Salam Eid
Salam...
Aidilfitri dah hampir tiba...Ramadhan pon dah nak habis. jadi camne ngn amalan kita Ramadhan kali ni? kita doakan ia lebih baik dr yg sblm ni dan diterima oleh Allah. Amin :)
p/s: rase-rasenye bile malam Qadr ek?
Muhasabah
Taqwa
Sahabat Omar al-Khattab bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, jil. 1, hal 84)
Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.
Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.."
Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan "sebenar-benar takwa" sebagai "melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur." Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, "Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib.
Di musim Ramadan ini takwa inilah yang menjadi tujuan dan matlamat kita!