumpa dengan Ramadhan akan datang. Doakan kejayaan saya sekali ye! Saje nak kongsi lagu Ramadhan kegemaran. Bes!! Hehe :)


Al-Fatihah...


Pemergian Allayarham merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah dan seni...

Al-Fatihah buat pendakwah tegar, Allayarham Ustaz Asri...

Strategi Perjuangan

Manusia merupakan sebaik-baik ciptaan yang telah Allah jadikan di muka bumi ini. Istimewanya manusia ini adalah kerana Allah mengurniakan akal fikiran dalam menjalani dan mentadbir kehidupan mereka di muka bumi ini. Sebab itulah Allah menabalkan manusia sebagai khalifatul ard berdasarkan kepada kurniaan akal tersebut.

Dengan akal tersebut manusia merancang tentang kehidupan mereka. Mereka menetapkan bagaimana mereka ingin menjalani kehidupan di muka bumi ini. Mereka juga menggunakan akal tersebut untuk memperbaiki kehidupan mereka agar mereka selesa untuk beribadah dan bersosial.

Namun kadangkala manusia menyalahgunakan nikmat akal yang diberi. Mereka menggunakan akal tersebut untuk mencipta ideologi dan pemahaman yang kontra dengan sunnatullah. Manusia seringkali bertelagah akibat perbezaan pendapat dan seumpamanya. Dari situ wujudlah kumpulan-kumpulan yang saling salah-menyalahi dan mempertahankan ideologi masing-masing. Masing-masing mengatakan bahawa perjuangan mereka berada di pihak yang benar.

Dalam sesebuah perjuangan, strategi memainkan peranan yang maha penting dalam menentukan arah akhir perjuangan tersebut. Samada menang atau kalah. Jika kita lihat di era Rasulullah pun baginda amat menitikberatkan strategi yang akan digunakan agar ia memberi hasil yang positif di pihak Islam. Sebagai contoh dalam perang khandak, ketika itu Rasulullah mengumpulkan sahabat-sahabat untuk menentukan strategi yang paling berkesan dalam perang kali ini, dan akhirnya mereka sepakat untuk menggali parit di sekeliling Madinah sebagai strategi dalam perang tersebut.

Begitu juga dalam kehidupan kita pada hari ini. Kehidupan juga merupakan salah satu perjuangan yang harus kita tempuhi. Ini kerana semakin hari kita semakin berhadapan dengan pelbagai ujian dan tribulasi yang kadangkala mampu untuk menggoyah kepercayaan dan keimanan kita. Lantas kita memerlukan strategi yang efektif lagi jitu dalam berhadapan dengan dugaan tersebut.

Strategi yang dimaksudkan tidaklah semestinya boleh dilihat dari segi fizikal dan hasilnya boleh dilihat dalam jangka masa yang singkat. Dalam sesebuah perjuangan perlu ada objektif yang ingin dicapai. Strategi yang bakal diatur haruslah seiring dengan objektif perjuangan agar ia tidak lari dari nilai asal perjuangan tersebut.

Strategi yang terbaik bukanlah strategi yang dapat mencapai target atau objektif dalam masa yang singkat tetapi hanya dapat bertahan untuk satu jangka masa yang pendek, tetapi ianya perlulah bersifat jangka masa yang panjang dan berkekalan.

Kadangkala strategi yang terbaik dalam sesebuah perjuangan itu ialah dengan menggunakan kaedah 'sirr' atau secara rahsia. Kita masih meneruskan perjuangan mempertahankan yang haq namun kita tidak menyuarakan perndirian kita secara terang-terangan kepada umum. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat ketika zaman awal Islam di Mekah. Mereka tidak menyuarakan kepercayaan mereka kepada umum kerana bimbangkan keselematan diri dan keluarga, namun perjuangan menuntut ilmu agama tetap dilakukan. Hasilnya seperti yang kita dapat lihat seperti yang direkodkan sejarah, mereka menguasai sepertiga dunia.

Begitu juga dengan kita pada hari ini. Dunia sering menidakkan perjuangan menegakkan yang benar dan haq, bukan kerana dunia ini tidak adil, tetapi akibat tangan-tangan kotor manusia yang bodoh dan jahil agama yang memerintah dunia. Sebab itu dalam perjuangan antara strategi yang perlu ialah membahagikan tugas dan peranan yang perlu dimainkan bagi memastikan perjuangan tersebut berjalan dan terus berjalan. Ada yang perlu untuk menunjukkan muka untuk memberikan isyarat bahawa masih ada golongan manusia yang sedar akan kebatilan yang wujud, dan ada yang perlu untuk mendiamkan diri dari umum tetapi menjalankan kerja di belakang tabir.

