Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

An-Nakbah

14-15 Mei 1948 mencatatkan sejarah hitam bagi umat Islam secara keseluruhannya, dan bangsa Palestin secara khususnya. Pada tarikh ini peristiwa An-nakbah ataupun pengahpusan etnik telah berlaku di tanah suci Palestin. Peristiwa ini telah menyebabkan beratus ribu penduduk Palestin terpaksa melarikan diri daripada kekejaman dan kebiadapan puak rejim zionis yang dibantu oleh sekutunya Britain dan US. Akibat daripada peristiwa ini, kebanyakan tanah Palestin dijadikan hak-milik oleh puak rejim zionis lantas menidakkan hak rakyat Palestin ke atas tana mereka sendiri.

Kita lihat pada hari ini bagaimana dunia sudah makin melupakan peristiwa berdarah ini. Rata-rata umat Islam,saya yakin dan percaya, tidak tahu-menahu tentang hal ini. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh barat dan Eropah dalam menguasai dan mengawal pemikiran manusia pada hari ini. Mereka telah menyembunyikan fakta-fakta tentang hari An-nakbah ini, menyebabkan umat Islam makin leka dibuai arus pembangunan dan pemodenan.

Dalam satu testimoni yang telah diberikan oleh seorang yang telah terselamat daripada dibunuh oleh pihak rejim, beliau telah menceritakan secara terperinci tentang kronologi peristiwa An-nakbah ini berlaku. Anda boleh membacanya di
http://www.alnakba.org/testimony/abu.htm

Sedih bila membayangkan keadaan pada ketika itu. Yang pasti, apa yang kita dapat bayangkan tak akan sama seperti apa yang telah saudara Palestin kita lalui pada masa tersebut. Tapi sahabat-sahabat, dalam kesedihan yang kita rasai pasti ada hikmah dan berita gembira. Walaupun bangsa Palestin telah ditindas dan diusir dari tanah asal mereka, masih wujud segelintir daripada mereka yang akan tetap berjuang untuk menjatuhkan rejim zionis. Mereka akan tetap meneruskan perjuangan suci mereka ini walaupun bilangan yang sedikit, sehinggalah tibanya waktu turunnya Imam Mahdi. Hal ini juga disebutkan dalam hadith Rasulullah dan telah digubah ke dalam bentuk lagu. Anda boleh menghayati lagu ini
http://www.imeem.com/people/ILD6Kg/music/cdZ_hcet/muadz_amrullah_baitul_maqdis/

Jadi sahabat-sahabat yang dihormati, ada yang bertanya kenapa perlu mengingati hari macam ni? Asalkan kita amalkan apa yang Allah dan Rasul suruh sudah la. Ya, memang ada kebenarannya. Namun, objektif utama kita mengingati peristiwa dan hari tersebut bukanlah kepada konteks fizikal hari tersebut sahaja sebenarnya. Ia lebih kepada penghayatan tentang hari tersebut. Mengapa boleh terjadi peristiwa itu? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangsa Palestin diusir dari tanah negara mereka sendiri? Adakah ia boleh berlaku kepada kita? Apakah kita bakal mengahadapi nasib yang sama seperti mereka dengan keadaan dunia kita sekarang yang sudah tentu lebih mencabar daripada mereka pada masa itu. Ini yang harus kita fikirkan apabila kita memperingati peristiwa ini. Ia sama seperti kita menyambut hari ibu baru-baru ini. Kita bukan sahaja menunjukkan penghargaan kepada ibu kita semata-mata dia sebagai entiti 'ibu', namun kita juga mengenang akan jasa yang telah mereka curahkan dalam mendidik dan membesarkan kita, dan lantas kita ingin mencontohi teladan mereka untuk menjadi ibu bapa yang baik. Inilah hasil yang kita inginkan daripada mengingati peristiwa ini.

Lantas sahabat-sahabat yang dikasihi. Berbalik kepada tujuan asal menulis rencana ini. Apa yang diharapkan daripada penulis ialah kita muhasabah diri kita masing-masing. Adakah kita telah menjadi seorang muslim yang baik, yang komited dalam mempertahankan kalimah Allah dan saudara kita. Atau adakah kita masih berada di takuk yang lama dan bersekongkol dengan manusia untuk menjatuhkan agama Allah ini. Fikir-fikirkanlah sahabatku, aku mencuba untuk menyayangimu seperti aku menyayangi diriku.

0 komentar: