Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Enam Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.

Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

~ Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

~ Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

~ Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Persoalan Kiasan

Aku ada satu persoalan yang aku dah tahu jwpnnye. Tapi aku mengharapkan keajaiban terjadi so that aku boleh capai impian aku. Aku nak tanye kat korang sume, tapi dalam bentuk kiasan.

Aku mengharapkan tumbuh pokok, tapi aku tak semai biji benih die. Boleh ke?

Bertukar Angin

Salam...

Saja mahu bertukar angin (bukan buang eh) dan 'feel'. Aku tukar template baru ni. Aku suke sangat sebab kaler die biru yang menenangkan. Tapi yang ade gambo bumi tu aku tak dipengaruhi oleh mana-mana bloggers lain ye. So jangan cuba goyangkan pokok ketika takde angin. Hehe

:) selalu

Hakuna Matata

Setiap insan di dunia takkan dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Walau seteliti mana pun kita, kita pasti pernah tersilap dan tersalah. Tidak kira samada kesalahan itu besar atau kecil, major atau minor, serius atau tidak, ia pasti menghantui diri kita sampai ke hari ini.

Kalau difikirkan secara mudah, terdapat dua jenis kesilapan yang kita boleh kategorikan. Yang pertama ialah kesilapan yang mampu diperbaiki atau diperbetulkan dan yang kedua ialah kesilapan yang tidak mungkin untuk kita perbetulkan atau mengubah kondisi selepas untuk menjadi seperti sebelumnya.

Kesilapan kategori pertama mungkin mudah untuk kita fikir dan selesaikan, mungkin hanya memerlukan permohonan maaf dan seumpamanya untuk menyelesaikan. Namun kesilapan kategori kedualah yang selalunya menyebabkan manusia 'terperangkap' dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, lantaran perasaan bersalah yang menghantui diri.

Setiap orang mempunyai pendekatan berbeza dalam melupakan atau 'menyenangkan diri' daripada kesilapan lalu. Seperti yang kita dapat lihat dalam televisyen dan seumpamanya, mereka banyak memilih jalan arak untuk melupakan kesilapan itu untuk sementara waktu. Lantaran dari tindakan mereka yang tidak mendekati penyelesaian sedikitpun, mereka akan terus terjurumus dan merosakkan hidup mereka.

Di sini aku ingin menukilkan kata-kata Timon dan Pumbaa kepada Simba, dalam filem kartun 'Lion King'. Selepas Timon dan Pumbaa menemui dan menyelamatkan Simba daripada menjadi habuan burung Hering, Simba enggan menceritakan tentang kisah yang telah berlaku dalam episod hidupnya kepada mereka berdua. Dengan wajah yang sedih dan kecewa Simba cuba untuk berlalu terus daripada mereka berdua. Namun apa yang berlaku selepas itu aku rasakan mempunyai maksud yang cukup mendalam bagi penonton-penonton yang mahu berfikir.

Timon berkata kepada Simba, "You got to put the past behind you", dan selepas itu Pumbaa mengeluarkan frasa azimat iaitu "Hakuna matata" yang bermaksud no worries. Maksud tersirat yang boleh kita dapat daripada filem kartun yang kebanyakan kita rasakan hanya sesuai untuk budak-budak ialah, walau apa pun kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku, letakkannya di tepi, jangan terlampau memikirkannya sehinggakan terganggu dan merosakkan masa depan kita.

Kebanyakan daripada kita mengakui yang kita merupakan makhluk yang yang cukup sensitif dan penuh dengan unsur kelembutan dan kehalusan yang menyebabkan kita begitu emosional kadangkala. Akibat daripada itu, ada segelintir daripada kita telah terjerumus dan tersungkur daripada kehidupan akibat kisah silam yang tidak mampu untuk diubah. Ini bukan hasil yang kita impikan.

Bukanlah tulisan ini ingin mengajak pembaca untuk terus melupakan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara mutlak. Namun apa yang ingin ditekankan ialah perjalanan hidup yang harus dan wajib diteruskan dan diperbaiki, walaupun telah melakukan kesalahan yang tidak mungkin diolah, di samping muhasabah atas kisah silam tersebut.

Kembali kepada kisah tadi, Simba akhirnya berjaya meneruskan hidup di tempat baru bersama teman baru, namun Simba masih teringatkan kisah sebelumnya yang kadangkala membuatkan dia runsing dan gelisah. Dia sering berseorangan memikirkan hal ni dan dipendekkan cerita, dia bertemu Nala, sahabat baiknya semasa kecil. Nala menceritakan apa yang berlaku di kampung halaman semenjak pemergiannya dan akhirnya Simba sedar yang dia perlu melakukan sesuatu untuk menegakkan kembali kebenaran yang telah sekian lama menjadi beban di jiwanya.

Inilah iktibar ataupun intipati yang ingin kita adaptasikan dalam hidup kita seharian. Ya, kita akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup kita. Tak mungkin kita menjadi insan sempurna tanpa meranapkan walau sedikit reputasi dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Yang membezakan kita dengan insan lain ialah, bagaimana kita menghadapi dan menerima akibat daripada perbuatan kita itu.

Kita ambil sirah sebagai contoh, kisah perang Uhud. Semua maklumi pada ketika awal peperangan tersebut, kaum kafir lari lintang-pukang akibat menerima pukulan yang hebat daripada kaum Muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. Dan sebelum peperangan tersebut, Rasulullah telah berpesan kepada kumpulan pemanah yang berada di atas bukit Uhud agar jangan turun walau apa pun terjadi. Tetapi selepas kaum kafir lari meninggalkan medan perang, mereka meninggalkan di belakang mereka semua senjata-senjata dan harta-harta mereka.