Seringkali manusia terlupa akan kumpulan kedua yang amat perlu diwujudkan untuk memastikan perjuangan sentiasa diteruskan di masa hadapan. Selalunya golongan kedua ini tergolong dari kalangan mereka yang masih lagi belum cukup dengan ilmu yang diperlukan dalam perjuangan tersebut. Mereka bukanlah tidak mengambil endah akan perjuangan, tetapi mereka perlu dididik dan dipupuk terlebih dahulu sebelum mereka diletakkan di barisan hadapan.

Lantas aku sekali lagi ingin menegaskan kepada semua, perjuangan tidak semestinya secara fizikal. Kadangkala perjuangan secara 'sirr' ini memberikan impak yang lebih berpanjangan daripada secara fizikal. Banyak lagi agenda kehidupan yang harus kita tempuhi dan penuhi. Ayuh! Menuntut ilmu juga merupakan satu perjuangan. Lakukan itu dahulu di samping tidak melupakan dan mengabaikan perjuangan yang lain. Dengan meneruskan perjuangan tersebut, kita mengharapkan pengakhiran yang sama, iaitu ‘mardhatillah’.

Kualiti vs Kuantiti

Salah satu daripada agenda utama umat Islam ialah melahirkan suatu generasi yang mampu untuk mempertahan dan memperkasa perjuangan aqidah yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Setiap hari kita bangun dari tidur dengan suatu azam untuk membentuk dan membina sebuah masyarakat yang bebas daripada pengaruh-pengaruh dan anasir-anasir jahiliyyah yang mampu menggoyah keyakinan seseorang terhadap kebenaran dan kesucian Islam itu sendiri. Ramai yang melontarkan ide-ide serta prinsip yang mereka ingin terapkan dalam masyarakat 'idaman' ini. Namun yang perlu difokuskan sebenarnya ialah proses pembentukan yang perlu dilalui oleh masyarakat tersebut dalam menstrukturkan semula organisasi masyarakat, daripada pihak pemerintah sehinggalah ke peringkat rakyat biasa, agar ia mampu untuk membawa kepada terbentuknya sebuah masyarakat ataupun generasi yang bakal meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah pada perspektifnya yang betul.

Membentuk sebuah generasi seperti yang diimpikan ini merupakan suatu perjuangan dan peperangan yang agung sebenarnya. Ia bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ia memerlukan ilmu yang mendalam tentang hampir segala aspek kehidupan yang mampu dikuasai. Ia juga memerlukan tahap ketabahan dan kesabaran yang melampau tingginya, dan semestinya tidak semua orang mempunyainya. Namun ia bukanlah suatu yang mustahil untuk dikecapi. Ia pernah dilakukan, dan tidak mungkin untuk ia berulang kembali.

Apabila kita bercerita tentang medan perjuangan dan peperangan, kuantiti lebih diutamakan oleh manusia. Bilangan yang banyak bakal memberikan lebih peluang kepada sesuatu pasukan untuk mengalahkan musuhnya. Ya, benar. Bilangan yang banyak bakal menggentarkan pihak lawan yang bilangannya sedikit. Bilangan yang banyak juga akan memberikan gambaran yang positif untuk melambangkan kekuatan sesebuah pihak itu. Namun sejarah telah menukilkan bahawa bilangan bukanlah segala-segalanya apabila menceritakan tentang perjuangan menegakkan kebenaran.

Jika kita buka kitab-kitab sejarah, kita bakal melihat bagaimana uniknya para sahabat yang berjaya memenangi hampir setiap peperangan yang mereka tempuhi. Bilangan mereka tidak ramai, bilangan mereka tidak gah, namun mereka mampu untuk mempertahan kemurnian agama Islam dan akhirnya berjaya membentuk sebuah empayar yang menguasai hampir sepertiga dunia.

Al-Quran juga menukilkan perkara yang sama. Sebagai contoh dalam surah al-Baqarah ayat 149, Allah menceritakan perihal tentera Talut yang sedikit bilangannya berjaya mengalahkan tentera Jalut yang sangat banyak jumlah tenteranya. Rujuk ayat di atas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Selain dari itu, Allah juga menceritakan kepada kita perihal perang Badar di mana Allah telah menurunkan bantuan bagi mengalahkan musuh yang lebih ramai berbanding tentera Islam. Rujuk surah Ali-Imran ayat 123 atau boleh menghayati lirik lagu 313 nyanyi kumpulan Mestica.

