Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Alop...

Salam....

aku baru pas abes dr mengikuti kursus 'Friendly Comparative Religion'.amat bes sgt kursus ni n sgt2 berguna.nnt aku kongsikan ek.wat ms skang ni aku nk kn tumpu kt paper yg mendatang.doakan aku berjaya kengkawan.nk msk sepital.huhu

Make A Prayer

Oh people!
In a heart made of tin and clay,
A small boy dreams away,
Of clean water and a need a day,
And not to fear miles as he plays each day,

Oh people!
Somewhere darker out the way,
Ate us far yet another prey,
To save his life he just couldn't pay,

Tell me what we're gonna do,
For our brothers in the Bam,
For our sisters in Darfur,
ooohh...

Show me what we're gonna do,
Are we just gonna sit there,
Nice and cozy on our own chair,
Where we not even make a prayer,
ooohhh...

You,
You might ask yourself,
Why should I help this people,
Then tell me why?
We're not so different from you,
We have dreams just like you,
But they were burried with the bodies of her love ones,

Oh people!
Are we deaf, dumb and blind,
What is going through our minds,
Don't we care for the rest of mankinds,
hmmm...

Oh people!
We claim to love peace and justice,
Why do we preach what we don't practice,
Let's help them out of this darkness,

Tell me what we're gonna do,
For our brothers in Ethiopa,
For our sisters in Rwanda,
ooohh...

Show me what we're gonna do,
Are we just gonna sit there,
Nice and cozy on our own chair,
Where we not even make a prayer.

Samy Yusof
Make A Prayer

listen here: http://www.imeem.com/people/HVIgBZ_/music/IOTOzKzo/sami_yusuf_make_a_prayer/

Aku menangis kali pertama aku dgr lagu ni.senikata sgt2 menyentuh hati,terkena batang idong sendiri.penyampaian amat berkesan.ini buat aku pk balik apa yg aku dah buat utk saudara2 kita kt luar negara.especially kt tmpt2 yg mmg dilanda masalah dan pergolakan dalaman.aku sedih skali lg bila pk mende ni.skek sgt yg aku dah wat.nk dibandingkan ngn pertlgn yg aku time drpd keluarga dan sahabat2 time aku ssh,amatlah sedikit yg aku berikan plak kt derang yg amat memerlukan.aku rs bersalah yg bersangatan.aku bkn saudara yg baik selama ni.aku x bape menghayati hadith Rasulullah yg suruh kita sayang saudara kita cam sayang diri sendiri.

aku rs rata2 drpd kita pon mcm tu.kita dah terlampau leka ngn kesenangan yg kita ada.kt mesia ni,blh kata apa yg kita nk mesti dpt.kalo x dpt arini,mgu depan mst dah berusaha p carik kt mana2 yg ada mende yg kita nak tu.inilah kesan akibat kemakmuran yg terlampau-lampau.bknnye nk kate x bersyukur ngn kemakmuran yg kita ada.Alhamdulillah,bersyukur sgt ngn apa yg kita dah kecapi slm ni.tp kontranya ttg kemakmuran yg terlampau ini ialah kita melupakan saudara2 kita yg sengsara,mencari sesuap nasi untuk 'idop',bkn utk kenyang.tetambah saudara2 kita kt Palestin,Darfur,Afghanistan,Chechnya,Kashmir dan byk tempat lg.apa yg tlh kita sumbangkan kpd mrk.

ya,mmg kita pernah menderma kt tabung2 yg dikutip utk membantu mrk,namun apalah sgt stkt seploh ringgit berbanding dgn kemampuan kita yg sbnr.bkn nk memperkecilkan sumbangan ikhlas kita,tapi nk menyedarkn kita ttg hakikat bhw baru sdkt yg kita hulurkan utk mrk.namun mgkn itu saja yg kita scr individu mampu utk lakukan wat ms ini.lantas jgn jadikan ini sbg penyebab kpd kita utk x menanamkan azam dan cita2 yg mulia utk menabur bakti dan jasa dalam membantu saudara2 kita pd masa depan.oleh itu,tanamkanlah smgt dan azam shbt2ku utk menjadikan 'mardhatillah' sbg matlamat kehidupan kita.kita yg InsyaAllah bakal menjadi doktor muslim yg berjaya haruslah x pandang 'doktor' tu sbg pengakhiran matlamat kita hidup kt dunia ni.aku perasan dan aku npk ade sebilangan kecil yg menuju ke arah tu,tp sama2lah kita saling membantu dan mengingati dlm menjadikan matlamat mulia ni sbg 'goal' hidup kita.smntara kita merancang kehidupan kita mencapai matlamat mulia tu,sudi2kanlah kiranya mendoakan saudara2 kita di tmpt2 bergolak,mg Allah pnjgkn umur kita utk sempat berjihad mempertahankan kalimah Allah dan semoga kita x terbabas dari jalan yg diredhai ini.Amin Ya Rabb!!

