Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Teorinya mudah, praktikalnya susah

Bismillahi wal hamdulillah

Sudah berserawang nampaknya blog ni. Namun harapnya serawang itu bukan serawang kosong, tetapi serawang yang mempunyai seribu satu hikmah sepertimana yang terjadi di gua Thur, inshaAllah.

Semua orang nak masuk syurga. Syurga telah menjadi satu destinasi impian bagi sekelian umat manusia. Hebatnya syurga itu sehinggakan manusia menjadikan ia sebagai satu perumpamaan atau contoh bagi menceritakan kehebatan atau kecantikan sesuatu benda di muka bumi ini.

Namun hakikatnya manusia tidak mampu untuk membayangkan kehebatan syurga dek kerana terbatasnya pemikiran manusia. Sebab itu kehebatan syurga masih menjadi tanda tanya bagi mereka yang selalu memikirkannya. Namun Allah s.w.t memberikan gambaran-gambaran keadaan di syurga melalui kitabNya dan al-hadith. Namun yang diceritakan itu hanyalah sedikit daripada yang sebenarnya. Itu pun dah buat kita terliur dan tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki di sana, inshaAllah =) .

Nak masuk syurga kena tahu adab dan tatasusilanya, cara-caranya. Macam nak masuk rumah orang pun kena ada cara dan gayanya. Tak boleh main serbu tak pakai helmet. Silap haribulan kita kena serbu dengan JAIS...hehe

Allah banyak ceritakan dekat kita macam mana cara nak masuk syurga. Belambak je dalam Quran tu, kalau kita faham. Contohnya dalam surah At-Taghabun ayat 9, Allah berfirman, maksudnya:

"(Ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) dinampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal saleh niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keberuntungan yang besar."

Mesti kita pernah dengar ayat ini. Ada banyak lagi ayat-ayat yang membawa maksud yang sama. Beriman dengan Allah, melakukan amal saleh, syarat paling mendasar untuk masuk ke syurga. Senang saja. Tapi kenapa masih ramai yang masuk neraka? Sedangkan syarat untuk masuk ke syurga bukan main senang?

Secara teorinya cukup mudah untuk masuk syurga. Bahkan kalau kita fikir dalam-dalam, hanya perlu buat apa Allah suruh dan tinggal apa Allah larang. Dah boleh masuk syurga, inshaAllah. Namun realitinya tidak begitu.

Ada satu komponen yang sangat berpengaruh dalam diri manusia, iaitu hati. Begitu kuat pengaruh hati ini ke atas hidup manusia sehinggakan Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya, jika baik hati seseorang itu maka baiklah keseluruhan jasad orang itu, jika jahat maka jahatlah ia.

Bila berbicara tentang hati, ia ada perkaitan dengan hawa nafsu. Hati yang baik tidak akan menjadikan hawa nafsu sebagai tunggangan dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tetapi hati itu akan menjadikan hawa nafsu itu sebagai medium atau perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Seringkali manusia tewas kepada hawa nafsu. Ini kerana hawa nafsu itu hanya menampakkan apa yang seronok dan menggembirakan. Sebab itu ramai dari kita yang hanyut dan terbabas.

Manusia bertindak berdasarkan apa yang dia lihat. Syurga, pahala dan dosa tidak mampu dilihat oleh manusia. Kita hanya nampak apa yang ada di atas dunia. Sebab itu kita seringkali tewas dan tunduk kepada hasutan hawa nafsu.

Untuk mendidik dan menundukkan hawa nafsu bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau ia mudah, Rasulullah takkan kata jihad yang sebenar ialah jihad melawan hawa nafsu. Ianya suatu perkara yang besar.

Secara teorinya cukup mudah untuk masuk syurga. Tetapi praktikalnya amat payah. Namun itu bukan hujah untuk kita menyerah kalah dalam perjuangan ini. Dalam kehidupan ini pasti ada naik turunnya. Dan setiap kali kita jatuh, jangan mudah berputus-asa. Setiap kali kita tewas, jangan mudah meletakkan senjata. Bangun dan teruskan langkah. Kerana akhirnya, kita pasti akan sampai jua ke destinasi yang dituju. Walaupun ia mengambil masa yang lama. Walaupun kita parah cedera, inshaAllah. =)

Kita ada apa?

Bila kita mati nanti, apa kita nak bawa? Apa kita nak tinggalkan?

Rasulullah wafat, membawa bersama baginda cinta yang tinggi kepada Allah umatnya. Baginda meninggalkan Quran dan juga Sunnah.

Para sahabat dan syuhada' mati, membawa bersama keazaman dan keteguhan iman dan taqwa yang hebat. Mereka meninggalkan legasi daulah Islamiah yang gilang-gemilang.

Imam Hassan Al-Banna mati, membawa bersama keikhlasan dalam memperjuang dakwah dan tarbiah Islam. Beliau meninggalkan legasi manhaj dakwah dan tarbiah yang indah.

Pintaku PadaMu

Ya Allah,

Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Sesungguhnya, amalan yang terbaik di sisi Allah adalah amalan yang berterusan.

Seminggu ini banyak membuat aku fikir zikir. Membuat aku menilai sejauh mana pencapaian diri setakat. Ke mana sebenarnya destinasi terakhir yang ingin dituju. Apakah sudah bersedia dengan bekalan diri. Adakah layak untuk diterima masuk. Kecewanya diri bila jawapan yang ditemui tidaklah seperti yang diharapkan.

Masih banyak yang rompong, yang perlu ditampal. Tidak mampu untuk buat seorang diri.
Angin malam sungguh melekakan,
Membawa aku jauh ke lembah kelam, tiada dasarnya,
Aku resah, bimbang jika tidak dapat menapak,
Boleh jatuh terus ke lembah kelam, tidak timbul semula.

Angin malam sungguh mengasyikkan,
Membuat aku berfikir betapa hidup ini telah disia-siakan,
Mencari sesuatu yang selain dari Ilah,
Mengukir dan menempa nama di sisi manusia,
Mengorak kejayaan hingga ke hujung dunia,
Terlupa akan akhirat tujuan utama.

Aku cuba untuk sedar semula,
Sedar dari lamunanku yang seringkali membawa bencana,
Bencana yang penuh dengan kepedihan dan kepayahan,
Yang tak pernah jemu datang bertandang,
Mungkin kifarah untukku dari Tuhan,
Tuhan yang seringkali aku pinggirkan.

Aku ingin kembali ke sini




Tiba-tiba rindukan keindahan dan kedamaian alam. Terlalu lama berada di hutan konkrit membuatkan jiwa rasa resah dan tidak bertenaga. Seolah-olah jiwa dihempap batuan kerakusan manusiawi yang terus-menerus mengejar pembangunan yang tiada guna. Terasa sangat memerlukan 'time-out' untuk mendengar zikir alam kepada Tuhannya. Tuhan yang sama juga mencipta manusia yang jarang bersyukur atas penciptaan yang sebaik-baiknya. Sangat ingin kembali ke sini semula. Siapa mahu ikut?

-Redang dalam kenangan-

Terapi Muzik

Bismillahi wal hamdulillah

Pernah tak kadang-kadang bila kita rasa 'tensen' sangat, kita pasang lagu kuat-kuat. Macam nak pecah gegendang yang dah sedia berlubang 1-2 mikrometer. Kadang-kadang rasa macam nak roboh rumah sebab getaran 'bass' yang sangat mantap dan hebat. Aku pernah, selalu. Ngehngeh.

Tak ramai yang tahu muzik sebenarnya merupakan salah satu kaedah terapi jiwa. Sebab tu ada komposer muzik kata dia dapat lepaskan dan kurangkan kerunsingan hati bila dia main muzik. Ada juga yang menggunakan muzik untuk menggambarkan perasaan dia waktu tu.

Kalau kita pandai main alat muzik ataupun perkusi lagi best. Kalau rasa macam nak hempuk kepala kawan kat meja makan, lebih baik kita salurkan tenaga yang membara tu untuk mainkan muzik yang sedap didengar. Bukan pakai main tibai je. Kalau setakat tibai main perkusi ke, baik tak payah. Daripada kita sorang je tengan 'mental', orang lain pun 'mental' skali.

Tapi muzik macam mana yang boleh dijadikan terapi? Terapi maksudnya nak kembalikan diri kepada asal iaitu, jiwa yang sejahtera dan akal yang waras. Jadi, secara logiknya, muzik yang dapat membantu dalam terapi jiwa mestilah muzik yang menenangkan. Muzik yang boleh buat kita rasa rileks, aman, sejuk dan merawat. Ni salah satu contoh lagu yang best. Lirik dia pun bagus. So, apa lagi?

Penn...penn







Zaman dah berubah

Bismillahi wal hamdulillah

"@#$%^$## kau la. Aku x pernah pun cakap camtu."

Terngiang-ngiang lagi ucapan seorang budak lelaki baya adik aku yang masih di sekolah rendah kepada rakannya. Sungguh lancar dan tanpa segan silu mengucapkannya dengan lantang dan fasih. 'Pitching'nya pun boleh tahan, sebab tu boleh dengar walaupun berada agak jauh. Buat aku terfikir seketika.

Kalau kecil macam ini pun dah mampu memaki-hamun orang di khalayak umum tanpa ada walau sehelai kain untuk menyelubung perasaan malu, dah tentu dia mampu untuk melakukan yang lebih dahsyat bila dah besar. Bakar trak polis sebagai contoh? Hehe. Hanya contoh. Tidak ditujukan pada mana-mana pihak yang terasa semacam ada kaitan dengan dirinya. Kalau terasa, padan muka.

Seingat aku, sejahat-jahat aku masa sekolah rendah ialah tak buat kerja rumah. Memang jarang giler la jadi macam tu. Sejahat-jahat aku masa sekolah menengah ialah lepak dan ronggeng kat komtar dan prangin mall lepas habis sekolah. Masa tu pun masih lagi segan-segan. Kalau terserempak budak mashoor pompuan lagi la segan. Ye la, masa tu takut dengan senjata yang derang ade, mulut =) . Sekarang tak takut dah kot? Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Dengan beredarnya masa, sedar atau tak sedar, beredar juga rasa malu di kalangan kita. Mutakhir ini, kita banyak didedahkan dengan berita dan cerita tentang krisis akhlak dan etika di negara kita. Dengan buang anaknya, sumbang mahramnya, seks luar nikah, bunuh, letup, simbah, tonyoh, tenyeh, rasuah dan seribu satu macam lagi permasalahan yang tidak mungkin kita selesaikan dalam sebulan dua.

Nak cakap pasal sebab-musabab jadi macam ni pun rasanya semua dah tahu. Yang aku nak 'highlight'kan kat sini ialah, esok lusa bila dah berkeluarga, dah beranak-pinak, didik anak-anak dengan betul. Utamakan pendidikan dan pengahayatan Islam tanpa meminggirkan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Maksudnya sains , matematik, jogrofi, sejarah bla bla bla kena pentingkan juga. Tapi keutamaan itu memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang insan yang soleh wal musleh. Memang tidak ada jaminan yang anak kita pasti jadi soleh, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha sedaya mungkin. Hasilnya serahkan pada Yang Maha Menentukan.