Terdapat banyak lagi kisah yang tercatat di dalam Al-Quran mahupun kitab-kitab sejarah yang menampakkan kepada kita bahawa kuantiti bukanlah teras kepada kejayaan. Jika masih tidak percaya bahawa kuantiti bukan segala-galanya, kita buka sejarah perang Hunain di mana kaum Muslimin nyaris tewas dan menderita kekalahan yang teruk, sedangkan pada masa itu tentera Islam banyak jumlahnya. Tetapi hampir tewas dek kerana kurangnya kualiti kepada kuantiti tersebut. Tercatat di dalam surah al-Taubah ayat 25-26.

Kuantiti bukan segala-galanya dalam perjuangan. Kualiti harus diutamakan dalam membentuk seorang pejuang. Jika kualiti ini diabaikan, mana mungkin tentera Islam yang berjumlah hanya 313 orang mampu menewaskan tentera kafir yang berkali ganda ramainya di medan Badar, dengan izin Allah. Jika bukan kerana kualiti yang dititikberatkan oleh Rasululullah, mana mungkin Islam yang bermula dengan hanya beberapa orang mampu untuk menguasai sepertiga dunia. Jika kualiti bukan asas sahsiah seseorang insan, mana mungkin tidak wujud penerima zakat di zaman pemerintahan khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Jika kualiti bukan asas perjuangan, tidak mungkin rakyat Palestin yang sedikit kuantititnya jika dibandingkan dengan kuantiti rejim zionis mampu untuk bertahan sehingga hari ini dalam memperjuangkan kebebasan negara kiblat pertama umat Islam itu. Jelas, kualiti lebih awla daripada kuantiti.

Kita sorot semua itu kepada zaman kita hari ini. Bilangan umat Islam mencecah hampir 1.5 bilion. Namun apa yang berlaku, kecantikan dan kesyumulan Islam tidak tertonjol dengan jumlah umatnya yang seramai itu. Sehari-hari kedengaran berita-berita negatif berkaitan umat Islam. Hampir sahaja kesemuanya berkenaan pembunuhan, peperangan, jenayah dan seumpamanya. Mengapa ini boleh berlaku sedangkan bilangan umat Islam begitu ramai? Adakah kerana bilangan umat bukan Islam melebihi bilangan umat Islam dengan ketara? Atau adakah kerana kurangnya kualiti dalam kuantiti umat Islam tersebut menyebabkan mereka semakin hari semakin tenggelam dan hampir lemas dengan kemewahan dunia? Sepohon pokok yang menghasilkan buah yang banyak tidak semestinya menghasilkan buah yang mempunyai isi yang baik dan mantap. Inilah analogi yang boleh kita gunapakai untuk menggambarkan umat Islam pada hari ini.

Benarlah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud yang mafhumnya; akan suatu masa di mana umat Islam akan dikerumuni oleh sekelian umat manusia seperti orang-orang yang lapar mengerumuni makanan. Pada masa itu umat Islam ramai namun mereka umpama buih-buih yang mengalir lautan. Inilah yang terjadi kepada kita hari ini. Kita dihujani dengan pelabagai tuduhan dan fitnah yang bertubi-tubi, namun kita seolah-olahnya tidak mampu untuk membentengi serangan tersebut kerana tidak ramai yang memahami Islam itu dari perspektif yang betul. Belum selesai satu masalah, timbul pula masalah baru. Dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:

بادروا بأعمال الصالحة فستكون فتن كقطع الليل المظلم
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh, kerana kamu akan ditimpa dengan masalah seumpama kepingan-kepingan malam"

Ramai orang yang mengulang-ulang hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Nasai berkenaan dengan saranan Rasulullah untuk berkahwin dan beranak-pinak, namun Rasulullah tidak akan berbangga dengan umatnya yang jahil, bodoh fasiq dan zalim. Yang menjadi kebanggan kepada Rasulullah adalah apabila umatnya tergolong dalam golongan cerdik pandai, bermutu dan beramal soleh. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhan, Rasulullah bersabda mafhumnya:

"Manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan"

Hadith ini menampakkan kepada kita tentang kualiti yang sukar dicari di kalangan manusia yang ramai bilangannya.