An-Nakbah

14-15 Mei 1948 mencatatkan sejarah hitam bagi umat Islam secara keseluruhannya, dan bangsa Palestin secara khususnya. Pada tarikh ini peristiwa An-nakbah ataupun pengahpusan etnik telah berlaku di tanah suci Palestin. Peristiwa ini telah menyebabkan beratus ribu penduduk Palestin terpaksa melarikan diri daripada kekejaman dan kebiadapan puak rejim zionis yang dibantu oleh sekutunya Britain dan US. Akibat daripada peristiwa ini, kebanyakan tanah Palestin dijadikan hak-milik oleh puak rejim zionis lantas menidakkan hak rakyat Palestin ke atas tana mereka sendiri.

Kita lihat pada hari ini bagaimana dunia sudah makin melupakan peristiwa berdarah ini. Rata-rata umat Islam,saya yakin dan percaya, tidak tahu-menahu tentang hal ini. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh barat dan Eropah dalam menguasai dan mengawal pemikiran manusia pada hari ini. Mereka telah menyembunyikan fakta-fakta tentang hari An-nakbah ini, menyebabkan umat Islam makin leka dibuai arus pembangunan dan pemodenan.

Dalam satu testimoni yang telah diberikan oleh seorang yang telah terselamat daripada dibunuh oleh pihak rejim, beliau telah menceritakan secara terperinci tentang kronologi peristiwa An-nakbah ini berlaku. Anda boleh membacanya di
http://www.alnakba.org/testimony/abu.htm

Sedih bila membayangkan keadaan pada ketika itu. Yang pasti, apa yang kita dapat bayangkan tak akan sama seperti apa yang telah saudara Palestin kita lalui pada masa tersebut. Tapi sahabat-sahabat, dalam kesedihan yang kita rasai pasti ada hikmah dan berita gembira. Walaupun bangsa Palestin telah ditindas dan diusir dari tanah asal mereka, masih wujud segelintir daripada mereka yang akan tetap berjuang untuk menjatuhkan rejim zionis. Mereka akan tetap meneruskan perjuangan suci mereka ini walaupun bilangan yang sedikit, sehinggalah tibanya waktu turunnya Imam Mahdi. Hal ini juga disebutkan dalam hadith Rasulullah dan telah digubah ke dalam bentuk lagu. Anda boleh menghayati lagu ini
http://www.imeem.com/people/ILD6Kg/music/cdZ_hcet/muadz_amrullah_baitul_maqdis/

Jadi sahabat-sahabat yang dihormati, ada yang bertanya kenapa perlu mengingati hari macam ni? Asalkan kita amalkan apa yang Allah dan Rasul suruh sudah la. Ya, memang ada kebenarannya. Namun, objektif utama kita mengingati peristiwa dan hari tersebut bukanlah kepada konteks fizikal hari tersebut sahaja sebenarnya. Ia lebih kepada penghayatan tentang hari tersebut. Mengapa boleh terjadi peristiwa itu? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangsa Palestin diusir dari tanah negara mereka sendiri? Adakah ia boleh berlaku kepada kita? Apakah kita bakal mengahadapi nasib yang sama seperti mereka dengan keadaan dunia kita sekarang yang sudah tentu lebih mencabar daripada mereka pada masa itu. Ini yang harus kita fikirkan apabila kita memperingati peristiwa ini. Ia sama seperti kita menyambut hari ibu baru-baru ini. Kita bukan sahaja menunjukkan penghargaan kepada ibu kita semata-mata dia sebagai entiti 'ibu', namun kita juga mengenang akan jasa yang telah mereka curahkan dalam mendidik dan membesarkan kita, dan lantas kita ingin mencontohi teladan mereka untuk menjadi ibu bapa yang baik. Inilah hasil yang kita inginkan daripada mengingati peristiwa ini.