Sebab itu penting untuk pasangan suami dan isteri mempunyai matlamat dan gambaran yang sama tentang kehidupan. Dari segi pelaksanaan mungkin sedikit berbeza, namun pastinya perbezaan itu tidaklah terlalu ketara kerana matlamatnya sama. Ada betoi ka? =)

Penn...penn.

~

Sudah lama bersama, tapi macam baru semalam jumpa. Nak kata tak kenal hati budi, sudah terlalu kenal, sehinggakan kalau boleh tak pernah berjumpa sebelum ini. Sepatutnya masa yang lama ini kita guna untuk kenal-kenal dan berbaik-baik. Tapi yang berlaku hanyalah kenal-kenal, jarang sekali berbaik-baik.Apa sebabnya?

Nak kata terlalu jahat, tak pernah lagi memaki hamun dan dimaki secara serius. Nak kata salah faham, selalu sangat jadi benda yang sama. Takkan tak faham-faham lagi. Nak kata hasutan syaitan, syaitan tak boleh hasut syaitan boleh jadi. Nak kata tebal sangat sikap pentingkan diri, itu yang lebih tepat rasanya.

Ada sesetengah orang yang memang tak boleh langsung fikir dan bertolak-ansur untuk kebaikan orang lain. Yang dipentingkan dahulu, diri sendiri. Tak salah nak nk meletakkan diri lebih penting dari orang lain, cumanya harus berpada-pada dan bertimbang-rasa.

Kita kena ingat, hidup kita tak semestinya pasal diri kita je. Kadang-kadang, selalunya mesti akan melibatkan orang lain. Kita nak beli ikan kat market pun melibatkan orang lain. Mana ada orang pi beli ikan sorang-sorang je kat dalam market. Kalau dia sorang je ada dalam market tu, maksudnya market tu tutup. Mesti la kena ada orang yang jual ikan.

*market = pasar basah loghat utagha

Tatau la nak cakap macam mane dah dengan orang-orang macam ni, hanya penampar yang mampu dan ingin kusampaikan di pipi. Kadang-kadang niat kita baik, tapi orang lain yang menjadikan tak baik. Sedih ada, marah pun ada. Moga lepas ni kita tak dipertemukan lagi =)



Lagu Ikram =)





Salahkah takdir?

Bismillahi wal hamdulillah

"Kenape la aku ni sial sangat? Asyik kena maki je tiap-tiap hari".

"Aku dah tak tahu mana silapnye. Aku ni memang keturunan jahanam kot".

"Aku ni memang pembawa sial. Semua cakap macam tu".

"Aku rase sesape yang lahir tahun ni memang malang".

Mungkin kita pernah dengar monolog begini. Mungkin orang yang kita kenal pernah mengucapkannya. Mungkin kadangkala ahli keluarga kita, mungkin juga diri kita.

Merasakan seolah-olah takdir tidak menyebelahi diri bukanlah sesuatu yang asing dalam diri manusia. Seringkali kita merasa terpukul dengan ujian yang dihadapkan. Mungkin itu merupakan ujian terberat yang pernah kita hadapi, atau mungkin akibat ujian yang tidak pernah henti dihadapkan kepada kita. Akibatnya kita stress dan tertekan. Tenggelam punca di mana silapnya. Gelap di depan seolah-olah tiada jalan keluar kepada masalah yang kita hadapi. Maka terbitlah bibit putus asa dan kecewa. Putus asa untuk berusaha menghadapi ujian, kecewa dengan kehidupan dan takdir yang senantiasa membawa kemudharatan pada diri.

Itulah sebahagian daripada fitrah insani yang Allah tanamkan dalam diri kita. Perasaan inferiority dan lemah, sinonim dengan jiwa kita. Dan bagi yang melihat lebih jauh, inilah antara kekuatan dan benteng jiwa.

Merasa inferior atau lemah merupakan satu anugerah. Dengan perasaan ini kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Kita hanyalah insan, makhluk Allah yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini dengan menegakkan kalimah Allah s.w.t. Setiap detik dan ketika, kita memikul tugas yang tidak mahu dan mampu dipikul oleh makhluk-makhluk lain, hatta gunung-ganang. Tugas yang pada mulanya nampak begitu mustahil untuk dipikul oleh manusia, sehinggakan para malaikat pelik dengan keputusan Allah azza wa jall, seperti yang dinukilkan dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

Mengapa jadi begitu? Adakah manusia tidak mampu untuk menjadi 'duta' Allah di muka bumi? Apakah tugas menjadi khalifah merupakan suatu tugas yang amat berat?

Jawapnnya ya. Sebab itulah tak ada makhluk lain yang mahu untuk memikulnya. Jadi mengapa kita dilantik untuk pegang amanah ini jika ianya terlampau berat? Apakah kita telah teraniaya? Apakah Allah telah menetapkan takdir kita itu untuk memusnahkan diri sendiri? Jawapannya semestinya tidak. Allah itu Maha Bijaksana dalam merancang, dan Dialah sebaik-baik perancang. Sudah tentu segala hikmah kita dilantik memegang amanah ini adalah dalam ilmu Allah yang maha luas.

Mengapa takdir hidup kita begini bukan lagi menjadi titik persoalan utama. Persoalan yang harus diutarakan dalam benak hati kita ialah, bagaimana kita harus dan perlu bertindak dengan takdir ini. Kita yang menentukan samada takdir ini akan membawa kita ke gerbang syurga yang sangat 'best', atau menjerumuskan diri kita ke lembah neraka, wal'iyazu billahi min zalik.

Jika kita mampu untuk mengawal minda dan pemikiran kita untuk menjawab persoalan ini, insyaAllah, kita sudah separuh jalan menuju kepadaNya.

Begitu juga halnya dengan persoalan di awal penulisan ini. Apakah salah takdir kita hidup begini?

Allah s.w.t tidak pernah menciptakan hambaNya untuk dianiayai, tetapi Allah s.w.t menciptakan setiap makhluk untuk dilimpahkan rahmat dan kasih-sayangNya. Bahkan, Allah s.w.t telah menyediakan syurga yang berlipat kali ganda nikmatnya untuk hamba-hambaNya yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya.

Kita diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56. Sekiranya kita melakukan segala tuntutan dan perintah Allah, insyaAllah kita bakal dikurniakan syurga di akhirat.

Namun, kadangkala Allah s.w.t mahu melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Sebab itu Allah memberikan ujian kepada kita untuk menilai keutuhan jiwa kita dalam mengabdikan diri padaNya. Dan ujian Allah ini pelbagai, bergantung kepada individu tersebut. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kekayaan. Ada yang diuji dengan masalah yang tidak putus-putus, ada juga yang diuji dengan kesenangan yang berpanjangan. Ujian ini dihadapkan kepada kita untuk menilai diri kita. Jika kita sabar dan teguh menghadapinya, alhamdulillah, kita berada di atas jalan yang selamat.

Dan seringkali bila kita dihadapkan dengan ujian-ujian ini, yang menyelamatkan diri kita ialah rasa inferior dan lemah. Bila ada sifat ini dalam diri kita, dengan segera kita akan ingat pada Allah, pencipta dan penyelesai segala masalah yang kita hadapi. Tetapi sekiranya tidak ada sifat inferior dan lemah ini dalam jiwa, kita takut akan terbabas dalam mengendalikan masalah dan ujian tersebut.

Seperti yang terjadi kepada Firaun. Firaun seorang pemerintah yang tidak pernah berasa inferior dan lemah. Setiap hari dia merasakan dialah yang terhebat. Akhirnya dia dilaknat oleh Allah dan seluruh makhluk akibat dari keangkuhan dan bongkaknya. Ujian yang Allah berikan padanya ialah tidak pernah merasa sakit dan susah. Dan dia tersilap langkah dalam bertindak sesuai dengan takdirnya.

Oleh sebab itu, janganlah kita menyalahkan takdir yang telah ditulis atas diri kita. Jika kita menyalahkan takdir, seolah-olahnya kita menyalahkan Allah 'azza wa jall. Mengadu kepada Allah tentang takdir kita adalah perkara yang berbeza. Kita dibolehkan untuk mengadu tentang nasib kita kepada Allah. Kerana hanya kepada Dialah tempat kita memohon pertolongan.

Bila kita ditimpa sesuatu yang menggusarkan, kembalilah ke atas sejadah. Ruku' dan sujud padaNya dengan penuh sifat kehambaan dan lemah. Ceritakan segala yang terbuku di benak hati. Pilihlah perkataan yang syahdu dan lembut, moga dengannya Allah 'berlembut' dengan kita. Moga kita senantiasa berasa lemah dan tunduk di hadapanNya. Amin ~

Susahnya nak tido

Bismillahi wal hamdulillah

Terasa sejuk malam ini. Hujan turun dengan rahmat dariNya. Selalunya manusia akan nyenyak tidur dalam cuaca begini. Tapi susah pula aku nak lelapkan mata, padahal rasa mengantuk yang amat. Banyak pula yang menerjah fikiran. Hal itu, hal ini. Benda itu, benda ini. Macam-macam ada. Waktu pagi tadi takde pula nak datang dalam otak.

Mungkin waktu nak tidur adalah waktu yang paling tenang. Waktu otak mula nak bersenang-senang sedikit. Waktu yang tak perlu fikirkan perkara-perkara yang berat-berat. Tapi yang datang waktu nak tidur pun bukan calang-calang punya fikiran. Macam-macam juga. Lagi berat kot. Kadang-kadang sampai kena makan ubat tidur. Memang kronik. Tapi sekarang stok ubat dah habis. Kena bergantung pada diri sendiri. Aduh!

Hidup kita memang tak boleh lari dari masalah. Masalah akan muncul satu persatu. Kadang-kadang, belum selesai satu masalah, datang satu lagi. Ini lumrah kehidupan kita. Masalah yang kita hadapi sebenarnya merupakan satu ujian untuk kita. Nak tengok kita ada di tahap atau maqam yang mana. Mungkin ada orang kata ini ayat retorik, terutamanya bagi penceramah nak berceramah. Nak buat macam mana, memang ini hakikat. Dalam Quran pun Allah ada sebut pasal ujian untuk tengok samada kita layak ataupun tak untuk masuk syurga. Jadi, memang betul la masalah tu merupakan satu ujian.

Yang penting selain dari kerjasama ialah cara kita memandang setiap masalah yang kita hadapi tu. Orang yang bijak akan melihat masalah itu sebagai satu kaedah atau jalan untuk dia memperbaiki dan memperelok diri sendiri. Dia tahu bahawa di sepanjang proses untuk menghadapi masalah tersebut dia akan mendapat sesuatu. Dia akan dapat mempelajari perkara baru. Dia akan memperoleh pengajaran yang tidak dapat sebelum ini, walaupun dia tak berjaya mengatasi masalah tersebut.