Untuk membentuk satu generasi yang berkualiti, kita perlulah merujuk kepada sumber yang tepat untuk dijadikan sebagai asas dan dasar kepada acuan yang ingin kita terapkan kepada generasi tersebut. Jika kita menjadikan sampah sebagai asas, maka sampahlah yang akan kita hasilkan. Jika kita menjadikan kaca sebagai asas, maka kacalah yang akan kita hasilkan. Jika kita menjadikan berlian sebagai asas, maka berlianlah yang akan kita hasilkan.

Lantas Al-Quran dijadikan sebagai tunjang kepada acuan tersebut.
Umat Islam perlu memahami isi kandungan Al-Quran dan seterusnya mengamalkannya sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat di zaman Rasulullah. Kita bukan sahaja perlu mengaji tetapi juga harus mengkaji Al-Quran. Hanya dengan pemahaman tentang aqidah yang jelas dan iman yang mantap sahajalah yang mampu untuk membentuk sebuah generasi yang hebat seperti para sahabat.

Qaseh Cayunks...

Tiada sempadan untuk kasih sayang. Tidak kira siapa kita. Orang tua, orang muda. Bos, pekerja. Kaya, miskin. Ibu, anak. Gila, waras. Kasih sayang tidak kenal bangsa dan agama. Ia tidak memilih siapa yang dia suka. Ia milik semua.

Bernilainya kasih sayang itu sehinggakan tidak ada apa pun yang mampu untuk menggantikan tempatnya. Manusia yang memiliki kasih sayang merupakan manusia yang paling bertuah, paling bahagia. Sehinggakan sebuah kerajaan yang hebat sekalipun, jika tidak dipimpin oleh seorang yang tidak mempunyai kasih sayang, dan tidak diberikan kasih sayang oleh rakyatnya, tidak akan mampu untuk memerintah dengan baik dan lancar.

Kasih sayang mampu membuatkan orang hilang pertimbangan kadangkala. Mampu untuk memecahkan sebuah keluarga yang suatu ketika dahulunya dibina atas platform kasih sayang itu sendiri. Mampu untuk membuatkan seseorang itu menghancurkan masa depannya. Mampu untuk menggugat iman seseorang itu, jika tidak berlandaskan aqidah yang suci. Begitu berkuasa kuasa kasih sayang sebenarnya, sehinggakan manusia kadangkala menggunakan ia sebagai senjata untuk memanipulasi dunia. Ramai juga yang menggunakan ia untuk kemakmuran sejagat.

Kasih sayang mampu membentuk seorang insan yang lemah menjadi seorang yang mampu menggoncang ketamadunan dunia. Ini kerana kasih sayang membentuk keyakinan diri dan jatidiri seseorang itu dengan kaedah yang halus. Apabila seseorang itu mendapat kasih sayang, dia akan cuba untuk mendapatkan lagi kasih saying kerana ia merupakan suatu yang ditagih. Apabila mendapat bekalan kasih sayang mengikut acuan dan sukatan yang ditagih, keyakinan diri menebal dan membuatkan dia ‘khayal’ seketika. Ketika ‘khayal’ inilah perkara yang sebelum ini dia tidak mampu lakukan, bakal menjadi kejutan buat yang mengenali.

Kasih sayang mampu menjatuhkan manusia. Apabila kasih sayang itu tiada lagi di dunianya, ia bakal mengundang seribu satu kedurjanaan. Benda yang ditagih tidak mampu lagi untuk dibekalkan, mulalah timbul segala macam paranoia dan kesugulan. Keyakinan diri menurun secara drastic. Produktiviti merudum bagaikan tiada dasarnya. Mulalah ternampak kehodohan manusia itu pada dunia. Kadangkala mampu membawa kepada gila.

Suburkanlah kasih sayang sesama kita. Agar dengannya kita mampu untuk membina sebuah dunia yang disinari dengan cahaya dan kegembiraan. Tiada lagi persengketaan, tiada lagi khianat, tiada lagi hasad. Yang ada hanyalah bibit-bibit kemurnian yang berlegar di antara kita. Bajailah ia dengan kesucian agama berlandaskan sumber yang sah. Janganlah anggap ia sebagai suatu yang boleh diperlekehkan. Kerana tanpanya, kita mungkin tidak menggapai cita-cita.

Peperangan di hadapanku

Salam...