Lantas sahabat-sahabat yang dikasihi. Berbalik kepada tujuan asal menulis rencana ini. Apa yang diharapkan daripada penulis ialah kita muhasabah diri kita masing-masing. Adakah kita telah menjadi seorang muslim yang baik, yang komited dalam mempertahankan kalimah Allah dan saudara kita. Atau adakah kita masih berada di takuk yang lama dan bersekongkol dengan manusia untuk menjatuhkan agama Allah ini. Fikir-fikirkanlah sahabatku, aku mencuba untuk menyayangimu seperti aku menyayangi diriku.

Apa???5.4 juta???


Ha,ni angka yg sbnrnye.5 poin 4 juta hengget org kita blanja semata-mata nk puaskan nafsu serakah menyokong rancangan realiti.ini pon realiti msykat kita.realiti dlm realiti.cb bygkn kalo det berjuta ni digunakan untuk bayar subsidi bahan komoditi negara.alangkah enaknye.aku rase kerajaan kn wat satu rancangan realiti baru utk suruh rakyat anto bebanyak sms
pastu det tu guna wat beli beras.aku rase bleh je wat cam battle royal.aku setuju kalo wat rancangan tu.aku sendiri akn menyumbang.

aku ske amek keratan akhbar Kosmo.sbb byk berita sensasi dlm tu.kalo nk amek yg blh dipercayai skek aku akn bc Star.x minat bc paper BM sbnrnye.bknnye x bersikap patriotisme,tp pengalaman mengajar utk x bc sgt paper melayu nih sbb leh wat loya.hehe.jgn mareee.

Tp aku still sedih ngn 5 poin 4 uta hengget ni.dah leh p aji dah kalo aku dpt.huhu

Ngantuk...

Agak mengantuk la sejak akhir2 ni.bknnye x besa ngantuk tapi cam dah kronik skek.maghrib je dah terasa bahana mengantuk.rsnye dah lm x jd kelawar ni.tp tah camne sll je ngantuk awal.pastu bila tdo mst terganggu.nk kata ada org ggu,dok umah sensorang.bapak seram!!hehedah 2-3 ari dah asyik2 terjaga dr tdo.tp perjuangan ttp diteruskan,walau apa jua halangan mendatang.perjuangan blom selesai.

Kalo mkn madu ada efek ke rs ngntuk?aku dok amal mkn madu skang ni,tp bkn bermadu.blom masanye lagi.keh3x.tp madu bkn bagus untuk kesihatan ke?xkn antara kebaikan die wat org cpt ngntuk.cam x masok akal je.ke,masok?nk kn amek amphetamine rasenye.biar segar x sudah2.ke camne?

Sdh plak bila memikirkan aku tulih blog psl nih.x membantu umat pon,walaupon umat yg mengerjakan industri kecil dan sederhana (IKS).tp nk wat camne,time aku tulih ni mmg aku tgh ngntuk.keh3x.

Ya Allah,bantulah hambaMu ini melawan nafsu ngntuk.x thn dah ni rsnye :)

Bes....



Aku baru selesai membaca buku ini 2 minggu lepas.pada mulanya niat membeli buku ni hya utk membaca bab berkenaan solat jama',tp slps aku sisip satu persatu mukasurat buku tersebut,timbul pula minat untuk membaca kesemua isi kandungan dari mukaddimah ke akhirnya.buku ini aku rasakan sgt baik kerana penulis telah memperjelaskan ttg isu2 fekah dgn ckp terpierinci.penulis juga mengutarakan hadith2 dan juga pendapat2 dari ulama'2 yg mu'tabar lantas memberikan keyakinan kepada hujah2 yg diberikan.

Satu yg aku rasa amat menarik ttg buku ini ialah penulis memberikan sume nas2 yg ada berkenaan dgn suatu isu fekah.beliau tdk hanya mengambil hadith2 tertentu ttp memberikan juga hadith2 yg jarang didengari di mesia.dari segi pengeluaran hukum beliau juga meletakkan beberapa pandangan ulama' dan sbb ulama' tersebut mengatakan hukumnya begini dan begini.

Aku mencadangkn kpd sahabat2 untuk membaca buku ini kerana ia menampakkan betapa cantiknya Islam dan mudahnya Islam untuk dipraktikkan di mana2 sahaja.bg yg mengenali aku blh meminjam directly dr aku tp dgn syarat jaga leklok.

Hancur...