Bagi mereka yang berfikiran negatif atau pesimis, dari awal lagi mereka sudah mengalah. Sudah mula mengeluh sebelum apa-apa lagi. Sudah mula melupakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan ke atas mereka. Mereka berfikiran bahawa setiap masalah yang timbul dan muncul akan memusnahkan hidup mereka. Akan menyebabkan mereka lebih terjerumus ke lembah kegagalan. Sedangkan mereka lupa bahawa dengan ujianlah mereka boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

Lantas, kita tergolong dalam kumpulan mana? Golongan yang optimis atau pesimis. Mungkin kedua-duanya. Ada masanya kita begitu optimis dengan diri kita. Kita mendapat sokongan dan dokongan dari orang terdekat, membuatkan kita menjadi yakin dengan diri kita. Sebab itu penting untuk memilih siapa yang dekat dengan kita. Jika yang dekat itu jenis yang tidak ambil peduli, malanglah kita. Sekiranya yang dekat itu merupakan seorang yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan, beruntunglah kita.

Ada masanya juga kita menjadi seorang yang pesimis. Mungkin lantaran tekanan yang bertubi-tubi, kita jadi tak tentu arah buat seketika. Kita mula hilang keyakinan pada diri sendiri, sedangkan kita punya keupayaan untuk menyinar dan mengatasi mehnah yang muncul. Pada waktu ini, kita perlu mencari sinar semangat itu semula. Sebab itu kita perlu untuk mempunyai mereka yang dekat dan boleh dipercayai, agar mereka dapat memulihkan semangat untuk supaya kita dapat kembali 'beraksi' dengan mantap.


Apa? Jodoh?

Bismillahi wal hamdulillah

Ada yang bertanyakan tentang jodoh. Aduh, aku sememangnya bukan orangnya untuk mengupas isu ini. Bukanlah tidak tahu langsung tentang jodoh, cuma merasakan tidak cukup kelayakan untuk bercerita tentangnya. Jodoh merupakan merupakan isu yang cukup subjektif dan abstrak. Perlukan ilmu dan pengalaman yang cukup dan luas untuk memberikan gambaran yang jelas tentangnya. Secara terang-terangan aku bukan orang itu.

Hendak bercerita tentang jodoh pun tak boleh, apatah lagi hendak menjawab persoalan, perlu mencari atau tunggu sahaja. Sering timbul soalan ini di benak hati kita, tapi cukup malu untuk bertanya.

Aku hanya mampu memberikan pautan untuk mereka yang inginkan jawapan tentang jodoh. Aku juga masih belajar tentang ini. Kalau anda ada yang ingin dikongsikan, dipersilakan =)

  1. http://saifulislam.com/?p=4858
  2. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=500

Apa? Papaku kata apa tentang ini? Dia tak kata apa-apa.... Haha =)




Layan....

Semangat2



Bismillahi wal hamdulillah

Masa, begitu pantas meninggalkan kita. Begitu cepat ia berlalu. Rasanya seperti baru semalam bermula. Hakikatnya sekarang sudah hampir di garisan penghabisan. Perasaan bercampur-baur. Gembira, sedih, suka, duka, atau langsung tidak berperasaan. Tidak tahu yang mana mendominasi.

Pejam celik, sudah hampir 7 tahun aku di alam universiti. Suatu fasa atau peringkat yang aku sangat harapkan ketika di bangku sekolah. Aku tahu aku bakal mendapat pelbagai pengalaman dan pengajaran. Benar sangkaan itu. Banyak yang aku dapat sepanjang 7 tahun ini. Ramai yang aku kenali selama 7 tahun ini.

7 tahun ini banyak merubah diriku, dari sudut pandangan dan pemikiran. Aku mula membuka mata dan fikiran terhadap dunia. Dulunya aku agak tersepit dalam suasana yang kecil di atas pulau. Hanya berlegar di sekitar mereka yang kukenali. Tidak banyak variasi atau beza dari diriku.

Tapi setelah menapak ke universiti ini, aku mula menerima perbezaan yang ada di antara insan. Ada yang lurus, ada yang bengkok. Ada yang cepat, ada yang lembab. Semua itu mencorakkan kehidupan aku selama ini. Walaupun agak sukar untuk menerima di awalnya, tapi semua itu telah diatasi dengan seikhlasnya. Menerima perbezaan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi setiap orang.

7 tahun belajar di universiti, suatu jangka waktu yang cukup lama. Ramai saja yang selalu bertanya bila lagi nak habis belajar. Yang paling selalu ditanya, bila lagi? Faham-faham saja maksudnya. Bagi yang tidak tahu, aku mengambil kursus bidang kedoktoran selama 6 tahun, dan matrikulasi selama setahun. Campur semuanya 7 tahun, insyaAllah. Walaupun masih berstatus sebagai seorang pelajar, aku sedar yang aku sudah tua.

Bila melihat rakan-rakan yang lain sudah bekerja dan mendirikan rumahtangga, terasa juga terkilan dengan keputusan yang diambil. Kadang-kadang terasa juga mahu berhenti, tapi ramai yang berkata sudah terlambat. Dah di tahun akhir. Betul juga. Tak boleh nak menafikan kenyataan itu. Perjuangan harus diteruskan, walaupun momentum semakin hari semakin berkurangan. Harus terus yakin.

Insan itu makhluk lemah dan ada limitasi. Kadang-kadang perlu juga ada yang terus memberikan rangsangan dan semangat. Agar perasaan sedih dan lemah itu dapat diatasi sebelum ia mula menjadi barah. Barah yang bakal dibawa seumur hidup. Jika ia dibiarkan menular, pastinya ia akan mempengaruhi hidup. Mengubah peribadi dan perangai ke arah yang lebih merosakkan.

Kehidupan universiti yang kuimpikan bukanlah seindah yang dibayangkan. Entah apa dan mana silapnya. Akukah yang bersalah kerana tidak lebih proaktif? Atau pentadbiran universiti yang wajib dipertanggungjawabkan? Entahlah. Yang pasti, aku tidak akan mencadangkan sesiapa pun masuk ke universiti aku ini sekarang. Mereka pasti kecewa sepertimana aku kecewa. Universiti yang sentiasa pandang tinggi pada diri sendiri, dan sentiasa menafikan kelemahan yang ada di dalamnya.

Begitu banyak perkara negatif boleh diceritakan. Tapi apa guna memandang kepada perkara yang tidak enak difikirkan. Masih banyak yang gembira untuk diingati.

Di universiti ini aku mengenali ramai yang baik. Yang ceria. Yang indah. Yang yok =). Sahabat-sahabatku dan mereka yang mengasihiku di jalan Ilahi. Merekalah yang sentiasa menceriakan hariku. Boleh hilang duka ketika bersama mereka. Boleh sentiasa gembira bila bersama mereka. Begitu ramai untuk disebut seorang demi seorang. Dan pastinya ada yang lebih aku sayang dan aku ambil kisah. Ada juga sekadar ambil tahu sudah mencukupi. Tidak mungkin boleh sama nilai antara semuanya. Aku juga insan lemah.

Buat kamu yang aku sayang dan aku kisah. Semoga kita bahagia dunia dan akhirat. Teruskan semangat. Yosh!



Ikhlaskan hatimu

Bismillahi wal hamdulillah

Apa akan jadi kalau kita tak redha dan ikhlas? Terutamanya ketika menerima suatu keputusan yang langsung kita tak harapkan. Tak redha dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tak redha dan ikhlas dalam perhubungan. Tak redha dan ikhlas dalam percakapan. Tak redha dan ikhlas dalam pelbagai lagi aspek kehidupan.

Ada yang bertanya tentang ini. Terus-terang, aku bukan yang terbaik untuk memberikan pandangan dalam hal ini. Aku sendiri kadangkala masih ragu dan sangsi dengan keikhlasan hati sendiri dalam beramal. Apatah lagi ketika ditimpa sesuatu yang tidak diduga.

Ikhlas itu bersangkut-paut dengan hati, dan hati merupakan sebahagian dari diri insan yang sangat sukar untuk dicerita dan diekstrak. Kerana hati itu dijadikan sebagai sesuatu yang suci dan mulia, selagi mana ianya tunduk dan patuh kepada syariat Allah. Namun bilamana ia menyimpang dari jalan kebenaran, bertukarlah ia menjadi sesuatu yang hitam dan sesat. Ikhlas dan redha itu datang dari hati yang tunduk kepada Allah.

Bagaimana mahu mengenal samada kita redha dan ikhlas dalam sesuatu perkara? Wujud pelbagai perincian yang diutarakan oleh ulama' yang boleh kita cari dan gunapakai. Namun secara umumnya, redha dan ikhlas itu ialah apabila kita yakin dengan ketentuan Allah. Yakin bahawa apa jua yang Allah hadapkan dalam kehidupan kita akan membuahkan kemanisan di hujungnya. Yakin bahawa setiap masalah yang dihadapi bakal menjanjikan seribu satu ketenangan di hadapan sana. Yakin bahawa setiap hajat kita yang tidak dipenuhi bakal digantikan dengan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Jika ada ciri-ciri ini dalam diri kita, kita sedang menuju ke jalan yang betul insyaAllah. Namun, ada banyak lagi perincian tentang ini, dan ini hanyalah sebahagian kecil darinya.

Kalau kamu ikhlas dalam menerima ketentuan ini, aku juga ikhlas menerimanya insyaAllah. Mungkin rasa dan nampak sukar pada mulanya, namun semuanya akan ok insyaAllah. Percayalah dengan Allah, kerana Dia yang merencanakan semua ini untuk kita.

Harap membantu bagi yang bertanya.

Jadilah Baik

Bismillahi wal hamdulillah

Entah kenapa sungguh sukar hendak menjadi baik. Setiap kali ingin menuju kebaikan, setiap kali itu jugalah aku terjatuh dan tersembam. Seolah-olahnya sudah tertutup pintu kebaikan untuk aku. Atau sebenarnya, kelemahan dan kedhaifan diri yang menutupkan pintu itu. Kadangkala terfikir, sampai bila akan terus begini? Jawapan yang sudah ada di tangan, namun masih berdolak-dalih hendak mencari jawapan lain.

Kita bertanggungjawab atas tindakan kita sendiri. Sejak akil baligh kita dilepaskan dari tanggungan ibu dan ayah kita. Dosa dan pahala, salah dan benar semuanya terletak atas kepala kita. Sebab itu semasa kecil ibu dan ayah menitik beratkan pendidikan agama untuk kita agar kita dapat menjalani kehidupan yang selari dengan syarat Islam.

Namun selalunya kita bertindak bersimpangan dengan apa yang Islam ajarkan. Setiap kali itulah kita cuba untuk mencari alasan selain dari diri kita untuk dipersalahkan. Kita cuba untuk merasionalkan tindakan kita yang salah itu, sedangkan kita tahu bahawa kita yang memilih untuk bertindak sedemikian. Apa nak jadi dengan kita ni?

Dalam surah Ar-Raad ayat 11, Allah s.w.t berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali mereka sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”. Bila kita nak ubah diri kita? Nak tunggu nazak?

Peringatan yang sangat keras buat diri yang selalu leka. Sahabatku, ingatan ini untuk diriku. Bantulah aku untuk menjadi baik. Tegur aku jika aku leka dan lalai dalam mengingatiNya. Sedarkan aku jika aku sudah mula menyimpang dari jalanNya.