Esok akan mula bertempur di medan peperiksaan bagi posting paediatric. Harapnya semua berjalan lancar. Moga aku cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Mohon doa kalian semua. Jangan sampai aku tumpas sebelum mengangkat senjata. :)

Exam Syndrome

Salam...

Kalau kita bukak segala khazanah buku yang ada di alam semesta ni, kita takkan sekali-kali dapat berjumpa dengan tulisan bertajuk 'Exam Syndrome'. Mengapa? Kenapa? Apakah? Rata-rata yang menulis buku-buku serta artikel-artikel ilmiah merupakan antara mereka yang pernah melalui proses atau mengalami sindrom tersebut. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana kroniknya sindrom tersebut dan tidak kurang juga yang merasa gentar dan takut untuk mendedahkan kepada umum bagaimana tanda-tanda dan gejala sindrom itu. Namun, aku rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan kepada semua. Ini kerana aku tak mahu korang jadi macam kawan-kawan aku yang tengah mengalami sindrom membunuh masa depan ini.

Antara perkara yang boleh membawa kita kepada diagnosis ini ialah, perlunya ada peperiksaan dalam masa seminggu dua sebelum gejala-gejala melanda. Tipikal.

Jika difikirkan logik akal, kalau dah dekat dengan peperiksaan, manusia akan sibuk mengulangkaji pelajaran, menelaah dan meratah setiap muka surat buku tersebut. Kadang-kadang muka pun dah jadi buku.


Tapi jika seseorang itu terkena sindrom peperiksaan, dia akan banyak menghabiskan masa dengan melakukan ini:


Ya, bermain game. Terutamanya kalau yang ada PSP dan ada game PES dalam tu. Memang menyangalkan. Sampai tak tidur malam kadangkala cuba memenangkan liga.

Gejala kedua, selain daripada bermain game, dia juga banyak buat aktiviti ini:




Ya, layan citer series seperti 'Supernatural' dan seumpamanya. Mungkin bagi pesakit wanita mereka lebih suka cerita Jepun dan Korea, sehingga menangis menitiskan 'cendol' ke atas lantai.

Selain dari itu, pesakit juga mungkin berpura-pura seperti banyak berfikir dan berada dalam posisi ini:


Ya, tidur sebenarnya.

Ini adalah antara triad bagi sindrom peperiksaan ini. Gejala-gejala lain mungkin ada pada pesakit yang berlainan tapi agak jarang untuk kita jumpa.

Bagi mereka yang tidak menghidapi sindrom ini, mereka akan banyak menggunakan masa untuk membaca buku dan mengulangkaji pelajaran kerana mereka tahu mereka perlukan ilmu untuk menjawab peperiksaan.

Namun nasihatku janganlah kita lupa akan siapa yang memberikan kita markah lulus atau gagal sebenarnya. Ya, Allah la yang bagi kita semua tu. Oleh itu hendaklah kita jadi seperti ini:

Ya, banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Moga kita semua diberkati olehNya.

Bila Nur Melimpah Di Hati




Sedap lagu ni. Teringat zaman kecik2 dulu. Memang follow abes ah Nadamurni. Hehe. Lagu2 die mmg banyak yang menginsafkan sambil menghibur hati. Sekarang dah ada banyak remix lagu2 lama camni. Bes gak. Bukan lagu yang aku nak ketengahkan, tapi mesej dalam lagu tu. Layan la tgk :)

Leman dan Karim

Pada suatu hari yang hening, Leman dan Karim duduk berdua-duaan di bawah pokok ciku di kampung mereka. Leman dan Karim merupakan teman baik sejak kecil lagi. Mereka berdua suka melakukan aktiviti bersama-sama dan saling mempercayai antara satu sama lain, sehinggakan tiada rahsia antara mereka. Pada hari tersebut, berlakulah dialog ini:

