


Tiba-tiba rindukan keindahan dan kedamaian alam. Terlalu lama berada di hutan konkrit membuatkan jiwa rasa resah dan tidak bertenaga. Seolah-olah jiwa dihempap batuan kerakusan manusiawi yang terus-menerus mengejar pembangunan yang tiada guna. Terasa sangat memerlukan 'time-out' untuk mendengar zikir alam kepada Tuhannya. Tuhan yang sama juga mencipta manusia yang jarang bersyukur atas penciptaan yang sebaik-baiknya. Sangat ingin kembali ke sini semula. Siapa mahu ikut?
-Redang dalam kenangan-
1 komentar:
Kak G pun dah lama rasa nak rileks, tenang-tenang. Terlalu berselirat kepala otak ni dengan macam-macam.
Tapi bulan November dan Disember adalah musim tengkujuh, tak boleh pi pulau hehe.
Post a Comment