Ambillah iktibar dari kekhilafan diriku. Moga kamu tidak menjadi seperti diriku.

Ampunkan kami Ya Allah.

Infaklah walau seringgit

Bismillahi wal hamdulillah

Syukur pada Allah masih bernyawa sehingga sekarang. Setiap detik yang Allah kurniakan pada kita di dunia ini adalah satu peluang untuk kita lebih dekatkan diri padaNya. Moga kita semua masih dapat menikmati anugerah Allah ini (paling kurang sampai minggu depan =) ) dan semoga kita sentiasa terbimbing dan dibimbing dalam melakukan setiap urusan kita.

Ada mesej yang ingin saya sampaikan kali ini. Ada peluang untuk melakukan amal jariah bagi mereka yang inginkan bon akhirat. Dalam surah Al-Hadid ayat 7, Allah mengumpamakan mereka yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai itu ada seratus biji buah. Besar pahala mereka yang infak pada jalan Allah. Namun semua itu tidak dapat dilihat di dunia ini, tetapi semua itu akan membantu kita di akhirat kelak, ketika berhadapan dengan Dia.

Sebahagian dari harta kita diperlukan untuk membantu pembelian bangunan yang akan digunakan dalam menyemarakkan lagi dakwah, terutamanya dakwah kepada non-Muslim.

Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), memerlukan bantuan berupa sumbangan wang untuk membeli sebuah bangunan yang akan digunakan sebagai markas dalam menggerakkan kerja dakwah IPSI.

IPSI adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah hampir 18 tahun bertapak di Pulau Pinang. IPSI bertindak sebagai sebuah badan dakwah yang memfokuskan kepada mengajak non-Muslim untuk memahami Islam dengan pemahaman yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Dengan terbelinya bangunan ini, ia bakal dijadikan sebagai One Stop Centre untuk kerja dakwah IPSI. Walaubagaimanapun, semua ini hanya mampu tercapai sekiranya IPSI dapat membayar penuh pembelian bangunan tersebut dalam masa kurang dari 3 bulan ini sebanyak RM1.7 juta. Bangunan tersebut terletak di kawasan pusat bandar Pulau Pinang berkeluasan 5549 kaki persegi (4 tingkat).

Gambar bangunan

Oleh itu, saya menyeru semua yang punya keinginan untuk membeli bon akhirat agar sama-sama kita beramal jariah. Sampaikan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai yang lain agar kita dapat merealisasikan impian yang mulia ini.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi Bank Islam : 07025010021464

Bagi mereka yang mengenali saya, anda boleh sampaikan melalui saya. Anda boleh infakkan sebanyak mana yang anda inginkan ataupun anda boleh menyertai skim wakaf yang dibuat iaitu RM300 untuk 1 kaki persegi. Untuk itu anda boleh lawati laman web IPSI di http//www.ipsi.com.my untuk maklumat lanjut.

Moga sumbangan kita ini bakal menjadi penjamin kita untuk sampai ke syurga sana, insyaAllah.


Happy Eid

Bismillahi wal hamdulillah

Telah sampai kita ke penghujung Ramadhan Al-Mubarak. Sungguh cepat sekali rasanya perjalanan Ramadhan kali ini. Mungkin dek kerana kesibukan dengan tugas dan kerja, tak terasa sangat sebulan hampir berlalu. Sememangnya bila tiba di akhir bulan yang mulia ini, rata-ratanya sudah mula sibuk dengan persediaan untuk menyambut satu hari yang mulia, iaitu Eidul Fitr. Dan sememangnya kita disuruh untuk menyambut hari raya ini dengan meriah. Oleh sebab itu antara hari yang diharamkan untuk kita untuk berpuasa ialah pada Eidul Fitr.

Meriahnya sambutan tersebut bukanlah kerana telah berlalunya Ramadhan. Meriahnya sambutan adalah kerana meraikan kejayaan kita untuk mengekang dan mengawal diri dan nafsu sepanjang bulan tersebut. Ini bermaksud kita berjaya untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Sebab itu Eidul Fitr lebih terasa bagi mereka yang benar-benar mengerti akan hakikat Ramadhan.

Lantas, setelah melalui sebulan madrasah an-nafs, tibalah masanya untuk kita menghisab dan muhasabah diri kita. Adakah kita sudah mencapai objektif Ramadhan kali ini? Apakah kita sudah mencapai maqam taqwa seperti yang telah Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 183? Sering kita ulangi semua ini, sehinggakan kita sudah menghafal segala yang berkaitan dengannya. Ada yang menganggap ucapan ini sebagai ayat retorik mereka yang mahu digelar alim, sedangkan ini sebenarnya pernyataan Allah s.w.t. Dan ianya perlu diulang-ulangi kerana kita selalu lupa dan alpa. Kerana sesungguhnya ingat-memperingati itu bermanfaat untuk orang mukmin.

Justeru, mari kita tekad dan nekad agar segala amalan yang kita lakukan dalam Ramadhan kali ini kita akan teruskan di bulan-bulan seterusnya. Walaupun tidak sebanyak yang kita lakukan dalam Ramadhan, kita teruskan jua legasi ibadah tersebut. Kerana sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang melakukan ibadah secara istiqamah, walaupun sedikit.

Ikhlaskan hatimu mohon kemaafan agar leburlah dosa di tapak tanganmu. Lupakanlah segala silap dan salah saudara-mara, sahabat-handai serta rakan taulan. Moga insan semua bersatu dalam membina ummah yang rabbani.

Jutaan kemaafan aku hulurkan buat semua sidang pembaca, sekiranya di sepanjang perjalanan blog ini, ada tulisan yang mengguris hati, merobek jiwa, menimbul resah. Sekiranya ada salah dan silap, mohon diampunkan. Salam Eidul Fitr dari Semangkuk Bijirin =)


Exam lagi


Peperiksaan bakal menjelang lagi. Hidup ini penuh dengan peperiksaan pada dasarnya. Bagi yang masih belajar, semestinya peperiksaan pembelajaran. Bagi yang sudah melepasi fasa itu, jangan ingat sudah tidak ada peperiksaan. Iman dan taqwa harus sentiasa diperiksakan agar tidak luntur dan goyah.

Moga Allah permudahkan dan menghantarkan bantuan dari sisiNya. Amin ~

Tazkirah Ramadhan 21/8/2010

Bismillahi wal hamdulillah

Saidina Umar Al-Khattab radhiyallahu'anhu merupakan seorang sahabat yang tidak asing bagi kita umat Islam pada hari ini. Sumbangan beliau kepada Islam amat tidak ternilai harganya. Beliau juga merupakan antara penyumbang kepada penyebaran Islam di seluruh dunia pada hari ini.

Jika kita menyelak lembaran sejarah para sahabat, Saidina Umar Al-Khatab dikenali sebagai seorang yang sangat berani di medan perang. Beliau juga merupakan seorang yang sangat takut akan Allah s.w.t. Beliau juga merupakan seorang yang tawaddhu', zuhud terutama dalam hal duniawi. Beliau juga merupakan seorang yang sangat cinta akan Rasulullah s.a.w, sehinggakan ketika kewafatan baginda Ar-Rasul, beliau mengancam untuk membunuh sesiapa yang menyebarkan berita tentang kewafatan Rasul. Begitu kuatnya perasaan kasih dan cinta beliau. Lantaran peribadi dan karakteristik beliau yang unggul ini, beliau tergolong di kalangan mereka yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w.

Ketika perlantikan beliau sebagai khalifah Islam kedua bagi menggantikan khalifah Abu Bakr As-Siddiq, beliau telah memberikan ucapan di hadapan ribuan umat Islam pada masa itu. Dalam ucapan tersebut, beliau berkata, yang bermaksud, "Kita merupakan umat manusia yang Allah telah muliakan dengan Islam. Ketikamana kita memilih kemuliaan melalui jalan selain dari Islam, maka tunggulah azab akan menimpa ke atas kamu".

Jika kita amati pernyataan ini secara lebih mendalam, kita akan sedar akan hakikat bahawa, kita secara asasnya merupakan golongan yang hina, golongan yang kerdil, golongan yang tidak ada apa-apa. Tetapi bilamana kita mengambil Islam sebagai Ad-Din kita, Islam sebagai pegangan hidup kita, Islam sebagai cara hidup kita, secara otomatik kita termasuk ke dalam golongan mereka yang mulia. Secara otomatik kita berada di kalangan mereka yang dipandang di sisi Allah s.w.t. Alangkah bahagia mereka yang mulia di sisi Allah. Mereka dijanjikan syurga dan kenikmatan selama-lamanya di sana.

Saya ingin mengajak para sahabat untuk koreksi diri kita, muhasabah diri kita. Sejauh manakah Islam itu kita amalkan dalam hidup kita seharian. Sejauh manakah Islam itu disemat dan diabadikan dalam jiwa kita. Sejauh manakah Islam itu mempengaruhi setiap amalan, tingkahlaku, perbuatan dan percakapan kita pada stiap hari. Jika ada Islam dalam setiap apa yang kita lakukan, walaupun sedikit, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya. Namun sekiranya tidak ada walaupun sedikit, wal'iyazubillah, moga kita sempat bertaubat sebelum dipanggil untuk menghadapNya.

Alhamdulillah, kita masih lagi mahu untuk menuntut ilmu berkaitan agama. Kita masih lagi mahu untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu. Kita masih lagi berkesempatan untuk mendengar tazkirah agama. Kita merupakan antara golongan yang terpilih. Golongan yang dipilih Allah untuk berterusan dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Moga kita sentiasa berada di atas jalan ini.

Namun cuba kita luaskan sedikit skop pemandangan kita. Jika boleh kita gunakan istilah 'zoom-out'. Kita lihat masyarakat di sekeliling kita. Jangan kita asyik dengan kumpulan kita sahaja. Jangan kita asyik dengan 'geng' kita sahaja. Jangan kita terlampau asyik dengan 'klik' kita sahaja. Ramai sahabat-sahabat kita di luar sana yang masih lagi tak kenal dengan Islam. Ramai lagi yang masih keliru tentang Islam. Ramai lagi yang masih tak tahu Islam itu apa sebenarnya. Kita sebagai orang yang diberikan kesedaran dan ilmu, kita perlu dan wajib laksanakan tanggungjawab kita untuk berdakwah. Kita wajib untuk menyedarkan masyarakat tentang peripentingnya Islam dalam kehidupan kita.

Tetapi sebelum kita hendak keluar memainkan peranan sebagai seorang da'ie, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ilmu yang mencukupi. Ini penting supaya apa yang kita ingin sampaikan itu merupakan sesuatu yang benar dan tepat dengan apa yang Islam katakan.

Oleh sebab itu kita perlu untuk memastikan bahawa sumber yang kita gunakan untuk mempelajari tentang Islam merupakan sumber yang sahih dan berautoritatif. Jika kita ingin mengenali tentang sesuatu kita perlulah merujuk kepada sumber yang asal. Dalam konteks ini kita perlu untuk merujuk kepada Al-Quran dan juga As-Sunnah.

