Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Festive Season is around the corner...

Taqwa is in the air for the whole month. Don't miss it friends. U're gonna regret it for your life if u let it go. Ramadhan Karim!! :)

Btol ke?

Kita tau dari sejarah ada ramai ulama’2 dan cendekiawan Islam yang menguasai lebh dr 2 bidang; sbg contoh dia kuasai ilmu falsafah, sains dan agama. Kadang2 aku terfikir, mcm mana derang leh kuasai sume ilmu2 ni? Ilmu2 tu lak bknnye bidang2 kecik, besau tu. Aku yang nak ngabehkan medic ni pon tersengguk2. Camne nk jadi cam derang? Aku pernah terfikir, dl derang blh kuasai sbg cth bidang perubatan sbb time tu ilmu tu x la banyak sgt mcm arini. Sbb ilmu medic yang ada arini sbnrnya berdasarkan apa yg derang jmp. Jadi maksudnya, ms zmn derang tu x byk mende kn blaja, plg kurang pon x sbyk apa yg kn blaja skang. Bila jadi camtu derang byk wat kajian je dan sbb tu la derang ada masa nak kuasai ilmu2 lain.huhu. Btol ke aku ni? Sampai skang aku x jmp jwpn.

Umat dulu cemerlang...

Umat islam pernah mencapai zaman kegemilangan yang tdk pernah dicapai oleh mana2 kaum dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Ini dapat dibuktikan dengan menyingkap kembali sejarah umat Islam apabila pada suatu masa dahulu, Barat diselubungi kegelapan ilmu dan juga sahsiah –juga dikenali sbg zaman kegelapan- namun kota2 umat Islam pada waktu tersebut diterangi dengan cahaya ilmu dan iman lantas menjadikan empayar Islam menguasai hampir 2/3 dunia.

Islam menekankan kepentingan menuntut ilmu ke atas umatnya. Bahkan seperti yg semua maklumi, ayat pertama yang diturunkan ialah berkenaan dengan menuntut ilmu. Selain dari itu, ajaran yang dibawa oleh Muhammad saw ni juga telah menampakkan dan membuktikan hasil didikan dan tarbiyah menuntut ilmu ini dengan terhasilnya ramai cendekiawan2 Islam; tdk kira di bidang agama, sains mahupun sastera, yang telah member inspirasi dan juga pengaruh yg cukup besar dalam membentuk dan mencorakkan dunia kita pada hari ini.

Mantan CEO syarikat Hewlet-Packard, Mrs. Carley Fiorina pada tanggal 23 September 2001; pd bulan yg sama berlakunya tragedi 11 September, beliau berkata dalam satu majlis di Minneapolis, Minnesota bahawa jika tidaklah kerana cendekiawan2 Islam pada masa dahulu, tdk mungkin kita boleh mencipta komputer pada hari ini.

Ini merupakan kata2 seorang bukan Islam yang memperakui sumbangan umat Islam dalam bidang ilmu kepada dunia.

Kita lihat dunia pada hari ini di manakah kedudukan seorang Islam di pandangan masyarakat antarabangsa. Kita ditohmah dan dicaci setiap hari dan tidak kurang ada yang diseksa dan dibunuh di merata tempat. Hal ini terjadi bknlah kerana Islam menjadikan umatnya menjadi hina, tdk mgkn sama sekali. Ini terjadi kerana umat Islam menjadi hina akibat dari perbuatan umat Islam sendiri. Apabila Islam hanya tinggal pada nama dan keturunan, inilah yang melemahkan umat Islam. Umat Islam tdk lagi mahu mengamalkan perintah2 Allah berdasarkan sumber yang sahih dan suci –Al-Quran dan As-sunnah. Umat Islam sudah tdk pandang Al-Quran sebagai panduan hidup tetapi hanya mengambilnya di saat nazak, ingin menghantar orang pergi haji, di saat anak nak menduduki peperiksaan dan sbgnya, walhal sepatutnya diletakkan Al-Quran dlm segala segi aspek kehidupan

Aku pun bknlah seorang yang baik dr segi agama mahupun akhlak, namun aku menginginkan kehidupan yg aman dan damai berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kerana aku iginkan pengakhiran yang baik di sana. Sama2lah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Sebaik-baik Umat