Leman : Karim..
Karim : Yup kawanku. Apsal?
Leman : Ko perasan tak anak cikgu Midah, si Kira tu.
Karim : Haah, apsal ngan die?
Leman : Takde la. Ko tak rase ke die tu comel.
Karim : Aku kena rase camtu ke?
Leman : Takde la, aku tanye je. Aku rase die tu comel la. Camne eh?
Karim : Nak camne mendenye. Kalo dah rase comel, comel la. Nak buat camne lagi?
Leman : Ish ko nih. Bukan tu la maksud aku.
Karim : Abistu? Ko maksudkan ape?
Leman : Aku macam suke la kat die.
Karim : Aih, boleh plak macam suke ni eh? Orang kalo suke tu, suke je. Takde macam suke nih.
Leman : Alah ko ni Rim. Paham-paham la ape aku nak cakap.
Karim : Hehe, yela-yela. Aku paham. Haih, abistu, ko nak aku watpe?
Leman : Takde la, aku saje je nak tanye ko, ko agak-agak aku sesuai tak ngan die?
Karim : Aku rase die sesuai ngan aku je. Haha.
Leman : Ko nih Rim, aku serius nih.
Karim : Yela-yela. Main-main skek pon takleh. Huh. Herm, pasal jodoh ni aku takleh nak komen pape la. Semua tu kan Allah yang tentukan. Aku tengok si Kira tu baik orangnye. Lemah-lembut, sopan-santun, pandai layan orang tua, kuat agama, asal keluarga orang baik-baik, tak kaya sangat tak miskin sangat, tengah-tengah la kiranya. Bak kata omputeh perfect la kiranya. Ko pon aku tengok ok la gak, walaupun ade jerawat sebijik due kat muke tu. Hehe. Aku rase sesuai je ko ngan die.
Leman : Yes!!Yes!! Aku pun rase camtu gak.
Karim : Tapi kan Man, aku tak rase ko dah sedia nak kawen skarang.
Leman : Eh, apsal lak Rim.
Karim : Ye la, kite kan baru tujuh tahun, mane boleh kawen lagi.
Leman : Eh, takleh eh? Biar btol? Aku ingat dah boleh. Isk isk isk, kena tunggu lama lagi la baru boleh kawen ni?
Karim : Haah. Sian kat ko.

Begitulah antara dialog yang berlaku antara mereka pada hari itu. Kesudahannya, mereka pergi bermain bola selepas makan buah ciku yang jatuh dari pokok ciku tempat mereka melepak tadi. Antara moral cerita ini, jangan cuba nak menulis entri baru kalau dah takde idea. Tunggulah sehingga betul-betul ada idea, barulah mulakan menulis. Sekian dahulu. Tammat.


Akhirnya

Hari ni aku dihujani dengan soalan yang sama dari 2 orang pakar. Apa makna nama aku? Lama juga aku mencari di internet malam ni. Akhirnya, alhamdulillah, aku terjumpa satu laman yang memberikan jawapannya. Pencegah kemungkaran. :)

Aku dan Kamu

Bismillahi walhamdulillah...

Manusia semakin hilang nilai pertimbangan. Semakin hari manusia bagaikan telah hilang dan sesat melayari arus perdana dunia sehingga lupa dan mengabaikan prinsip agama yang sepatutnya dijulang dan dijulang lagi dalm kehidupan masing-masing. Nilai manusia kini sudah tidak berlandaskan Quran dan juga Sunnah seperti yang sepatutnya. Apabila nilai manusia sudah songsang, tidak berpandukan rujukan yang authentik, semsetinya manusia bakal dihujani dengan seribu satu tribulasi dan dugaan yang diturunkan lantaran hilangnya platform nilai yang sahih lagi suci.

Itu menjadikan manusia angkuh dalam karya dunianya yang dirasakan begitu hebat dan mapan, selaras dengan perkembangan dunia moden. Aku punya dunia, aku punya idea, aku punya rasa, apa kau kisah? Seringkali terpacul dari mulut yang busuk, mungkin juga hanya berlegar di pemikiran, belum punya kekuatan untuk menghemburkan. Ada yang secara diam menyatakan kepada dunia yang nilai pertimbangannya sudah terbabas dari agama, menggunakan teknologi terkini contohnya, menyampaikan mesej-mesej dan idea-idea yang langsung tidak menggambarkan kemuliaan agamanya. Persoalan yang mungkin timbul, adakah dia masih berAgama? Doaku jawapannya ya.

Apabila nilai sudah karat lantaran pelukan dunia, batas-batas halal dan haram sudah menjadi kabur ataupun hilang sama sekali dalam kehidupan. Perkataan-perkataan lucah, perlakuan-perlakuan lucah (cthnya perlakuan kaum 'Ad), idea-idea lucah, tontonan gambar-gambar lucah bagaikan air sirap yang diminum di kedai tepi jalan. Sudah tidak ada rasa malu dan berdosa terhadap Tuhan sekelian alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya apabila melakukan sebegitu rupa. Mungkin niat untuk jenaka dan seumpamanya, lantaran nilai sudah tiada, ia hanya mengundang segunung dosa yang bakal menghempap dan menyesakkan jiwa-jiwa yang kehilangan nilai.