Sedih bila terbaca berita ni di akhbar Kosmo tadi.apa nk jadi ngn org Islam kita skang ni.nk kata x ckp didikan ilmu agama,ni pelajar SMA.ada agama kat skolah tu.tapi pelajar ni ckp die kn rogol time bercuti kt KL baru2 ni.pelik jugak.kalo btol dah kn rogol,xkn x repot kt polis.ni wat donno ja.biar betik bdk ni.pape pon itu urusan die ngn Allah.kita x ptt n x layak nk adili die sbb mgkn btol ape yg die ckp.kite x tahu perkara sbnr.

Tapi apa yg nk ditekankan kt sini ialah gejala soSIAL yg melanda negara kita ni mkn menjadi2.org sering menyalahkn sistem pembelajaran di negara kita yg x bape menekankan unsur2 agama.kdg2 kita terpaksa menyokong pernyataan ni sbb ade kebenarannya.tp yg plg pokok sbnrnya ialah peranan institusi rumahtangga itulah yg menjadi tonggak kpd pembentukan umat bersahsiah mulia.hari ni kita melihat ibu bapa sering menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pihak skolah secara bulat2.mmg institusi pendidikan diwujudkan untuk memberikan pendidikan yang terkini dan berguna kpd anak2 kita,ttp dgn sokongan dan pertolongan ibu bapa anak2 tersebut.tanpa sokongan dan dorongan yg diberikan oleh pihak ibu dan bapa tdk mgkn suatu institusi pendidikan itu mampu untuk melahirkan anak murid yang terbaik.ini kerana mereka hanya berada di kwsn skolah lbh kurang 5-6 jam sehari bg yg tdk tggl di asrama.masa yg slbnhnya diluangkan di luar skolah.lantas menunjukkan sbnrnya peranan ibu bapalah yg menjadi faktor utama dlm membentuk sahsiah seorang anak remaja itu.

Namun pada hari ini,ibu bapa lbh byk meluangkan masa untuk bekerja dan melayani tuntutan sosial masing2.anak2 seringkali dipinggirkan bersama pembantu rumah ataupon bersama nenek mereka.kalau anak yg tggl di asrama lbh menyenangkn pergerakan mereka utk ke sana sini.inilah senario yg berlaku di negara kita,malahan di dunia pd hari ni.kita xleh nk berpaling darinya.


Namun kita harus mengakui,ada sebilangan besar ibu bapa di negara kita yg masih lagi mengambil berat akan kebajikan anak2 mereka,ini x boleh disangkal oleh mana2 pihak.adalah tidak adil untuk melabelkan semua ibu bapa zaman moden skang adalah dr klgn mereka yg tdk mengambil peduli ttg anak2 mereka.dalam kita mengambil berat ttg anak2,kdg2 berlaku perkara2 yang kita x jangkakan.ini adalah disbbkn oleh pengaruh media massa yg amat kuat pd zmn skang.utk menghalang mereka drpd terlibat dgn media massa adalah suatu yg mustahil,bahkan ia boleh menjadikan mereka insan yg tdk peka ttg isu2 semasa.tindakan yg lembut dan berhikmah haruslah diambil dlm membendung pengaruh media massa ke atas anak muda kita pd hari ini.

Ini bknlah masalah org2 tertentu,ini adalah msalah msykt kesemuanya.stp individu yg berada dlm sesuatu komuniti harus bertanggungjwb atas stp gejala soSIAL yg berlaku di dlm komuniti tersebut.

Penulis mencadangkan,dan spttnya kita mengambilpakai cdgn ini,berbaliklah kpd Quran dan Sunnah yg tlh lama kita pinggirkan.di sana ada penawar dan ubat bg setiap gelala soSIAL yg melanda dunia.dan yg plg penting,doa ibu dan bapa terhadap anaknya dimakbulkan.

DUN-ia...

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Puchong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN TellAnybody


kehkehkeh.. x rase lawak ke?aku bc ni wat pertama kali gelak gila2 gak la.mcm2 org skang ni.idea pye la bertimbun tp nape x penah menyumbang kpd pembangunan msykt?org skang 4-5 kali ganda lbh kreatif drpd org dolu2,maaf cakap.tapi ni kenyataan.dgn pembangunan sains dan teknologi zmn skang ni terlampau laju.smp kadang2 aku pon cam nk terjatuh tersembam depan stesen bas pandan kapitol.tp nilai kreatif tu x dilapik oleh Aqidah yg mantap,lantas berlaku la byk kejadian2 yg menyedihkan.kes2 bunuh skang ni dah jd mcm2 versi.yg kn letup,yg kn lempar masok parit.inilah yg kita kn fikirkn skang ni.SQ menjadi elemen yg lbh penting berbanding IQ.actually awal2 td juz nk boh yg kt ats tu je.tp bl pk2 balik,ade btol gak ape yg aku ckp ni so kn kongsi la ngn kengkawan sume.so wat do u think?