Ramai yang melupakan Al-Quran pada hari ini. Al-Quran hanya diletakkan di suatu sudut di dalam rumah dan hanya dibuka ketika ada saudara-mara yang sakit ataupun meninggal dunia. Jika tidak kerana kedua peristiwa itu, Al-Quran itu akan kekal di kedudukan itu dan berhabuk. Mungkin untuk mereka yang lebih hebat sedikit, Al-Quran diperlukan di musim Ramadhan untuk bertadarus.

Al-Quran diperlukan dalam setiap hari kehidupan kita. Tetapi sistem pembelajaran kita pada hari ini hanya menekankaan untuk mengaji, tetapi melupakan bab mengkaji. Kita hanya akan dapat melihat kehebatan dan keagungan Al-Quran itu setelah kita mengkaji isi kandungannya. Ini kerana dalam Al-Quran itu terdapat pelbagai formula-formula kehidupan yang kita sangat inginkan dalam mengendalikan kehidupan kita pada hari ini.

Dalam surah Al-Isra', ayat 9, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang aqwam". Apa maksud 'aqwam'? Mengikut Imam Qartubi, ketika mentafsirkan maksud 'aqwam' dalam kita beliau al-Jamik li Ahkamil Quran, beliau mengatakan 'aqwam' itu bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat. Lantas, mengapa kita masih lagi hendak mencari akan formula-formula berkenaan kehidupan selain dari Al-Quran. Sedangkan yang ada dalam Al-Quran itu merupakan yang terhebat.

Ramai dari kita pada hari ini belajar tentang Islam melalui sumber selain dari Al-Quran. Kebanyakannya dari majalah, suratkhabar, risalah mahupun mendengar khabaran orang. Bukanlah suatu kesalahan untuk menimba ilmu dari sumber-sumber tersebut, cumanya yang kita takutkan ialah wujudnya penyelewengan ketika memproses bahan tersebut yang bakal mengakibatkan kesalahfahaman dalam agama. Dan ternyata pada hari ini banyak penyelewengan yang berlaku. Oleh sebab itulah kita perlu dan wajib untuk merujuk setiap perkara yang kita dengan berkenaan agama ataupun apa-apa saja kepada Al-Quran, agar ianya tidak bertentangan.

Yang keduanya ialah As-Sunnah. Sekiranya tidak terdapat dalam Al-Quran berkenaan perkara yang kita cari, kita boleh rujuk kepada hadith yang sahih untuk mendapatkan pencerahan. Al-hadith yang kita rujuk itu mestilah hadith yang sahih dan bukannya yang bertaraf dhaif, apatah lagi maudhu' (palsu). Ini kerana hadith itu menjadi pelengkap dan penjelas kepada Al-Quran. Lantas kita perlu untuk merujuk kepada kedua-dua sumber ini dalam mendalami ilmu Islam. Ketika belajar tentang Islam ini, adalah digalakkan untuk kita berguru dengan mereka yang ahli dalam agam supaya mereka dapat menjelaskan perkara yang tidak kita fahami dengan baik. Semoga semua ini dapat memberikan kita kebaikan di dunia dan akhir. Allahumma amin.

Wallahua'lam bishawab wa astaghfirullahal'azim.

Ramadhan Karim

Bismillahi wal hamdulillah

Sedar tak sedar, dah semakin hampir kita dengan Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh mereka yang menginginkan keampunan dan bonus pahala yang berkali ganda dari bulan-bulan yang lainnya. Bulan yang menyaksikan pelbagai sejarah Islam dicipta di dalamnya. Bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat.

Alhamdulillah, sekiranya diizinkan, ini Ramadhan yang ke-24 dalam hidup ini. Muhasabah mengingati Ramadhan sebelum ini, masih banyak yang perlu diperbaiki, ditambah, ditampal, dibuang dan ditinggalkan jauh-jauh.

Khutbah hari ini mengingatkan tentang betapa bertuahnya jika kita dapat ditemukan dengan Ramadhan. Ia merupakan suatu anugerah yang tidak semua kita dapat. Ada yang pergi meninggalkan kita sebelum sempat menjejakkan kaki ke dalam bulan ini. Sebab itu kita disarankan untuk berdoa, "Ya Allah berkatilah kami dengan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan".

Terasa sangat gembira kerana dapat sekali lagi peluang untuk sujud dalam bulan yang mulia ini. Tetapi ada juga rasa takut dan sedih sekiranya tidak dipandang oleh Dia yang Maha Mulia dek kerana dosa yang sarat tertulis dalam buku catatan. Pastinya ramai juga yang berasa begini. Namun seharusnya kita bersangka baik dengan Dia yang Maha Pengampun.

Telah terbukti dalam sejarah bagaimana para sahabat radiyallahu 'anhum, pada suatu ketika dahulu juga melakukan perkara yang zalim dan mungkar, tetapi akhirnya diampunkan oleh Allah dan telah menjadi ikutan kita. Syaratnya hanyalah taubat nasuha. InshaAllah kita akan diberikan kekuatan untuk terus ikhlas dalam taubat kita.

Teringat dulu masa zaman sekolah, seronoknya Ramadhan terletak kepada nak pergi solat terawikh dengan kawan-kawan. Ramai-ramai naik basikal, kadang-kadang berjalan kaki. Masjid agak jauh dari rumah. Dalam perjalanan ada banyak kedai. Balik dari masjid mesti kena singgah. Paling kurang beli air kotak. Penghilang dahaga selepas penat tungging terbalik masa solat tadinya. Sembang-sembang dengan kawan pasal gusti, pasal Dash-Yankuro. Seronoknya terletak di situ. Bila makin lanjut usia, tersedar akan hakikat yang diri sudah tua. Tua dari sudut sudah terlepas beberapa tahun untuk tekun mengabdikan diri dan menggunakan peluang dalam Ramadhan untuk mengutip sebanyak mungkin ganjaran.

Dah berumur sekarang pun masih lagi lalai. Tak sedar-sedar dah makin dekat dengan kubur. Bila-bila masa boleh dipanggil. Bersedia atau tidak. InshaAllah, langkah pertama yang nak diambil, membersihkan hati. Bersih dari segala fitnah dan sifat mazmumah. Cakap memang senang, cuba buat. Sangat susah. Kadang-kadang sampai dah putus asa. Tapi bila jatuh, kita kena bangun semula. Mulakan balik apa yang dah kita buat. Usaha yang lepas itu tidak akan jadi sia-sia. Semua yang dah kita buat akan diambil kira.

Moga kita dibantu oleh Allah dalam setiap perbuatan kita sehari-hari. Allah suka akan hambaNya yang sentiasa mengadu dan berdoa padaNya. Jom kita mengadu banyak-banyak dalam Ramadhan ni.

Ramadhan Karim! =)

The more I think, the more I got confused. The deeper I dig, the further I am swept away. Yes it is hard sometimes in life, but I have to see the bright side. I will try as hard to see with my open heart, though always I cannot see the light. I'm not as good as you think I am, but I know I'll try to become better. All of my efforts seemed not to be appreciated, I wonder where did it went wrong. I think more and more, putting extra tonnes of efforts and pressures, at last I got the answers. The thing that went wrong, would make me easily fall. My intention is good, but the method is wrong, I need to fix it fast. I know you know, and you know I know, but how come this thing still can happened. Maybe it is all because I have been blinded by the world, that cost me the loss of my senses. I hope it is not too late to start it all over again. I pray to The Almighty, please forgive all my sins, and keep me with those in Jannah. And show the path that would bring me to Your light, so that I will not lost again. And bless my friend who had been there all the time, and put him also in Jannah. Give us happiness and peacefulness all the time, until we meet in Jannah.


Soalan untuk kamu

Bismillahi wal hamdulillah

Soalan. Hidup kita tak pernah sepi daripada soalan. Semenjak kecil sehinggalah sekarang, kita masih mempunyai banyak soalan. Kita menyoal bukanlah kerana suka-suka, tetapi soalan kita itu sebenarnya akan membantu kita membuat pilihan, membuat keputusan, menentukan arah tuju hidup kita dengan lebih baik.

Padah bagi sesiapa yang enggan bertanya. Kadangkala kita merasakan kita sudah punya jawapan kepada setiap perkara. Alangkah bodoh dan malangnya. Walaupun kita punya neuron otak yang berkali ganda manusia biasa, takkan mungkin kita tahu tentang semuanya.
Justify Full
Adakalanya kita sudah punya jawapannya, tetapi kita masih bertanya. Mungkin ingin mendapatkan kepastian. Mungkin juga kerana inginkan perhatian. Mungkin juga atas dasar hormat kepada mereka yang lebih selayaknya dihormati.

Ada juga masanya kita langsung tidak mahu tahu tentang jawapannya. Namun kita masih gatal nak bertanya. Nak menampakkan yang kita prihatin agaknya. Mungkin hanya sekadar ingin mengisi sunyi sepi di kala tiada siapa mahu berbicara. Soalan yang langsung tiada intipati ikhlas dalamnya.

Ada masanya kita terlampau inginkan jawapannya. Tetapi kita tidak mampu untuk bertanya. Takut akan jawapan yang akan kita dapat. Takut akan kesan jawapan itu kepada kita. Takut segala-galanya kembali ke mula. Takut akan kekecewaan

Pastinya aku dan kamu pernah, sedang dan akan melalui semua ini.

Aku punya soalan yang tak mampu aku tanyakan. Bagaimana dengan kamu?


Life And Uncertainties

Bismillahi wal hamdulillah

The one thing I learned from life so far is that, it is full with uncertainties. You just cannot guess or expect that things are going according to your plan. Plan that you had came up with, and being organized in a way that it will be a successful. You can only dream and fantasized about about the end that is ideal, perfect and excellent. But it may never be achieved.

You think you have found your soul-mate, but would not know how long your marriage going to last. You think you have got the perfect job, but would not sure how far you can go with can go with the stress that jumping unto you. You think you have bought the most beautiful house in the planet, but are you that sure that it is rodent-free.

If you look out your window, in this gloomy world, you can see how chaotic our world are. Wars, killings, suicides, gangsters, bribery, alcoholism, explosions, pollutions and politicians have become a threat to our society. Their presence will and had ruin the idealistic world that we all want to have.

Wars would not solve any problem, it will just going to create more and more problem after that. Bribe will not give you a long-term benefit. it will just bring up more and more dishonest people in this world. Alcoholism itself is a problem, how do you think it can help you.

We know nothing about what is going to happen. We can always predict, and we can always be wrong everytime. We can make a decision that we think is best, but we do not know the unseen risks and consequences after that. But still we make the choice. Why? Because that is life. Full with choices and uncertainties.

A friend of mine said to me one day, there is one thing that is certain. Allah will always loves us.

Yes, that is absolutely true. No matter how wrong we are in making the choices, no matter how awful we are in meeting the demands of this idealistic world, when we turn to Him, He will always be there. He will always listens. And he will always help. Provided that you do what He tells you to do, and you leave behind what He prohibits. But we are not that perfect all the time.


