Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Pesona Duniawi

Akhi 1: Akhi, ana tgk anta ni dah lama x g usrah...anta bz ke?

Akhi 2: Minta maaf la akhi. Ana bkn xnak g, tp ana ade hal stiap kali ade usrah.

Akhi 1: Ana minta maaf akhi, tapi ana tgk sejak due menjak ni, ana banyak dengar crita anta keluar berdua dengan Latifah (bkn nama sebenar). Ana xnak caye mule-mule, tapi bila ana dah nampak dgn mata kepala ana sendiri, ana terkejut juga. Ape crita?

(Akhi 2 terkejut dan tak sedap hati)

Akhi 2: syeikh, ana x pernah kacau atau masok campor hal idop anta, ana mengharapkan perkara yg sama dari anta jugak.

Akhi 1: Astaghfirullah akhi, ana x pernah berniat nak masok campor idop anta, tapi ana xnak tgk sahabat ana terjerumus dalam maksiat. Ingat mengingati ni perkara yg dituntut agama syeikh.

Akhi 2: Ahh, maksiat ape yg ana buat? Ana x buat mende salah pon.

(Akhi 1 mengurut dada sambil istighfar)

Akhi 1: Akhi, hubungan laki pompuan ni kita kn jaga. Ada cara dan kaedah dlm berhubungan ni. Ni kalau dah sampai anta angkut anak dara orang naik kereta berdua-duaan, terhoyong-hayang ke sana ke mari TANPA tujuan yg baik, apa crita. Dulu tyme kt skolah agama anta juga yg halang sehalang-halangnya mende ni. Skarang ni anta plak menjadi pendokong. Apa crita skali lagi?

Akhi 2: Ana x buat pape salah pon. Ana dah mmg janji nak kawen ngn dia. Dia pon dah stuju. skarang ni la nk knal-knal dulu ngn dia. Ana bawak dia kluar ja. Mak ngn ayah dia pon tau. Ktorang xde pon pegang-pegang tangan ke, peluk-peluk ke. Just g makan-makan je, tanye kabo. Takkan tu pon salah. Ana pon tau drpd pegang pompuan bkn muhrim, lbh baik cucuk pala ngn besi panas. Cmon la!

(Akhi 1 nek bengong...urut dada skali lagi smbl istighfar panjaaaang)

Akhi 1: Astaghfirullah syeikh, Istighfar syeikh. Istighfaar. Anta dah berubah byk sgt la. Kita ada panduan, ada agama. Islam dah tetapkan dah batas-batas pergaulan kita. Kalau dah keluar berdua-duaan, boleh timbul fitnah syeikh. haa, ni kan dah timbul fitnah.

(Akhi 2 panas)

Akhi 2: Ahh, dah la. Anta ngn ahli usrah tu sume sama je. Tak pernah nak memahami ana. Takde sape pon dlm dunia tau betapa sepinya ana. Ana pon manusia biasa gak. Perlukan belaian dan kasih sayang sorang wanita. (buek)

Akhi 1: Kita ada Allah. Allah sayangkan kita lebih dari mak ayah kita syeikh. Cuma kita je nak atau xnak. Ya Allah syeikh, dosa tu syeikh. Kalo btol anta dah serius ngn si Latifah tu, anta kawen la cepat-cepat. Elak dosa dan fitnah.

Akhi 2: Anta igt senang ke nak kawen skarang ni? Ana mana ada duit lagi skarang. Kan tgh blaja lagi. Dah tu, mak ayah die letak harga tinggi nak mampos. Ana tgh kumpul duit la ni.

(Akhi 1 tepuk dahi...penin...hmpir kepupusan idea)

Akhi 1: Kalo dah camtu tangguhkan la mende ni. Lagipon anta pasti ke die yg terbaik untk anta? Kite x plh berdasarkan wajah je syeikh. Yg plg penting agama. Ade je ramai akhawat kite yg tertunggu-tunggu org nk masok meminang. Derang tu insyaAllah fikrahnye baik. Dah dibentuk ngn program-program yg kite wat.

(Akhi 2 bengang)

Akhi 2: Ahh, dah la. Ana dah malas nak layan anta. Lepas ni xyah pgl ana g usrah lg. Ana ade usrah lain.

(Akhi 2 berlalu pergi meninggalkan Akhi 1...Akhi 1 rasa sedih krn pupus hujah nak menasihatkan sahabat baiknya...apa lagi yang mampu dibuat oleh Akhi 1...ada idea??)

Siapa?

"Kalau berkawan dengan tukang besi, kan terasa bahang panasnya.
Kalau berkawan dengan penjual kasturi, kan terpalit keharumannya"

Siapakah kawan-kawanku? Runsing menjelma lagi.