Gambo2 tmbhn

Ni saja la nk kongsi gambo2 cantik n bes kt egypt...

cantek gler kan?ni time kami tuko det kat Cairo...ade satu tmn kecik kt sebelah hotel pe tah

ni gambo kubu salahuddin al-ayubi dari jauh

ni pon kt tempat kami tuko det kt cairo...lawa gler

ni kalo xtaw gambo pe toksah idop kt bumi ni....

ni pon sama...


ni gambo sphynx...idong kemek....hehe
ni aku xtau masjid pa...tp lawa

ni la pemandangan lawot mediteranean kt Alex

tah camne mamat arab tu leh p dok ats batu tgh2 lawot


ni majid gama' ibrahim..dekat je ngn U Alex

aku bangga gler amek gambo nih...mmg cantek

ni time dekat2 senja kt tepi lawot

ni gambo harbour die

ni gambo langit kt alex..sbjk cam kt mesia...so sm je mesia ngn alex
ni pon gambo harbour die dekat2 nk senja gitu

ni last...gambo ktorang ngn a few dak alex

Egypt 4

Salam...ye la...ye la...nk tulih la ni..huh,byk tol tekanan suruh update.hehe.mekaseh kengkawan krn sudi memberi sokongan kpd kewujudan blog ni.hrp2 sokongan ni x terhenti stkt di blog shj,bleh je kalo nk blnj2 mkn.hehe.okeh,kite msk ke aktiviti atau program yang kitorng wat spnjg berada kt Egypt.

mgu pertama tu kami byk involve ngn bebudak dr mesia.kami ikut derang msk lecture,practical dan tutorial.dan x ktggln kadang2 kami ikut derang balik umah.hehe.memula tu mmg la kn ikut derang dl.tmpt asing kn.pastu 2-3 ari da jd cam tempat sendiri dah.hehe.ari first ialah ari ahad kami ikut derang g kuliah.blk kuliah derang bkn cm ktorang nye.dienye beso n menaik,cam lecture hall yg besa tmpt len.ok gak ah rupe die tp orgnye skek.keh3x.besa la tu kot nooo.rumusannye,derangnye kelas,practical mmg lbh kurang serupa ngn apa yg kami wat kt USIM.cm mgkn content lecture kami agak padat banding ngn derang.tutorial agak berbeza ngn kami sbb derang guna kaedah PBL(problem based learning).stp kali tuto derang akn diberi satu kes n derang perlu discuss problem 2 from every aspect.anat,physio,biochem,HISTO,patho n the rest.aku rs cam ok gak kalo wat camni utk igtkn kite balk apa yg dah blaja.yg kami dok wat skang ni based on that subject je.kalo tuto anat,bincang anat je.camtu ah.tp ok je kalo wat cam kami pon.mendalam skek perbincangan tu.well,everything got pros and cons,xcept ISLAM.


ni gambo first aku amek dlm klas tu..

derang ni mmg suke bile diambil gambo....xtau la nape...keh3x

uih,sapo blkg aku tu?kalo korang nk taw die la bdk yg dok sebelah aku...hehe

tgh berbincang mslh pak arab...antara org yg plg kuat melontarkn idea ialah ponot...ucop plg kuat menyokong...hehe


Keesokan airnye ktorang g medical research center.kt ct derang wat ujian utk ubt2 yg nk direleasekan kt egypt.sblm ubt blh direleasekn utk santapan umum,derang kn wat bebape peringkat ujian utk tgk keberkesanan ubt tu kt org egypt sbb stp org akn react differently towards certain drugs.genetic factor.n lagi satu derang akn cek samada ada side effect yg trok tak.kalo lepas sume test tu,baru la blh dijadikan lauk mkn tgh ari atau mlm.tp aku kcw gak g kt situ sbb die x bwk mask dlm tempat derang wat ujian tu.die bwk g tgk blk mesyuarat.pejadah nk tgk blk mensyuarat.kat mesia lg lawa.itu pon kalo aku nk tgk.cis,bentak atiku yg suram ini.tp ok gak aa,sbb leh rht awal.hehe.spt biasa,sesi mengambek gambo.