Hakikat Bahagia

Bismillahi wal hamdulillah

Bahagia, semua orang nak bahagia. Tak kira orang miskin, orang kaya. Yang tua, yang muda. Tak terkecuali semuanya. Tapi definisi bahagia itu berbeza untuk setiap insan. Ada yang mengatakan bahagia itu setelah memiliki harta yang berjuta. Ada yang mengatakan bahagia itu setelah melangsaikan segala hutang yang ditanggung. Ada yang mengatakan bahagia itu setelah mempunyai keluarga dan kehidupan yang stabil. Ini adalah antara definisi bahagia yang biasa kita dengar. Sekiranya kita ambil definisi-definisi ini untuk dijadikan sebagai parameter untuk mengukur kebahagian, kemungkinan kita tidak dapat untuk mengekstrapolasikan kepada masyarakat secara umumnya kerana setiap satu mempunyai keperluan yang tersendiri.

Jadi, apakah sebenarnya hakikat bahagia itu? Mungkin lagu ini dapat memberikan kita sedikit gambaran yang tepat tentang bahagia itu sendiri. Hayati liriknya, moga dapat sedikit-sebanyak manfaat.

Justify Full


Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Hakikat Kaya

Bismillahi wal hamdulillah

Merenung jauh ke dasar lubuk hati, terasa seolah-olahnya ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang menggusar hati. Merenung dan merungkai satu-persatu episod hari-hariku, namun masih belum ketemu puncanya. Terasa tidak tenang duduk, gundah-gulana, resah dan gelisah, tak tentu arah. Ya Allah, apakah ini kifarah dariMu?

Hanya ada satu kemungkinan sahaja yang mungkin menjadi penyebab kepada semua ini. Ya, aku semakin pasti ini puncanya. Ampunkan aku Ya Rabb, aku leka dari mengingatiMu.

Sesungguhnya insan yang kaya bukanlah dia yang punya harta selonggok satu semesta. Bukan juga dia yang punya kawan berjuta-juta. Bukan juga dia yang punya pangkat dan darjat di kalangan manusia. Bukan juga dia yang punya anak-pinak melata. Bukan juga dia yang punya rupa-paras yang jelita.

Tetapi yang kaya itu adalah dia yang punya hati yang sentiasa ingat dan tidak lupa pada Dia Yang Maha Pencipta. Dia yang tidak pernah luntur dari jiwa dan sanubari dari terus untuk bernaung di bawah kasih dan sayang Ilahi. Dia yang tidak pernah putus dari berharap padaNya.

Ramai yang menganggap harta merupakan penyebab kepada terhasilnya bahagia. Dengan harta manusia mampu untuk memiliki segala-galanya. Tetapi hanya satu yang tidak akan mampu dimiliki dengan harta semata-mata, bahagia. Berapa ramai yang dapat kita jadikan contoh untuk menunjukkan kebahagiaan tidak datang dengan harta. Marylin Monroe sebagai contoh pertama. Beliau merupakan seorang artis jelitawan dan hartawan di era 1950-an, akhirnya membunuh diri kerana tidak punya kebahagiaan, pada hal dia punya segala-galanya. Jessi Livermore, seorang broker saham terkemuka dan jutawan di Amerika, telah membunuh diri pada tahun 1940. Dalam nota catatannya, beliau menyatakan yang beliau sudah tidak tahan dengan kehidupan. Walaupun harta mencecah langit, beliau tidak punya kebahagiaan, akhirnya terpaksa mengambil nyawa sendiri.

Adakah harta penyebab kita tidak bahagia? Tidak, bukan harta penyebabnya. Penyebabnya adalah manusia. Bila manusia lupa pada Pencipta, maka tidak adalah bahagia. Tidak ada ketenangan, dan tidak ada ketenteraman. Kalau hartalah penyebabnya, tidak mungkin saidatina Khadijah beroleh kebahagiaan di samping Rasulullah. Tidak mungkin Saidina Uthman bin 'Affan dijanjikan syurga oleh Rasulullah.

Kaya yang hakiki adalah hati yang kaya dengan kebahagiaan, keamanan dan ketenteraman. Hanya Allah yang mampu untuk mengkayakan kita. Hanya Allah yang mampu untuk membahagikan kita. Namun kadangkala kita tumpas dalam mengingatinya. Kita terleka dengan kesibukan dunia. Lantas, perlunya kita untuk mempunyai penegur jiwa agar kita tidak terus hanyut dalam leka kita dan kembali menjadi 'dia'.

Termasukkah kita dalam golongan 'dia'? Moga dilorongkan ke arah kekayaan yang hakiki.


Kembali

Bismillahi wal hamdulillah

Ape khabar semua? Moga sihat hendaknya di bawah naungan kasih sayang Allah ta'ala. Sudah terlampau lama membiarkan blog ini kekeringan dari sebarang perkongsian. Terasa sangat berat untuk menulis sejak dua menjak ini. Mungkin kerana agak sibuk dengan tugasan pelajaran. Mungkin juga kerana kurangnya input yang seterusnya menyebabkan kurangnya output. Atau mungkin juga kerana prestasi iman dan amal yang semakin berkurangan dari hari ke hari. Kalau perlu dibuat pilihan antara ketiga-tiga pilihan di atas, kesemuanya tepat mengena. InshaAJustify Fullllah akan diperbaiki kesemua itu.

Aish, apa kaitan menulis blog dengan iman lak nih?

Hidup ni kan ibadah. Semua benda ada kaitan dengan iman. Hatta kita berjalan keliling rumah setiap hari pun ibadah. Semuanya terletak pada niat kita. Jadinya, setiap input yang dikongsikan akan dipertanggungjawabkan kelak. Sebab itu la kena kongsi benda yang baik-baik dah berfaedah supaya kita pun akan dapat ganjaran sama sekiranya ada orang yang mendapat manfaat dari tulisan kita.

Haa, betul tak? Jom kita ekstrapolasikan ibadah ni dalam hidup kita hari-hari.

Siapa sangka senyuman yang kita berikan boleh membuahkan pahala kepada kita. Cuba bayangkan kalau kita bertemu dengan seorang pakcik yang terpaksabergerak menggunakan kerusi roda. Pakcik ni ditinggalkan anak-anaknya di rumah orang tua. Dah la sakit, kena tinggal anak lak tu. Pastinya pakcik ini sedih dan muram. Tapi tiba-tiba kita melemparkan senyuman yang penuh unsur-unsur kecomelan dan kemesraan. Sejuk sekejap hati pakcik tu. Kegembiraan sesaat itu, membuahkan pahala yang berganda. Semua itu akan menjadi habuan kita, sekiranya niat kita ikhlas semata-mata kerana Allah. Kalau niat kita sebab nak mengorat pakcik tu, maka sia-sialah perbuatan kita itu.

Itu baru satu contoh yang sangat remeh. Belum sebut perkara-perkara besar lagi. Pasti lagi banyak habuannya.

Jadi betul la hidup kita ni ibadah. Herm, tapi macam mana kita nak tanamkan perasaan dan kesedaran tentang perkara ni dalam hati kita? Macam susah je.

Macam mane ye kengkawan?


Rules Of Men

Salam...

Just want to share with all you guys. I find this very amusing and interesting. Just read through...

  • Men are NOT mind readers. ( FIRST & FOREMOST RULE )



  • Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down. We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you leaving it down.


  • Sunday sports, It's like the full moon or the changing of the tides. Let it be.


  • Crying is blackmail .


  • Ask for what you want. Let us be clear on this one:
~ Subtle hints do not work!
~ Strong hints do not work!
~ Obvious hints do not work!
~ Just tell us what you want!


  • YES and NO are perfectly acceptable answers to almost every question..


  • Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.


  • Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become Null and void after 7 Days.


  • If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.


  • If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one


  • You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not both. If you already know best how to do it, just do it yourself.


  • Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials, because we don't disturb you while you are watching your soaps and serials.


  • Christopher Columbus did NOT need directions and neither do we.


  • ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings. Peach for example is a fruit, not a color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.


  • If it itches, it will be scratched. We all do that.


  • If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle!


  • If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you don't want to hear.


  • When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine... Really!!


  • Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as Racing or Football .


  • You have enough clothes.


  • You have too many shoes.


  • I am in shape! Round IS a shape!


Thank you for reading this. Yes, I know, I have to sleep on the couch tonight...but did you know men really don't mind that ? It's like camping.


What say you girls?

Ingatlah Baginda

Bismillahi wal hamdulillah

Rasulullah s.a.w telah lama mendahului kita bertemu dengan Khaliq sekelian makhluk. Perginya baginda merupakan satu kehilangan terbesar buat umat Islam. Rasa sedih, hiba dan sayu menyelubungi sekelian alam. Bukan sahaja para sahabat bersedih, makhluk-makhluk alam lain juga meratapi pemergian baginda. Perasaan itu wujud kerana terlampau kasih dan sayangkan baginda yang telah menjadi rahmat bagi sekelian alam. Diberitakan kepada kita, bagaimana kukuhnya perasaan kasih dan sayang para sahabat kepada baginda, Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifat keberanian, kegarangan dan kealimannya, telah mengungkapkan kata-kata ancaman kepada sesiapa yang mengatakan bahawa baginda Nabi telah wafat. Namun setelah diperingatkan oleh sahabat yang lain tentang sepotong ayat dari Al-Quran tentang hakikat insan itu pasti akan menemui ajal, barulah beliau sedar akan kesilapan yang telah beliau lakukan. Semua itu berlaku kerana kasih dan cinta kepada Rasulullah.

Pemergian Nabi bukanlah satu pemergian yang kosong. Baginda meninggalkan kepada umat baginda dua harta yang sangat bernilai harganya. Ini berdasarkan kepada hadith baginda yang bermaksud, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, barangsiapa yang berpegang teguh dengan dua perkara ini tidak akan sesat selama-lamanya. Ia adalah kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". Islam dibentuk atas dua perkara ini. Sekiranya Islam yang difahami pada hari ini bercanggah dengan dua perkara ini, maka wajib bagi umat Islam untuk menolak dan membetulkannya.

Selain dari itu, baginda juga meninggalkan kesan-kesan sejarah kehidupan baginda di atas muka bumi ini. Banyak sisa-sisa peninggalan baginda dapat kita lihat pada hari ini di sekitar Mekah dan Madinah.

Sudah lama aku memendam keinginan untuk menziarahi tempat-tempat yang mencoret banyak sejarah baginda. Ingin sekali aku berada di tempat di mana Rasulullah pernah berada. Ingin sekali aku pergi untuk bersolat di tempat Rasulullah pernah bersolat. Ingin sekali untuk melihat hasil titik peluh Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan Islam dan meluaskan empayar Islam. Terasa ingin yang bersangatan untuk bertemu dengan Rasulullah secara bersemuka, agar dapat melihat wajah baginda yang begitu indah, lebih indah dari bulan purnama. Sungguh rindukan Rasulullah.

