Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Leka

Sudah lama tak mendongak ke langit.
Hampir terlupa betapa indahnya alam ciptaan Ilahi.
Betapa luasnya jangkauan kehebatan Ilahi.
Tidak tercapai untuk diduga dek kerana daya keupayaan yang terbatas.

Kekadang lalai dalam mengingati kekuasaan dan kebesaran Dia.
Lupa dan leka dihembus enaknya dunia.
Diulit kelambu mimpi indah yang semakin terbakar menyala.
Bakal menjadi azab dan seksaan manusia yang alpa.


Renungan Bersama

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”- Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Aku Cinta Allah