Manusia hanya mengundang padah terhadap dirinya. Akibat terlampau merasakan dirinya cukup pintar untuk mengutarakan idea, dia sudah tidak memikirkan landasan yang perlu diikuti dan dipatuhi dalam membentuk dan memanipulasi sesuatu pemikiran. Baginya dia perlu membuktikan pada dunia bahawa kewujudannya mampu memberikan signifikan kepada semua dan dia mampu untuk melakukan perubahan kepada dunia untuk menjadikan dunia sebagai sebuah tempat kehidupan yang sempurna dengan idea-ideanya. Dia sudah terlupa bahawa kewujudan dirinya bukanlah untuk menjadi hamba pada dunia dan manusia lain, tetapi mengabdikan diri pada Dia yang mencipta dunia dan manusia. Semestinya dia sudah melupakan tugas ini, dek kerana nilai yang sudah hilang.

Aku dan kamu punya tugas yang besar dan banyak. Nilai manusia perlu dibetulkan. Jika dibiarkan berterusan, aku dan kamu akan disoal dan dihukum kerana tidak menjalankan tanggungjawab. Tidak boleh menuggu esok, perlu bermula dari sekarang. Kamu sedia menaiki kapal sekarang? Aku sedia, pasti.

Kembali Tenggelam

Salam...

Wah, sekali lagi tenggelam dalam kesibukan posting kali ni. Terlampau sukar untuk mencuri masa untuk menukilkan kalimah bagi berkongsi pengalaman ,ilmu dan pendapat. Akan kucuba jua semampu boleh bagi menyampaikan apa yang terbuku di minda.

Sekarang bakal menyambung posting 'paeds' di hospital Ampang. Esok merupakan hari pertama aku di wad 'paeds' hospital ini. Ingatkan baru nak berkenal-kenal dengan sistem wad di sini. Tapi dapat berita yang agak mendukacitakan dan mengjutkan, aku kena present case petang esok. Ampeh, bagi la sehari dua nak sesuaikan diri dulu, pastu baru la perangat enjin. Huh! Keampehan yang tak terkata. Hehe.

Baru selesai mengikuti program 'Train the trainer' yang dianjurkan oleh JAKSA kolej kediamanku. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program tersebut. Namun aku sedikit terkilan dengan kehadiran yang amat sedikit. Sepatutnya kehadiran patut dititikberatkan oleh pihak penganjur. Mungkin disebabkan jadual akademik yang berbeza menyebabkan kehadiran yang sedikit. Aku terima alasan itu.

Banyak yang dipelajari dari program tersebut. Cukup untuk dirumuskan bahawa hidup kita mestilah berlandaskan wahyu Ilahi. Tanpa agama, tak ada makna hidup ini. Selain itu ada juga slot yang aku x sangka boleh berlaku di muka bumi ini yang melibatkan aku. Haha. Ade ke patut buat suprise epi besday kat aku. Bagi aku bukan suprise dah tu, memang malu tahap cipan gulung. Tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hehe. Melebih-lebih lak. Tapi terima kasih ku ucapkan buat semua yang menyanyikan lagu selamat untukku. Moga Allah kurniakan umur yang diberkati sampai mati.

Baru-baru ni ada junior yang bertanyakan rasa-rasanya cepat tak rasa masa berlalu sepanjang masuk medik nih. Aku terfikir sejenak sebelum memberikan jawapan. Memang terasa cepat masa berlalu. Rasanya macam baru tahun lepas masuk tamhidi. Hehe. Kesibukan kadangkala membuatkan kita lupa tentang masa. Kita terlampau sibuk untuk mengejar kelas dan seumpamanya, akhirnya lupa tentang masa yang berlalu.

Masa yang diberikan kepada kita hanyalah 24 jam sehari. Tak ada manusia yang mendapat kurang atau lebih walaupun sesaat. Jika demikian kita harus merancang dengan baik agar masa yang dibekalkan ini digunakan dengan sebaik mungkin agar ia tidak disia-siakan dengan kerja yang tidak menguntungkan. Ramai yang memandang enteng akan kepentingan masa ini. Bila ditegur tentang kepentingan masa, mula la nak berkerut dahi dan bermuncung mulut bagaikan musang kena sepak dengan Rolando. Hehe. Aku pun seringkali tewas dalam bab menguruskan masa dan badan sekali. Keh3. Dua-dua gagal tapi bermakna. Apakah maksud bermakna tu? Biarlah rahsia. Hehe.