Bila aku mendengar cerita mereka yang baru menunaikan umrah, aku rasa sungguh cemburu. Cemburuku bukanlah kerana aku tidak punya cerita sehebat cerita mereka di tanah suci. Cemburuku kerana mereka pernah memijak tanah tumpah darah Rasulullah. Mereka pernah berada begitu dekat dengan Rasulullah, secara fizikalnya. Apatah lagi ketika mereka melawat makam Nabi, hanya beberapa tapak dekatnya dengan jasad Rasulullah. Sungguh mencemburui mereka.

Hampir menitiskan air mata ketika mencoret luahan perasaan ini. Terasa masih jauh dari baginda. Masih lagi lupa dan alpa dari melaksanakan sunnahnya. Masih lagi berat dan susah untuk berselawat ke atas baginda.

Aku menulis ini untuk mengingatkan aku dan kamu semua, jangan kita lupakan Nabi kita. Tanpa Rasulullah, tidak akan lengkap wasilah dalam proses penurunan wahyu, yang akhirnya menjadi sumber rujukan utama dalam kita berkehidupan. Tanpa Rasulullah, alam akan sepi dan sunyi dari rahmat Allah. Berselawatlah selalu ke atas baginda. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawatlah dan sampaikanlah salam ke atas Nabi.



Masa Untuk Mula Memikirkan

Bismillahi wal hamdulillah

Sudah lama tidak menulis. Sudah lama tidak menyelami isi hati. Sudah lama membiarkan jiwa kering dari hujan tarbiah. Aku dapat merasakan cahaya sudah semakin malap dalam jiwa dan diri ini, lantaran kurangnya zikir dan fikir. Ingin saja aku menyalahkan mereka yang memberikan tekanan kepada emosi dan fikiranku. Namun aku sedar akan hakikatnya, diri sendiri yang patut dipersalah. Tanpa kemahuan, mana mungkin terbuka peluang dan jalan. Tanpa kelakuan, mana mungkin berbuah hasilnya. Terjaga dari tidur. Mencuba semula untuk menyuluh jalan-jalan yang semakin kelam. Moga bertemu dengan simpang yang membawa ke jalan yang lurus.

Sudah hampir sebulan aku dapat menonton berita di televisyen hampir setiap hari. Banyak input yang dapat aku hadam tentang situasi dunia dan dalam negara. Aku hanya dapat simpulkan satu perkara. Kelam-kabut. Dunia sekarang berada dalam keadaan tidak terurus dengan sebaiknya. Sering sahaja kedengaran akan berita tentang peperangan yang tercetus di luar negara. Berita tentang kerajaan yang cuba mempertahan tindakan mereka dalam melindungi kepentingan rakyat dan negara, tetapi dibantah pula oleh rakyat yang menuduh kerajaan negaranya melakukan penindasan dan seumpamanya,yang seterusnya menjurus kepada peperangan dan ketidaktentuan dalam negara.

Ada juga pihak yang tidak berpuas-hati dengan keputusan pilihanraya, yang menyebabkan parti mereka kalah dan tidak dapat memerintah negara, melakukan pemberontakan dan cubaan ambil-alih kuasa, yang menjurus kepada tercetusnya perang di antara parti politik dan pengikutnya, dan akhirnya menyebabkan ribuan nyawa terkorban atas sebab yang tidak dapat dijamin kebenarannya.

Ada juga berita tentang mereka yang bijak berhujah, menggunakan Islam sebagai 'template', menghalalkan apa yang diharamkan dan sebaliknya. Menggunakan logik akal semata-mata tanpa mempedulikan dalil Allah yang agung dalam membuat dan mencipta hukum-hakam yang baru. Ada juga yang memperguna Islam untuk menjustifikasi perbuatan salah mereka. Bukan sahaja berlaku di luar dan dalam negara, tetapi juga berlaku di antara kita. Ada yang cuba menampakkan usaha untuk menaikkan semangat juang sebagai suatu perkara yang remeh. Ada yang cuba memperlekeh usaha untuk mencegah kemungkaran. Lantang dan angkuh suara mereka kedengaran di merata tempat.

Berita seperti ini yang disajikan kepada kita saban hari. Belum disebutkan isu yang berlaku dalam negara. Dengan suasana politik yang tidak menentu. Persoalan integriti di kalangan barisan pemimpin negara -tidak kira dari parti kerajaan mahupun pembangkang- yang boleh dipersoal dan dipertikai pada bila-bila masa menjadi tanda tanya kepada kita. Apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Apa sudah jadi dengan kita? Apa akan jadi dengan kita? Apa pengakhiran kita?

Persoalan ini yang menyebabkan aku membisu sekian lama.

Jangan Berhenti Berdoa

Kuminta pada Allah setangkai bunga,

Dia berikanku kaktus berduri,

Ku pinta darinya seekor haiwan kecil yg comel,

Dia berikan seekor ulat,

Aku sedih dan kecewa,

Namun kemudian kaktus itu berbunga,

Bahkan sangat indah,

Dan ulat itupun berubah menjadi kupu2 yang sangat cantik.

Aku sedar itulah jalan Allah.

Semua akan indah pada waktunya,...


Ia tidak memberi apa yang kita harapkan,

Tapi memberi apa yang kita perlukan...

Terkadang kita sedih, kecewa, terluka,

Tapi jauh diatas segalanya,

Dia sedang merencanakan yang terbaik untuk kehidupan kita ....

-Habiburrahman

Perbezaan Suatu Rahmat

Bismillahi wal hamdulillah

Baru lepas tengok discovery channel pasal cheetah, singa dan binatang-binatang lain. Seronok. Tiba-tiba terfikir pasal ni. Nampak macam remeh, tapi mungkin boleh ambil sikit sebanyak iktibar, inshaAllah :)

Cheetah dan Singa

Cheetah merupakan mamalia yang terpantas di atas muka bumi ni. Dikelaskan di bawah kumpulan kucing, Cheetah menempa nama dengan kelajuannya yang luarbiasa. Dilaporkan kelajuan yang mampu dicapai oleh Cheetah yang pernah direkodkan ialah selaju 70 batu per jam. Hebatnya Cheetah dengan kelajuannya, sehinggakan kita menggunakan Cheetah sebagai perumpamaan untuk orang yang mampu berlari laju. Kekuatan badannya ditumpukan hampir sepenuhnya kepada otot kakinya yang membolehkannya untuk memecut. Disebabkan hampir kesemua kekuatannya ditumpukan untuk berlari, kekuatan rahangnya untuk membaham mangsanya agak lemah jika dibandingkan dengan sepupunya, singa.

Semua maklum tentang perihal singa. Dikatakan sebagai 'Raja Rimba', nama singa begitu gah di persada dunia. Singa dikenali bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana kegarangannya. Sesiapa sahaja yang berhadapan dengan sang singa, pasti berasa gentar dan kecut, kerana tubuhnya yang sasa dan kemampuannya untuk menundukkan mangsanya dengan mudah, walaupun sekali ganda besar dari saiz badannya sendiri. Kegarangannya menyebabkan kita menggunakan singa sebagai perumpamaan kepada mereka yang panas baran dan selalu marah. Garang seperti singa. Jika dibandingkan dengan cheetah, singa tidak begitu pantas. Sentiasa sahaja ketinggalan jauh di belakang jika berlumba lari dengan cheetah. Walaupun tidak pantas, singa dikurniakan dengan kekuatan yang luarbiasa untuk menerkam dan membaham mangsanya. Kekuatan rahang dan otot-otot badannya berfungsi untuk menjatuhkan mangsanya. Itu kelebihan singa.

Jika dilihat kedua-dua binatang ini, secara jelas dapat kita lihat akan kekurangan dan kelebihan antara kedua-duanya. Cheetah cemerlang di penjurunya, singa hebat di penjurunya. masing-masing punya kelebihan yang berbeza, tetapi sangat istimewa. Jika cheetah dan singa bergabung tenaga, membentuk satu organisasi, menubuhkan satu persatuan, menegakkan satu jemaah yang mengumpulkan kesemua saudara-saudara mereka untuk berjuang bersama-sama di bawah satu bumbung, ke arah satu matlamat, iaitu mencari makanan dan tempat perlindungan, pastinya ia akan memberikan hasil yang amat menggembirakan. Cheetah menggunakan kelajuannya untuk mengejar mangsa, dan singa mengunakan kekuatannya untuk menerkam dan membaham mangsa. Suatu hubungan simbiosis, 'win-win situation'.

Aplikasi dalam kehidupan

Kisah singa dan cheetah di atas boleh diaplikasikan oleh kita. Kita dilahirkan dengan kemampuan dan kelebihan yang berbeza, dan pastinya dengan kelemahan yang juga berbeza. Ada yang mampu untuk memimpin dengan baik, ada yang mampu untuk membuat kerja dengan baik, ada yang mempunyai teknik komunikasi yang baik, dan begitulah seterusnya. Walaupun kita mempunyai kelebihan kita yang tersendiri, tidak mungkin kita mampu untuk cemerlang di setiap penjuru itu, walaupun tidak mustahil, namun sedikit sangat bilangannya. Oleh itu, dalam membentuk sebuah jamaah atau persatuan yang baik, kita perlu untuk mempunyai ahli-ahli yang mempunyai kelebihan yang pelbagai ini.

Kalau dalam sesebuah persatuan itu rata-rata ahlinya terdiri dari mereka yang sama kebolehan mereka, bukanlah nak dikatakan tidak baik ataupun tidak boleh berjaya, namun sekiranya kebolehan itu dipelbagaikan, ia mampu untuk melancarkan perjuangan, membuahkan kejayaan dengan lebih berkesan dan membawa persatuan tersebut ke tahap yang lebih baik di persada dunia. Cuba bayangkan jika dalam sebuah persatuan itu terdiri dari mereka yang pandai bercakap sahaja, siapa yang mampu untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih cekap dan efisien? Semua mahu bercakap, tidak mahu membuat kerja pentadbiran. Boleh hancur persatuan itu. Kelebihan yang berbeza mampu menutup kelemahan-kelemahan ahli-ahlinya demi melancarkan perjuangan persatuan.

Begitu juga halnya dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Suami dan isteri pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Suami dan isteri perlu saling bekerjasama bagi memudahkan semua kerja rumahtangga dan seterusnya membina rumahtangga yang aman dan sejahtera. Ramai yang ingin mempunyai rumahtangga yang bahagia. Namun mereka tidak mahu utuk saling melengkapi. Mereka tidak mahu untuk menerima perbezaan pasangan masing dan tidak mahu untuk menutup kelemahan tersebut. Jika tidak ada kerjasama, saling memahami dan melengkapi, tidak mungkin dapat melahirkan rumahtangga yang sejahtera. Sebab itu kita disuruh untuk memilih pasangan kita dengan baik dan meletakkan agama sebagai pilihan utama ketika membuat pilihan. Ini kerana setiap insan perlukan agama dalam hidupnya. Aspek-aspek lain dalam kehidupan boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Dalam proses penambahbaikan itulah perlunya untuk saling memahami dan melengkapi.