Para sahabat yang berada di atas bukit, yang ditugaskan untuk memantau keadaan di bawah terpukau seketika dengan harta-harta yang ditinggalkan, yang dikenali sebagai harta rampasan perang. Kita beradab dengan mereka. Kita katakan mereka terpukau seketika. Lalu mereka terlupa akan arahan Rasulullah s.a.w dan mereka turun meninggalkan tempat kawalan untuk menuju ke bawah mendapatkan harta-harta tersebut.

Tentera kafir ketika itu dipimpin oleh Khalid al-Walid yang ketika itu belum masuk Islam. Khalid melihat ke belakang dan ternampak keadaan tentera Islam yang rakus dengan harta rampasan perang. Lalu Khalid berkata kepada tenteranya, "Wahai tentera-tentera Quraisy, umat Islam sedang leka dengan harta kita, sekarang mari kita patah balik dan menghancurkan mereka". Ketika itu umat Islam mendapatkan pukulan yang sangat hebat sehinggakan mereka tewas dalam perang tersebut.

Selepas daripada itu, para sahabat berasa sedih dan bersalah atas tindakan mereka yang terleka buat seketika. Pada ketika itu turunlah ayat daripada surah Ali-Imran, ayat 139 yang berbunyi:

ولا تهنوا ولاتحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين
"Janganlah kamu berasa lemah, janganlah kamu berdukacita, kerana sesungguhnya kamu tinggi darjatnya di sisi Allah, jika kamu benar-benar beriman"

Sudah jelas lagi lagi sahih apa yang dibicarakan sebentar tadi. Jadi harapnya kita dapat manfaat daripada entri ini. Secara kongklusi ada beberapa benda yang ingin ditekankan:

1) Ingatlah bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka bagi orang yang mencari keampunan dariNya

2) Kesilapan yang kita lakukan tidak bermakna bahawa itu adalah titik akhir kehidupan kita walaupun kesilapan itu kesilapan yang besar dan tidak dapat dibetulkan.

3) Orang yang bijak bukanlah orang yang tidak melakukan kesilapan tetapi ialah orang yang melakukan kesilapan dan dia tahu cara yang terbaik untuk menanganinya.

4) Jangan hanya tonton filem tanpa membenarkan otak memikirkan intipati di sebalik filem tersebut.

:) always..

Luangkan Seuntai Masamu

Salam...

Kepada teman-teman seperjuanganku, luangkanlah sedikit masa untuk melayari laman ini. Moga kita dapat manfaat bersama.


Aku dapati laman ini membuatku berfikir tentang satu isu yang sangat 'pokok' dalam hidup kita. Moga kita terpelihara dalam rahmatNya sentiasa. :) 

Post-exam

Salam...

Alhamdulillah, baru lepas abes exam. Dengar2 cite sume lulus, syukur pd Ilahi. Sekarang ni bermulalah alam cuti. Cuti kali ni aku berazam untuk bercuti sebab dah 2 tahun aku cuti tapi mcm x cuti sbb kn amek supplementary exam. Itulah akibat malas nak stdy. Hehe. Tapi cuti kali ni takkan kosong, berlalu tanpa isi. Aku dah merancang beberapa target yang aku nak capai masa cuti ni. 

Lepas ni akan masok posting baru, samada ortho atau paeds. Tapi dgr cite doktor tadi, most likely paeds kot. Kali ni kena pi Temerloh lagi. Aiseh, awat la xleh dok kat Ampang je. Tapi takpe, demi ilmu kita pi je kat mana2 pon. Aku harap dpt dok dlm grup yg bleh bg kerjasama yg bek antara satu sama len. Grup lama aku rasa cam dah ok dah, tapi besa la. PM dah bertuko baru, grup pon kena tuko gak la kot. Huhu. Tapi takpe, sume tu asam garam kehidupan.

Buat adik2ku yg nak amek exam, aku ucapkan selamat maju jaya. Korang sume aku tgk rajin je, insyaAllah cerah masa depan. Bila aku nampak korang mst stdy grup la, tu la, ni la. Mmg jeles gak ah. Dulu pon aku ada stdy2 grup gak. La ni tgu time exam je la kot. Especially yg berkaitan ngn arab. Mesti stdy grup tu jadi ramai tetiba. Yg x penah bukak buku pon mesti ada muka dia. Keh3.

Aku Peduli...

Sungguh sukar tergolong dalam golongan yang peduli,
Setiap maslahah dan kelemahan insan dinisbahkan pada diri,
Kadangkala ianya mengganggu daya pemikiran dan emosi,
Hampir-hampir ia menggugat jatdiri.

Namun dunia tidakkan jadi seperti kita angankan,
Dipenuhi dengan kelembutan dan keindahan iman,
Bahkan ianya penuh dengan cabaran dan dugaan,
Selagi mana Quran dan Sunnah tidak menjadi junjungan.

Kupohon seribu keampunan darimu teman,
Sekiranya diri ini tidak seperti yang diharapkan,
Kusedar diri penuh dengan kelompangan dan kelemahan,
Kan kujadikan tinta azimat mahar penambahbaikan.

Janganlah dikau berasa lemah atas kegoblokan insani,
Ku pasti ianya kan terus menghantui diri,
Selagi mana kaki berpijak atas lantaian duniawi,
Ia kan terus menyusuri dan mengekori.

Ingatlah teman kan sirah junjungan kita,
Setiap hari tidak pernah sunyi dari kata-kata nista,
Namun iman menjadi pendinding dan penguat jiwa,
Terus berjuang walau dikatakan 'gila'.