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Kadangkala kita hanya nampak apa yang kita tak ada, tetapi sebenarnya banyak yang telah Allah kurniakan pada kita. Setiap kali kita mendapat nikmat dan rahmat kita akan mengucapkan kalimah-kalimah pujian kepada Allah, bagaimana pula ketika kita dilanda musibah atau pun diuji dengan sedikit cubaan. Sepatutnya kita mengucapkan kalimah-kalimah pujian namun hakikatnya berapa ramai dari kita yang berdikap sedemikian. Adalah tidak adil dan tidak patut untuk hanya memuji Allah pada waktu gembira dan mempertikaikan qada' dan qadar Allah di kala kesusahan. Walaubagaimanapun insan dihidupkan dengan seribu satu sifat yang lemah dan melemahkan. Lantas kita harus muhasabah diri kita supaya tidak tergolong dalam golongan di atas dan cuba sedaya upaya untuk menjadi golongan sebaik-baik umat di kalangan manusia. Kita hanya akan menjadi golongan tersebut sekiranya memenuhi tiga ciri utama golongan tersebut iaitu menegakkan makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Alhamdulillah,bilik air aku dah siap.YES!!! Setelah diuji selama hampir 2 bulan, akhirnya Allah telah memakbulkan doa aku dengan mengizinkan Indon tu siapkan tandas aku arini.



Nampakkan perbezaan dia.keh3x

Nikmat

Setiap orang mengimpikan nikmat yang berterusan dari Allah swt. Tanpa nikmat, kita akan merasakan diri kita seolah-olah tidak dipedulikan dan dipinggir. Walaupun perlu diingatkan bahawa, kadangkala nikmat yang kita kecapi boleh membawa kita kepada kekufuran, na'uzubillah. Sejarah telah membuktikan bagaimana Qarun telah mengecapi kemewahan yang tidak mungkin untuk orang lain mengecapi kemewahan sehebat Qarun yang akhirnya membuatkan dia ditelan oleh bumi bersama harta-hartanya. Begitu juga sebaliknya, apabila nikmat seseorang itu diangkat dan ditarik balik, dia mungkin akan menyalahkan Allah swt dan menyebabkan dia dimurkai oleh Allah Tuhan sekelian alam. Aku ingin menceritakan tentang satu nikmat yang telah diangkat dariku. Mungkin bagi orang lain, nikmat yang telah diangkat ini tidak menjadi satu masalah yang besar, namun bagiku ia agak menyusahkan diriku dan beberapa orang rakanku. Cuba lihat gambar di bawah untuk memahami apa yang aku katakan.







Beginilah rupa tandasku. Sekarang dah ada di luar tempatnya. Aku dah tak boleh pakai tandas ni selama hampir 2 bulan. 2 bulan xde tandas, amcam?boleh idop? jamban ade sebelah katil je. senang nak membuat 'makar' di situ. Bath tub aku kt balkoni. Membe aku cakap senang nak buat 'free show'. Ha, memang senang sangat2 la tu. Sesiapa yang nak meringankan beban aku ni boleh la menderma sedikit-sebanyak. hehe.

Bersih dan Kemas

Kebersihan dan kekemasan sesebuah bilik melambangkan peribadi ataupun sifat seseorang itu. Jika bersih dan kemas bilik itu, maka kita boleh simpulkan yang tuan bilik tersebut merupakan seorang yang teratur, tidak pengotor, mampu berdikari, mempunyai sahsiah yang tinggi dan tidak memerlukan pembantu rumah. Walaubagaimanapun, teori ini tidak jatuh pada setiap individu yang biliknya nampak bersih dan kemas, kerana ini hanyalah teori, dan teori tidak semestinya betul. Walaubagaimanapun, cuba lihat gambar ini






Macam mane ek kalo camni?hehe.ni bkn blk aku.bg pndgn skek kengkawan!

Kelakar gak laaa....