hoh...igt leh jadik model la tu...boleh2..model iklan shieldtox....huahuahua

actually aku bulat gambo seseorang dlm nih...cb la cari sape
n mst korang tau nape aku bulat muke die...hehe


jelingan c4 cm jelingan prof susan je aku tgk...stuju x kengkawan?

aku ragu2 samada dato menumpu perhatian apa yg dr.suhaila cakap
or die tgh tdo....keh3x


pastu keesokan arinye kot kami p kt derangnye clinical skill lab.tgk lab derang tu lbh krg sama je cam lab kitorang,tp ktorang ade carpet,derang.yes!!1-0,hehe.kt c2 ade 2 org technician ajo ktorang gune bebape peralatan medic.of course la kn,xkn perlatan pertanian kot.tp blh je.derang ajo pakai laryngoskop n mcm2 lg.nikmatila gambo die ek

ececece...pandai ke?aku tgh btolkan saluran pernafasan die
bg udara leh msk n kuar

ni amende tah nm die..tp die utk senangkn pernafasan la

haa,yg ni mst korang biasa tgk..dlm tv pon derang pakai

gayo amek gambo yg xleh blah...hehe

die ni la yg jd instructor ritu


aku skip bebape program aku merasekn bosan utk aku citekn org sbb aku xde gambo.xpe la ek.jgn maraaa.tp yg ni aku nk cite.ade satu ari tu prof susan nk blnj kitorang mkn.kitorang pon p la nek bas.ade derang sediakn bas.syukur,kalo x kn nek tramco.haduih,tensen kalo camtu.die blnj ktorang mkn kt satu restoran mahal kt tepi lawot.perghh,lawa gler tmpt die.dah la time ktorang g tu dkt2 nk senja.senja di tepi lawot beb.cb la try kt png.keh3x.yg aku nk ckp ni mmg amat cantik view die.rs cam kt alex lak.ngn sejuk yg x mencapai tahap beku.ktorang lepak kt luar memula.sembang2 ngn prof n famili die.igtkn g trus mkn.mmg tgh lapo time tu xyah cite la.perut aku dah nyanyi dangdut dah.perut org len mst dah masok tahap rock kapak.yg menariknye,ktorang mayang maghrb kt luar bgnn,bkn dlm bgnn.bapak sejuknye xleh nk kate.korang kn rase sendiri.terketar2 aku time mayang tu.kejam gler.hehe.tp mkn die sdp gak.blh la compare ngn mknn yg ada kt egypt.of course mknn kt mesia lbh sdp,even kepok lekor yg x mcm kepok tepi jln pon lbh sedap.hehe.time ni la baru ktorang tau yg prof susan tu sbnrnye ank menteri kt egypt.mmg hampir terkentut ktorang dgr pasal tu.cam x caye.tp nk wat camne,mmg btol die ank menteri.time je la.hehe.tp maceh la kt prof sbb blnj km mkn mlm tu.tepi lawot,yg sejuk.

tgk,sume pakai baju sejuk...btol aku ckp...sseeejjjuuuukkk!!!

me n bear...sharing our best moment together

ini antara view kt sana..cantek x kengkawan?(canteeeekkk)
ni lagi satu bukti sejukk.ajis dah xleh thn tuu...hehe

xleh blah la yg kt blkg tu..keh3x

k la kengkawan,rsnye berkahir kt sini la kot ceritaku ttg pengembaraan ke egypt.4 post aku cite sal egypt je.dah la tu.ade mende len aku nk cite lak.pape pertanyaan pasal egypt jgn cari aku ek. tye trabel agensi.hehe.tp kn,kalo korang nk g melancong,aku x rekemen egypt la.melainkan kalo korang ske nyusahkn diri.ssh nk communicate ngn org sn.bkn sume reti english.bek g pulau tioman ke,langkawi ke lg bes.igt mesia ni lokot sgt ke.xyah la ngengade nk rs idop kt tgh pdg pasir.kalo nk rs sgt g kt padang bolasepak USIM Nilai.keh3x.pape pon kesimpulan dr perjalan yg skjp ni, sykuri nikmat yg Allah bg kt kita.x ksh la barang ka orang ka.kalo dah xdak tu br la rs nk mencari.dlm erti kata lain hargailah diriku ini.hehe.

adios brothers....sisters :)