Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Kadangkala kita hanya nampak apa yang kita tak ada, tetapi sebenarnya banyak yang telah Allah kurniakan pada kita. Setiap kali kita mendapat nikmat dan rahmat kita akan mengucapkan kalimah-kalimah pujian kepada Allah, bagaimana pula ketika kita dilanda musibah atau pun diuji dengan sedikit cubaan. Sepatutnya kita mengucapkan kalimah-kalimah pujian namun hakikatnya berapa ramai dari kita yang berdikap sedemikian. Adalah tidak adil dan tidak patut untuk hanya memuji Allah pada waktu gembira dan mempertikaikan qada' dan qadar Allah di kala kesusahan. Walaubagaimanapun insan dihidupkan dengan seribu satu sifat yang lemah dan melemahkan. Lantas kita harus muhasabah diri kita supaya tidak tergolong dalam golongan di atas dan cuba sedaya upaya untuk menjadi golongan sebaik-baik umat di kalangan manusia. Kita hanya akan menjadi golongan tersebut sekiranya memenuhi tiga ciri utama golongan tersebut iaitu menegakkan makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.
Alhamdulillah,bilik air aku dah siap.YES!!! Setelah diuji selama hampir 2 bulan, akhirnya Allah telah memakbulkan doa aku dengan mengizinkan Indon tu siapkan tandas aku arini.
Nampakkan perbezaan dia.keh3x
Pertumbuhan rambut dan penjagaan kulit kepala
-
Tahukah anda, terdapat 4 fasa dalam pertumbuhan rambut. Fasa aktif, fasa
peralihan, fasa rehat, dan fasa gugur. Pada satu masa, 80-90% rambut adalah
terd...
5 years ago
3 komentar:
Sekadar singgah mengucap tahniah..
>CiK_ZuE<
Weh, mana kad jemputan VVIP aku untuk menggunakan tandas ko?
Hahaha...so ur toilet tu dah finally siap eh?? no more looking at the toilet time nak tido? Lol! :-D Btw, thanx for FINALLY tagging my blog. igtkn tak jumpa2 lg. Slamat berpuasa! ;-)
Post a Comment