Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Pengakhiran Untuk Satu Permulaan

Saad bin Abi Waqas pernah bertanya pada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, siapa yang paling berat ujian dan cobaannya?” Beliau saw. menjawab, “Para nabi kemudian yang menyerupai mereka dan yang menyerupai mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya lemah dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.” (Al-Bukhari)

Allahu Rabbi, bantulah kami.

Warkah Buat Temanku

Bismillahi wal hamdulillah

3 hari lagi. Allahu Rabbi. Debaran makin terasa. Perasaan takut dah membalut diri. Takkan dapat lepas dari perasaan ini. Tapi inshaAllah, semuanya akan okay.

Di kala diri tak tentu arah ni, saja nak kongsi isi khutbah tadi. Subhanallah, perancangan Allah sangat sempurna. Tak sangka Dia menyampaikan 'pesanan' melalui khutbah tadi. Sangat masuk dalam hati sanubari.

Khutbah hari ini berkisar tentang kejayaan umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w menumbangkan empayar Rom. Kejayaan ini berlaku pada tahun ke 8 hijrah. Pada masa itu, utusan yang dihantar terlebih dahulu kepada Raja Rom untuk memeluk Islam dibunuh. Akibat dari pembunuhan ini, Rasulullah mengumpulkan bala tentera seramai 3000 orang. Mereka dipimpin oleh Zaid bin Harithah.

Ketika bala tentera Islam tiba di satu tempat di sekitar Jordan, mereka mendapat tahu bahawa tentera Rom yang dikerahkan untuk menghancurkan tentera Islam adalah seramai tidak kurang dari 200 000 orang. Kalau ikut matematik biasa, orang akan kata ini kerja gila. Mana boleh nak menang 3000 lawan 200 000. Tapi matematik Allah berbeza. Bukan kuantiti yang menjadi ukuran, tapi kualiti.

Dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah telah gugur syahid. Kemudian panji Islam dipegang pula oleh Abdullah bin Rawwahah, beliau juga syahid. Diganti pula oleh Ja'afar bin Abi Talib, yang kemudiannya juga gugur syahid. Dah tiga orang pemimpin tentera Islam gugur di medan syahid yang sama. Begitulah sengitnya peperangan tersebut.

Kemudian tugas pemegang panji Islam dipegang oleh Khalid bin Al-Walid. Beliau menyusun semula strategi peperangan umat Islam. Beliau tidak berundur dari medan perang, sepertimana kita akan lakukan jika berada di tempat beliau. Ini kerana, sebelum mereka berangkat ke medan perang, Rasulullah berpesan kepada mereka supaya berangkat ke medan perang dengan Nama Allah. Kerana yakin dengan bantuan Allah yang pasti datang, umat Islam meneruskan peperangan sehingga akhirnya mereka berjaya menumbangkan empayar Rom.

Untuk 3000 orang menang melawan 200 000 orang adalah suatu yang tidak mustahil dengan pertolongan Allah. Walaupun dengan persediaan dan kelengkapan yang jauh lebih sedikit dari musuh, mereka berjaya.

Jadi kawan-kawan, kita takkan sekali-kali cukup ilmu di dada. Terlampau banyak untuk dipelajari. Takkan mungkin dapat ingat semua. Yang ingat pun, kadang-kadang terlupa masa periksa nanti. Tapi, inshaAllah, kita mulakan dengan Bismillah. Mulakan dengan bergantung kepada pertolongan Allah. Yakin dengan Dia, inshaAllah apa saja yang lalu, kita akan hadapi dengan tenang dan senang.

Seperti kata abang Maher Zain, "When the time gets hard, and there's no way to turn, as He promised He will always be there".

Mohon yang terbaik dariNya. He knows best.

=)

Ramainya Nak Awen

Bismillahi wal hamdulillah

7 hari lagi...7 hari lagi nak periksa final....Allahu Rabbi.

Rata-rata pelajar universiti sekarang sudah mula bercuti. Ada juga segelintir kecil yang masih berjuang dengan peperiksaan. Ada juga yang belum mula periksa lagi (aku la tu). Cuti kali ini mungkin sedikit berbeza dari cuti-cuti sebelum ini bagi mereka. Cuti kali ini berjangka masa hampir 3 bulan. Wow, lama tu.

Ada yang seronok gila nak bercuti kerana telah dirancang dari awal untuk memenuhkan masa cuti itu. Ada ramai lagi yang tak tahu langsung apa nak dibuat dengan masa yang cukup lama tu. Bagi pelajar medik, otak dah cukup berkarat dah. Hanya menunggu waktu untuk kena sawan.