Pada 1 ari...Iwan bertanya kpd Ali...;

IWAN: Ali, bapak ko bleyh x gosok gigi smbil bersiul??
ALI : Haa...??? Mustahil...mustahill..aku x caye..Klu btulla ak sggup kuar ngan beruk....
IWAN: Btul ni.....Ok, klu x caye sdah....
ALI : Merepek je...
IWAN: Betul!!
ALI : Mcam ner??
IWAN: Dia bukak gigi palsu dia &gosok gigi tu..sambil tu dia bersiul laaa.....
ALI : AbiSS...knala kuar ngan beruk...huhusad


***************************

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yg paling malas.
Cikgu:''Lukisan apa yang kau buat nie Abu,kosong jer?''
Murid:''Kuda makan rumput ,cikgu,''
Cikgu:''Rumputnya mana?''
Murid:''Sudah habis dimakan kuda, cikgu,''
Cikgu:''Habis tu,kudanya mana?''
Murid:''Sudah pergi ,cikgu!Kalau rumputnya sudah habis,buat ape kuda tu masih di situ?''


****************************

dialog antara sam & dol

dialog 1

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil


dialog 2

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.


dialog 3

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


dialog 3

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!


dialog 4

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!


dialog 5

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


dialog 6

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!


dialog 7

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!


dialog 8

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

Hoho....

Aku dah nak stat posting medicine. Orang cakap ni antara posting plg susah. Tp aku tgk dak2 aku yg dah wat posting ni cam ilek je. Hehe. Derang hebat kot. Aku x hebat, mgkn hya sederhana. Jd kena usaha ngn lebih gigih nak lulus ngn cemerlang kali ni. Posting surgery ritu cam kantoi skek je MCQ. Tp Alhamdulillah pass, tp xtau gred pe. Hrp2nye bkn ats pagar, tkut pagar tu runtuh. Keh3x. walau camne pon, aku mengharapkan doa dari kengkawan akan kesejahteraan diriku dalam meniti hari2 yang mendatang sebagai seorang pelajar perubatan, muslim, mukmin, sahabat, anak, ketua dan da’i insyaAllah. Smile always kengkawan… :)

Apa nak jadi?

Baru2 ni kita digemparkan dengan satu lagi isu baru berkenaan dengan tersebarnya klip video lucah yang dilakukan oleh beberapa orang adik kecil kita. Klip video tersebut yang dikatakan telah diambil menggunakan kamera telefon bimbit telah tersebar luas dan telah mendapat perhatian pihak yang berwajib. Ada 2 perkara yang harus kita ambil perhatian yg sgt2 dalam hal ni. Pertamanya ialah kegiatan penyebaran video seks atau lucah di Negara kita sudah x dpt nk dibendung lagi. Kegiatan penyebaran ini rasenye bkn hanya melalui teknologi internet, bahkan telefon bimbit telah menjadi sumber memuat turun video2 berkenaan. Perkara kedua ialah senario anak orang Islam skang yg semakin lama semakin tenat dan nazak. Bagaimana adik2 kecil yg kita rasakan mrk masih lg suci dr segi pemikiran dan juga rohani mampu untuk melakukan perkara terkutuk sebegini? Aku x salahkn budak2 tu, tp yg aku slhkn ialah ibu bapa kpd bdk2 tersebut. Ya, mmg kita xleh nk letakkan kslhn ni bulat2 gedebuk atas bahu ibu dan bapa mereka, ttp scr tabi’inya ibu dan bapalah yang bertanggungjawab ke atas anak2 mereka sehingga mrk baligh.

Bila aku fikirkan balik, camne la agak2nye anak2 aku nnt? Adakah aku akn menjadi seorang ayah yang berjaya membentuk pemikiran anak2 aku mengikut acuan Islam, atau adakah pengakhiran mereka sama seperti apa yang berlaku kt atas, na’uzubillah min zalik. Aku sedar aku bknlah insan terbaik dari segi iman,amal dan taqwa- jauh sekali nak mencapai maqam rabbani. Namun,aku cuba sedaya upaya utk menjadi sebaik umat yg Allah keluarkan bg manusia, walaupun kadangkala dilumur dengan dosa dari pelbagai penjuru. Aku memohon agar diberikan hidayah dan taufiq serta maghfirah dlm mengharungi kehidupanku yg penuh dgn cabaran dan dugaan ni, dan mintak dilindung dari mala bencana dunia dan akhirat.