???

Sukar untukku melelapkan mata malam ini. Terasa gundah dan tak tenteram jiwa dan perasaan. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Terlalu banyak perkara perlu difikirkan. Hendak fikirkan hal ini, teringat pula hal yang lain. Masalah semakin hari semakin bertambah. Semakin bercelaru. Kadangkala mencari tempat untuk mengadu. Tiada manusia sudi mendengar, hanya Khaliq menjadi teman setia. Tidak pernah jemu dan letih mendengar rintihan dan keluhan hari ke hari. Namun diri berasa malu dan segan untuk mengadu sehari hari. Hari hari menceritakan perihal manusia yang kadangkala menjengkelkan hati. Tidak kurang juga perihal manusia yang menarik hati. Terasa potensi diri ini untuk menjadi khalifatul ard seolah-olah semakin lusuh digasak perilaku diri yang sering tersasar dari landasan ukhrawi. Perlu untuk pulihkan semangat dan keazaman diri. Aku lemah dipaut ajakan dunia yang tidak jemu memanggil dan mengajak. Sayup kedengaran panggilan azan untuk membawaku kembali ke pangkal jalan. Aku lemah tanpaMu Rabb. Jangan tinggalkanku sendirian berhadapan tarikan dunia ciptaanMu. Kerna pasti kutewas tanpa bantuanMu. Aku mendahagakan cinta yang dapat menghilangkan rasa ketandusan dan kesepian. Kupasti takkan menemuinya di kalangan jenisku. Kutahu cintaMu tiada tolok bandingannya. Akan kukejar sehingga bercerai nyawa dan jasadku. Namun aku hanyalah insan lemah yang penuh dengan kecelaan. Sering terlupa akan ikrarku ini. Ampunkanku Tuhan. Aku hambaMu selama-lamanya.

Ego

Allah, ada mat pit dok atas motor aku la plak, bisik hati kecilku. Ish,ape aku nak buat ni? Ahh,suruh aje dia turun. Aku memberanikan diri mendekati motorku. “ Maaf bang, saya nak guna motor ni”. Dia menjeling tajam, terasa gentar seketika. “ Motor ni kau punya eh?”. “haah bang”. “ Amek la”, sambil bingkas bangun dari atas motor. “Terima kasih bang”, sambil membetulkan posisi motor. Aku melayangkan kaki kananku untuk menaiki motor. Tiba-tiba terasa aku terlanggar sesuatu ketika mengangkat kakiku itu. “ Ah, perasaan je tu”, bisik hatiku. “ Adik, aku nak cakap sikit boleh?”. Alamak, apa pulak nih. “ Boleh bang”. “ Dulu mak aku ada ajar, kalau terlanggar orang kena minta maaf”. Apa mende pulak mat pit ni. Tiba-tiba pulak cakap macam ni. “ Haah, same le kite bang”, tiba-tiba terpacul dari mulutku. Eh, aku terlanggar dia ke? “ Saya terlanggar abang ke?”. Dia terus menjeling ke arahku. “ Oh, kalau camtu saya mintak maaf la bang. Saya tak perasan tadi”. Aku terus menghidupkan enjin motorku dan terus aku berlalu pergi. “ Ah, siapa kau nak mengajar aku tentang adab. Kau tu mat pit je. Apa yang kau tahu? Menagih pandai la”, amuk hatiku. “ Lan, cuba sabar skek. Ape salahnye terima apa dia cakap tadi. Betul la ape dia cakap tu. Kalau terlanggar orang kena la minta maaf”, bisik hati kecilku cuba melawan nafsu marah yang kian membara. “ Aku tau la kena minta maaf, tapi bukannya aku sengaja pun tadi. Yang dia nak mengajar aku kenapa? Macam la dia tu hebat sangat. Sampah masyarakat. Tak guna”, bentak hatiku lagi. “ Ish, perangai kau sekarang pun macam orang takde pedoman dah. Cuba la bertenang sikit. Fikir baik-baik ape dia kata tadi. Kau tahu kan yang kita kena lihat apa yang dikata, bukan siapa yang kata. Dah berapa puluh kali kau diingatkan dengan mende ni. Takkan tak faham-faham lagi. Letak ego tu kat tepi. Jangan biar setan tu tunggang kepala kau. Kawal diri tu. Tak malu ke buat perangai camni “, pujuk hati kecilku. “ Astaghfirullah, apa aku tengah buat ni. Boleh aku biar setan kuasai aku. Lemahnya aku. Senang je setan nak pengaruhi aku. Betul ape mat pit tu cakap. Aku silap tadi. Sepatutnya aku berterima kasih kat mat pit tu sebab ingatkan aku”.

Y Doctor?

Salam...