Jadi, kita akan dapati peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang murung dan bosan secara tiba-tiba. Waktu bosan-bosan gini la ramai dok ligat nak kawen. Dialog yang tipikal untuk 3 bulan ini, "Arghh, bosan ah. Aku nak kawen ah." atau "Argghh, aku dah tak tahan dah. Aku kena kawen.". Semuanya gara-gara kebosanan tahap melampau, tak tahu apa nak buat dan masa yang tidak diisi dengan perkara-perkara yang boleh mengalihkan dari berfikir benda-benda yang tak berfaedah.

Kalau sebelum ni waktu tak cuti akan ada kuliah sana sini, tugasan sana sini, program sana sini. Paling kurang, akan rasa terisi hidup waktu tu. Tapi sekarang dah jadi lain. Bak kata ustaz tahfiz aku, kalau yang duduk kat rumah tu boleh tahu ada berapa ekor semut atas meja, dah berapa ekor semut lalu kat depan pintu, berapa populasi semut dalam rumah dan sebagainya.

Panjang kalau nak cerita pasal kawen nih. Tapi, dalam kulit kacangnye (in a nutshell), kalau idea nak kawen tu timbul time bosan, gundah dan tadak keja, eloklah ditangguhkan dulu. Sebabnya kita masih belum dapat garap konsep perkahwinan yang sebenarnya. Tapi kalau konsisten fikir pasal ni, mungkin lain cerita kot.

Banyak dah status kat buku muka pasal kawen-kawen nih. Haish. Oraet, selamat maju jaya kepada semua =)
Bismillahi wal hamdulillah

Rasa sangat sedih dengan berita yang baru tahu. Heboh dalam internet dah. Dr. Abdel Aziz Rantisi, salah seorang pemimpin Hamas mati dibom oleh zionis laknatullah. Allahu Akbar. Moga roh beliau dicucuri rahmat Allah. Syahid inshaAllah.

Al-Fatihah~

Buat mereka yang tak pernah kenal siapa Abdel Aziz Rantisi. Tenung dalam-dalam wajah ini. Ini wajah insan yang meletakkan Islam sebelum dirinya. Dan dia mati kerana mempertahankannya.


Bumi Sarawak Memangkah-mangkah Esok

Bismillahi wal hamdulillah

10 hari lagi. Cuak dan memulas-mulas. Baca buku pun dah mula macam tak masuk kepala. Hari ni memang macam takdak mood langsung nak stdy. Letih kot. Nak kena makan vitamin ke? Tak payah kot. Cuma kena ambil vitamin jiwa dan ruh. Bila kita rasa kurang semangat dan serba tak kena, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah. Mesti ada yang tak kena. Perbaiki dan minta ampun. Mohon yang terbaik dari sisiNya. Dia pasti dengar.

Esok pilihan raya umum Sarawak. Dok panaih dah dalam surathabaq dari hari tu lagi. Yang dok baca ni pun dok wat panaih dah. Rasa macam nak bakaq ja surathabaq tu. Mentang-mentang depa ada duit, depa kongker suma surathabaq. Sebab tu aku baca Malaysiakini. Sejuk sikit tengok. Dua-dua belah ada. Baru la adil dan telus.

Pemilihan pemimpin sangat penting dalam Islam. Sebab apa penting? Sebab pemimpin negaralah yang akan menentukan prinsip dan perlaksanaan dasar negara. Pemimpin yang kita nak ialah pemimpin yang meletakkan syariat Allah sabagai asas dalam membuat segala keputusan. Sebab tu kena pilih betul-betul. Bukan pakai pangkah ja.

Punya la penting pemimpin ni, sehinggakan jenazah Rasulullah dimakamkan hanya selepas pemilihan Saidina Abu Bakr As-Siddiq sebagai khalifah pertama selepas baginda Nabi dilaksanakan. Sebab apa sampai macam tu? Sebab hal pemakaman Nabi merupakan hal ummah. Jadi, memerlukan seorang pemimpin yang layak untuk membuat keputusan tentang perihal pemakaman Nabi. Seorang yang punya ilmu dan kelayakan untuk membuat keputusan.

Kalau silap pilih pemimpin, mungkin kita akan menanggung azab yang dahsyat. Azabnya mungkin di dunia lagi, dengan pemimpin tersebut tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa. Akhirnya kita juga yang tersepit dan terseksa.

Moga orang Sarawak membuat keputusan sebijak-bijaknya. Kita memerlukan perubahan. Yang ada sekarang sudah tamat tempoh. Dah expired kata orang tua-tua. Pangkahlah dengan ilmu dan iman di dada saudaraku. Moga Allah bersama kalian ketika memangkah.