Apabila kelebihan dan kebolehan yang dimiliki oleh pasangan suami isteri itu berbeza, ia bakal menambah warna dan corak ke dalam kehidupan mereka. Tidaklah kedua-duanya hanya tertumpu kepada acara yang sama sahaja. Kalau setiap hari makan sotong selama satu bulan berterusan, pastinya akan berasa bosan. Mesti ada keinginan untuk mengubah sotong itu kepada ayam atau seumpamanya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Bukannya tidak bersyukur, tetapi hanya mengikut fitrah manusia yang inginkan kelainan sekali-sekala, tidak ada salahnya.

Lantas kerjasama dan sikap saling memahami dalam kehidupan merupakan elemen yang penting untuk dihayati oleh kita. Sebuah matlamat tidak mungkin dapat dicapai sekiranya hanya dijuangkan oleh seorang individu. Tetapi jika dilakukan secara berjamaah, berkumpulan, peluangnya lebih besar dan cerah untuk mendapat kejayaan. Moga kita dapat renungi perkara ini dengan hati yang terbuka.


Perkongsian Ringkas Tentang Islam dan Rasulullah

Bismillahi wal hamdulillah

Nabi Muhammad s.a.w merupakan rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada manusia. Baginda merupakan pelengkap kepada segala mesej dan ajaran serta arahan yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui para rasul sejak sebelum baginda lagi. Semua ini dijelaskan oleh Allah dalam surah An-Nisa' ayat 163 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma’il, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun, dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud."

Ayat ini membuktikan bahawa wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w membawa mesej yang sama dengan nabi-nabi sebelum baginda. Ini menunjukkan Islam tidak bermula dengan Nabi Muhammad, tetapi ditutup dan dilengkapkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam bermula sejak dari Adam diutuskan ke muka bumi. Hal ini dijelaskan Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku LENGKAPKAN secukupnya nikmatKu atasmu, dan telah Aku redahi Islam itu menjadi agamamu."

Kerasulan dan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w telah disebutkan di dalam kitab-kitab terdahulu. Rasul-rasul sebelum ini telah diberitakan tentang Baginda sebagai rasul terakhir. Lantas ahli-ahli kitab mengenali Nabi Muhammad dan menyedari akan mesej yang bakal dibawa oleh baginda sebagai mesej yang sama dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya. Hal ini dinukilkan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 146 yang bermaksud:

"Orang-orang yang telah Kami beri kita (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri."


Ayat ini menunjukkan kita betapa orang-orang terdahulu begitu mengenali baginda seperti mengenali anak mereka sendiri. Segala perihal tentang baginda telah diceritakan dan diberitakan kepada mereka, namun mereka terlalu ego dan sombong untuk mengakui kerasulan baginda, sehinggakan ramai daripada mereka bermusuh dan berdusta tentang baginda. Walaupun begitu, ada juga di antara mereka yang membenarkan kerasulan baginda, antaranya ialah Waraqah bin Naufal, iaitu sepupu kepada Saidatina Khadijah.

Moga perkongsian yang sedikit ini dapat menambahkan keyakinan kita kepada Islam dan Nabi kita s.a.w. Moga kita beroleh hidayah dan maghfirahNya. Moga bertambah dan meningkat iman dan amal.






Coretan Rasa (1)

Bismillahi wal hamdulillah

Hari-hari cutiku berlalu tanpa begitu banyak aktiviti luaran. Lebih banyak terperuk dalam rumah, ditemani netbook dan buku. Sekali-sekala keluar untuk menghilangkan jemu terperuk di rumah sahaja. Itu pun tidak dapat menghilangkan rasa gundah dan resah yang telah lama terbuku dalam diri.

Banyak yang aku fikirkan sejak akhir-akhir ini. Masa depanku dalam bidang perubatan masih samar-samar. Walaupun sudah 5 tahun, aku masih tidak dapat membayangkan aku sebagai seorang doktor yang baik. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki dan diperhalusi. Ingin sekali mahu memperbaiki semuanya, namun setiap kali itulah aku jatuh tersembam dek semangat yang bagaikan 'chipsmore', seolahnya mempermain diri ini.

Rasa marah dan kecewa terbit dengan sekumpulan manusia yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan dalam sebuah organisasi. Bayangkan dalam satu organisasi profesional, hanya satu kepala sahaja yang boleh membuat keputusan. Yang lain tidak punya suara apa pun. Dasar kuku besi. Patut dibakar hidup-hidup bersama besi-besi itu. Begitu ramai yang dizalimi akibat perbuatan manusia ini. Moga dia sempat bertaubat sebelum bertemu Ilahi.

Dari dulu aku membayangkan kehidupan universiti yang indah dan menyeronokkan. Kehidupan yang penuh dengan aktiviti persatuan yang memperjuang agama Ilahi, mempererat tali ukhwah sesama muslim dan beroganisasi secara lebih terancang dan teratur. Segala-galanya hancur. Sudah 6 tahun, dan bakal masuk tahun yang ketujuh. Yang aku dapat selama 6 tahun ini adalah sabar. Aku menjangkakan tahun yang ketujuh pun tidak kurang bezanya dengan tahun-tahun sebelum ini.

Tak sangka dalam institusi yang tertera Islam dalam namanya sebenarnya dijangkiti Islamophobia. Aktiviti berbentuk keagamaan cukup sukar hendak dilaksanakan. Hakikatnya semua aktiviti sukar dilaksanakan, tetapi nampak lebih ketara bila disebut tentang agama. Islam sering dikaitkan dengan politik. Ini yang terjadi bila yang memimpin jahil agama. Bodohnya terserlah dengan perkataan dan perilakunya.

Rasa marah ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dari kesedaran. Aku akan jatuhkan kamu bila tiba masanya. Kamu takkan dapat menggagalkan aku. Hanya Allah yang berkuasa untuk itu. Lebih baik kamu bersedia untuk berdiri sebaris denganku, kerana kamu tak mahu menjadi musuhku. Moga kamu dan aku mendapat hidayah dariNya.

Guru Terbaik

Bismillahi wal hamdulillah

Kehidupan merupakan cikgu terbaik bagi kita. Dia mengajar kita tentang perkara baik dan buruk. Dia mengajar kita tentang betul dan salah. Dia mengajar kita tentang suka dan duka. Dia mengajar kita tentang bagaimana hendak mengatasi masalah kita. Dia mengajar kita tentang nilai kehidupan. Dia mengajar kita erti kesabaran. Dia mengajar kita untuk tidak mengenal erti putus asa.

Kehidupan mengajar kita melalui pengalaman. Setiap pengalaman yang dialami dan dihadapi oleh kita, samada kita suka ataupun tidak, merupakan satu pengajaran bagi kita. Kalau kita sedang menghadapi suatu pengalaman yang pedih dan pahit, dia sedang mengajar kita erti sabar dan tabah. Kalau kita sedang menghadapi pengalaman yang manis, dia sedang mengajar kita erti syukur dan bersyukur. Jika kita sedang menghadapi masalah akibat dari tindakan kita, dia menyediakan kita untuk hari hadapan suapaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Pengalaman-pengalaman yang dihadapi oleh setiap orang berbeza satu dengan yang lainnya. Walaupun dua orang berada pada tempat dan masa yang sama, ia mempunyai kesan dan impak yang berbeza ke atas kedua orang terbabit.

Pengalaman-pengalaman itu merupakan acuan dalam membentuk sebuah kehidupan. Sesebuah kehidupan itu akan dicorak berdasarkan kepada peribadi dan pemikiran seseorang yang telah dibentuk sedari awal lagi oleh pengalaman. Adalah mustahil bagi seseorang yang kurang pengalaman untuk menempuhi kehidupan dengan senang tanpa susah-payah. Adalah mustahil juga untuk kita pisahkan antara kehidupang dan pengalaman kerana kedua-duanya merupakan entiti yang sama tapi tak serupa.

Ibu bapa yang baik sedar dan ambil berat akan hakikat ini. Tanpa pengalaman yang mencukupi bagi seorang anak, tidak mungkin anak tersebut akan dilepaskan begitu sahaja tanpa pengawasan oleh ibu bapa mereka. Sebab itulah digalakkan sedari kecil lagi ibu bapa melibatkan anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti luar yang bermanfaat agar dapat mereka kumpul sebanyak mungkin pengalaman supaya boleh mereka gunakan dalam kehidupan di masa hadapan.

Namun persoalan yang timbul, bagaimana kita hendak mengukur pengalaman itu untuk menjadi satu tanda aras standard yang boleh digunapakai untuk mengatakan seseorang itu sudah cukup pengalaman dalam menyusuri sebuah kehidupan yang terbaik? Soalan yang logik tetapi tidak berasas.

Tidak mungkin wujud walau seorang bijak pandai pun yang berani untuk menetapkan had ini sebagai tanda aras cukupnya pengalaman seseorang itu. Kita terlupa bahawa kehidupan sehari-hari itu merupakan pengalaman baru bagi kita. Setiap hari yang kita telah, sedang dan bakal tempuhi merupakan pengalaman yang telah, sedang dan bakal kita timba dan dibawa bersama sehingga ke liang lahad.

Walaupun kita menghadapi situasi yang sama berulang kali, tidak mustahil untuk kita melakukan kesilapan yang sama berulang kali, sekiranya kita memandang enteng akan pengajaran melalui pengalaman tersebut.

Lantas, bila masa yang sesuai untuk ibu bapa melepaskan anak mereka dalam berguru dengan pengalaman sendirian? Sebenarnya sedari mereka kecil mereka belajar dengan pengalaman secara sendirian. Pengalaman itu adalah berbeza bagi setiap orang kerana berbezanya peribadi dan gaya pemikiran. Tidak menjadi suatu persoalan yang besar tentang waktu yang sesuai, tetapi perlu ditambah dengan kepercayaan dan tawakkal kepada Allah.

Isu kepercayaan merupakan isu yang besar untuk dibincangkan. Rata-rata manusia mempunyai masalah dalam bab ini. Suami tidak percayakan isteri, begitu juga sebaliknya. Apatah lagi ibu bapa dengan anak-anak mereka. Ibu bapa sentiasa menganggap anak-anak mereka masih kecil, walau berapa jua umur anak mereka. Itu sifat fitrah ibu bapa. Ia menyebabkan mereka masih terasa perlu untuk mengawasi anak-anak mereka, sehinggakan ada di antara anak-anak tersebut merasa terkongkong. Kita tidak sepatutnya menyalahkan mereka kerana itu adalah fitrah jiwa mereka.

Namun ibu bapa perlu juga untuk memahami anak-anak mereka. Anak-anak akan merasa tenang dan gembira sekiranya mereka diberi kepercayaan dalam mengendalikan kehidupan mereka berdasarkan kepada pengalaman yang telah mereka lalui dan lihat. Dengan itu perhubungan kekeluargaan akan menjadi lebih erat dan manis.

Seterusnya berserahlah kepada Allah, kerana kita merancang, tetapi Dialah sebaik-baik perancang. Tanpa izinNya, segala yang dirancang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Tanpa izinNya, sia-sialah segala pengalaman kita. Sebab itu banyakkan berdoa agar mendapat yang terbaik dariNya. Moga kita semua thabat atas jalanNya yang lurus ini. :)