Pernah suatu ketika aku berada di klinik pesakit luar di sebuah hospital, aku didatangi oleh beberapa orang pelajar bidang kejururawatan utk mendptkn sesuatu. Mereka menghampiriku, salah seorang drpd mereka berkata “Selamat pagi doktor”. Buat seketika aku dilanda oleh perasaan yg bercampur-baur. Gembira, suka, bangga, terkejut dan bersalah. Gelaran doktor merupakan satu gelaran yg sangat diingini oleh mereka yg ingin mempunyai posisi yg baik di kalangan masyarakat. Umum mengetahui bagaimana seorang doktor itu dipandang tinggi oleh masyarakat disbbkn profesionnya yg begitu mulia. Seseorang doktor itu diberikan suatu kepercayaan yg sgt tinggi sehinggakn kadangkala dia mengetahui sebahagian kecil kisah yg menjadi rahsia kpd seseorang pesakit. Begitulah tingginya martabat profesion doktor ini. Disbbkn itu, ramai yg sggp melakukan pelbagai kaedah utk mendptkn gelaran ini.

Seringkali aku berfikir sendirian, apakah benar aku ingin menjadi seorang doktor? Kenapa aku ingin menjadi seorang doktor? Mengapa aku perlu menyusahkan dan menyeksa diriku utk belajar selama hampir 6 tahun semata-mata utk menjadi seorang doktor? Tidak ada pekerjaan lainkah yg aku mampu buat? Aku fikir, soalan2 ini tlh menjadi permainan fikiran asasi bg hampir setiap pelajar perubatan. Dalam entri kali ini, aku cuba utk merungkai satu-persatu pertikaian fikiran yg timbul dlm konteks peribadi dan tanggungjawab.

Islam telah menetapkn bahawa setiap mukallaf mempunyai tggjwb dan peranan mereka masing2 di muka bumi. Tugas sbg seorang khalifah utk memerintah bumi merupakan tugas pertama yg tlh ditaklifkn ke ats manusia. Selain drpd tugas memerintah bumi, insan juga ditugaskan utk saling melengkapi satu sama lain dan ingat mengingatkn. Dari situlah timbulnya hukum fardhu kifayah.

Melihat kpd suasana semasa, aku spt terpanggil utk memilih profesion ini. Aku tdk memandang bidang perubatan ini hya sekadar utk menjadi punca mata pencarian sehari-hari. Ia bagaikn satu platform atau batu loncatan utk aku mendekati msykt agar senang utk aku menyampaikan ilmu semasa. Mgkn yg mengenali diriku sedari kecil mengatakn aku cm ingin mengikuti jejak ayahku. Aku tdk menafikn bhw ayahku adlh contoh ikutanku. Aku mndpt byk ilham dan buah fkrn dr ayahku, namun aku tdk memilih bidg perubatan ini semata-mata krn dia. Aku memahami dan mengerti akn keputusan yg telah aku ambil dan pasrah dengan apa sahaja yang bakal kuhadapi. Namun , permainan minda dialuni bisikan-bisikan halus syaitan durjana kadangkala membuat aku menduga semula keputusan ini. Syukur, perisai keimanan masih mampu menampung dan membendung tusukan-tusukan halus sebegitu.

Jikalau hendak diikutkan hati dan minat, aku lebih menumpu ke arah bidang agama sebenarnya. Entah kenapa tatkala aku membaca buku-buku karangan ulama’-ulama’ masa kini, aku seperti terpukau untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Aku cukup berminat dengan hadith. Quran sentiasa paling atas. Aku mengerti, aku punya tugas yang lebih dari itu. Ilmu agama wajib dicari setiap masa. Aku memerlukan platform yang kukuh jika mahu mengubah dan memperbaiki masyarakat. Lantas kupilih profesion ini. Sambil membina tapak yang kukuh, sambil-sambil itu juga kutingkatkan ilmu agamaku.

Kadangkala aku menghabiskan lebih masa untuk menelaah buku-buku agama dari buku-buku perubatan. Perasaan bersalah menyelubungi segenap pelusuk jiwa jika tidak mencapai standard yang telah ditetapkan untuk pelajar perubatan. Aku cuba untuk memperbanyak bacaan buku teks. Ayah dan ibu selalu memberikan kata perangsang untukku meneruskan perjuangan. Seringkali ketika aku menaiki kenderaan bersama ayahku, dia akan menceritakan tentang tujuan hidup dan mengapa dia begitu berminat untuk mengkaji ilmu sains ini. Tak berniat untuk memuji ayah sendiri, tetapi aku memang bersemangat bila mendengar dia melontarkan hujah. Dia selalu memberikan hujah-hujah yang bernas dan benar. Itulah antara penyebab aku masih berpijak di atas platform ini.