Ok, cukup sampai di sini dulu. Sebenarnya dah tulis entri baru yang lain haritu. Tapi mungkin isu tu dah sejuk, agak tak sesuai nak dipostkan. insyaAllah akan menulis entri baru nanti. Moga sejahtera semua. Salam... :)

Depress

It is really depressing to hear baby cries everyday....huhu :(

Hadith Muslim


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]


Disunting dari saifulislam.com

Aku Masih Wujud

Bismillahi walhamdulillah...

Salam buat semua pengunjung blogku. Dah lama sangat tinggalkan blog ni sampaikan dah ada kulat tumbuh kat tepi2 tu. hehe. Bukan xnak update tapi masa tak izinkan, takde tenet dan takde idea. Ada pernah skali try nak update tp berubah fikiran saat-saat akhir.huhu.

Sekarang tengah posting paediatric kat Hospital Temerloh. InsyaAllah lagi 2 minggu balik ke Ampang semula. Agak panjang la masa kat Temerloh ni banding kat Ampang,sbb xtau pa nk wat selen dari ngadap buku dan pi kanopi. Of course proportion ngadap buku tu lbh skek banding ngn mende2 len.hehe. Dalam erti kata lain, agak malas di Temerloh (mcm la rajin kt tmpt lain). Meh nak cite skek pasal posting kali ni.

Satu alam dah tau paediatric ialah satu cabang ilmu perubatan berkaitan ngan kanak-kanak. Jadi kali ni aku akan banyak berhadapan dengan sang genit.hehe. Bes ke berhadapan ngan budak-budak? Kalo sbg sorang doktor, aku kata susah skek la nk wat examination kat die sbb xleh nk ikut arahan sangat. Tapi ade je orang besar yg x reti bahasa nk ikut arahan.hehe. Comel ke budak-budak kat spital tu? Ade je yang comel, ade je yg x comel. Sume tu bgantung pd mata kite. Kalo kite rase comel, comel la. Kalo x nak wat camne. Tapi yang plg takleh tahan posting kali ni bila tengok budak nangis gler babeng sbb nk masukkan branula. Pergghhhh!! Boleh pekak wat sementara waktu dengannya. Sian tgk. Sememangnya aku takkan jadi paeds insyaAllah. Aku pon bakal jadi cam prof aku gak. Die penah cakap skali time miting ritu, "I hate paediatric posting, buat I will always love peadiatrician",au ka maqaal.hehe. Untuk pengetahuan sume, isteri prof ialah sorang paediatrician. Ironinye.hehe. Adakah ini bermaksud aku akan mencari sorang peadiatrician juga? X semestinya, aku trime sape saje yang baik.keh3. Tapi ape salahnya kan paediatrician pon. Sama-sama dai'e insyaAllah.

Setakat ni tgh brush-up skill2 berkarat amek history patient dan examination. Bayangkan la,dah 1 sem tinggalkan sume mende tu,mane la x bekarat. Mmg nk kena sental ngn clorox cap ayam. Pastu kena bilas ngn air Laut Mati.wahh,exaggerate sangat dah.hehe.

Susah gak dok kat sini tanpa kenderaan sendiri. Kadang2 nk gerak ke mana2 pon susah. Bukan sume orang satu kepala. Kalo satu kepala takpe gak. Orang kate kalo dtg Temerloh tak makan ikan patin mmg x sah. Mmg byk org jual ikan patin kat sini, tapi nk kena cari yg paling otai la baru bes. So,nak p kedai otai tu jauh, kena ade keta. Jadi itulah kpntgn keta kt sini. Bkn utk p spital, sbb p spital ade van.hehe.

Saje la nk bg maklumat tmbhn kat korang. Ikan patin ade 3 jenis. Ade patin sangkar, yg ni kelas plg bwh la. Kedua patin buah, pertengahan la, sedap jenih ni. Ketiga aku x igt pa nama dia. Patin ladduu kot.haha. Pi cari snirik. Takleh la spun fiding ja sll.

Rasenye cukup skadar tu. Sori la sbb agak melalut skek entri kali ni sbb tak sempat wat research. Sori gak sbb bahasa rojak amat kali ni sbb tgh ngntuk.hehe.

Salam :)