Semangkuk Bijirin

Ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat...

Amalan Robin Hood

Melakukan kerja-kerja amal adalah merupakan satu tuntutan agama. Dalam senario masyarakat di Malaysia pada hari ini, budaya membuat amal ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ya, masyarakat kita memang kaya dengan sikap mengambil peduli akan kesusahan insan-insan lain yang tidak bernasib baik. Bukan sekadar mengambil peduli, bahkan sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit bagi membantu golongan tersebut.

Sehinggakan ramai dari kelompok korporat yang menganjurkan majlis amal, makan malam amal dan konsert amal bagi mengumpul dana dalam mengimarahkan budaya membuat amal ini. Ya, kita puji sikap sedemikian, dan kita harap agar ianya kan terus mekar sehinggalah ke bila-bila.

Namun persoalan yang ingin dilontarkan kali ini ialah, adakah ianya merupakan amalan yang selari dan diterima oleh Islam?

Membuat amal memang satu perkara yang mulia dan kita doakan agar orang yang terlibat diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t, tetapi adakah setiap amal yang kita lakukan seiring dengan tuntutan agama?

Islam tidak menyuruh umatnya melakukan amal dengan banyaknya, tetapi hendaklah melakukan amal soleh. Apa beza antara amal soleh dengan amal biasa yang orang biasa buat selama ini? Jom kita cari persamaan dan perbezaannya bersama.

Amal soleh ialah amalan yang dilakukan oleh seorang mukmin dengan niat yang ikhlas dan tawadhuk melalui cara atau kaedah yang selari dengan ajaran Islam. Yang menjadi titik perbezaan dengan amal biasa yang dilakukan ialah kaedahnya, samada syar'i ataupun tidak.

Kita lihat banyak majlis-majlis diadakan untuk mengutip dana bagi membantu negara-negara miskin, sebagai contoh, Darfur yang dilanda dengan seribu satu masalah sehinggakan rakyatnya kebuluran. Kita puji usaha-usaha yang dilakukan. Tetapi adakah ianya amal soleh?

Dalam majlis tersebut diadakan persembahan-persembahan artis yang terlompat-lompat di atas pentas, menyanyikan lagu-lagu yang tidak membawa kepada peningkatan iman dan keinsafan. Adakah ianya soleh?

"Takpe la, biar la derang buat. Janji dapat duit nak tolong orang kat sana"

Ya, memang setuju. Beratus ribu dapat dikumpulkan dengan menganjurkan program sebegini. Namun kita risau tentang status duit tersebut apabila dikumpulkan melalui program-program sebegitu. Niatnya sudah murni, tetapi kaedahnya keji.

Suka untuk mengingatkan semua akan sebuah cerita yang telah menjadi hafalan setiap manusia. Cerita tentang seorang manusia yang suka membantu manusia lain yang ditindas dan miskin. Pasti semua pernah mendengar tentang Robin Hood. Dia merupakan seorang insan yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tetapi mempunyai visi dan misi yang mulia. Robin Hood dari hutan Sherwood di Nottinghamshire.

Robin Hood bagaikan hero dan penyelamat bagi golongan miskin kerana sering membantu mereka ketika dalam kesusahan. Dia seringkali merompak orang-orang kaya, yang pada masa itu menindas golongan miskin dan mencuri duit golongan miskin. Jadi Robin Hood datang untuk menegakkan keadilan. Dia merompak orang-orang kaya dan memberikan hasil rompakan kepada golongan miskin.

Sungguh murni tindakan Robin Hood. Jika adalah seorang manusia yang boleh dikategorikan sebagai pembuat amal yang banyak, Robin Hoodlah orangnya. Jika adalah seorang manusia yang boleh dianugerahkan dengan pingat jasa dan keberanian, Robin Hoodlah orangnya.

Namun kita yang mempunyai akal dan wahyu akan mempertikaikan perbuatan Robin Hood tersebut. Ya, ia merupakan amal, tapi adakah ia soleh? Sudah tentu jawapannya tidak.

Lantas pendefinisian amal itu perlu kita rungkai semula agar ia selari dengan kehendak Allah. Bila kehendak kita bertembung dengan kehendak Allah, kehendak Allah diutamakan. Bila kehendak masyarakat bertembung dengan kehendak Allah, kehendak Allah diutamakan. Bila kehendak bos dan majikan kita bertembung dengan kehendak Allah, kehendak Allah diutamakan. Begitulah seterusnya.

Moga-moga kita muhasabah diri kita dan timbang semula, berapa banyak amal soleh yang telah kita lakukan selama kita hidup di muka bumi Allah ini. Moga bermanfaat untuk semua.






3 komentar:

tell me something...kalau guna lagu2 inggeris untuk belajar bahasa supaya x bosan, is it not syar'ie? tetibe tertanye2 sendiri......

 

thnx mokcik.aku rase satu soklan yg pnting tp org anggap remeh.first, ape maksud lagu2 inggeris?kalo kita tgk zmn skang ni kan, lagu yg kita kategorikan sbg nasyid atau lagu2 ketuhanan dah mula seiring dengan lagu2 kontemporari yg len.sbb tu ade stgh mngglarkan nasyid kontemporari dan mcm2 istilah lain lg.kalo ikut fatwa Dr.Yusof Qardhawi dibolehkan guna peralatan muzik n perkusi asalkan mesej dlm lagu tu berunsurkan mende2 baik dan smp mesej die.ok, fine.so,lagu2 yg aku nk rujuk kt sini yg ada mesej2 yg baik la.x kisah la dr grup berkopiah ke x berkopiah.mcm micheal heart,die non-muslim,tapi lagu yg dia bawak ada mesej yg baik.so boleh diterima insyaAllah.yang kedua kita aku nk merujuk kpd hadith nabi,mafhumnya stiap amalan dimulai dgn niat.so,bg aku scr peribadi,kalo ilmulah yg kita nk capai drpd dgr lagu tu,insyaAllah rsnye boleh,asalkn x melampau sgt lagu tu.plh la lagu2 yg jelas sebutan bhs n muzik die x melampau sgt.kalo plh heavy metal aku rs dah jadi mende len dah.hehe.sekadar pndpt aku eh.sume dipersilakan berkongsi. :)

 

yay~ maksudnye x de lah salah kan, cume kene hati2 laa....hait,wakarimashita~