Sebelum aku menjejakkan kaki ke dalam jurusan perubatan ini, aku sentiasa berdoa agar berikan aku yang terbaik. Ketika aku mendapat tawaran daripada kolej matrikulasi, aku berasa agak kecewa tidak diterima ke dalam matrikulasi perubatan UIA. Aku dah mula berputus asa untuk menceburi bidang perubatan kerana persaingan semestinya sengit di matrikulasi. Aku pon bukanlah pandai sangat. Tapi Alhamdulillah aku mendapat tawaran program persediaan KUIM selepas membuat rayuan. Aku seolah-olah tidak percaya pada mulanya, tapi aku pasti ini semua perancangan Yang Esa. Sehingga sekarang, aku masih yakin dan percaya inilah ketentuan hidupku dan aku menginginkan ketentuan ini. Tapi, dalam menyedari tanggungjawab ini, aku punya satu masalah yang amat rumit yang telah membelenggu diriku sejak sekian lama. MALAS. Akan kucuba memperbaiki kelamahan ini.

Teknik Komunikasi Berkesan

Salam...

Lemas aku memikirkan tentang manusia yang sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik, namun mengukirkan tompokan-tompokan samar mencacatkan dalam perkataan dan budi bicara. Jawatan yang disandang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memberikan tunjuk ajar kepada golongan lebih akhir menggunakan kaedah penuh hikmah dan bijaksana. Seharusnya kata-kata yang dihemburkan sehari-hari mampu untuk membina sebuah generasi impian yang bakal meneraju dan memacu pembangunan negara dan dunia berlandaskan kepada tuntutan Ilahi pada suatu hari nanti. Kecewa dan hibanya apabila keharusan itu hanyalah sekadar retorik mulia semata-mata, tidak mampu untuk dilaksana dan dikecapi. Aku tidak suka untuk menggunakan nada sebegini untuk berkongsi pendapat dan pandangan melalui halaman blog, tapi terasa ingin mendapatkan pandangan semua agar aku tidak terbabas di dalam emosi dan fantasi sendiri.

Mengapa perlu menyisipkan sindiran ketika mengeluarkan kenyataan berbentuk galakan, motivasi, mahupun teguran? Sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan menjadi harapan pentadbiran dalam sesebuah institusi pendidikan atau seumpamanya, setiap perkataan dan huruf yang disembul keluar dari mulut bakal dijadikan sebagai parameter dalam menilai kewibawaan sesebuah organisasi pentadbiran, walaupun dalam keadaan tidak rasmi.

Kehidupan yang kita lalui sehari-hari semestinya berbeza dengan orang lain. Pengalaman yang kita perolehi bakal menjadi acuan dalam membentuk pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu isu. Zaman kita tidak semestinya sama dengan zaman anak-anak kita. Lantas kita perlu bersedia untuk mengolah sedikit minda kita agar dapat menyelaraskan pemikiran dengan zaman semasa, asalkan tidak melanggar asas-asas aqidah dan perjuangan yang telah ditetapkan.
Walaupun kita berada di tempat yang ‘tinggi’, kita tak sepatutnya melupakan tentang budi bahasa dan pekerti yang Rasulullah tinggalkan kepada kita. Saidatina Aishah pernah berkata bahawa akhlak Rasulullah ialah Al-Quran. Kita seharusnya menjadikan itu sebagai target atau matlamat kehidupan kita. Walaupun sukar untuk digapai, namun tidak mustahil sekiranya kita tekad dan komited dalam mencorak kehidupan kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Aku sedar, selaku manusia kita bakal melakukan kesilapan dan kesalahan berulang-ulang kali. Entri kali ini bukanlah untuk mengkritik mahupun mengutuk mana-mana pihak, walaupun secara realitinya terpaksa berhadapan dengan puak-puak sebegini sehari-hari. Ada cara dan kaedahnya untuk kita menyampaikan rasa pemikiran kita. Apa gunanya kita memberi teguran yang boleh menjauhkan orang lain dari kita dan menyebabkan mesej utama yang ingin kita sampaikan tidak langsung masuk dalam pertimbangan orang tersebut. Bukan sahaja mesej tak sampai, bahkan kita akan menjadi bahan kutukan pihak yang tidak berpuas hati.

Aku menyeru kepada semua agar memeperbaiki teknik komunikasi kita. Semua orang boleh bercakap, tapi tak semua boleh berkomunikasi dengan baik. Aku pun harus belajar banyak lagi teknik komunikasi yang efektif. Sejak menjadi pembuat keputusan untuk posting kali ini, aku kesan banyak kelemahan yang aku ada. Lantas, perjuangan belum selesai.