Selamatkan Malaysia kita~

Perut Berkeroncong Di Kala Tengah Malam

Bismillahi wal hamdulillah

11 hari lagi menjelang peperiksaan akhir. Aduh, makin senak perut dibuatnya. Hampir setiap hari ada kelas ulangkaji. Setiap kali itulah rasa sangat cuak nak berdepan hari periksa. Rasa macam tak tahu banyak benda lagi. Memang tak tahu pun. Mohon Allah permudahkan semuanya. Mohon doa dari kalian semua. Aku sangat membutuhkannya. Tidak mungkin aku berjaya tanpa restu Ilahi.

Bila duduk dekat asrama ni, tiap-tiap kali mesti kena makan dekat kedai. Tak boleh dan tak mahu masak dekat rumah. Mahu tak mahu, kedai mamak la destinasi makan, selalunya. Kita boleh tengok macam-macam jenis manusia dekat kedai mamak. Memang kedai 1Malaysia. Masyarakat majmuk semua makan dekat situ. Tapi yang nak dijadikan cerita sedih, masa aku makan sekali tu, terjumpa la dengan satu couple nih.

Lelaki dengan perempuan la, bukan yang songsang punya. Dua-dua rambut karat. Si perempuan tu, pakaian dia jangan cakap la. Memang seksa. Pakai seluar pendek ala-ala seluar dalam aku.Baju ketat macam tak pakai baju. Jadi, apa yang sedihnya? Ok apa boleh cuci mata? Haah, memang cuci mata, sampai aku dah kena allergic conjunctivitis dah.

Nak disedihkan lagi, boleh pulak buat aksi-aksi tidak memberangsangkan (baca: merangsangkan) depan orang ramai (baca: depan aku). Peluk sana, peluk sini. Cium sana, cium sini. Guling sana, guling sini (baca: Nampok beno nipunyee).

Sedih la bila semua ni jadi depan mata kita dan kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan menyanggah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kan? Memang tak terkejut la dengan meningkatnya kadar zina dan anak luar nikah, kalau begini masyarakat yang kita hasilkan.

Jangan kata semua ni benda biasa. Benda ni berleluasa, tapi bukan biasa. Bila kita kata benda biasa maksudnya benda yang kita iktiraf dia berlaku di sekeliling kita. Takkan kita nak iktiraf maksiat sebagai benda yang biasa bagi kita kan? Aku pun selalu gak tersilap pasal benda ni. Takut juga kadang-kadang, takut kita teriktiraf benda-benda macam ni. Mintak Allah simpangkan kita dari fitnah dunia dan kubur. Amin.

Haa, sekadar mengambil kesempatan entri kali ni nak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang bakal bergelar ibu. Waaa, terujanya nak ada zuriat dah. Tapi ingat, mereka datang dengan amanah. Bukan sekadar penyeri rumahtangga. Cewah, cakap macam dah ada seploh anak. Memang pun. Heee.

Oraet, selamat maju jaya buat semua. Jangan lupa doakan aku sekali masa tadah tangan tu, Moga Allah makbulkan hajat kita.

Amin~

Nak makan durian...huuu

Kala Daun Berguguran, Burung Berkicauan, Awan Berduka Menangisi Keperitan Dunia

Bismillahi wal hamdulillah

Tinggal 15 hari lagi untuk menyiapkan diri bagi mengahadapi peperiksaan akhir. Stress?? Memang agak stress. Kadang-kadang rasa macam nak larikan diri dari semua ini, tapi tahu itu suatu yang tidak mungkin. Perlu jadi 'jantan' dan berhadapan dengan senyuman yang terukir manis di wajah.

Selalunya waktu-waktu stress macam ini akan membangkitkan memori-memori silam. Ada yang manis, gembira dan suka. Tak kurang juga yang sedih, hiba dan duka. Tapi selalunya yang menjadi fokus ialah yang duka.

Tak sentiasa hidup kita gembira kan? Kadangkala apa yang kita rancang tak menjadi kenyataan. Aduh, sedih bangat. Rasa macam dunia dah berpaling dari kita. Lebih-lebih lagi kalau ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Aduh, lagi tenggelam kita dibuatnya.

Ada ketika masanya kita meminta dari manusia. Minta barang, masa, harta dan kadangkala jawapan kepada satu-satunya persoalan yang berlegar di hati sanubari. Namun tak sentiasa kita menerima bertepatan dengan kehendak. Ada yang seperti acuh tak acuh. Mungkin tidak disengajakan. Ini menyebabkan kita tertanya-tanya apa yang pasti. Apa sebenarnya yang dimaksudkan? Akhirnya kita terkapa-kapa mencari dasar yang tidak pernah wujud untuk berpijak. Dan ada juga yang tidak mampu meneruskan langkah seterusnya. Semuanya kerana tidak tahu dengan jelas, apa sebenarnya jawapannya.

Tenanglah hati. Moga satu hari nanti kau akan mendapat apa yang dihajatkan. Moga kau faham akan kehendak yang sebenar-benarnya nanti. Berikan aku kata putus.

Ah.

Aku juga tidak sempurna

Bismillahi wal hamdulillah

Manusia tak pernah sempurna. Baik lahiriyyah atau batiniyyah. Pasti ada kecacatan. Ada yang Allah bagi lebih kat bahagian ni, tapi kurang kat bahagian tu. Macam tu la lebih kurang. Tapi semua yang Allah bagi tu dengan sifatNya Yang Maha Pengasih dan Maha Adil.

Bila jumpa dengan orang yang ada kekurangan yang jelas ni, rasa bersalah sangat. Tambah-tambah kalau kita kenal orang tu sebagai orang yang baik akhlaknya.

Pernah berbincang dengan ikhwah pasal ayat 4 surah At-Tin. Maksud ayat tu, "Telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Kenapa masih ada yang berkurang di kalangan manusia? Herm, bila cakap pasal ayat Allah ni mesti la kena rujuk kepada kitab tafsir untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang ayat ni kan? Dah tak ingat apa tafsiran ayat ni, tapi kongklusi kepada perbincangan tu ialah, mungkin kekurangan tu yang terbaik untuk orang tu.

Kita tak tahu apa akan jadi kalau kita ada tu, kita ada ni. Allah tu Maha Mengetahui. Jadi, mesti ada dalam ilmu Allah apa yang terbaik untuk diri kita. Allah tahu kalau Dia bagi lebih sikit kat sini, akn jadi macam ni, dan begitu lah seterusnya.

Jadi, kita kena la bersyukur dengan apa yang kita ada, dan jangan memandang hina orang yang kita rasa tak sempurna atau tak elok bagi diri kita, sebab mungkin dia lebih baik dari kita seribu kali ganda. Ramai dari kalangan kita yang rasa diri dia lebih baik dari orang lain. Memang bagus ada perasaan macam tu, tapi jangan kita tunjukkan yang orang lain tu tak baik. Perasaan saudara kita mesti kita jaga dengan baik, takut dia kecil hati dan jauhkan diri. Tapi biasa la, bukan semua orang ada sifat memahami ni. Itu kekurangan orang tu.

Moga kita jadi insan yang bersyukur dengan apa yang kita ada. =)

Gurauan Kekasih

Bismillahi wal hamdulillah

Masa blog-walking tadi terbaca satu kisah. Nak kongsi ngan korang. Baca tau...tau.

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”

Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad

Jadi, korang rasa apa lepas baca? Mesti rasa macam lawak kan Rasulullah bleh buat melawak camtu ngan sahabat. Meh nak share apa aku rasa. Rasa sangat hiba, sedih dan jeles. Meh nak ce citer nape rase camtu.

1) Hiba- Sifat Rasulullah yang sangat kasihkan para sahabat dan umat selepas baginda, tidak kira siapa, selagi mana orang tu kasih dan cinta kepada baginda. Mana pernah ada dalam dunia ni manusia macam tu selain dari baginda. Rindu sangat nak jumpa Nabi.

2) Sedih - Sedar diri yang penuh dengan maksiat dan dosa. Tak mungkin untuk duduk separas dengan Rasulullah dan para sahabat. Kadang-kadang buat dosa berulang. Rasa sangat tak layak untuk dapatkan kasih dan cinta baginda.

3) Jeles - Bertuahnya insan yang dapat jumpa baginda, apatah lagi dipeluk. Memang impian muslim yang waras untuk peluk cium Rasulullah. Harap dapat dikurniakan peluang mulia itu. Amin Ya Rabb.

23 days and counting

Bismillahi wal hamdulillah

23 days more to go. It's getting near, the day that most of medical students fear. The final professional exam. Why do we have to burden ourself to go through this exam? It is to make sure that we are capable enough to become doctor later. Though this is not the end of our learning days, it will prepare us to the next step, learn while practicing medicine, housemanship.

Right now the brutality of houseman's life is not the main concern, but it is passing the final professional exam. With 23 days in hand, I can feel the pressure. But that is not what I'm fearing of. I fear of the fact that I'm feeling the pressure but not taking appropriate action to prepare myself to face the day. Sigh.

There are too many to revised, and sometimes to learn from the start. I know that I need to really focus on my study. And I also know that I'm not a person that can sit in front of the book for hours. I'm just not like that.

So now maybe you are asking, why did I take this course. Once my teacher asked me the same question. I paused for a moment to find the answer. Eventhough I have the answer all this while, I was not sure whether that was the right one.

Now, no matter what the reason is, exam is just around the corner. Pray for me and my friends, so that we have a very smooth exam. Also do pray for our success. I really need to get out of this place. I sure do.

Good luck to us =)

Game face is on.